kertas kerja kitar semula new

10
SJK (T) LADANG BULUH AKAR PROJEK JOM KITAR SEMULA TEMPAT SJKT LADANG BULUH AKAR TARIKH PELANCARAN 23 MEI 2014 ANJURAN: Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, SJKT Ladang Buluh Akar KERTAS KERJA

Upload: anurada-murugesan

Post on 15-Feb-2017

1.065 views

Category:

Education


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas kerja kitar semula new

SJK (T) LADANG BULUH AKAR

PROJEK JOM KITAR SEMULA

TEMPAT

SJKT LADANG BULUH AKAR

TARIKH PELANCARAN

23 MEI 2014

ANJURAN:

Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, SJKT Ladang Buluh

Akar

KERTAS KERJA

Page 2: Kertas kerja kitar semula new

PRAKATA

Kertas kerja ini dikemukakan kepada pihak pentadbiran SJK (T) Ladang Buluh Akar

bagi mendapatkan kebenaran dan kelulusan untuk menjalankan Program ”Jom Kitar

Semula” anjuran Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan SJK (T) Ladang

Buluh Akar.

1.0 LATAR BELAKANG

Kertas kerja ini adalah sebagai satu pergerakan asas aktiviti yang akan dijalankan

oleh Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan SJK (T) Ladang Buluh Akar.

Oleh itu, segala perancangan yang teliti telah dijalankan sebagai panduan asas

untuk menghasilkan satu program yang berjaya. Sehubungan itu, segala butiran dan

maklumat perancangan yang diperlukan telah dicatatkan dalam kertas kerja ini.

2.0 ASAS PERTIMBANGAN

Saya sebagai seorang guru di SJKT Ladang Buluh Akar berhasrat untuk

melaksanakan Program Kitar Semula atas kesedaran bahawa kapasiti

tapak pelupusan sampah kita yang semakin terhad. Lebih membimbangkan

lagi, kini timbul rungutan tentang pencemaran, resapan bahan kimia ke dalam

sumber air bawah tanah dan isu-isu keselamatan yang berkaitan. Proses mengitar

semula melibatkan usaha mengumpul, memproses dan mengguna  semula

bahan-bahan yang sebelum ini dianggap sebagai sampah-sarap. Sebagai

permulaan, cadangannya ialah untuk mengumpul bahan-bahan yang mudah

didapati di sekitar sekolah seperti kertas putih,  kertas berwarna, surat

khabar dan kadbod. Bahan-bahan yang berasaskan plastik dan kaca juga

akan dikumpul.

Page 3: Kertas kerja kitar semula new

3.0 RASIONAL

Program 3K dimulakan pada tahun 1991, bertujuan memastikan semula sekolah

mempunyai sistem yang mantap bagi menangani sebarang isi berkaitan dengan

keselamatan, kesihatan serta keceriaan sekolah. Selepas 13 tahun perlaksanaannya,

mulai tahun 2004, program ini tampil dengan konsep baru yang menggabungkan tiga

program berasingan menjadi satu program sahaja yang dikenali sebagai Insiatif

Meningkatkan Keselamatan, Kesihatan dan Kecerian Sekolah atau Insiatif 3K meliputi

Program Sekolah Selamat, Program Kesihatan dan Kebersihan serta Program

Keceriaan dan Keindahan Sekolah. Penyusunan semula program 3K dilakukan untuk

mengelakkan pertindihan objektif bagi dua program yang dilaksanakan sebelumnya iaitu

Program 3K dan Program Peningkatan Keselamatan Sekolah. Menyedari hakikat itu,

Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan SJK (T) Ladang Buluh Akar

mengadakan pelbagai aktiviti di sekolah khususnya aktiviti-aktiviti yang berkaitan

dengan kebersihan.

4.0 Objektif 

4.1 Melatih murid-murid untuk mempraktikkan amalan kitar semula dalam kehidupan

seharian.

4.2 Memupuk semangat cintaakan alam sekitar dalam diri setiap murid.

4.3 Mengurangkan pembuangan sampah di dalam kawasan sekolah.

5.0 Matlamat5.1 Melahirkan generasi masa hadapan yang cintakan alam sekitar dengan

mempraktikkan amalan kitar semula untuk mengurangkan pencemaran,

menjimatkan kos, tenaga dan menjimatkan sumber kita.

6.0 SasaranSeluruh warga SJKT LADANG BULUH AKAR, PARIT.

Page 4: Kertas kerja kitar semula new

7.0 TENTATIF PROGRAMTARIKH:           23 MEI 2014 (JUMAAT)

TEMPAT:         SJKT LADANG BULUH AKAR

Pelancaran Program Kitar Semula23 MEI 2014 (7.45 pagi)

Dewan sekolah

Persembahan dan perasmian oleh Guru Besar.

                                           

8.0       PENGANJURPanitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, SJKT Ladang Buluh Akar, Parit.

9.0       AHLI JAWATANKUASA INDUK

PENAUNG :PN.PON.MARIAMAH (Guru Besar)

PENASIHAT :CIK N.KUNASUNDARI (GK. Kurikulum)

PENYELARAS / SETIAUSAHA : CIK M.MAHADEVI(Ketua Panitia Pendidikan Sivik danKewarganegaraan)

BENDAHARI : PUAN M.NIRMALA DEVI

AJK : SEMUA GURU

Page 5: Kertas kerja kitar semula new

10.0      AJK PELAKSANA         

Ajk Nama TugasPeralatan/Aktiviti Cik M.Mahadevi

           

                                   

-Menyediakan peralatan

yang diperlukan seperti

tong kitar semula.

Dokumentasi               Cik M.Anurada -Menyediakan gambar dan

dokumentasi sepanjang

perjalanan program.

11.0      ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perbelanjaan Harga(RM) Kuantiti Jumlah(RM)

1 Kos Tong Kitar Semula 20.00 3 unit 60.00

2 Bunting 50.00 1 unit 50.00

Jumlah 110.00

12.0 Penutup

Kejayaan pelaksanaan Program Kitar Semula ini bergantung kepada

kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada seluruh warga SJKTLBA terutama

guru dan pelajar. Melalui program ini, diharapkan perasaan cintakan alam

sekitar dapat disemai di dalam diri setiap warga sekolah, menjadikan persekitaran

sekolah lebih bersih dan kondusifdan seterusnya mengurangkan masalah

pencemaran yang semakin membimbangkan kini. Semoga usaha murni ini

mendapat kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada semua pihak untuk

memastikan kesejahteraan semua pihak.

Page 6: Kertas kerja kitar semula new

13.0 PENGESAHAN KERTAS KERJA, SEMAKAN DAN KELULUSAN

Disediakan oleh,

.........................................................

(Mahadevi A/P Murgaya)

Penyelaras Program Kitar Semula

Tarikh : 14 Mei 2014      

Diluluskan / Tidak diluluskan oleh :

...........................................................(Mariamah A/P S.Ponniah)

Guru Besar

SJKT Ladang Buluh Akar

32810 parit,

Perak