kertas kerja kh (mini projek)

8
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK, MIRI JALAN BAKAM, 98009 MIRI, SARAWAK KERTAS KERJA PROJEK MINI PERNIAGAAN KEMAHIRAN HIDUP JABATAN SAINS SOSIAL TAHUN 2015 DISEDIAKAN OLEH: SAFWAN BIN SUHAIPIN PENGERUSI PROJEK MINI PERNIAGAAN KEMAHIRAN HIDUP 2015

Upload: wong-ling-jie

Post on 16-Nov-2015

42 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Kertas Kerja KH (Mini Projek)

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK, MIRIJALAN BAKAM, 98009 MIRI, SARAWAK

KERTAS KERJA PROJEK MINI PERNIAGAAN KEMAHIRAN HIDUPJABATAN SAINS SOSIALTAHUN 2015

DISEDIAKAN OLEH:SAFWAN BIN SUHAIPINPENGERUSIPROJEK MINI PERNIAGAAN KEMAHIRAN HIDUP 2015JABATAN SAINS SOSIAL, IPG KAMPUS SARAWAK, MIRI1.0 PENDAHULUANProjek Mini Perniagaan diadakan untuk memberi peluang kepada guru pelatih dalam merancang dan melaksanakan satu bentuk perniagaan mini. Selain itu, aktiviti ini juga menggalakkan guru pelatih untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam mencipta dan mencari idea bagi tujuan menjayakan satu perniagaan.

2.0 OBJEKTIF DAN MATLAMAT2.1 Menyemai sikap profesionalisme dalam jati diri guru pelatih bagi membentuk sebuah pasukan yang mantap dan bertanggungjawab.2.2 Memotivasi guru pelatih dalam menghasilkan idea cara berniaga yang kreatif dan inovasi.2.3 Mengeratkan hubungan dalam kalangan guru pelatih.2.4 Memupuk nilai-nilai positif dalam kalangan guru pelatih terhadap alam perniagaan.2.5 Mengenal pasti masalah serta cabaran yang dihadapi dalam dunia perniagaan.2.6 Meningkatkan daya ketahanan dalam fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial.

3.0 TARIKH, MASA DAN TEMPATTarikh: 6 Mac 2015 (satu hari)Masa: 9.00a.m. 12.00a.m. (3 jam)Tempat: Depan Unit GERKO Lama, Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Miri.

4.0 KUMPULAN SASARANKumpulan sasaran bagi aktiviti ini adalah semua pensyarah, staf sokongan serta guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Miri.

5.0 JAWATANKUASA PENGELOLA Penaung: Encik Bedui bin UneKetua Jabatan Sains Sosial : Encik Kujang Anak MalongPenyelaras:Puan Baity Anak BujengPengerusi: Safwan bin SuhaipinSetiausaha: Hidie Kong Yieng YiengBendahari:Wong Ling JieAJK Publisiti: Awang Azhar bin Awang JaffarAJK Peralatan:Sii Tuong SiengAJK Gerai:Wendy Jeanly Anak Unau

6.0 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA6.1 Pengerusi6.1.1 Memastikan semua ahli jawatankuasa melaksanakan tugas yang diberikan sebelum, semasa dan selepas aktiviti mengikut masa yang telah ditetapkan.6.1.2 Memimpin mesyuarat atau perbincangan.6.1.3 Sebagai perantara untuk berinteraksi dengan pensyarah penasihat atau mana-mana pihak lain yang terlibat.

6.2 Setiausaha6.2.1 Menguruskan segala urusan surat-menyurat.6.2.2 Mengeluarkan notis-notis untuk mengadakan mesyuarat setelah dipersetujui oleh pengerusi.6.2.3 Mencatat isu-isu penting yang dibincang dalam mesyuarat.

6.3 Bendahari6.3.1 Mengendalikan urusan kewangan, termasuk menyediakan anggaran perbelanjaan dan menentukan harga barang yang dijual.6.3.2 Menyimpan rekod-rekod yang berkaitan dengan urusan kewangan, termasuk resit dan lain-lain.6.3.3 Mengutip wang daripada guru pelatih sebagai wang modal.

6.4 AJK Publisiti6.4.1 Mereka cipta poster bagi projek mini perniagaan.6.4.2 Menampal dan memaklumkan tentang aktiviti.

6.5 AJK Peralatan6.5.1 Menyediakan peralatan yang diperlukan sepanjang projek mini perniagaan dijalankan.6.5.2 Memohon barang yang diperlukan dalam tempoh projek mini perniagaan.

6.6 AJK Gerai6.6.1 Menghiaskan gerai mini.6.6.2 Membuat pembahagian tugas yang melibatkan kesemua guru pelatih supaya mendatangkan kesan positif yang selaras dengan objektif aktiviti mini perniagaan.

7.0 ANGGARAN PERBELANJAANBil.Bahan/AlatanCatatanHarga Seunit BilanganKos Pembayaran

RMSenRMSen

1Jambu batu4005 kilogram2000

2Jambu Air6005 kilogram3000

3Nanas3002 kilogram600

4Pisang2505 kilogram1250

5Timun2702 kilogram540

6Tauhu6 ketul dalam 1 bungkus3002 bungkus600

7Kacang10000.5 kilogram500

8Rojak8001 botol800

9Serbuk samboi0.5 kilogram 4001 bungkus400

10Air kotak Justea24 bungkus dalam 1 kotak15904 kotak6360

11Ais batu2002 bungkus400

12Batang cucuk150 batang dalam 1 bungkus3001 bungkus300

13Plastik1 bungkus 200 helai4001 bungkus400

Jumlah17150

Modal

Bil.Sumber KewanganJumlah

1.Kutipan wangRM 30.00 6 orang ahli kumpulan =RM 180.00

JumlahRM 180.00

8.0 PELAN TINDAKAN

TarikhPerkaraTindakan

28 Januari 2015Mesyuarat Projek Mini Perniagaan (membincangkan dan mengatur tugas ahli jawatankuasa)Safwan bin Suhaipin

1 Februari 2015Menyediakan kertas kerjaSafwan bin Suhaipin, Hidie Kong Yieng Yieng

5 Februari 2015Memeriksa kertas kerja (membaiki sekiranya ada kesilapan)Safwan bin Suhaipin, Hidie Kong Yieng Yieng

6 Februari 2015Menghantar kertas kerja untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak Pengarah atau pihak yang berkaitan.Safwan bin Suhaipin dan Ketua Jabatan Sains Sosial

6 Mac 2015Menjalankan Projek Mini Perniagaan Semua ahli jawatankuasa

9.0 JADUAL RANCANGAN AKTIVITI6 Mac 2015

ATURCARAAKTIVITI

8.00 a.m.Persediaan awal Menghiaskan gerai. Menyedia dan menyusun bahan jualan.

9.00 a.m. 12.00 a.m.Projek Mini Perniagaan dijalankan. Urusan jual beli dijalankan.

12.00 a.m. 12.30 a.m.Projek Mini Perniagaan tamat. Kerja pembersihan diadakan. Pemulangan barang seperti meja dan kerusi ke tempat asal.

10.0 PENUTUPKerjasama daripada semua pihak amat diperlukan untuk melicinkan segala pengurusan dalam aktiviti ini. Kami berharap segala rancangan yang dibuat dapat dilaksanakan seperti yang ditetapkan dan dapat mencapai objektifnya secara maksimum. Kami berterima kasih atas sokongan dan prihatin daripada semua pihak.

Disediakan oleh, _____________________(SAFWAN BIN SUHAIPIN)Pengerusi Projek Mini PerniagaanJabatan Sains SosialIPG Kampus Sarawak, Miri.

Disokong oleh, ___________________________(ENCIK KUJANG ANAK MALONG)Ketua Jabatan Jabatan Sains SosialIPG Kampus Sarawak, Miri.

Disemak oleh,____________________(PUAN BAITY ANAK BUJENG)Penyelaras Projek Mini PerniagaanJabatan Sains SosialIPG Kampus Sarawak, Miri.