kertas kerja kempen anti denggi

15
SK SEKSYEN 11 KOTA DAMANSARA 47810 PETALING JAYA SELANGOR KERTAS KERJA KEMPEN ANTI DENGGI TAHUN 2013 TARIKH & HARI : 15-22 APRIL 2013 ANJURAN : UNIT HAL EHWAL MURID 0

Upload: syuhada-ar

Post on 01-Jan-2016

374 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

Program pencegahan 3k skeolah rendah

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Kempen Anti Denggi

SK SEKSYEN 11 KOTA DAMANSARA47810 PETALING JAYA

SELANGOR

KERTAS KERJAKEMPEN ANTI DENGGI TAHUN 2013

TARIKH & HARI :15-22 APRIL 2013

ANJURAN :

UNIT HAL EHWAL MURIDSK SEKSYEN 11 KOTA DAMANSARA

0

Page 2: Kertas Kerja Kempen Anti Denggi

1.0 PENDAHULUAN

Demam denggi adalah satu penyakit berjangkit yang masih menjadi satu masalah kesihatan awam di Malaysia. Bilangan kes demam denggi yang dicatatkan masih membimbangkan setiap tahun. Walaupun sejak tahun 1993, Rancangan Kawalan Penyakit Bawaan Vektor Kementerian Kesihatan telah memperkenalkan Program Bebas Aedes di kemudahan-kemudahan kesihatan, namun analisa awal yang telah dijalankan mendapati punca bilangan kes terus dicatatkan kerana sikap orang ramai dan penglibatan masyarakat masih kurang memuaskan. Oleh yang demikian, kerjasama di wujudkan dengan Kementerian Pendidikan untuk menjalankan langkah pencegahan lebih awal melalui kumpulan tertentu iaitu pelajar sekolah. Rentetan itulah, Program Bebas Denggi yang merangkumi aktiviti Kempen Anti Denggi di peringkat sekolah diadakan.

2.0 RASIONAL

Kajian kes menunjukkan bilangan kes demam denggi yang dicatatkan berlaku dikalangan penuntut sekolah yang berumur 7 hingga 18 tahun.

Terdapat banyak sekolah di seluruh Negara. Kebanyakan sekolah-sekolah terletak di dalam kawasan bandar mempunyai masalah penyakit denggi.

Bagi menyemai pengetahuan dan amaln baik di dalam kawalan denggi kepada peringkat umur yang rendah supaya pengetahuan dan amalan tersebut dapat diteruskan apabila mereka dewasa nanti. Di samping itu diharapkan penutut sekolah dapat menjadi agen perubahan kepada bebas denggi di rumah seterusnya masyarakat umum.

Kajian daripada negara-negara lain telah menunjukkan bahawa aktiviti kawalan denggi yang ditumpukan kepada golongan kanak-kanak sekolah telah mencapai kejayaan.

3.0 MATLAMAT

Untuk mendedahkan kanak-kanak sekolah kepada aktiviti pencegahan dan kawalan denggi dengan tujuan mewujud satu kumpulan yang menjadikan “agen perubah” kepada masyarakat.

4.0 OBJEKTIF

Untuk memberi kefahaman, kesedaran dan kemahiran di dalam mencegah dan mengawal kejadian demam denggi di sekolah.

Untuk melibatkan semua golongan termasuk ibubapa dan kakitangan sekolah di dalam aktiviti pencegahan dan pengawalan demam denggi.

5.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid SK Seksyen 11 Kota Damansara

1

Page 3: Kertas Kerja Kempen Anti Denggi

6.0 PELAKSANAAN

Tarikh Masa Aktiviti Tempat15 April

2013 (Isnin)7.20-7.50 pg Perasmian Kempen Minggu Anti

Denggi 2013Dataran Perwira

8.00 – 9.00 pg Ceramah Anti Denggi Oleh

PKD Petaling Utama

Dewan Sri Kandi

9.00 pg – 1.10 tgh

Pameran Oleh PKD Petaling Utama(waktu melawat setiap kelas

ditetapkan dan diiringi guru PdP masa berkenaan)

Makmal Sains 1

16 April 2013

(Selasa)

7.20 – 9.50 pg Tahap 2Pertandingan Peta Minda Kreatif

Bilik Darjah

2.00 – 3.30 ptg Tahap 1Pertandingan Mewarna

Bilik Darjah

Jadual Kemasukan ke Pameran Anti Denggi oleh PKD PetalingTarikh Masa Tahun Guru Pengiring Tempat

15 April 2013

(ISNIN)

9.00 – 9.30 pg

4 AMANAH4 FITRAH

AzizMaimunah

Makmal Sains 1

9.30 – 10.00 pg

5 AMANAH5 EFISIEN

Nour hidayahEarly

10.00 – 10.30 pg

6 AMANAH6 BESTARI

Suraiya Sulriany

10.30 – 11.00 pg

4 BESTARI4 EFISIEN

Hamidah Marliah/hazwani

11.00 – 11.30 -pg

5 BESTARI5 DINAMIK

Zunizah Hazlina

11.30 – 12.00 tgh

6 CEMERLANG6 EFISIEN

Maimunah Zulfitri

12.00 – 12.30 tgh

4 CEMERLANG4 DINAMIK

Aziz Roshadi

12.30 – 1.00 tgh

5 CEMERLANG6 DINAMIK

Amirul Shamzakiah

*Jadual Guru Pengiring mengikut jadual PdP seperti biasa. Selain masa lawatan pameran, PdP berjalan seperti biasa. Sila beri kerjasama untuk mengelak kesesakan di Bilik Pameran.

2

Page 4: Kertas Kerja Kempen Anti Denggi

7.0 METODOLOGI / KAEDAH

Program dilaksanakan selama seminggu mengikut tentatif. Ia akan dijalankan oleh semua guru-guru SK Seksyen 11 Kota Damansara. Dikendalikan sepenuhnya oleh Ahlijawatankuasa Unit Kesihatan di bawah naungan Unit Hal Ehwal

Murid. Aktiviti yang dijalankan berbentuk pameran, ceramah, dan pertandingan. Pelajar dan semua guru dikehendaki mematuhi segala arahan dan bekerjasama serta memberi

komitmen yang tinggi terhadap segala bentuk aktiviti yang dijalankan.

8.0 SENARAI JAWATANKUASA

JAWATANKUASA INDUK KEMPEN ANTI DENGGI TAHUN 2013

PENGERUSI : Pn. Maimoon Bt Dusa(Guru Besar SK Seksyen 11 Kota Damansara)

NAIB PENGERUSI : Datin Jayanthi a/p Devan(GPK HEM SK Seksyen 11 Kota Damansara )

En Nik Azman B. Kundur (GPK Kurikulum SK Seksyen 11 Kota Damansara)

Pn Hjh Noraliza Bt Yusoff(GPK Kokurikulum SK Seksyen 11 Kota Damansara)

: Pn. Noraimah Bt Husin(GPK Petang SK Seksyen 11 Kota Damansara)

PENYELARAS : Pn. Hazlina Bt Abdul HalimPROGRAM (Setiausaha Sub-Unit Kesihatan SK Seksyen 11 K.Damansara)

SETIAUSAHA : Pn. Nur Syuhada Bt Abdul Rasid (Guru Bimbingan dan Kaunseling SK Seksyen 11 Kota Damansara)

3

Page 5: Kertas Kerja Kempen Anti Denggi

JAWATANKUASA PELAKSANA

Tugas & Tanggungjawab

J/K Pameran dan Modul ProgramPn. Hazlina Bt Abdul HalimPn. Nur Syuhada Bt. Abdul RasidEn. Basminazaki B. ZakariaPn. Fazidah Bt. Fauzul WafirPn. Zainusliza Bt. Ab.llahPn. Tn. Zainab Bt Tn. MatPn. Siti Asiah Bt Mat RashidCik Fatin Aina Bt MaznorbaliaPn. Azlina Bt Abdul Rahman

Mengumpulkan bahan pameran. Menyiapkan tempat pameran. Mengawalselia semasa pameran

dijalankan. Mengemas semula tempat pameran

dan menyimpan bahan pameran di tempat selamat.

J/K PA Sistem dan LCDEn. Ahmad Zawawi B. KamalEn. Azrul B. Ahmad

Menyediakan peralatan sistem suara (mikrofon) yang berfungsi sepanjang program berlangsung.

Menyediakan LCD dan Laptop untuk pembentangan oleh penceramah.

Memastikan semua peralatan lengkap sebelum program berlangsung.

Mengeemas semula semua peralatan tersebut serta disimpan di tempat selamat.

J/K FotografiPn. Shamzakiah Bt TalibEn. Nurul Ikhwan B. Faiz Ismail

Merakam semua aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung.

Menyerahkan gambar tersebut kepada ajk dokumentasi.

J/K Perasmian dan PenutupanPn. Hazlina Bt Abdul HalimPn. Nur Syuhada Bt. Abdul RasidPn. Fazidah Bt. Fauzul WafirPn. Hasni Bt Amat

Menyediakan tempat program. Menjemput perasmi ke tapak program. Memastikan perjalanan program

berjalan lancar.

J/K Pengacara MajlisEn. Basminazaki B. ZakariaCik Zainusliza Bt Ab.llah

Mengendalikan Majlis Perasmian, Penutupan dan Aktiviti Ceramah.

4

Page 6: Kertas Kerja Kempen Anti Denggi

J/K HadiahPn. Marliah Bt SamaisPn. Nour Hidayah Bt. Abu BakarPn. Siti Hajar Ronah Bt DaudPn. Saidawiyah Kaseri Bt. Mohd Kasmuri Pn. Siti Asiah Bt. Mat RashidPn. Ellyza Bt. Daud

Menyediakan hadiah pemenang seperti dirancang.

Menyiapkan sijil-sijil pemenang. Membantu mengatur dan memberikan hadiah

kepada pemenang semasa majlis penutupan.

J/K DokumentasiPn. Early Marinati Bt Ismail KhaliliCik Rina Hazrina Bt Saihani

Merekod dan menyediakan laporan selepas program berlangsung.

Laporan yang telah siap hendaklah dihantar kepada SU Kempen Anti Denggi.

Tempoh Masa 1 minggu selepas program.

J/K Hakim dan Penilaian

Aktiviti Peta Minda InovatifPn. Maimunah Bt MasromPn. Herny Bt NurdinPn. Nur Sulriany Bt Sulaiman

Aktiviti Kuiz Anti DenggiPn. Hazlina Bt Abdul HalimPn. Nur Syuhada Bt. Abdul RasidEn. Basminazaki B. ZakariaPn. Fazidah Bt. Fauzul Wafir

Aktiviti Mewarna Poster Tahap 1Pn. Zainusliza Bt. Ab.llahPn. Hasni Bt Amat

Mengumpul semua penyertaan pertandingan untuk di semak dan dinilai.

Menilai dan menentukkan pemenang yang layak dengan adil dan saksama. ;) J/K Hadiah dan Sijil serta Pengerusi Majlis.

J/K Kawalan MuridSemua Guru mengikut PdP masing-masing

Tugas dan Tanggungjawab

Memastikan murid berdisiplin dan menepati masa sepanjang program berlangsung.

Memastikan semua murid menjalankan aktiviti dan tugasan yang diberikan.

Mengumpulkan bahan penyertaan murid dan menyerahkan kepada hakim penilaian.

5

Page 7: Kertas Kerja Kempen Anti Denggi

9.0 TENTATIF PROGRAM KEMPEN ANTI DENGGI TAHUN 2013

Isnin (15 April 2013)

7.30 – 8.00 -Perasmian Kempen Anti Denggi Tahun 2013

08.00 pg – 9.00 pg -Ceramah Cegah Denggi oleh wakil Pejabat Kesihatan Daerah Petaling

9.00 pg – 1.00 tgh - Pameran Anti Denggi oleh Pejabat Kesihatan Daerah Petaling

Selasa (16 April 2013)

08.00 pg – 10.00 pg - Pertandingan Peta Minda Inovatif (Tahap 2)- Pertandingan Mewarna Poster (Pra Sekolah)

5.00 ptg – 6.30 ptg - Pertandingan Mewarna Poster (Tahap 1)

Isnin (22 April 2013)

7.30 – 8.00 - Perasmian Penutup Kempen Anti Denggi Tahun 2013- Penyampaian Hadiah

6

Page 8: Kertas Kerja Kempen Anti Denggi

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Perbelanjaan

Aktiviti Peta Minda Inovatif (Alat Tulis)Tempat Pertama = Hamper (41 X 3 Kelas X RM 2) RM 246.00Tempat Kedua = Hamper (41 X 3 kelas X RM 2) RM 246.00Tempat Ke 3 = Hamper (41 X 3 kelas X RM 1) RM 123.00

Hadiah Mewarna Poster (1 X 20 kelas X RM 3.70) RM 74.00

Makanan Penceramah (5 X RM10) RM 50.00

Cenderamata Penceramah (1 X RM 24) RM 24.00

Moulting Board (32 X RM 2.90) RM 92.80

JUMLAH RM 855.80

Peruntukan

PCG Unit Bimbingan dan Kaunseling RM 855.80

JUMLAH RM 855.80

7

Page 9: Kertas Kerja Kempen Anti Denggi

11.0 PENUTUP

Adalah amat diharapkan agar Kempen Anti Denggi 2013 dapat dijalankan dengan lebih cemerlang ke arah kegemilangan yang paling tinggi. Kerjasama daripada para guru dan semua pihak yang terlibat begitu diperlukan untuk menjayakan program ini.

Disediakan oleh:

...............................................................PN. NUR SYUHADA BINTI ABDUL RASIDSetiausahaKempen Anti DenggiPenyelaras Program HEMSK Seksyen 11 Kota Damansara

Disemak oleh:

..................................................................DATIN JAYANTHI A/P DEVANGuru Penolong Kanan HEMSK Seksyen 11 Kota Damansara

8