kertas kerja kem motivasi upsr 2010

Upload: kasutoyu

Post on 03-Apr-2018

235 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Kertas Kerja Kem Motivasi UPSR 2010

    1/3

    TAJUK : KEM MOTIVASI UPSR 2010

    1.0 LATAR BELAKANG

    Kejayaan murid-murid sekolah adalah bergantung kepada kualiti kecemerlangan

    kurikulum sesebuah sekolah.Warga sekolah yang dinamik, tenaga guru yangkomited ,kreatif dan inovatif adalah asset penting sebagai pemangkin kejayaan.

    2.0 OBJEKTIF

    Program ini bertujuan meningkatkan kemahiran dan semangat murid-murid tahun

    6 SK Merbau Pulas dalam menghadapi peperiksaan UPSR Kebangsaan padabulan September.

    3.0 RASIONAL

    3.1 Murid-murid memerlukan kelainan suasana pengajaran dan pembelajaran

    untuk mengelak rasa bosan.3.2 Suasana yang berbeza diharapkan dapat meningkatkan semangat untuk

    menghadapi UPSR pada bulan September nanti.

    3.3 Pihak sekolah mensasarkan keputusan UPSR 2010 terus meningkat darisegi kualiti dan kuantiti seterusnya untuk mencapai visi sekolah .

    4.0 MATLAMAT

    4.1 Murid-murid mencapai 5A dalam UPSR mengikut unjuran sekolah.

    4.2 Murid-murid lulus semua mata pelajaran mengikut unjuran sekolah.4.3 Mengurangkan jumlah murid gagal semua mata pelajaran.

    5.0 OBJEKTIF

    5.1 Memantapkan suasana P& P yang lebih dinamik

    5.2 Membina imej sekolah yang melahirkan insane cemerlang.

    5.3 Mempertingkat kemerlangan UPSR.

    5.4 Mempertingkat kualiti dan kuantiti lulus UPSR5.5 Mempertingkat prestasi UPSR secara keseluruhan.

    5.6 Mengaplikasi pelbagai strategi dalam kemahiran belajar.

    5.7 Membina pelbagai variasi dan teknik menguasai soalan dan menjawabnya.5.8 Menjana pelbagai aktiviti di dalam membina team work/team study.

    5.9 Menjana kreativiti dan inovasi di dalam belajar.

  • 7/29/2019 Kertas Kerja Kem Motivasi UPSR 2010

    2/3

    6.0 PELAKSANAAN PROGRAM

    6.1 Sekolah membuat penilaian secara berterusan.6.2 Program dijalankan oleh penceramah jemputan.

    6.3 Penekanan kepada teknik menjawab soalan terkini.

    6.4 Pembiayaan program dibuat melalui kutipan sejumlah wang dari peserta,pihak sekolah dan sumbangan PIBG .

    6.5 Penyediaan dan pelaksanaan program dijalankan AJK program.

    7.0 TARIKH PELAKSANAAN PROGRAM

    7.1 Tarikh : 15 dan 16 Julai 2010.

    7.2 Hari : Khamis dan Jumaat.7.3 Tempat : Dewan Sekolah

    7.4 Peserta : 75 orang murid.

    8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

    BIL BUTIRAN PENDAPATAN JUMLAH

    1 Kutipan daripada muridRM 15 x 75

    RM 1125.00

    2 Sumbangan PIBG RM 300.00

    3 Sumbangan Sekolah(Kaunseling) RM 200.00

    4 Sumbangan Kedai Buku RM 300.00

    Jumlah RM 1925.00

    BIL BUTIRAN PERBELANJAAN JUMLAH1 Makan dan Minum Peserta

    RM 12x 75RM 900.00

    2 Makan Minum Guru BertugasRM 12 x 10

    RM 120.00

    3 Ceramah Teknik RM 100 x 4

    RM 400.00

    4 Ceramah Motivasi Khas RM 200.00

    5 Makan Minum Waris

    RM 1.50 x 60

    RM 90.00

    6 Fotostat Bahan RM 100.00

    Jumlah RM 1810.00

    PENUTUPKem ini diharapkan dapat meningkatkan keyakinan murid dan mereka lebih bermotivasi

    dalam menghadapi peperiksaan UPSR berbekalkan strategi berfokus dan seterusnya

    mencapai hasrat semua warga sekolah,ibu bapa dan murid sendiri.

  • 7/29/2019 Kertas Kerja Kem Motivasi UPSR 2010

    3/3