kertas kerja kem motivasi pembentangan pertama 14 mei 2013-

16
KERTAS KERJA KEM MOTIVASI KECEMERLANGAN UPSR 2013 SK PARIS 3 KINABATANGAN TARIKH : 17 - 19. 05. 2013 TEMPAT : S.K. PARIS 3, KINABATANGAN ANJURAN : AHLI JAWATANKUASA KECERMERLANGAN UPSR 2013

Upload: mohd-mustakim-kamarudin

Post on 23-Jun-2015

8.263 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA KEM MOTIVASIKECEMERLANGAN UPSR 2013SK PARIS 3 KINABATANGAN

TARIKH : 17 - 19. 05. 2013

TEMPAT :S.K. PARIS 3, KINABATANGAN

ANJURAN :AHLI JAWATANKUASA KECERMERLANGAN UPSR 2013

 1.0 TUJUAN

• Kertas kerja ini dikemukakan untuk membawa murid-murid menjelang UPSR  agar lebih bersemangat dan bermotivasi untuk menghadapi peperiksaan tahun ini. Kertas kerja ini bertujuan memohon kelulusan pihak pentadbiran S.K. Paris 3 untuk menganjurkan satu program khas bagi memberi motivasi kepada murid-murid di samping meningkatkan semangat untuk belajar dan mencapai kejayaan dalam UPSR 2013.

2.0 PENGENALAN

• Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) merupakan ujian penilaian yang dikendalikan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia kepada murid-murid yang belajar di Tahun 6 sahaja. Ujian ini merupakan kayu pengukur kepada murid yang telah belajar selama 6 tahun di sekolah dari segi pencapaian akademik iaitu Bahasa Melayu Kefahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Bagi memastikan kejayaan dari aspek ini tercapai dengan jayanya maka program motivasi perlu diadakan. 

3.0 OBJEKTIF• 3.1 Afektif:•

Menjadikan kem motivasi ini sebagai batu loncatan kepada murid Tahun 6 untuk memberikan kesedaran bahawa kecermerlangan dalam hidup dapat menjamin kelangsungan hidup.

3.2 Kognitif:•

Memantapkan jasmani, emosi, rohani dan intelektual (JERI) supaya murid dapat menghadapi peperiksaan UPSR dengan tenang dan bersemangat.

3.3 Psikomotor:•

Memastikan murid sentiasa berada dalam keadaan yang sentiasa sihat dan bersedia melalui penyertaan dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan.

4.0 TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM

• Tarikh  : 17, 18,19 MEI 2013Hari : Jumaat , Sabtu dan AhadTempat Program  : SK Paris 3, Kinabatangan

5.0 STRATEGI PERLAKSANAAN

• 5.1    Bina kertas kerja• 5.2    Perbincangan bersama Jawatan Kuasa•    5.3    Perlaksanaan program•     5.4  ”Post Mortem” dan Penyediaan laporan•     5.5    Hantar laporan ke pejabat.

6.0 KAEDAH PELAKSANAAN

• 6.1   Ceramah;• 6.2   Bengkel;• 6.3   LDK (Latihan Dalam Kumpulan);• 6.4   Riadah/rekreasi (Cergas Malaysia).

7.0 SENARAI TETAMU KEHORMAT DAN PERASMI PROGRAM

• 6.1  Guru Besar SK Paris 36.2  Guru-Guru Tahun 6

• 6.3  Semua Guru-Guru SK Paris 3

8.0 KUMPULAN SASARAN/ PESERTA

• 8.1 Murid-murid Tahun 6 (calon UPSR)

9.0 TENTATIF PROGRAM• HARI PERTAMA (17 Mei 2013)- JUMAAT (HARI PERTAMA)•  • 1.00 petang  : Pendaftaran Peserta• 2.00 petang  : Taklimat Ringkas oleh penyelaras program• 3.00 petang  : Persiapan Solat Asar• 4.00 petang  : Ice Breaking & Pembentukan Kumpulan • 5.00 petang  : Minum Petang / Urus Diri• 6.00 malam  : Solat Maghrib,Tazkirah & Solat Isya’.• 7.30 malam  : Makan Malam• 8.00 malam  : Ceramah 1 (motivasi)• 9.00 malam : LDK 1 (Kenali Potensi Diri) • 10.00 malam: Burung Hantu  ( Aktualisasi Diri )• 11.30 malam : Persiapan Tidur

HARI KEDUA (18 MEI 2013)- SABTU (HARI KEDUA)

• 4.00 pagi  : Urus Diri / Solat Subuh / Tazkirah• 5.30 pagi  : Urus Diri• 6.00 pagi  : Senaman• 7.00 pagi  : Sarapan• 8.00 pagi  : Ceramah 2 (Pengurusan Masa) • 9.00 pagi: Minum Pagi • 9.30 pagi  : LDK 2 (Kekuatan dan Kelemahan Diri)• 10.30 pagi : LDK 3 (Kemahiran Belajar)• 11.30 pagi  : Makan Tengahari• 12.00 t/hari  : Solat Zohor• 1.30 t/hari  : LDK 4 Explorace ( Jelajah Minda ) • 3.00 petang  : Persiapan Majlis Penutupan Kem Motivasi UPSR 2013• 4.00 petang : Bersurai

JAWATAN KUASA

JAWATAN KUASA

KOS ANGGARAN BELANJA

PERUNTUKAN KEWANGAN

PENUTUP

• Semoga program ini mendapat kelulusan pihak pentadbiran SK Paris 3 serta guru-guru Tahun 6 dan Guru-guru SK PARIS 3. Jutaan terima kasih diatas pertimbangan pihak tuan.