kertas kerja kelab frisbee

3
KERTAS KERJA PENUBUHAN ”KELAB FRISBEE” SMK (LKTP) CHEMOMOI 1.0 Pendahuluan Frisbee (flying disc) atau lebih dikenali sebagai “piring terbang” telah lama bertapak dan diperkenalkan di peringkat antarabangsa. Namun di Malaysia, sukan ini yang lebih dikenali sebagai sukan rekreasi, yang dilihat lebih santai sebelum secara serius diketengahkan oleh beberapa pihak sebagai satu sukan kompetitif sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Dengan inisiatif 1 Murid 1 Sukan (1M1S), sukan Frisbee bakal diperkenal dan diserap sebagai salah satu acara tahunan dalam kalendar sukan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Bermula pada 2015, KPM mengambil langkah mengadakan klinik dan kursus kepada guru-guru yang dilantik sebagai Jurulatih utama (JU) untuk menyampaikan maklumat dan menyebarluas informasi berkenaan sukan Frisbee. Di samping klinik yang telah dijalankan dan diperkenalkan kepada beberapa buah sekolah sebagai sekolah rintis, kejohanan di peringkat negeri dan kebangsaan juga akan diadakan buat julung kalinya pada tahun 2015 ini. Dengan menekankan semangat kesukanan yang tinggi dalam setiap perlawanan, sukan Frisbee diharap dapat menarik keseluruhan warga SMK (LKTP) Chemomoi untuk melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung sebagai tanda sokongan kepada penubuhan kelab ini. Tidak memerlukan kemahiran yang yang pelbagai dan kompleks, sukan Frisbee memerlukan pemain mempunyai stamina yang tinggi dan kemahiran komunikasi yang baik sesame ahli pasukan. Kemahiran yang terlibat sekadar melempar dan menangkap serta menggabungkan beberapa kemahiran asas pergerakan seperti larian dan lompatan. 2.0 Objektif/Rasional Penubuhan Kelab Objektif program ini ialah untuk mencapai tujuan-tujuan berikut: 1

Upload: fitri-saleh

Post on 09-Feb-2016

407 views

Category:

Documents


41 download

DESCRIPTION

kertas

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS KERJA Kelab Frisbee

KERTAS KERJA PENUBUHAN ”KELAB FRISBEE”

SMK (LKTP) CHEMOMOI

1.0 PendahuluanFrisbee (flying disc) atau lebih dikenali sebagai “piring terbang” telah lama bertapak dan diperkenalkan di peringkat antarabangsa. Namun di Malaysia, sukan ini yang lebih dikenali sebagai sukan rekreasi, yang dilihat lebih santai sebelum secara serius diketengahkan oleh beberapa pihak sebagai satu sukan kompetitif sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Dengan inisiatif 1 Murid 1 Sukan (1M1S), sukan Frisbee bakal diperkenal dan diserap sebagai salah satu acara tahunan dalam kalendar sukan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Bermula pada 2015, KPM mengambil langkah mengadakan klinik dan kursus kepada guru-guru yang dilantik sebagai Jurulatih utama (JU) untuk menyampaikan maklumat dan menyebarluas informasi berkenaan sukan Frisbee. Di samping klinik yang telah dijalankan dan diperkenalkan kepada beberapa buah sekolah sebagai sekolah rintis, kejohanan di peringkat negeri dan kebangsaan juga akan diadakan buat julung kalinya pada tahun 2015 ini. Dengan menekankan semangat kesukanan yang tinggi dalam setiap perlawanan, sukan Frisbee diharap dapat menarik keseluruhan warga SMK (LKTP) Chemomoi untuk melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung sebagai tanda sokongan kepada penubuhan kelab ini.

Tidak memerlukan kemahiran yang yang pelbagai dan kompleks, sukan Frisbee memerlukan pemain mempunyai stamina yang tinggi dan kemahiran komunikasi yang baik sesame ahli pasukan. Kemahiran yang terlibat sekadar melempar dan menangkap serta menggabungkan beberapa kemahiran asas pergerakan seperti larian dan lompatan.

2.0 Objektif/Rasional Penubuhan Kelab

Objektif program ini ialah untuk mencapai tujuan-tujuan berikut:

2.1 Memberi pendedahan kepada guru dan pelajar berkaitan permainan Frisbee

2.2 Menarik minat guru dan pelajar untuk menyertai acara sukan mahupun aktiviti fizikal yang membantu kecergasan fizikal berikutan kemahiran asas permainan yang amat mudah untuk dipelajari oleh semua peringkat umur.

2.3 Memberi pendedahan luar kepada pelajar untuk bersaing secara sihat dalam acara sukan.

2.4 Memberi maklumat tentang paraturan dan undang-undang permainan

3.0 Rasional Penubuhan Kelab

1

Page 2: KERTAS KERJA Kelab Frisbee

3.1 Menarik 4.0 Anggaran Perbelanjaan

Bil Perkara Jumlah (RM) Sumber1 Pengangkutan (Bas) 600.00 PIBG2 Penginapan

(RM5.00 X 24 pelajar X 1 malam) 120.00 Sekolah

3 Makanan(RM15.00 X 24 pelajar)

360.00 Sekolah

JUMLAH 1080.00

2

Page 3: KERTAS KERJA Kelab Frisbee

5.0 PenutupDiharapkan usaha yang dilakukan akan mendapat suntikan semngat dan sokongan daripada warga SMKC bagi memastikan kejayaan pelajar-pelajar yang terlibat. Diharapkan dengan sokongan tersbut akan lebih menggalakkan para pelajar untuk lebih berusaha untuk mengharumkan nama SMKC di peringkat yang lebih tinggi terutamanya dalam bidang sukan.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

......................... .......................................(MOHD FITRI BIN SALEH)SetiausahaMajlis Sukan SekolahSMK (LKTP) Chemomoi

3