norizan binti hj. mamat buku seranta (felda) · pdf filepenasihat terbaik kokurikulum...

16
TAJUK BUKU KERJA BUKAN KERANA PANGKAT PENGULAS BUKU Norizan Binti Hj. Mamat SERANTA (FELDA) BIODATA PENULIS Dr. Mumtaz Begam binti Abdul Kadir adalah anak jati Negeri Melaka. Mendapat pendidikan awal di Sek. Ren & Men Convent Infant Jesus, Melaka. Tahun 1986- Melanjutkan pelajaran ke UPM (Ijazah). Pernah menjadi guru di sekitar Negeri Melaka. Tahun 1995 – Mengambil Diploma Lanjutan Pendidikan (TESL) di UTM Sekudai, Johor. Tahun 1998 – Menyambung pelajaran peringkat Sarjana di UTM – dalam bidang Pentadbiran & Pengurusan ( secara sambilan). Pernah menjadi Pensyarah di Kolej Professional MARA N. Melaka selama 8 tahun. Pernah menjadi Guru Bahas Inggeris di MRSM salam 10 tahun. Melanjutkan pelajaran ke peringkat Doktor Falsafah di UKM. Beliau juga telah menerima pelbagai Anugerah seperti Penasihat Akademik Terbaik, Cuti Sakit Sifar, Perkhidmatan Cemerlang, Anugerah Kualiti KPMM, Pensyarah Inovasi dan Penasihat Terbaik kokurikulum Kelab/Persatuan. Sentiasa dijemput untuk Membentang kertas kerja dalam seminar Kebangsaan dan Luar Negara yang berkaitan Pengurusan. Kini beliau menjadi Penceramah sambilan di Institut Intergriti Melaka, Sek-Sek Men. Dan IPT di sekitar Melaka. Minatnya yang mendalam dalam bidang penulisan mendorongnya menghasilkan karya seperti KUALITI DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA, PANDUAN PEMBENTUKAN ORGANISASI PEMBELAJARAN DAN TERKINI KERJA BUKAN KERANA PANGKAT.

Upload: hoangnhi

Post on 04-Feb-2018

255 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Norizan Binti Hj. Mamat BUKU SERANTA (FELDA) · PDF filePenasihat Terbaik kokurikulum Kelab/Persatuan. Sentiasa dijemput untuk Membentang kertas kerja dalam seminar Kebangsaan

TAJUK BUKU KERJA BUKAN KERANA PANGKAT

PENGULAS

BUKU Norizan Binti Hj. Mamat

SERANTA (FELDA)

BIODATA

PENULIS Dr. Mumtaz Begam binti Abdul Kadir adalah anak jati Negeri

Melaka.

Mendapat pendidikan awal di Sek. Ren & Men Convent Infant

Jesus, Melaka.

Tahun 1986- Melanjutkan pelajaran ke UPM (Ijazah).

Pernah menjadi guru di sekitar Negeri Melaka.

Tahun 1995 – Mengambil Diploma Lanjutan Pendidikan

(TESL) di UTM Sekudai, Johor.

Tahun 1998 – Menyambung pelajaran peringkat Sarjana di

UTM – dalam bidang Pentadbiran & Pengurusan ( secara

sambilan).

Pernah menjadi Pensyarah di Kolej Professional MARA N.

Melaka selama 8 tahun. Pernah menjadi Guru Bahas Inggeris

di MRSM salam 10 tahun.

Melanjutkan pelajaran ke peringkat Doktor Falsafah di UKM.

Beliau juga telah menerima pelbagai Anugerah seperti

Penasihat Akademik Terbaik, Cuti Sakit Sifar, Perkhidmatan

Cemerlang, Anugerah Kualiti KPMM, Pensyarah Inovasi dan

Penasihat Terbaik kokurikulum Kelab/Persatuan. Sentiasa

dijemput untuk Membentang kertas kerja dalam seminar

Kebangsaan dan Luar Negara yang berkaitan Pengurusan.

Kini beliau menjadi Penceramah sambilan di Institut Intergriti

Melaka, Sek-Sek Men. Dan IPT di sekitar Melaka.

Minatnya yang mendalam dalam bidang penulisan

mendorongnya menghasilkan karya seperti KUALITI DALAM

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA, PANDUAN

PEMBENTUKAN ORGANISASI PEMBELAJARAN DAN TERKINI

KERJA BUKAN KERANA PANGKAT.

Page 2: Norizan Binti Hj. Mamat BUKU SERANTA (FELDA) · PDF filePenasihat Terbaik kokurikulum Kelab/Persatuan. Sentiasa dijemput untuk Membentang kertas kerja dalam seminar Kebangsaan

2

PERIHAL

BUKU

Penerbit Utusan Publication & Distribution Sdn Bhd.

Tahun 2010

Halaman 154 halaman

Harga RM 16.50

Lain-lain

Mempunyai 9 Bab

Islam menuntut setiap manusia bekerja, berusaha mencari

rezeki bagi menyara diri, keluarga dan juga bagi kedua-dua

ibu bapanya. Islam juga menyatakan bahawa sesuatu ”kerja”

yang halal ialah tugas yang diamanahkan oleh Allah kepada

seseorang insan. Maka apabila seseorang itu menjalankan

tugasnya ataupun bekerja, bererti insan tersebut sedang

menunaikan amanah Allah. Menurut islam setiap kerja yang

diredhai oleh Allah dan disertai dengan niat adalah ibadah.

Setiap insan hendaklah menyedari dan menghayati bahawa

setiap kegiatannya menjalankan kerja yang halal adalah wajib

baginya dan kegiatannya itu sekiranya dimulai dengan niat,

hendaklah dianggap sebagai ibadah. Nabi Muhammad SAW

ada bersabda:

Salah satu tujuan kita bekerja adalah untuk memberi

khidmat kepada organisasi. Selain itu, kita juga perlu

menilai dan mengenal pasti kelemahan kita untuk

dijadikan panduan dan teladan bagi memberi

perkhidmatan yang terbaik. Orang lain tidak tahu apa

sebenarnya yang ada dalam pemikiran kita semasa

membuat sesuatu melainkan kita sahaja boleh membelek-

beleknya secara diam-diam.

Niat merupakan landasan moral bagi sebuah perbuatan

kerana niat akan menentukan baik atau buruk dan

diterima atau tidaknya sesuatu perbuatan. Niat

merupakan dasar dan bentuk bagi sebuah perbuatan di

mana perbuatan itu sendiri adalah juga isi daripada

Page 3: Norizan Binti Hj. Mamat BUKU SERANTA (FELDA) · PDF filePenasihat Terbaik kokurikulum Kelab/Persatuan. Sentiasa dijemput untuk Membentang kertas kerja dalam seminar Kebangsaan

3

sebuah niat.

Mempunyai satu pengaruh penting kepada individu. Ia

bertindak sebagai sebab dan juga akibat kepada tingkah

laku dan merupakan perkara peribadi dan berkaitan

dengan perasaan yang berhubung dengan pengalaman

individu.

Apabila kita bekerja, tugas yang diberikan kepada kita

haruslah dilaksanakan dengan baik. Kita mesti

memuaskan perhatian kita kepada apa yang kita lakukan.

Penulis buku ,

menulis dalam bukunya:

Nilai didefinisikan sebagai ramuan yang menunjukkan siapa

kita sebagai manusia. Nilai yang kita pegang membolehkan

kita memilih kerja yang kita lakukan, perhubungan yang kita

bina dan kumpulan yang kita ketuai. Nilai kita mempengaruhi

setiap pilihan keputusan dan tindakan yang kita lakukan. Nilai

peribadi adalah satu elemen penting dalam sistem

kepercayaan kita. Nilai ini bertindak seperti scanner yang

menapis dan mewarnai pendapat yang melaluinya. Justeru,

nilai ialah satu konsep yang mencerminkan pegangan,

kepercayaan dan amalan seseorang individu dengan merujuk

kepada garis panduan yang dipersetujui oleh sekelompok

manusia. Nilai peribadi selalunya terhasil daripada:

Kepercayaan mengenai baik atau buruk dalam melakukan

sesuatu berasaskan agama.

Penilaian moral yang dibuat berasaskan penilaian tindakan

yang sesuai dalam situasi tertentu.

Sifat intelek mengenai pendekatan atau tingkah laku yang

menghasilkan keputusan yang diterima.

Pengalaman yang diperolehi sama ada secara eksplisit @

implisit daripada sesuatu tindakan yang telah menghasilkan

keputusan yang baik.

Keputusan yang dilakukan oleh individu dalam keluarga,

masyarakat atau kerjaya.

Page 4: Norizan Binti Hj. Mamat BUKU SERANTA (FELDA) · PDF filePenasihat Terbaik kokurikulum Kelab/Persatuan. Sentiasa dijemput untuk Membentang kertas kerja dalam seminar Kebangsaan

4

Piawai yang disediakan oleh individu tersebut

Persekitaran individu seperti keluarga, komuniti setempat dan

tempat kerja.

Perhubungan individu tersebut dengan orang lain iaitu ahli

keluarga, jiran, rakan sekerja dan pelanggan.

Cara penggunaan masa dan sumber.

Memberi alasan kepada tindakan seseorang individu.

Memotivasikan individu dalam situasi yang berbeza

Menghubungkaitkan peribadi individu dengan keutamaan

kerja

Memberi sumbangan yang terbaik dalam kerjaya yang dipilih

atau aktiviti komuniti.

Mempamerkan ciri-ciri peribadi individu dalam kekuatan

bekerja.

Piawaian tingkah laku yang diharapkan daripada pekerja

dalam menjalankan sesuatu tugas.

Cara pekerja dalam sesuatu organisasi itu bekerja.

Perhubungan antara pekerja dalam organisasi tersebut.

Cara penggunaan sumber dalam organisasi tersebut.

Cara sesuatu keputusan dibuat dalam organisasi itu.

Keluarga, Budaya, Agama, Pengalaman, dan Kepercayaan

intelektual

Jika menepati masa merupakan nilai peribadi seseorang

individu, maka individu tersebut tidak akan berkomproni

dalam penggunaan masa setiap hari. Dengan menepati masa

individu itu akan menunjukkan komitmen dan penghasilan

mutu kerja yang baik dalam jangka masa yang ditetapkan.

Nilai peribadi mempunyai pengaruh yang kuat

Page 5: Norizan Binti Hj. Mamat BUKU SERANTA (FELDA) · PDF filePenasihat Terbaik kokurikulum Kelab/Persatuan. Sentiasa dijemput untuk Membentang kertas kerja dalam seminar Kebangsaan

5

dalam kejayaan seseorang individu.

Ada ketikanya kita perlu berhenti sejenak untuk

menilai kembali kedalam diri kita secara jujur

tentang bagaimana nilai –nilai kita yang berubah

atau tidak. Kadang kala nilai kita berubah tanpa

disedari dalam meniti waktu kerana kita

dipengaruhi oleh individu dan persekitaran yang

berbeza-beza.

Hubungan antara nilai peribadi individu dan nilai

korporat merupakan proses dua hala. Nilai peribadi

individu memberi impak yang besar terhadap nilai

korporat jika keduanya selari. Nilai juga dilihat

sebagai semakin teguh jika adanya kerjasama

antara nilai peribadi dan organisasi.

Setiap individu yang melakukan sesuatu pekerjaan

yang baru memiliki nilai peribadi. Nilai peribadi ini

boleh membantu membentuk hala tuju pada

keutamaan kita dan memberi kesan secara

peribadi.

Latihan yang ringkas dan cepat akan menyediakan

rangka kerja yang baik untuk dibincangkan

mengenai dari mana nilai ini datang, bagaimana ia

mempengaruhi kehidupan dan kejayaan kita dan

bagaimana kita mahu mempertingkatkan lagi nilai-

nilai tersebut

Merupakan sumbangan tersendiri yang boleh membawa

perubahan penting kepada individu dan organisasi. Setiap

individu menambah nilai dengan cara yang berbeza. Sekiranya

kita menambah nilai dengan cara pendekatan dan cara yang

Page 6: Norizan Binti Hj. Mamat BUKU SERANTA (FELDA) · PDF filePenasihat Terbaik kokurikulum Kelab/Persatuan. Sentiasa dijemput untuk Membentang kertas kerja dalam seminar Kebangsaan

6

sama, kita sebenarnya tidak menambah nilai dengan efektif

dan produktif.

Mengenal pasti dengan jelas hasil yang

dikehendaki.

Membaawa satu kemahiran yang baru ke dalam

pelaksanaan sesuatu tugas.

Kebolehan sesuatu kumpulan untuk bekerjasama

Sebagai pakar dalam sesebuah kumpulan.

Memberi penjelasan untuk kemajuan organisasi

Pemimpin menjadi penasihat dan mengagihkan

tanggungjawab kepada pekerja.

Kita menambah nilai dengan cara berbeza pada

peringka yang berbeza dalam kehidupan kita.

Pengalaman dan kepandaian yang ditambah

membolehkan kita memberi nilai tambah yang

berkesan dengan pelbagai cara dengan mengambil

kira perubahan kemahiran dan pilihan yang

diperlukan oleh mereka disekeliling kita.

Perancangan untuk menambah nilai bukan sahaja

berkisar tentang bidang tugas tetapi merangkumi

semua aspek pembelajaran yang membantu dalam

kehidupan.

Teknik pemerhatian terhadap cara orang lain

menambah nilai adalah cara yang terbaik untuk

belajar ditempat kerja. Kita boleh memerhati

bagaimana mereka menggunakan masa dan kata-

kata mereka. Kita sebenarnya terfikir teknik

pemerhatian tidak memberi kebaikan kepada

mereka yang kita perhatikan. Tetapi sebenarnya ia

amat berguna kerana kita seumpama mendapat

nasihat daripada pakar perunding secara percuma.

Apabila kita telah dapat membina kekuatan kita,

kita akan berada di zon selesa – yang bermaksud

perubahan dari segi memberi kepercayaan dan

mengagihkan tugas kepada orang lain. Semasa

berada di zon selesa, kita mungkin suka berbincang

bersama seseorang atau ahli kumpulan untuk

Page 7: Norizan Binti Hj. Mamat BUKU SERANTA (FELDA) · PDF filePenasihat Terbaik kokurikulum Kelab/Persatuan. Sentiasa dijemput untuk Membentang kertas kerja dalam seminar Kebangsaan

7

mencapai kata sepakat tetapi kita mungkin tidak

berasa selesa berbincang dengan kumpulan yang

lebih besar di luar zon selesa kita.

Membawa pengalaman tentang nilai ke tempat lain

yang boleh memberi kekuatan. Kita selalu

mengabungkan kehidupan antara kerja, keluarga

dan aktiviti masyarakat. Galakan harus diberikan

untuk membawa nilai tambah di luar bidang

pekerjaan tertentu. Ini akan mengembangkan nilai

yang sedia adalah dalam individu dan organisasi.

Bagi memantapkan sektor perkhidmatan awam,

usaha penghayatan nilai-nilai murni telah

dilaksanakan. Nilai telah ditakrifkan sebagai

keparcayaan yang mendorong seseorang atau

sesebuah intitusi untuk bertindak mengikut

pemilihan yang berasaskan keutamaan

masyarakat. Pada umumnya, nilai adalah satu idea

atau konsep yang wujud dalam pemikiran manusia

yang mengambarkan pelbagai darjah perlakuan,

kecantikan, kemuliaan, keikhlasan dan keefisienan

yang dijadiikan pegangan untuk membantu

keputusan atau menetapkan yang baik dan tidak

baik.

Salah guna kuasa oleh sesetengah pihak berlaku dari

masa ke semasa dalam organisasi. Kuasa dan pangkat

digunakan untuk menjatuhkan seseorang. Ia juga

digunakan untuk menipu dan memberi rasuah. Jika dilihat

dari segi agama ia secara terang ditentang kerana ia

dianggap tidak bermoral dan tidak berlaku adil kepada

mereka yang lain. Mereka juga menggunakan kuasa untuk

kepentingan peribadi seperti menyalah gunakan

maklumat untuk tujuan memberi keuntungan kepada

keluarga dan rakan-rakan dalam pemberian kontrak

dalam menguruskan pinjaman @ subsidi.

Merupakan satu lagi amalan tidak sihat dalam organisasi.

Gangguan seksual merupakan satu daripada perlakuan

yang dilarang atau ditegah sama sekali bagi Penjawat

Awam mengikut Peraturan 4A Peraturan Pegawai Awam

Page 8: Norizan Binti Hj. Mamat BUKU SERANTA (FELDA) · PDF filePenasihat Terbaik kokurikulum Kelab/Persatuan. Sentiasa dijemput untuk Membentang kertas kerja dalam seminar Kebangsaan

8

(Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Berikut adalah beberapa

kategori gangguan seksual :

Gangguan secara lisan

Gangguan secara isyarat (bukan lisan)

Gangguan secara visual

Gangguan secara fizikal

Gangguan secara psikologi

Terdapat pelbagai perkataan sinonim yang menerangkan

rasuah seperti tumbuk rusuk, wang sogok, wang suapan,

sorong tutup mulut, korapsi dan kecurangan. Rasuah

boleh ditafsirkan sebagai apa-apa yang diberi, ditawarkan

atau dijanjikan dalam apa jua bentuk, seperti wang

ringgit, harta benda, perkhidmatan dan sebagainya bagi

mempengaruhi si penerima untuk memperolehi sesuatu

perkara ganjaran, perkhidmatan dan sebagainya yang

tidak sah.

Layanan yang diberikan sebagai balasan atau bagi

memperolehi sesuatu bagi kepentingan diri seperti

kenaikan pangkat, layanan istimewa, anugerah

perkhidmatan cemerlang dan lain-lain.

Ia boleh dianggap sebagai suatu perkara biasa yang

dilakukan secara senyap dan tidak dapat dikesan oleh

mana-mana pihak. Individu yang melakukan penipuan ini

sedar akan kesalahan mereka. Penipuan mempunyai

pelbagai tujuan:

Bagi menyembunyikan kesalahan yang telah

dilakukan daripada pengetahuan umum.

Penipuan seperti pemalsuan dokumen dan

maklumat

Pengeliruan dan pemalsuan pengiklanan dan lain-

lain.

Page 9: Norizan Binti Hj. Mamat BUKU SERANTA (FELDA) · PDF filePenasihat Terbaik kokurikulum Kelab/Persatuan. Sentiasa dijemput untuk Membentang kertas kerja dalam seminar Kebangsaan

9

Berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris yang

bermakna berpegang teguh kepada prinsip kejujuran

serta mempunyai prinsip moral yang tinggi. Integriti

adalah kewibawaan dan juga boleh ditakrifkan sebagai

keutuhan, juga keseluruhan pembawaan kita dari segi

peribadi, akhlak, tutur kata dan sopan santun. Manakala

diperingkat individu, integriti ialah keselarasan antara

perkara yang dikatakan dengan tindakan yang dilakukan,

keselarasan antara tindakan dengan prinsip moral, etika

dan undang-undang serta keselarasan antara kepentingan

diri dengan kepentingan umum.

Hakikat yang nyata ialah strategi, struktur dan sistem

yang diamalkan itu akan berubah-ubah dari semasa ke

semasa. Tidak ada satu sttruktur dan sistem pengurusan

yang akan kekal selama-lamanya kerana setiap struktur

dan sistem pengurusan harus disesuaikan dengan realiti

sedia ada. Yang paling penting, dalam pengurusan ialah

manusia yang menganggotai organisasi itu. Jika manusia

itu baik, maka organisasi itu juga akan turut menjadi

baik.

Pemimpin dalam organisasi boleh mengamalkan pelbagai

gaya kepemimpinan tetapi untuk mempratikkan dan

membudayakan gaya kepemimpinan ini memerlukan

kualiti asas atau kualiti peribadi yang sudah sedia ada

pada seseorang pemimpin. Kita sering mendengar kata-

kata seperti

Namun, pemimpin yang dipilih mesti mempunyai kualiti

peribadi asas dan mampu memikul tanggungjawab bagi

memartabatkan organisasi mereka. Jatuh bangunnya

sesebuah organisasi bergantung kepada pucuk

kepimpinan yang memimpin organisasi tersebut. Empat

ciri penting yang dapat membantu memberi makna

kepada kepemimpinan yang diperlukan ialah :

Page 10: Norizan Binti Hj. Mamat BUKU SERANTA (FELDA) · PDF filePenasihat Terbaik kokurikulum Kelab/Persatuan. Sentiasa dijemput untuk Membentang kertas kerja dalam seminar Kebangsaan

10

iaitu sifat yang mahukan perubahan dan

sanggup menanggung risiko bagi setiap

program perubahan yang dilakukan

Keupayaan memberi inspirasi kepada pekerja

adalah sentuhan yang nilainya sangat

berharga.

Adalah kelebihan kepemimpinan ini bagi

mendalami masalah dalam mengurus

sumber manusia.

Memerlukan individu yang berilmu dan

berkemahiran tinggi. Kepemimpinan yang

menguasai kapasiti ilmu, kemahiran dan ciri-

ciri inteklektual menjadi pemimpin yang

cemerlang dan dapat menggerakkan

organisasi ke arah hala tuju yang tepat.

Ketekunan adalah satu sifat yang diperlukan oleh

seseorang pekerjaa. Setiap pekerja akan dapat

meningkatkan kecekapan masing-masing dalam

menjalankan tugas sekiranya mereka tekun. Rasulullah

SAW bersabda:

Page 11: Norizan Binti Hj. Mamat BUKU SERANTA (FELDA) · PDF filePenasihat Terbaik kokurikulum Kelab/Persatuan. Sentiasa dijemput untuk Membentang kertas kerja dalam seminar Kebangsaan

11

Keikhlasan dalam bekerja menunjukkan pendirian individu

dalam melaksanakan sesuatu . Setiap jawatan yang

disandang adalah hasil pemilihan kita sendiri dan

bukanlah dipaksa oleh pihak lain untuk memenuhi

jawatan tersebut. Maka dengan sendirinya wajarlah

seseorang pekerja itu menjalankan tugasnya dengan

penuh kerelaan.

Sifat amanah dalam kerja yang diamanahkan tentunya

akan menghasilkan nilai-nilai keperibadian seseorang

pekerja yang baik. Orang yang beriman seharusnya

sentiasa menepati amanah yang telah diberikan

kepadanya dan sebagai balasannya dia akan mendapat

kepercayaan. Sifat amanah adalah ters keharmonian dan

kejayaan sesebuah institusi pekerjaan. Amanah ini

termasuklah memelihara barang yang berharga, sesuatu

tugasan atau tanggungjawab.

Dalam menghargai pekerjaan, amat perlu dititiberatkan

soal pengurusan masa kerana salah faham satu faktor

kejayaan dalam pekerjaan adalah pengurusan masa yang

berkesan. Pengurusan masa yanag cekap dapat

membantu meringankan beban tugas disamping

memudahkan segala urusan kerja. Berlalunya masa tanpa

sebarang pekerjaan yang berfaedah beerti suatu kerugian

kerana masa yang telah berlalu tidak akan kembali lagi.

Seseorang pekerja itu bertugas dengan suatu kumpulan

pekerjaan yang tertentu. Dengan sendirinya untuk

menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang sesuatu

kumpulan pekerja itu mestilah bekerjasama, bermuafakat

melaksanakan tugas masing-masing. Sikap bantu

membantu antara satu sama lain dan antara pekerja akan

menimbulkan suasana yang aman dan gembira.

Page 12: Norizan Binti Hj. Mamat BUKU SERANTA (FELDA) · PDF filePenasihat Terbaik kokurikulum Kelab/Persatuan. Sentiasa dijemput untuk Membentang kertas kerja dalam seminar Kebangsaan

12

Memahami diri sendiri dan pekerja mereka.

Mempunyai niat yang jelas, jujur tanpa sebarang

niat tersembunyi.

Mempunyai keupayaan, kecekalan dan saling

mempercayai.

Bercakap dengan hati dan bukan daripada

pemikiran saja.

Berhadapan dengan orang lain tanpa prasangka

Mengakui kekurangannya.

Ketekunan dalam menggunkan kuasa secara positif.

Jati diri adalah kekuatan jiwa seseorang individu iaitu

keteguhan hati. Kekuatan jiwa bukan kerana tubuh

fizikalnya atau dengan harta benda yang dimiliki.

Keteguhan hati diperolehi bukan kerana pangkatnya,

kedudukannya atau ilmu yang dimilikinya. Adalah

kekuatan manusia dalam ketahan diri. Jati diri

dibangunkan dengan ilmu, iman dan takwa. Apabila jati

diri tidak ada, insan akan terdedah kepada segala macam

yang bersifat negatif.

Ketahanan Jiwa

Kemurniaan Perasaan

Kejernihan Hati

Kecerdikan Minda

Ketangkasan Berfikir

Kehalusan Budi

Keindahan Tutur Bahasa

Ketajaman Pandangan,

Kebijaksanaan Menilai

Keadilan Menghukum

Keikhlasan Hubungan

Kekentalan Semangat

Kesungguhan Dalam Perjuangan

Kesucian Keimanan dan Ketinggian Ketakwaan

Page 13: Norizan Binti Hj. Mamat BUKU SERANTA (FELDA) · PDF filePenasihat Terbaik kokurikulum Kelab/Persatuan. Sentiasa dijemput untuk Membentang kertas kerja dalam seminar Kebangsaan

13

Kerjaya dapat didefinasikan sebagai satu urusan atau

corak yang menunjukkan peranan kerja seseorang

individu. Secara tradisi, perkataan kerjaya hanya merujuk

kepada jawatan yang bertaraf pengurusan dan

profesional.

Antara faedah yang dapat dinikmati adalah:

Mewujudkan daya tarikan terhadap organisasi

kepada pekerja yang berpotensi.

Meningkatkan nama baik organisasi kerana

pengiktirafan yang diberikan terhadap keperluan

dan kehendak pekerja.

Menggalakkan komitmen daripada pekerja dan

mengurangkan pusing ganti pekerja.

Menggalakkan motivasi dan meningkatkan prestasi

pekerja kerana pekerja dapat melihat peluang

peningkatan dalam organisasi tersebut.

Page 14: Norizan Binti Hj. Mamat BUKU SERANTA (FELDA) · PDF filePenasihat Terbaik kokurikulum Kelab/Persatuan. Sentiasa dijemput untuk Membentang kertas kerja dalam seminar Kebangsaan

14

Individu yang memiliki kemahiran ini cenderung

melakukan kerja yang memerlukan kemahiran

teknikal

Individu ini berminat dalam bidang pentadbiran

pengurusan dan memiliki keupayaan mengalisis,

keupayaan menjalinkan hubungan antara individu

dan ketahan emosi yang tinggi

Individu ini akan melakukan apa saja ya

dikehendaki organisasi untuk mendapatkan

jaminan pekerjaan . Beliau juga yakin terhadap

keupayaan organisasi untuk melindungi kerjayanya

pada masa depan.

Sentiasa didorong oleh keinginan untuk melakukan

sesuatu yang baru dan penglibatan dalam projek

baru yang bersifat keusahawanan.

Page 15: Norizan Binti Hj. Mamat BUKU SERANTA (FELDA) · PDF filePenasihat Terbaik kokurikulum Kelab/Persatuan. Sentiasa dijemput untuk Membentang kertas kerja dalam seminar Kebangsaan

15

Dari segi istilah motivasi berasal daripada Bahasa inggeris

– Motivation yang diambil dari bahasa Latin Movere

(penggerak) yang bermaksud tindakan yang digerakkan

kearah motif. Motivasi merupakan kaedah pencarian

pengaruh bagi membangkitkan, menguatkan dan

mengarhkan sesuatu kelakuan seseorang individu

Motif Fizikal

Motif Sosial

Motif Psikik

Para ilmuwan telah membentuk bermacam-macam jenis

teori motivasi yang dianggap akan membantu

menggerakkan seseorang individu. Mereka berpendapat

bahawa tingkah laku manusia dipengaruhi oleh beberapa

faktor. Sesetengah tindakan manusia sipengaruhi

perasaan dan naluri individu. Manakala, sesetengah pula

dipengaruhi perasaan alam sekeliling.

Motivasi Intrisik

Motivasi Ekstrinsik

Terdapat pelbagai teknik untuk memotivasikan seseorang

individu dalam penglibatan sesuatu aktiviti. Unsur-unsur

keyakinan diri, dedikasi dan keagungan diri perlu dititik

beratkan. Terdapa beberapa teknik-teknik motivasi yang

penting.

Mengaitkan motivasi dengan Sesuatu falsafah.

Teknik falsafah jadi kuat (Be Strong)

Teknik falsafah jadi baik (Be Good)

Teknik berfikiran positif

Teknik menang dan berjaya

Teknik pampasan yang wajar

Page 16: Norizan Binti Hj. Mamat BUKU SERANTA (FELDA) · PDF filePenasihat Terbaik kokurikulum Kelab/Persatuan. Sentiasa dijemput untuk Membentang kertas kerja dalam seminar Kebangsaan

16

Teknik pemberian insentif dan galakan

Teknik persepsi terhadap kepentingan usaha

Teknik mencapai objektif yang peribadi

Teknik bertindak mengikut matlamat

Teknik mempelbagaikan aktiviti kerja

Teknik pengiktirafan dan penerimaan sosial

Teknik tawar menawar secara implisit

Teknik pertandingan

Teknik dorongan dalaman

Teknik pelbagai kaedah

Kesimpulan yang dapat dibuat daripada kesemua teori

motivasi daripada buku ini adalah Allah telah menjadikan

dalam diri manusia sifat baik dan jahat. Sifat jahat dalam diri

kita dipengaruhi oleh hawa nafsu kita. Perjuangan melawan

nafsu merupakan perjuangan yang terbesar bagi orang yang

beriman. Kita harus muhasabah diri sendiri untuk

membezakan antara keinginan yang baik dan keinginan yang

buruk. Nafsu akan menyebabkan kita membentuk sikap

kedekut,cemburu, keangkuhan dan ketamakan. Nafsu akan

berasa puas apabila memperoleh lebih banyak wang dan

pangkat yang lebih tinggi. Namun, apa yang diperolehi tidak

pernah dapat memuaskan hati dan akhirnya manusia akan

bertindak seperti haiwan liar.