kertas kerja kejohanan bola jaring peringkat daerah 2014

10
KERTAS KERJA KEJOHANAN BOLA JARING PERINGKAT SEKOLAH RENDAH DAERAH TATAU 1.0 Pengenalan Sukan Bola Jaring merupakan salah satu sukan yang berpotensi tinggi untuk dibangunkan sebagai sukan teras negara khasnya dan di daerah Tatau khususnya. Namun bilangan jagoan bakat-bakat muda bagi sukan ini terutama bagi peringkat 12 Tahun ke bawah agak kurang memberansangkan. Menyedari hakikat ini, Pejabat Pelajaran Daerah Tatau telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan pertandingan bola jaring dengan kerjasama pengelola pertandingan di peringkat daerah Tatau oleh Sekolah Kebangsaan Sangan Iban bagi tahun 2014. Langkah mengadakan program seumpama ini di harap dapat memberi pendedahan permainan bola jaring kepada murid sekolah secara berterusan dan berkualiti sejajar dengan dasar pendidikan 1 Murid 1 Sukan (1M1S). 2.0 Matlamat Matlamat program ini adalah melahirkan jagoan pasukan sekolah dalam sukan bola jaring yang disegani di daerah Tatau. Di samping itu, program ini bertujuan menarik lebih banyak penyertaan dan penglibatan murid perempuan khasnya dalam sukan bola jaring. 3.0 Objektif a) Mengesan bakat murid dalam permainan bola jaring di peringkat awal. b) Membentuk satu pasukan bola jaring yang terbaik sekolah di peringkat sekolah seterusnya mewakili sekolah dalam pertandingan ke peringkat daerah c) Memajukan sukan bola bola jaring sebagai sukan teras di peringkat sekolah rendah seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi d) Menarik minat murid dan membantu memajukan bakat yang ada pada murid e) Mengeratkan hubungan kerjasama dan silaturrahim antara guru-guru dan sekolah-sekolah di daerah Tatau terutama dalam pembangunan sukan bola jaring.

Upload: zatil-nabilah

Post on 20-Jul-2015

1.505 views

Category:

Education


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas kerja kejohanan bola jaring peringkat daerah 2014

KERTAS KERJA KEJOHANAN BOLA JARING PERINGKAT SEKOLAH RENDAH

DAERAH TATAU

1.0 Pengenalan

Sukan Bola Jaring merupakan salah satu sukan yang berpotensi tinggi untuk dibangunkan

sebagai sukan teras negara khasnya dan di daerah Tatau khususnya. Namun bilangan

jagoan bakat-bakat muda bagi sukan ini terutama bagi peringkat 12 Tahun ke bawah agak

kurang memberansangkan. Menyedari hakikat ini, Pejabat Pelajaran Daerah Tatau telah

mengambil inisiatif untuk menganjurkan pertandingan bola jaring dengan kerjasama

pengelola pertandingan di peringkat daerah Tatau oleh Sekolah Kebangsaan Sangan Iban

bagi tahun 2014. Langkah mengadakan program seumpama ini di harap dapat memberi

pendedahan permainan bola jaring kepada murid sekolah secara berterusan dan berkualiti

sejajar dengan dasar pendidikan 1 Murid 1 Sukan (1M1S).

2.0 Matlamat

Matlamat program ini adalah melahirkan jagoan pasukan sekolah dalam sukan bola jaring

yang disegani di daerah Tatau. Di samping itu, program ini bertujuan menarik lebih banyak penyertaan dan penglibatan murid perempuan khasnya dalam sukan bola jaring.

3.0 Objektif

a) Mengesan bakat murid dalam permainan bola jaring di peringkat awal.

b) Membentuk satu pasukan bola jaring yang terbaik sekolah di peringkat sekolah seterusnya mewakili sekolah dalam pertandingan ke peringkat daerah

c) Memajukan sukan bola bola jaring sebagai sukan teras di peringkat sekolah rendah seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi

d) Menarik minat murid dan membantu memajukan bakat yang ada pada murid

e) Mengeratkan hubungan kerjasama dan silaturrahim antara guru-guru dan sekolah-sekolah

di daerah Tatau terutama dalam pembangunan sukan bola jaring.

Page 2: Kertas kerja kejohanan bola jaring peringkat daerah 2014

4.0 Rasional

a) Menggalakan murid menceburkan diri secara aktif dalam permainan bola jaring

b) Mengisi masa lapang murid dengan aktiviti yang berfaedah

c) Merupakan persediaan awal murid sebelum menghadapi ke pertandingan luar di

peringkat daerah.

5.0 Tarikh Pelaksanaan

Tarikh : 25 Februari – 01 Mac 2014

6.0 Tempat Perlaksanaan Pertandingan

Padang bola jaring SK Kelawit, Tatau

7.0 Pengelolaan / Penganjuran

Sekolah Kebangsaan Sangan Iban Pejabat Daerah Pelajaran Daerah Tatau

8.0 Sasaran

Terbuka kepada murid perempuan sekolah rendah (12TKB) daerah Tatau

9.0 Jawatankuasa Pengelola Kejohanan

Rujuk Lampiran 1

10.0 Anggaran Perbelanjaan

Rujuk Lampiran 2

Page 3: Kertas kerja kejohanan bola jaring peringkat daerah 2014

11.0 Penutup

Diharapkan agar program ini dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan. Kerjasama dan sokongan daripada semua pihak amat diperlukan demi mempastikan matlamat dan

objektif Kejohanan Bola Jaring Peringkat Sekolah Rendah Daerah Tatau ini tercapai dengan jayanya.

Page 4: Kertas kerja kejohanan bola jaring peringkat daerah 2014

LAMPIRAN 1

JAWATANKUASA PENGELOLAAN KEJOHANAN

PENASIHAT : PPD TATAU

PENGERUSI : EN PAUL ANAK JARUM (GURU BESAR)

NAIB PENGERUSI 1 : EN IBAI AK ANING (GPK KOKU)

NAIB PENGERUSI 2 : EN MOHD NUR FARHAN BIN ABDULLAH (GPK 1)

NAIB PENGERUSI 3 : EN BALA ANAK LAJA (GPK HEM)

SETIAUSAHA : CIK ZATIL NABILAH BINTI SHAMSUDIN

NAIB SETIAUSAHA : CIK SENDRA ANAK ADA

BENDAHARI : CIK MADELINA ANAK GAUNG

JAWATANKUASA KECIL : PENDAFTARAN PESERTA

(CIK ZATIL NABILAH BINTI SHAMSUDIN & CIK

SITI NAJIHAH BINTI MOHD MOKRI)

PENGADIL

SEMUA JURULATIH PASUKAN YANG

BERTANDING

PENJAGA MASA

(CIK SENDRA ANAK ADA)

HAKIM PENCATAT MARKAH

(CIK ANGIT AK TURAN)

HADIAH DAN SIJIL

(PUAN PAULINE & CIK AZIZAH BINTI DAEM)

PERALATAN

(EN LIDIE ANAK UYANG)

JURUGAMBAR DAN DOKUMENTASI

(EN ROMMIS AK JUGAH)

Page 5: Kertas kerja kejohanan bola jaring peringkat daerah 2014

LAMPIRAN 2

ANGGARAN PERBELANJAAN

Perbelanjaan ditanggung oleh PPD.

Bil Perkara Kuantiti RM

1 SIJIL PENYERTAAN PESERTA/JURULATIH/ PENGURUS PASUKAN

200 KEPING 140.00

2 DRINKING WATER RM15 X 2 KOTAK 30.00

3 TROPHY (TEMPAT 1,2,3) RM7 X 3 21.00

4 JAM RANDIK 2 15.00

5 NET BOLA JARING 2 15.00

6 BOLA MIKASA 2 BIJI 20.00

7 PAM 1 13.00

JUMLAH RM254.00

Page 6: Kertas kerja kejohanan bola jaring peringkat daerah 2014

LAMPIRAN 3

PERATURAN DAN SYARAT KEJOHANAN BOLA JARING SEKOLAH RENDAH

PERINGKAT DAERAH TATAU

1.0 Pelaksanaan Pemilihan Wakil Pasukan Bola Jaring Ke Peringkat Bahagian:

Tarikh : 25 – 01 Mac 2014 (Tarikh sebenar akan dimaklumkan)

Tempat : Padang Bola Jaring SK Kelawit

Sasaran murid : Perempuan 12KTB

Jumlah Pemain : 7 orang pemain, 3 simpanan

Kriteria Pemilihan : 1. Juara kejohanan secara automatik menjadi wakil daerah ke peringkat

bahagian.

2. Sistem pertandingan berdasarkan permainan kalah mati.

(sebarang pindaan akan dimaklumkan)

Page 7: Kertas kerja kejohanan bola jaring peringkat daerah 2014

2.0 Syarat Penyertaan

1. Pertandingan terbuka kepada semua sekolah rendah daerah Tatau.

2. Setiap sekolah menghantar satu pasukan bola jaring masing-masing.

3. Jumlah pemain tidak kurang daripada 7 orang dan tidak melebihi 10 orang pemain.

4. Borang penyertaan mestilah dihantar kepada pihak penganjur sebelum atau pada 14 Februari

2014.

5. Pihak penganjur berhak meminda syarat penyertaan dengan memaklumkan terlebih dahulu

kepada semua pasukan.

6. Tiada yuran penyertaan dikenakan.

3.0 Syarat Pertandingan

1. Pendaftaran/Pembentukan Pasukan

1.1 Setiap pasukan mestilah mempunyai tidak lebih daripada 10 orang pemain

2. Cara memutuskan Keputusan:

2.1 Sistem pertandingan yang digunakan adalah sistem “Kalah-mati”

3. Jika pasukannya berakhir dengan seri, maka keputusan pemenang akan ditentukan melalui :

3.1 Apabila tamat masa permainan, pasukan akan bertukar kawasan bermain serta merta dan

akan meneruskan permainan dengan masa tambahan selama 5 minit tanpa rehat.

3.2 Undang-undang yang meliputi hantaran tengah dan penggantian sepertimana terdapat

dalam Buku Undang-Undang Permainan akan dilaksanakan.

3.3 Setelah masa tambahan lima minit pertama tamat, pasukan akan sekali lagi bertukar

kawasan bermain dan meneruskan permainan selama 5 minit lagi tanpa rehat.

3.4 Jika kedudukan masih seri, setelah masa tambahan dua (2) minit kedua tamat, maka

permainan akan diteruskan sehingga gol selanjutnya dijaringkan.

4. Pakaian :

4.1 Pakaian seragam (Bibs) yang didaftarkan hendaklah dipakai termasuk huruf-huruf yang

menunjukkan posisi-posisi bermain di hadapan dan belakang dan terletak di atas

pinggang dengan ukuran 150mm (6inci) tinggi. Huruf-huruf berikut hendaklah

disematkan di hadapan dan belakang pemain:

Page 8: Kertas kerja kejohanan bola jaring peringkat daerah 2014

GS – Goal Shooter (Penjaring gol)

GD – Goal Defence (Penahan gol)

GK – Goal Keeper (Penjaga gol)

GA – Goal Attack (Penyerang gol)

WA – Wing Attack (Penyerang Sayap)

WD – Wing Defence (Penangkis Sayap)

C – Center (Pemain tengah)

4.2 Sebarang perhiasan atau barang kemas tidak boleh dipakai. Kasut pepaku seperti spike

shoes tidak boleh dipakai. Kasut atau but yang diperbuat daripada bahan ringan boleh

digunakan. Selain itu pengadil harus memastikan kuku pemain dipotong sebelum

bermain.

4.3 Setiap pasukan dikehendaki membawa bibs masing-masing.

5. Kelewatan:

5.1 Hanya 5 minit sahaja akan diberikan kepada pasukan yang lewat dan selepas itu, pihak

lawan akan diberi kemenangan percuma.

6. Tempoh bermain :

6.1 Pertandingan ini mengambil masa 30 minit untuk satu perlawanan. Tempoh permainan

15 minit diperuntukkan dan diselang masa rehat 3 minit. Waktu kecederaan dan

gangguan akan diberikan, jika berlaku penangguhan permainan akibat sebarang gangguan

atau berlakunya kecederaan.

7. Keputusan hakim adalah muktamad

(Sebarang pindaan akan dimaklumkan kelak)

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

…………………………… …………………………

( ZATIL NABILAH BINTI SHAMSUDIN ) ( IBAI AK ANING ) Penyelaras Kelab Bola Jaring Penolong Kanan Kokurikulum SK Sangan Iban SK Sangan Iban

Page 9: Kertas kerja kejohanan bola jaring peringkat daerah 2014

LAMPIRAN 4

TENTATIF PROGRAM (cadangan)

MASA ATURACARA

8.30 pagi Pendaftaran peserta

9.00 pagi Taklimat ringkas jurulatih dan pengurus pasukan

9.20 pagi Permainan bola jaring bermula

12.30 tengah hari Rehat dan merarau

2.00 petang Permainan bola jaring peringkat akhir

5.00 petang Permainan tamat

Penyampaian hadiah

Page 10: Kertas kerja kejohanan bola jaring peringkat daerah 2014

BORANG PENYERTAAN BOLA JARING

NAMA SEKOLAH :

PENGURUS PASUKAN :

KETUA PASUKAN :

BIL

NAMA PEMAIN

SIJIL LAHIR/NO. K/P

POSISI

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

TANDATANGAN PENGURUS PASUKAN

………………………………………………..

( ) COP SEKOLAH