kertas kerja karnival untuk sekolah dn agensi 2015 (3).docx

Upload: sham1103773145

Post on 01-Nov-2015

32 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Kertas kerja Karnival Sains dan MatematikSekolah Berprestasi Tinggi (SBT)SKPP 11(1), PutrajayaKERTAS CADANGAN PROGRAMKARNIVAL SAINS DAN MATEMATIK27 MEI HINGGA 28 MEI 2015

1. 0 TUJUAN

Program ini adalah satu program yang dianjurkan oleh Panitia Sains dan Panitia Matematik SBT SK Putrajaya Presint 11(1). Iamerupakan satu program usahasama Panitia Sains dan Matematik. Program ini bertujuan untuk menarik minat pelajar SK Putrajaya Presint 11(1) terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik. Program ini juga bertujuan menjana dan berkongsi idea serta pengalaman antara sekolah-sekolah SBT yang akan dijemput. Program-program yang telah dirancang mampu memberi perangsang kepada pelajar SK Putrajaya Presint 11(1) dan peserta jemputan supaya minat terhadap mata pelajaran Sains dan Teknologi serta Matematik dan dapat melahirkan pelajar yang berketerampilan, kreatif dan inovatif.

2.0 MATLAMAT

2.1Menarik minat para pelajar terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik danmelahirkan pelajar yang bermotivasi tinggi.2.2Mengisi waktu lapang dengan aktiviti yang bermanfaat dan berfaedah.2.3Untuk meningkatkan pencapaian akademik dan seterusnya mencapai target yangtelah ditetapkan.2.4Untuk melahirkan pelajar yang kompeten dalam bidang sains dan teknologi,inovatif dan kreatif selaras dengan hasrat PIPP, teras kedua iaitu melahirkanmodal insan yang berdaya saing tinggi.2.5Melahirkan kerjasama dan muhibbah di kalangan sekolah SBT2.6 Mendedahkan kepada pelajar ke arah kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)2.7 Untuk melahirkan pelajar yang bersatu padu melalui pertandingan atau permainan secara berkumpulan yang terdiri daripada pelbagai kaum selaras dengan hasrat negara iaitu konsep 1 Malaysia.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM

3.1Untuk meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik.3.2Meningkatkan motivasi pelajar supaya minat terhadap mata pelajaran Sains danMatematik.3.3Untuk melahirkan para pelajar yang kreatif dan inovatif.3.4Untuk meningkatkan pencapaian akademik bagi mata pelajaran Sains danMatematik dan seterusnya mencapai target yang telah ditetapkan.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran bagi program ini adalah:1. Semua pelajar dan warga pendidik SKPP 11(1).2. 21 orang murid dan 4 orang guru daripada setiap sekolah SBT yang dijemput.3. Sekolah-sekolah persekitaran Putrajaya

5.0 LATAR BELAKANG PROGRAM

Karnival Sains dan Matematik merupakan program yang akan diadakan di SK Putrajaya Presint 11(1) selaras dengan matlamat untuk menaikkan ETOS sekolah. Di mana ETOS SK Putrajaya Presint 11(1) adalah Sains dan Matematik. Program ini akan diadakan pada 27 - 28 Mei 2015. Program ini disertai oleh Sekolah-sekolah Berprestasi Tinggi di Malaysia.

Melalui program ini, sekolah akan mempamerkan dan berkongsi aktiviti, program dan pertandingan-pertandingan bersama pasukan dari Sekolah-sekolah Berprestasi Tinggi yang lain. Melalui jalinan persaudaraan yang terjalin di antara para peserta, program ini diharapkan dapat mendidik murid-murid untuk mempelajari dan menimba pengalaman baru terutamanya aktiviti-aktiviti pendidikan di luar bilik darjah. Murid-murid akan diberi peluang untuk membuat persembahan dan menyertai pertandingan-pertandingan yang akan diadakan.

6.0ASAS PERTIMBANGAN6.1Sebab mengapa program ini perlu diadakan:Memenuhi KPI sekolah sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi sekaligus dapat memberi peluang kepada murid-murid menimba pengalaman di dalam aktiviti di luar bilik darjah.

6.2Faedah yang diperoleh oleh sekolah dan murid-murid:Murid-murid dapat mempertingkatkan kemahiran dan keyakinan diri dalam penggunaan ilmu Sains dan Matematik serta dapat menjalinkan hubungan baik dengan rakan-rakan dari sekolah lain serta dapat bertukar-tukar fikiran. 7.0PELAKSANAAN PROGRAM7.1Tarikh dan MasaProgram ini akan diadakan pada:-Tarikh : 27 Mei 2015 (Rabu) 28 Mei 2015 (Khamis)7.2Tempat ProgramTempat program yang akan diadakan ialah di SK Putrajaya Presint 11(1), Putrajaya.Taman Wetland PutrajayaTaman Botani Putrajaya7.3Penglibatan Peserta (Murid-murid dari SBT di Malaysia)Penyertaan Guru setiap sekolah : 4 orang Penyertaan murid setiap sekolah :20 orang setiap sekolahJumlah setiap sekolah : 24 orang

8.0SUMBER KEWANGANSumber kewangan adalah daripada peruntukan Sekolah Berprestasi Tinggi adalah seperti berikut di bawah aspek :a) Program Jaringan dan Jalinanb) Pembangunan Modal InsanPENGANJURMurid: 60 orangGuru: 30 orangJumlah: 90 orang

SEKOLAH JEMPUTANMurid: 20 orang x 15 = 300 orangGuru: 4 orang x 15 = 60 orangJumlah: = 360 orang SEKOLAH PERSEKITARAN PUTRAJAYA Terbuka kepada sekolah-sekolah Putrajaya untuk sama-sama menjayakan program ini.

JEMPUTAN AGENSI DAN BADAN LUAR (PAMERAN)

1. Pusat Sains Negara (Pameran Bumi dan Alam Semesta) = 5 orang2. Kementerian Kesihatan (Pameran Aedes dan Denggi) = 5 orang3. MOSTI (Jemputan sebagai pengadil)= 5 orang4. Pusat Inovasi Negara (Pameran Inovasi)= 5 orang5. Petro Sains (Jemputan sebagai pengadil)= 5 orang6. Kidzania= 5 orang7. Perbadanan Putrajaya ( Lawatan ke Wetland)= 5 orang8. Mini Muzium Putrajaya= 5 orang9. Zoo Negara= 5 orangJUMLAH= 45 orang9.0 Pertandingan yang akan dijalankan:BILPERTANDINGANSYARAT PENYERTAAN

1.Saintis Muda 3 orang (kumpulan) Bahan disediakan oleh sekolah penganjur Masa 30 minit Tajuk akan diberi pada hari pertandingan

2.Science Amazing Race 3 orang Masa 3 jam Dijalankan di Taman Botani Putrajaya

3.Rekacipta/Inovasi 3 orang (kumpulan) Masa 3 jam Rekacipta perlu dipersembahkan dan disertai penerangan selama tidak kurang daripada 5 minit dan tidak melebihi 8 minit

4.Projek PowerPoint Sains 2 orang (kumpulan) Masa 2 jam Tajuk akan diundi pada hari pertandingan Hasil kerja perlu dipersembahkan dan diberi penerangan.

5.Projek PowerPoint Matematik 2 orang (kumpulan) Masa 2 jam Tajuk akan diundi pada hari pertandingan Hasil kerja perlu dipersembahkan dan diberi penerangan

6.IQ Test 2 orang Masa 30 minit. Pemenang akan diambil kira kepada peserta yang menjawab dengan cepat dan tepat.

7.Eksplorasi Matematik 3 orang (kumpulan) Masa 3 jam Dijalankan di Taman Wetland Putrajaya

8.Soduku 2 0rang Masa 2 jam

10.0 AJK KARNIVAL SAINS DAN MATEMATIK SBT 2014

Pengerusi: En Suhaimi bin Ali Ahmad

Naib Pengerusi1: Pn Zaharah bt Simat

Naib Pengerusi 2: Pn Norhayati bt Abdullah

Naib Pengerusi 3 : Pn Che Merdiana bt Mustapa

Penyelaras: Pn Shakila binti Hashim (KP Sains) Pn Nurhanani bt Yazid (KP Matematik)

Setiausaha : Pn Noraini Wahidah bt Mohd NoorNaib Setiausaha : Pn Elizabeth Dimah anak Mula

AJK

Back DropSurat Menyurat1. En Ahmad Husaini bin Basri1. Pn Noraini Wahidah bt Mohd Noor2. Pn Elizabeth Dimah anak Mula

Hadiah dan Sijil Peserta ,Guru, PengadilBuku Program1. Pn Kamisah bt Abd Razak1. Pn Rossilawati bt Jamian2. Pn Zuraini bt Md Zain2. Pn Razlin Raha bt Razak

Jamuan Peserta dan GuruPengacara Majlis

1. Pn Iziana bt Mokhtar1. Pn Zarawahida bt Zakaria2. Cik Noredawati bt Mahfudz2. En Ismail bin Ghazali

PA Sistem dan Juru FotoPersediaan Tempat Dewan, Tempat Pameran1. En Abuzar A.Z bin Ahmad2. En Safizi bin Mohd Sauti1. En Samsuddin bin Wahab2. Pn Fatimahshura bt Yaacob3. Pn Shakila bt Hashim4. Pn Nurhanani bt YazidDokumentasi

1. Pn Nurhanani bt Yazid2. Pn Shakila bt Hashim

11.0 TENTATIF PROGRAM :HARI 1 10.00 am - Pendaftaran peserta 10.30am - Taklimat kepada semua peserta 11.00 am - Pertandingan bermula 1.00 pm - makan tengah hari 2.30 pm - Sambungan pertandingan 6.00 pm - Bersurai

HARI 2 8.00 am - Sarapan pagi

9.00 am - Sesi lawatan

1.00 pm - Makan tengah hari 2.30 pm - Majlis Perasmian dan Penutup

5.00pm - Bersurai

14.0 JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM

TarikhAktivitiMasaGuru BertanggungjawabTempat

27 Mei (Rabu)Pendaftaran Peserta

Taklimat

IQ Test Mathematics

Saintis Muda

Inovasi dan Rekacipta Sains

Eksplorasi Matematik

PowerPoint Sains

PowerPoint Matematik

Science Amazing Race

Soduku

10.00 10.30am

10.30 11.00 am

11.00 1.00 pm

11.00 1.00pm

11.00 1.00 pm

11.00 - 1.00 pm

11.00- 1.00 pm

2.30 5.30 pm

11.00 1.30pm

11.00-1.00

Cik NoredawatiPn Iziana

Guru BesarPn ShakilaPn NurhananiEncik Ismail Ghazali

Pn Rosilawati Pn Zarawahida

Cik Noredawati

En Abuzar A.ZPn Zarawahida

En IsmailEn Ahmad HusainiPn Iziana

En Shamsuddin

Pn Kamisah Pn Robiah

Pn ZurainiPn Razlin RahaWong Pei Yu

Pn Fatimahshura

Lobby Sekolah

Pusat Sumber

Bilik Bahasa Inggeris

Makmal Sains 1

Bilik Mesyuarat

Makmal Sains 3

Makmal Komputer 3

Makmal Komputer 3

Taman Botani

Makmal Sains 2

TarikhAktivitiMasaGuru BertanggungjawabTempat

28 Mei (Khamis)Sarapan

Sesi Lawatan

Makan tengah hari

Majlis Penutup- Doa-Hadiah dan Cenderahati- Persembahan PowerPoint Terbaik- Hadiah dan Cenderahati-Ucapan Perasmian dan Penutup

Bersurai 8.00 9.00 am

9.00 1.00 pm

1.00 2.30pm

2.30 pm

5.00 pmSemua Guru Sains dan MatematikKantin

Sekitar Putrajaya

Kantin

Dewan

Disediakan oleh,

SHAKILA BINTI HASHIMNURHANANI BT YAZIDKETUA PANITIA SAINSKETUA PANITIA MATEMATIKSK PUTRAJAYA PRESINT 11(1)SK PUTRAJAYA PRESINT 11(1)(012-3974498)(0122716020)

T.TT.T

Disemak oleh,

T.T

SUHAIMI BIN ALI AHMADGURU BESAR CEMERLANGSK PUTRAJAYA PRESINT 11(1)(019-6054833)