kertas kerja karnival permainan tradisional 2012 (karnival petra '12)

Upload: cikgu-madrid

Post on 19-Jul-2015

11.016 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

http://cikgumadrid.blogspot.com

LEMBAH PANTAI 59200 KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL 2012 (KARNIVAL PETRA 12)

3 MEI 2012 IPG KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA

Disediakan oleh, PISMP MATEMATIK & KAJIAN SOSIAL KOHOT 5

http://cikgumadrid.blogspot.com 1.0 TUJUAN 1.0 Kertas kerja dikemukakan bagi mendapatkan persetujuan dan pengesahan daripada Pengarah IPG KBA (Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa) bagi menjalankan Temasya Sukan Rakyat peringkat IPG Kampus Bahasa Antarabangsa bagi sesi 2012. Memohon peruntukan dari pihak pentadbiran untuk mengadakan program ini.

1.1

2.0

PENGENALAN

Penganjuran Temasya Sukan Rakyat merupakan salah satu tugasan yang perlu dilaksanakan bagi memenuhi keperluan sukatan PJM3112 iaitu Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani. Pendedahan awal mengenai kepentingan pengurusan pertandingan sukan membantu guru pelatih merancang sebuah pertandingan sukan yang baik dan lebih bersistematik. Permainan Tradisional merupakan warisan bangsa yang tidak ternilai. Sudah menjadi tanggungjawab kita memelihara warisan yang menjadi identiti kita. Malah permainan tradisional ini mencakupi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mementingkan keseimbangan individu dari segi jasmani, rohani, emosi, intelek dan sosial. Permainan tradisional merupakan salah satu cara bagi rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat kerana mengunakan kemahiran asas antaranya pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor serta manipulasi alatan. Antara contoh permainan tradisional ialah galah panjang, batu seremban serta lain-lain. Diharap penganjuran temasya sukan rakyat ini akan memberi pengetahuan serta kesedaran terhadap genarasi muda mengenai kewujudan permainan tradisional sekaligus memelihara warisan ini dari terus pupus.

3.0

OBJEKTIF 3.1 Guru pelatih dapat mengelola dan mengurus sesuatu pertandingan permainan tradisional dengan baik dan sistematik. 3.2 Guru pelatih dapat mengaplikasikan teori pentadbiran sukan yang dipelajari melalui PJM 3112. 3.3 Meningkatkan kemahiran interpersonal guru pelatih dengan pihak-pihak tertentu dalam situasi yang pelbagai semasa mengelola penganjuran Karnival Permainan tradisional. 3.4 Mempromosikan permainan tradisional dalam kalangan guru pelatih IPG KBA. 3.5 Meningkatkan kecergasan psikomotor, fizikal dan mental dalam kalangan peserta 3.6 Meningkatkan kemahiran interpersonal di antara guru pelatih dan pensyarah IPG KBA

http://cikgumadrid.blogspot.com 4.0 ASAS PERTIMBANGAN 4.1 Memenuhi keperluan pro forma PJM 3112 iaitu Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani bagi amali pelaksanaan karnival temasya sukan rakyat. 4.2 Memberi pendedahan awal kepada guru pelatih mengenai prosedur menguruskan pertandingan sukan dengan betul. 4.3 Merupakan satu alternatif sebagai permainan sosial yang mengeratkan perpaduan antara warga IPGKBA 4.4 Mengeratkan silaturahim antara warga IPG KBA dengan pihak luar seperti IPG Kampus Bahasa Melayu, IPG Kampus Ilmu Khas, IPG Kampus Teknik.

5

TARIKH DAN TEMPAT 5.1 5.2 Tarikh Tempat : 3 Mei 2012 (Khamis) : Padang IPG Kampus Bahasa Antarabangsa

6

KUMPULAN SASARAN Semua guru pelatih, peserta program MAEPA,pensyarah dan staf bukan akademik IPG KBA, IPG Kampus Bahasa Melayu, IPG Kampus Ilmu Khas, dan IPG Kampus Teknik.

7

STRUKTUR JAWATANKUASA Lampiran 1

8

TENTATIF Lampiran 2

9

ANGGARAN PERBELANJAAN Lampiran

http://cikgumadrid.blogspot.com 10 SYOR Oleh yang demikian, kami memohon pihak tuan untuk mempertimbangkan cadangan program yang telah dinyatakan seterusnya meluluskan Temasya Sukan Rakyat bagi sesi 2012.

11

PENUTUP Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Oleh itu, kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh,

(ADI LUQMAN B ADLIN) Pengerusi, Temasya Sukan Rakyat 2012

Disahkan oleh,

(DR. AZITA B AMRIN) Ketua Jabatan Kajian Sosial, IPG Kampus Bahasa Antarabangsa

Diluluskan oleh,

(YM RAJA AZIZAH HANIM BINTI RAJA ABD. AZIZ) Pengarah, IPG Kampus Bahasa Antarabangsa