kertas kerja jubah 2

10
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TASEK PERMAI 68000 AMPANG, SELANGOR KERTAS KERJA MEMOHON SUMBANGAN PEMBIAYAAN MENYEDIAKAN JUBAH GRADUASI SMK. TASEK PERMAI KELAB GURU DAN STAF SMK. TASEK PERMAI DENGAN KERJASAMA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SMK TASEK PERMAI

Upload: tasya-izazi

Post on 29-Jan-2016

516 views

Category:

Documents


28 download

DESCRIPTION

kertas kerja

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Jubah 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TASEK PERMAI68000 AMPANG, SELANGOR

KERTAS KERJA MEMOHON SUMBANGANPEMBIAYAAN MENYEDIAKAN JUBAH GRADUASI

SMK. TASEK PERMAI

KELAB GURU DAN STAF SMK. TASEK PERMAI

DENGAN KERJASAMA

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

SMK TASEK PERMAI

1.0 SEJARAH SEKOLAH

Page 2: Kertas Kerja Jubah 2

Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Permai (SMKTP), Ampang telah dibina

pada tahun 1992. Kontraktor yang terlibat dalam pembinaan sekolah ini ialah

Syarikat Pembinaan Tenompok Sdn. Bhd. di bawah pengawasan Jabatan Kerja

Raya (JKR) Kajang. SMKTP telah siap dibina pada 01 November 1994 dan mula

beroperasi pada 01 Disember 1994.

SMKTP terletak di atas sebuah bukit yang telah diratakan dan telah dinamakan

SMK Tasek Permai sempena nama kampung tersebut.

Jumlah pelajar di sekolah ini adalah lebih kurang 900 orang dan terdiri daripada

berbilang kaum. Kebanyakkan ibubapa pelajar sekolah ini adalah bekerja sebagai

buruh binaan dan bekerja sendiri.

2.0 PENDAHULUAN

Page 3: Kertas Kerja Jubah 2

Majlis Hari Graduasi merupakan satu aktiviti tahunan bagi SMK Tasek Permai,

Ampang. Majlis ini diadakan sebagai satu motivasi untuk menyuntik semangat

para pelajar dalam usaha meningkatkan pencapaian mereka dan juga prestasi

sekolah. Majlis yang diadakan setiap tahun ini juga adalah sebagai tanda

penghargaan dan terima kasih daripada pihak sekolah kepada pelajar-pelajar

dalam usaha mereka meningkatkan kemerlangan sekolah.

Kos untuk mengadakan majlis ini amat tinggi, yang mana pihak sekolah terpaksa

menyewa jubah graduasi daripada sekolah lain dengan kos yang agak tinggi iaitu

RM 15.00 untuk sepasang jubah dan kos ini akan ditanggung oleh para pelajar.

Keadaan ini menyebabkan sesetengah pelajar tidak mampu untuk membayarnya

menyebabkan mereka tidak dapat turut serta dalam majlis graduasi.

Untuk itu Kelab Guru dan Staf SMK. Tasek Permai dengan kerjasama Persatuan

Ibu Bapa Guru (PIBG) SMK Tasek Permai telah bersetuju untuk menyediakan

jubah graduasi sekolah bagi meringankan beban para pelajar di masa akan datang.

Di samping itu juga, dengan adanya jubah graduasi ini nanti pihak sekolah dapat

akan dapat memberi keuntungan hasil daripada bayaran yang akan dikenakan

kepada para pelajar. Keuntungan ini akan disalurkan kepada tabung PIBG sekolah

untuk menjalankan aktiviti-aktivii pelajar.

3.0 OBJEKTIF

Page 4: Kertas Kerja Jubah 2

3.1 Memberikan pengiktirafan kepada pelajar yang menamatkan sesi

persekolahannya di tingkatan 5.

3.2 Mengurangkan beban para pelajar untuk membayar sewa jubah graduasi.

3.3 Mengelakkan berlaku masalah sebelum/semasa/selepas majlis graduasi

sekiranya terpaksa menyewa jubah daripada sekolah lain.

3.4 Menambahkan pendapatan untuk PIBG sekolah hasil daripada sewa

jubah kepada para pelajar.

4.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

PERKARA KOS JUMLAH (RM)

Jubah Graduasi 150 pasang x RM 100.00 RM 15000.00

Almari untuk menyimpan jubah 3 buah x RM 300.00 RM 900.00

Penyangkut jubah 150 x RM 1.50.00 RM 225.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 16125.00

5.0 SASARAN PENYUMBANG /PENAJA

Bagi menjayakan projek ini pihak jawatan kuasa telah mensasarkan

beberapa kumpulan untuk mendapatkan sumbangan. Antaranya:

5.1 Ibu bapa / penjaga

5.2 Guru-guru dan staf SMK Tasek Permai

5.3 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

5.4 Syarikat-syarikat korporat

5.5 Ahli-ahli politik

Page 5: Kertas Kerja Jubah 2

6.0 PENUTUP

Pihak kami berharap agar projek ini dapat berjalan dengan lancar dengan

sumbangan yang diterima daripada pihak tuan/puan. Semoga projek ini dapat

membantu meringankan beban para pelajar di majlis graduasi yang akan datang.

Disediakan oleh:

--------------------------------------------------(CIK NURUL NATASYA BINTI IZAZI)Setiausaha Kelab Guru dan StafSMK Tasek Permai

Disemak oleh:

---------------------------------------------(PUAN RAHAYU BINTI ARIFFIN)Pengerusi Kelab Guru dan StafSMK Tasek Permai

Diluluskan oleh:

----------------------------------------------------(PUAN RABIYA BINTI MOHAMAD SULTAN)PengetuaSMK Tasek Permai

Page 6: Kertas Kerja Jubah 2

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

SEJARAH SEKOLAH 2

PENDAHULUAN 3

OBJEKTIF 4

ANGGARAN PERBELANJAAN 4

SASARAN PENYUMBANG / PENAJA 4

PENUTUP 5

LAMPIRAN

Page 7: Kertas Kerja Jubah 2

Lampiran

Contoh Rekaan Jubah Graduasi

Page 8: Kertas Kerja Jubah 2

Kepada

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN PIBG BAGI PROGRAM KECERIAAN SEKOLAH

Perkara di atas adalah dengan hormatnya dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan, pihak sekolah akan mengadakan program keceriaan sebagaimana ketetapan berikut:-       

3.   Sehubungan itu, pihak kami ingin memohon  sumbangan dari pihak tuan bagi menjayakan lagi program tersebut. Sumbangan yang dipohon adalah sebanyak RM500.00 ( Ringgit Malaysia Lima Ratus Ringgit Sahaja)  Kertas kerja projek sebagaimana lampiran berkembar.

4.   Segala jasa baik pihak tuan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,terima kasih