1. pengenalan - akademik.upsi.edu.myakademik.upsi.edu.my/unit/graduation/buku_panduan... · buku...

16
1. PENGENALAN Sekalung Tahniah daripada Pengurusan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kepada anda dan keluarga di atas kejayaan menamatkan pengajian di Universiti ini. Memandangkan Istiadat Konvokesyen adalah majlis yang amat bererti kepada anda dan keluarga, maka pihak Universiti memohon anda untuk bekerjasama sepenuhnya agar majlis yang penuh istiadat dan bermakna ini berjalan lancar. Harapan kami semoga panduan ini dapat membantu anda membuat persiapan yang sebaiknya menjelang Istiadat Konvokesyen Ke-17 UPSI pada November nanti. 2. ISTIADAT KONVOKESYEN Istiadat Konvokesyen Ketujuh Belas UPSI Sidang Kedua akan diadakan pada 24, 25, 26 dan 28 November 2015 (hari Selasa, Rabu, Khamis dan Sabtu) Lokasi istiadat adalah di Dewan Besar Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City, Universiti Pendidikan Sultan Idris. 3. ETIKA PAKAIAN GRADUAN 3.1 Pakaian Umum Graduan Lelaki: Pakaian kebangsaan (lengkap bersampin), atau Lounge suite, atau Kemeja lengan panjang, bertali leher dan seluar panjang berwarna gelap Kasut dan sarung kaki bewarna gelap. (Kasut sukan tidak dibenarkan) Graduan Wanita: Baju Kebangsaan Graduan mengandung boleh memakai pakaian yang bersesuaian. Gaun dan skirt hendaklah labuh melebihi paras lutut. Blouse tanpa lengan dan kain pario adalah TIDAK DIBENARKAN Kasut tertutup (court shoes). Selipar adalah tidak dibenarkan Peringatan : Petugas istiadat berhak menghalang mana-mana graduan yang tidak mematuhi etika pakaian daripada memasuki dewan istiadat. 3.2 Pakaian Akademik Ijazah Jubah Topi Hood Doktor Falsafah Jubah biru dengan tiga(3) garisan di lengan Bonnet Warna mengikut fakulti Sarjana Jubah biru dengan dua(2) garisan di lengan Mortarboard Sarjana Muda Jubah biru dengan satu(1) garisan di lengan Mortarboard

Upload: votuong

Post on 18-Feb-2018

498 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

1. PENGENALAN

Sekalung Tahniah daripada Pengurusan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

kepada anda dan keluarga di atas kejayaan menamatkan pengajian di Universiti ini.

Memandangkan Istiadat Konvokesyen adalah majlis yang amat bererti kepada anda dan

keluarga, maka pihak Universiti memohon anda untuk bekerjasama sepenuhnya agar

majlis yang penuh istiadat dan bermakna ini berjalan lancar.

Harapan kami semoga panduan ini dapat membantu anda membuat persiapan yang

sebaiknya menjelang Istiadat Konvokesyen Ke-17 UPSI pada November nanti.

2. ISTIADAT KONVOKESYEN

Istiadat Konvokesyen Ketujuh Belas UPSI Sidang Kedua akan diadakan pada 24, 25, 26

dan 28 November 2015 (hari Selasa, Rabu, Khamis dan Sabtu)

Lokasi istiadat adalah di Dewan Besar Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City,

Universiti Pendidikan Sultan Idris.

3. ETIKA PAKAIAN GRADUAN

3.1 Pakaian Umum

Graduan Lelaki:

Pakaian kebangsaan (lengkap bersampin), atau

Lounge suite, atau

Kemeja lengan panjang, bertali leher dan seluar panjang berwarna gelap

Kasut dan sarung kaki bewarna gelap. (Kasut sukan tidak dibenarkan)

Graduan Wanita:

Baju Kebangsaan

Graduan mengandung boleh memakai pakaian yang bersesuaian.

Gaun dan skirt hendaklah labuh melebihi paras lutut.

Blouse tanpa lengan dan kain pario adalah TIDAK DIBENARKAN

Kasut tertutup (court shoes). Selipar adalah tidak dibenarkan

Peringatan : Petugas istiadat berhak menghalang mana-mana graduan yang

tidak mematuhi etika pakaian daripada memasuki dewan istiadat.

3.2 Pakaian Akademik

Ijazah Jubah Topi Hood

Doktor

Falsafah

Jubah biru dengan

tiga(3) garisan di

lengan

Bonnet

Warna

mengikut

fakulti

Sarjana

Jubah biru dengan

dua(2) garisan di

lengan

Mortarboard

Sarjana Muda

Jubah biru dengan

satu(1) garisan di

lengan

Mortarboard

Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSI

2

Ijazah Jubah Topi Hood

Diploma Jubah biru kosong,

tanpa garisan di lengan

Tiada.

Pelajar lelaki Islam

diminta memakai

songkok.

Tiada

4. KAJIAN PENGESANAN GRADUAN/TRASER STUDY

Semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) termasuk Universiti Pendidikan Sultan Idris telah

diarahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menjalankan Kajian Pengesanan

Graduan.

Pada Istiadat Konvokesyen Ketujuh Belas Sidang Kedua November 2015 semua

graduan diwajibkan melengkapkan maklumat Kajian Pengesanan Graduan melalui

laman web http://graduan.mohe.gov.my/ yang akan dibuka satu (1) bulan sebelum

tarikh konvokesyen iaitu mulai 23 Oktober 2015.

Graduan adalah diwajibkan untuk melengkapkan maklumat kajian ini dan membawa

cetakan slip pengesahan kajian semasa mendaftar untuk membuat peminjaman

Pakaian Akademik.

Adalah diingatkan, graduan yang gagal melengkapkan kajian ini tidak akan

dibenarkan membuat peminjaman Pakaian Akademik.

5. JADUAL PEMINJAMAN & PEMULANGAN PAKAIAN AKADEMIK GRADUAN

GRADUAN PASCA SISWAZAH (IJAZAH SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH)

5.1 Peminjaman :

Graduan Tarikh Masa Fakulti Lokasi Raptai

Program Sarjana

20 November 2015 (Jumaat)

8.30 pagi – 12.30 t/hari

2.30 petang - 4.30 petang

FPE FSKIK FMSP

Foyer Blok C, Institut Pengajian Siswazah Kampus Sultan Abdul Jalil (Kampus Lama)

20 November Jam 3.00 petang Dewan Besar

21 November 2015 (Sabtu)

FPPM

22 November 2015 (Ahad)

FBK FPTV FSK FSMT FSSKJ

Program Doktor Falsafah

23 November 2015 (Isnin)

8.30 pagi – 12.30 t/hari

Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSI

3

5.2 Pemulangan

Pemulangan Pakaian Akademik boleh dibuat sepanjang konvokesyen

berlangsung atau lain-lain hari bekerja sahaja. Lokasi pemulangan pakaian

akademik adalah seperti berikut:

Graduan Tarikh Tempat Masa

Semua Graduan Program Sarjana

dan Doktor Falsafah

24 November (Petang) – 4

Disember 2015

Student Lounge, Institut Pengajian Siswazah, Blok C Kampus Sultan

Abdul Jalil (Kampus Lama)

8.30 pagi - 12.30 tengahari dan

2.15 petang - 4.30 petang (atau selepas graduan selesai konvokesyen)

Sila rujuk Pelan Kampus Sultan Abdul Jalil Shah yang disediakan di Laman Web

Konvokesyen UPSI sebagai panduan tempat letak kenderaan bagi kemudahan graduan

yang berurusan dengan IPS.

GRADUAN IJAZAH SARJANA MUDA (PJJ dan Francais USM)

DPLI & DIPLOMA

5.3 Peminjaman

5.3.1 Peminjaman pakaian akademik akan dibuka mulai 16 hingga 22

November 2015 bertempat di Panggung Percubaan, Kampus Sultan

Azlan Shah.

5.3.2 Para graduan DIWAJIBKAN mematuhi jadual yang telah ditetapkan

seperti di bawah:

Graduan Tarikh Masa Fakulti

Sarjana Muda 16-11-15 8.30 pagi FBK

(Isnin) hingga FMSP

1.00 t/hari

Sarjana Muda 2.00 petang FPEK

hingga FPTV

6.00 petang FSMT

Sarjana Muda 17-11-15 8.30 pagi FPPM

(Selasa) hingga FSSKJ

1.00 t/hari

Sarjana Muda 2.00 petang

hingga FSKIK

6.00 petang

Sarjana Muda 18-11-15 8.30 pagi

(Rabu) hingga FSK

1.00 t/hari

Diploma 2.00 petang FBK

hingga FMSP

6.00 petang FPE

FSKIK

Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSI

4

Diploma

19-11-15 (Khamis)

8.30 pagi hingga 5.00 petang

FSMT (A2000) FSMT (A2003)

20-11-15 (Jumaat)

8.30 pagi hingga 5.00 petang

Diploma FSMT (A2002)

FPPM

Sarjana Muda (PJJ)

21-11-15

FPPM (AT34J sahaja)

(Sabtu)

8.30 pagi hingga 5.00 petang

22-11-15

8.30 pagi hingga 5.00 petang

Sarjana Muda (Ahad) AT05J, AT08J, AT07J,

Francais USM, AT31J, AT32J, AT03J

PJJ dan DPLI

FPPM & FBK

5.3.3 Seorang graduan/wakil hanya boleh mewakili seorang graduan

sahaja untuk membuat pinjaman pakaian akademik. 5.3.4 Graduan adalah dipohon untuk memastikan semua dokumen yang

diperlukan sewaktu proses peminjaman telah dilengkapkan.

5.4 Pemulangan

5.4.1 Pemulangan Pakaian Akademik boleh dibuat sebaik sahaja graduan

selesai konvokesyen sehingga selewat-lewatnya 4 Disember 2015

seperti butiran berikut:

Graduan Tarikh Tempat Masa

Semua graduan Sarjana Muda

termasuk PJJ & Francais serta

Diploma

24 November – 4 Disember 2015

Bilik Jubah Dewan Besar

Kampus Sultan Azlan Shah

(Kampus baru)

8.30 pagi - 12.30 tengahari dan

2.15 petang - 4.30 petang (atau selepas graduan selesai

konvokesyen)

Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSI

5

5.4.2 Pemulangan selepas daripada tarikh tersebut boleh dibuat pada hari

bekerja sahaja di Pejabat Unit Pengijazahan, Bahagian Hal Ehwal

Akademik, Aras Bawah Bangunan Canselori, Kampus Sultan Abdul Jalil

Shah dan akan dikenakan denda seperti berikut:

BIL. PERKARA

KADAR (RM)

IJAZAH LANJUTAN

SARJANA MUDA /

DIPLOMA

1. Lewat pulang Pakaian Akademik (kadar

sehari lewat) 10.00 10.00

2. Denda rosak/hilang jubah 400.00 300.00

3. Denda rosak/hilang mortar board (topi) 80.00 70.00

4. Denda rosak/hilang hood 50.00 40.00

5. Denda rosak/hilang semua pakaian

akademik 450.00 350.00

5.5 Raptai Pelajar (Sarjana muda & Diploma)

Semua bakal graduan diminta hadir ke raptai konvokesyen mengikut tarikh dan

masa yang telah ditetapkan.

Tarikh : 23 November 2015 (Isnin) Masa : 2.30 petang Tempat : Dewan Besar Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City

6. PENGAMBILAN TRANSKRIP DAN IJAZAH

6.1 Transkrip dan skrol ijazah akan diserahkan kepada para graduan selepas

graduan selesai membuat pemulangan pakaian akademik mulai 24 Oktober

2015 iaitu sebaik sahaja graduan tamat konvokesyen mengikut sesi masing-

masing sehingga selewat-lewatnya pada 4 Disember 2015.

6.2 Lokasi pengambilan adalah seperti berikut:

Bil. Program Lokasi

1. Pascasiswazah (Doktor

Falsafah & Sarjana)

Student Lounge, Institut Pengajian Siswazah, Blok C Kampus Sultan Abdul Jalil (Kampus Lama)

2. Sarjana Muda, DPLI &

Diploma

Bilik Pengambilan Transkrip & Skrol Ijazah

Bangunan Pusat Pelajar

(Belakang Dewan Besar)

Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSI

6

6.3 Pengambilan transkrip dan Ijazah selepas daripada tarikh yang ditetapkan boleh

dilakukan di Pejabat Unit Pengijazahan, Bahagian Hal Ehwal Akademik, Aras

Bawah Bangunan Canselori, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah.

6.4 Graduan juga boleh memberi kebenaran kepada Universiti untuk mengepos

transkrip dan skrol ijazah dengan mengisi Borang Lampiran 5 : Kebenaran

Wakil Mengambil Ijazah dan Transkrip / Ijazah dan Transkrip Dipos

yang disertakan dengan slip bayaran yuran konvokesyen dan Slip Pengesahan

Kajian Pengesanan Graduan melalui emel kepada [email protected] atau

pos ke alamat Unit Pengijazahan, Bahagian Hal Ehwal Akademik, Universiti

Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak. Urusan pos akan dibuat

bermula dua minggu selepas Istiadat Konvokesyen berakhir.

6.5 Graduan yang tidak memulangkan pakaian akademik dengan lengkap tidak

dibenarkan mengambil skrol ijazah.

6.6 Transkrip akademik dan ijazah hanya dikeluarkan satu (1) kali sahaja. Pihak

universiti tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kerosakan / kehilangan dan

sebagainya ke atas ijazah dan transkrip akademik sekiranya tidak dituntut,

dituntut melalui pos atau dituntut melalui wakil yang mengambilnya.

6.7 Bayaran akan dikenakan untuk mendapatkan salinan dokumen-dokumen

berkenaan yang hilang atau rosak dengan kadar berikut :

BIL. PERKARA KADAR (RM)

1 Bayaran Salinan Transkrip 10.00

2 Bayaran Salinan Ijazah 60.00

NOTA PENTING:

a) Graduan diminta menyelesaikan semua baki hutang yang masih tertunggak sebelum

datang mengambil pakaian akademik. Resit pembayaran hendaklah dikemukakan

sebagai bukti pembayaran (Jika berkaitan).

b) Graduan wajib membayar yuran konvokesyen yang ditetapkan mengikut tempoh masa

yang akan dimaklumkan. Slip pembayaran Yuran Konvokesyen hendaklah

dikemukakan semasa sesi peminjaman pakaian akademik.

Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSI

7

c) Graduan wajib menjawab soal selidik Kajian Pengesanan Graduan (Tracer Study)

Kementerian Pendidikan Malaysia di laman web http://graduan.moe.gov.my/ dan

seterusnya mencetak Slip Pengesahan Kajian untuk dikemukakan semasa

membuat peminjaman pakaian akademik.

d) Graduan adalah diingatkan untuk mematuhi giliran pengambilan jubah seperti yang

dijadualkan. Panduan Saiz Jubah boleh dirujuk semasa membuat saiz jubah.

e) Graduan dikehendaki melengkapkan Borang Peminjaman Pakaian Akademik dan

membawanya bersama perkara a (jika berkaitan), b dan c semasa membuat

peminjaman Pakaian Akademik.

f) Hanya bakal graduan sahaja yang dibenarkan untuk membuat pinjaman pakaian

akademik, kecuali dalam kes-kes kecemasan dan kesihatan dibenarkan wakil graduan

mengambilnya dengan membawa Borang Kebenaran untuk wakil mengambil Pakaian

Akademik dan dilampirkan dengan slip bayaran yuran konvokesyen dan pengesahan

kajian pengesanan graduan.

7. BAYARAN

7.1 Yuran konvokesyen diwajibkan kepada semua graduan sama ada hadir

atau tidak hadir Istiadat Konvokesyen UPSI.

7.2 Jumlah yuran yang dikenakan adalah sebanyak Ringgit Malaysia Satu Ratus

(RM100.00) sahaja.

7.3 Pembayaran boleh dibuat melalui Kaunter Bank Islam di semua cawangan.

Pembayaran hendaklah dibuat atas nama UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN

IDRIS dengan No. Akaun 08068 01 0023133.

7.4 Pembayaran juga boleh dibuat melalui Automated Teller Machine (ATM) Bank

Islam Malaysia Berhad.

7.5 Cetak resit atau slip pembayaran yuran konvokesyen dan kemukakan sewaktu

membuat pinjaman pakaian akademik.

7.6 Kegagalan graduan membuat pembayaran yuran konvokesyen boleh

menyebabkan transkrip dan skrol ditahan daripada diserahkan kepada graduan.

Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSI

8

7.7. Maklumat lanjut berkenaan pembayaran yuran konvokesyen boleh dirujuk

kepada Unit Kewangan Pelajar dan Kolej, Jabatan Bendahari UPSI di nombor

05-450 6906 / 05-450 6309 / 015-4811 7755

7.8 Bagi graduan PPG-UPSI Francais USM : Sila rujuk Pusat Pengajian Ilmu

Pendidikan, USM di nombor 04-653 6133 (Cik Yusnani binti Yusof)

8. MELAPORKAN DIRI UNTUK PERARAKAN GRADUAN

8.1 Semua bakal graduan diwajibkan melapor diri lengkap dengan pakaian akademik

untuk perarakan graduan di Panggung Percubaan pada hari Konvokesyen

mengikut sesi seperti berikut:

Sesi/Tarikh/ Program Pintu

PT02 Doktor Falsafah (Pendidikan Kesusasteraan Melayu)

P1

PT03 Doktor Falsafah (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) PT10 Doktor Falsafah (Pengajian Kurikulum)

PT11 Doktor Falsafah (Pengurusan Pendidikan)

PT118 Doktor Falsafah (Pendidikan Islam)

PT12 Doktor Falsafah (Psikologi Pendidikan)

Sesi 1 PT121 Doktor Falsafah (Kimia)

24/11/15 PT139 Doktor Falsafah (Kesusasteraan Tamil)

PT14 Doktor Falsafah (Pengukuran Pendidikan)

Masa: PT17 Doktor Falsafah (Pendidikan Awal Kanak-kanak)

7.15 pagi PT22 Doktor Falsafah (Bimbingan dan Kaunseling)

PT34 Doktor Falsafah (Pendidikan Matematik)

PT40 Doktor Falsafah (Pendidikan Muzik)

PT41 Doktor Falsafah (Pendidikan Seni)

PT57 Doktor Falsafah (Keusahawanan)

PT59 Doktor Falsafah (Pengurusan Sumber Manusia)

PT64 Doktor Falsafah (Pengajian Sejarah Seni)

PT69 Doktor Falsafah (Teknologi Instruksi)

PT13 Doktor Falsafah (Pendidikan Pedagogi)

PT36 Doktor Falsafah (Pendidikan Teknologi Maklumat)

PT31 Doktor Falsafah (Pendidikan Fizik)

PT67 Doktor Falsafah (Psikologi Sukan)

IJAZAH SARJANA (MOD PENYELIDIKAN)

MT01 Sarjana Pendidikan (Bahasa Melayu)

MT03 Sarjana Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua) MT131 Sarjana Sastera (Bahasa Cina)

MT132 Sarjana Sastera (Kesusasteraan Tamil)

MT11 Sarjana Pendidikan (Pengurusan Pendidikan)

MT115 Sarjana Perakaunan (Perakaunan Pengurusan)

MT148 Sarjana Pengurusan (Pengurusan Perniagaan)

Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSI

9

MT20 Sarjana Pendidikan (Ekonomi)

MT78 Sarjana Pengurusan (Pemasaran)

MT79 Sarjana Pengurusan (Pengurusan Strategik)

MT82 Sarjana Perakaunan (Kewangan Islam)

MT84 Sarjana Ekonomi (Ekonomi Kewangan)

MT137 Sarjana Sains (Psikologi)

MT127 Sarjana Sains (Pendidikan Teknikal dan Vokasional)

MT100 Sarjana Sastera (Sejarah Malaysia)

MT102 Sarjana Sastera (Geografi)

MT104 Sarjana Sastera (Usuluddin)

MT118 Sarjana Pendidikan (Pendidikan Islam)

MT129B Sarjana Seni (Studio Seni Halus)

MT41 Sarjana Pendidikan (Seni)

MT85B Sarjana Seni (Pengajian Seni Halus)

MT119 Sarjana Sains (Biologi)

MT121 Sarjana Sains (Kimia)

MT122 Sarjana Sains (Fizik)

MT123 Sarjana Sains (Matematik)

MT125 Sarjana Sains (Matematik Gunaan)

MT34 Sarjana Pendidikan (Matematik)

MT67 Sarjana Sains (Kimia Analisis)

MT68 Sarjana Sains (Sebatian Semulajadi) MT69 Sarjana Sains (Bahan Termaju)

MT75 Sarjana Sains (Fizik Bahan) MT16 Sarjana Pendidikan (Sains Sukan)

AA16 Ijazah Sarjana Muda Psikologi dengan Kepujian AT04 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) dengan Kepujian

AT10 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Khas) dengan Kepujian AT19 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-kanak) dengan Kepujian

AS72 Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (Rehabilitasi Sukan) dengan Kepujian

P2

AT03/03J Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains Sukan) dengan Kepujian AT43 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains Kejurulatihan) dengan Kepujian AT59 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Jasmani) dengan Kepujian AC10 Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian (Perisian Pendidikan) dengan Kepujian AH17 Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk (Animasi) dengan Kepujian A2212 Diploma Keusahawanan

Sesi/Tarikh/ Program Pintu Sesi 2 ME11/MT11 Sarjana Pendidikan (Pengurusan Pendidikan)

P1

24/11/15 ME/MT24 Sarjana Pendidikan (Sosiologi Pendidikan) AT08/08J Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Perakaunan) dengan Kepujian

Masa: AT21 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Perniagaan) dengan Kepujian 1.30 ptg. AT45 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Keusahawanan dan Perdagangan) dengan Kepujian A2000 Diploma Sains

(Nama bermula dengan huruf A - Haswina Abd Rahman Pudin)

A2000 Diploma Sains P2

(Nama bermula dengan Hazawani Efanddy - Zurin Fariha)

Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSI

10

Sesi/Tarikh/ Program Pintu Sesi 3 ME/MT01 Sarjana Pendidikan (Bahasa Melayu)

P1

25/11/15 ME/MT03 Sarjana Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua) ME/MT36 Sarjana Pendidikan (Teknologi Maklumat)

MT36A Sarjana Pendidikan (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) Masa: AT41 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Moral) dengan Kepujian

7.15 pagi AT33 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Geografi) dengan Kepujian AT58 Ijazah Sarjana Muda Pengajian Malaysia dengan Pendidikan

AT11 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Biologi) dengan Kepujian

P2

AT13 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kimia) dengan Kepujian

AT14 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Matematik) dengan Kepujian AT48 Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dengan Pendidikan

A2002 Diploma Sains (Matematik)

A2003 Diploma Teknologi Makmal

Sesi/Tarikh/ Program Pintu Sesi 4 ME/MT12 Sarjana Pendidikan (Psikologi Pendidikan)

P1

25/11/15 ME/MT14 Sarjana Pendidikan (Penilaian Pendidikan) ME/MT17 Sarjana Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-kanak)

Masa: ME/MT21 Sarjana Pendidikan (Pendidikan Sekolah Rendah) 1.30 ptg. AT31/31J Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kemahiran Hidup) dengan Kepujian

AT07/07J Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Ekonomi Rumah Tangga) dengan Kepujian AT09 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains Pertanian) dengan Kepujian AT22 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Muzik) dengan Kepujian

P2 A2112 Diploma Muzik A2150 Diploma Bahasa Inggeris

Sesi/Tarikh/ Program Pintu

Sesi 5 ME/MT33 Sarjana Pendidikan (Biologi)

P1

26/11/15 ME/MT34 Sarjana Pendidikan (Matematik) AT01 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kesusasteraan Melayu) dengan Kepujian

Masa: AT06 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua) 7.15 pagi dengan Kepujian AT49 Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dengan Pendidikan

P2

AT50 Ijazah Sarjana Muda Bahasa Cina dengan Pendidikan AT62 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bahasa Tamil) dengan Kepujian

AT05/05J Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bahasa Melayu) dengan Kepujian A2160 Diploma Reka Bentuk dan Pembangunan Permainan

Sesi/Tarikh/ Program Pintu Sesi 6 ME/MT10 Sarjana Pendidikan (Pengajian Kurikulum)

P1

26/11/15 ME/MT13 Sarjana Pendidikan (Pedagogi)

MT19 Sarjana Pendidikan (Pengurusan Perniagaan)

Masa: MT20 Sarjana Pendidikan (Ekonomi)

1.30 ptg. MT23 Sarjana Pendidikan (Perakaunan)

MT40 Sarjana Pendidikan (Muzik)

Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSI

11

MT15 Sarjana Pendidikan (Teknologi Instruksional)

MT30 Sarjana Pendidikan (Multimedia)

MT41 Sarjana Pendidikan (Seni)

Diploma Pendidikan

AT34F Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) dengan Kepujian

AT19E/

Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak (DPAKK)

(Nama bermula huruf A hingga Dayangku Siti Rafidah) A2520/ Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak (DPAKK)

P2 A2520E (Nama bermula dengan Defah Mat Zin hingga Zuraini Haron)

Sesi/Tarikh/ Program Pintu Sesi 7 ME/MT16 Sarjana Pendidikan (Sains Sukan)

P1

28/11/15 MT116 Sarjana Pendidikan (Matematik Sekolah Rendah)

MT117 Sarjana Pendidikan (Sains Sekolah Rendah)

Masa: MT31 Sarjana Pendidikan (Fizik)

7.15 pagi MT32 Sarjana Pendidikan (Kimia)

MT02 Sarjana Pendidikan (Kesusasteraan Melayu)

MT18 Sarjana Pendidikan (Pendidikan Khas)

MT22 Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)

AT34J Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) dengan Kepujian

(Nama bermula huruf A - Mahizair Mangsor) AT34J Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) dengan Kepujian

P2 (Nama bermula dengan Maimunah Aripin - Zurina Said)

Sesi/Tarikh/ Program Pintu

Sesi 8 AT32/32J Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sejarah) dengan Kepujian

P1 28/11/15 AH16 Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk (Pengiklanan) dengan Kepujian AT46 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Multimedia) dengan Kepujian Masa: AT47 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Teknologi Reka Bentuk Berkomputer) dengan Kepujian

P2 1.30 ptg. AT20 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Teknologi Maklumat) dengan Kepujian

AT23 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Seni) dengan Kepujian Petunjuk:

P1 : Panggung Percubaan Pintu 1 P2 : Panggung Percubaan Pintu 2

Nota: Semakan giliran bergraduat juga boleh dirujuk di laman web konvokesyen

UPSI http://konvokesyen.upsi.edu.my/

8.2 Bakal graduan adalah diingatkan untuk melapor diri mengikut masa yang telah

ditetapkan untuk menerima kad nama graduan yang tercatat nombor giliran

menerima ijazah. Kad nama yang diberi perlu disimpan dengan baik untuk

diserahkan kepada petugas semasa graduan berdiri untuk naik ke pentas di

dalam dewan bagi menerima ijazah. Kehilangan kad nama ini boleh

menyebabkan nama graduan tidak dipanggil untuk naik ke pentas.

Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSI

12

8.3 Bakal graduan kategori OKU atau yang mengalami masalah kesihatan

seperti kurang upaya, mengandung, dalam tempoh berpantang dan

bermasalah untuk beratur atau berjalan dipohon untuk memaklumkan

ketidakupayaan tersebut kepada Urus Setia Istiadat Konvokesyen melalui emel

[email protected] agar dapat dibantu.

8.4 Graduan tidak dibenarkan membawa apa-apa beg ke dalam Panggung

Percubaan. Sehubungan itu, segala urusan peribadi hendaklah diselesaikan

sebelum mendaftar diri.

9. PERARAKAN GRADUAN MASUK KE DEWAN

Bakal graduan akan bergerak dalam barisan Perarakan Graduan dari Panggung

Percubaan ke Dewan Besar pada masa yang ditetapkan seperti berikut:

TARIKH SESI MASA

24 November 2015

(Selasa)

1 9.10 pagi

2 2.20 petang

25 November 2015

(Rabu)

3 8.35 pagi

4 2.20 petang

26 November 2015

(Khamis)

5 8.35 pagi

6 2.20 petang

28 November 2015

(Sabtu)

7 8.35 pagi

8 2.20 petang

Jawatankuasa Istiadat Mempunyai Kuasa Untuk Tidak Membenarkan Graduan

Yang Tidak Mematuhi Masa Dan Etika Pakaian Yang Ditetapkan Daripada Menyertai

Istiadat Konvokesyen UPSI.

BAKAL GRADUAN TIDAK DIBENARKAN KELUAR DEWAN SEHINGGA ISTIADAT

KONVOKESYEN SELESAI.

10. PANDUAN DAN TATACARA MENERIMA IJAZAH

10.1 Semua bakal graduan dikehendaki berkumpul dan melaporkan diri lengkap

dengan Pakaian Akademik di Panggung Percubaan pada tarikh dan masa yang

telah ditetapkan (Rujuk perkara 8.1).

Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSI

13

10.2 Semua bakal graduan dikehendaki duduk di kerusi yang bertanda dengan

nombor giliran masing-masing sama ada di Panggung Percubaan mahupun di

Dewan Besar. Nombor giliran adalah tercatat dalam Kad Nama anda. (Rujuk

perkara 8.2).

10.3 Semua bakal graduan dikehendaki berdiri semasa Dekan mengumumkan

penganugerahan Doktor Falsafah/ Sarjana/Sarjana Muda/Diploma/Diploma

Pendidikan.

10.4 Semasa Istiadat pengurniaan/penyampaian, nama graduan akan diumumkan

untuk menerima Doktor Falsafah/Sarjana/Sarjana Muda/Diploma/Diploma

Pendidikan. Bakal graduan akan bergerak ke hadapan dewan mengikut barisan.

Para graduan diminta mematuhi semua arahan pegawai bertugas semasa

Istiadat Konvokesyen berlangsung.

10.5 Apabila nama graduan diumumkan;

i) graduan diminta berjalan terus ke arah DYMM Tuanku Canselor / Pro

Canselor.

ii) tunduk sebagai tanda hormat (penanda ada disediakan di atas pentas).

iii) terima Ijazah Doktor Falsafah/Sarjana/Sarjana Muda/Diploma/Diploma

Pendidikan dengan kedua belah tangan.

iv) beri ucapan “Menjunjung Kasih Tuanku” kepada Tuanku Canselor

dan “Terima kasih” kepada Pro Canselor.

v) tundukkan kepala sebelum berjalan turun dari pentas dan kembali ke

tempat duduk asal.

10.6 Panduan dan tatacara menerima ijazah akan dijelaskan dengan lebih lanjut

semasa raptai.

11. PERARAKAN GRADUAN KELUAR DEWAN

Semua bakal graduan akan bergerak dalam barisan untuk meninggalkan dewan sebaik

sahaja juruacara mengumumkan “Perarakan Graduan Keluar Dewan”.

Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSI

14

12. JEMPUTAN KEPADA TETAMU GRADUAN

Semua bakal graduan hanya diberi sekeping kad jemputan untuk 3 orang tetamu

sahaja. Kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan masuk ke dalam

dewan. Kad Jemputan dan pelekat kenderaan akan diserahkan kepada graduan

semasa membuat pinjaman pakaian akademik.

Peraturan Istiadat dan Etika Pakaian tetamu graduan ada dijelaskan di dalam kad

jemputan. Tetamu graduan yang tidak mengikut panduan berpakaian yang

ditetapkan boleh dihalang daripada masuk ke dalam dewan.

13. GAMBAR

Gambar-gambar graduan semasa menerima ijazah akan diuruskan oleh Syarikat

Fotografi yang dilantik oleh Universiti. Syarikat ini akan mempamerkan gambar-gambar

yang telah siap diproses selepas konvokesyen. Graduan dan ahli keluarga tidak

dibenarkan mengambil gambar di dalam dewan semasa istiadat berlangsung,

kecuali dari tempat duduk masing-masing.

Pendaftaran gambar boleh dilakukan di kaunter-kaunter pendaftaran gambar

konvokesyen yang akan mula dibuka semasa sesi pengambilan pakaian akademik.

14. PERTANYAAN

Pertanyaan dan urusan mengenai konvokesyen bolehlah dirujukkan kepada pegawai-

pegawai berikut:

14.1 Kehadiran, Pakaian Akademik, Transkrip dan Ijazah

Pn. Safinaz binti Salim

Penolong Pendaftar (Pengijazahan)

Bahagian Hal Ehwal Akademik UPSI

Email : [email protected]

Tel : 05-450 6314

En. Mohd Zaid bin Tahir

Pembantu Tadbir (Pengijazahan)

Bahagian Hal Ehwal Akademik UPSI

Email : [email protected]

Tel : 05-450 6994

Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSI

15

14.2 Gambar

Catalia Creative

No. 10, Jalan Naluri Sukma A 8/A

Bandar Baru Puncak Alam

42300 Puncak Alam Selangor

Email : [email protected]

Tel : 03-5512 7515

14.3 Alumni

Cik Nurul Nadiah binti Ishak

Penolong Pendaftar

Pusat Perhubungan Alumni

Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni UPSI

Email : [email protected]

Tel : 05-450 5325

14.4 Unit Kewangan Pelajar dan Kolej

Penolong Bendahari

Cik Norfazitahanim bt. Mohd. Fazil

E-Mel : [email protected]

Tel : 05-450 6906

Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSI

16

NOTA

Segala bentuk borang boleh dimuat turun melalui Laman Web Rasmi

Konvokesyen di alamat url http://konvokesyen.upsi.edu.my

Maklumat yang terkandung di dalam buku ini adalah betul sewaktu

buku ini dicetak. Pihak Universiti berhak menambah, meminda dan

membetulkan mana-mana kandungan tanpa terlebih dahulu

memaklumkannya kepada graduan.