kertas kerja inkubator
TRANSCRIPT
KERTAS KERJA PROGRAM KEUSAHAWANANKOLEJ KOMUNITI BATU PAHAT JOHOR
MEMBANGUNKAN INKUBATOR 1. KEDAI JAHIT2. MINI CAFÉ3. PERKHIDMATAN TUISYEN4. PERKHIDMATAN SERVIS PENYAMANAN
UDARA5. PERKHIDMATAN PEMASANGAN
ELEKTRIK
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini di buat adalah untuk memohon pertimbangan dan kelulusan
daripada pihak Pengurusan Kolej Komuniti Batu Pahat dari aspek kebenaran
menggunakan tempat dan prasarana kolej untuk menjalankan program inkubator-
inkubator ini.
2.0 PENGENALAN
Program ini adalah untuk memberi peluang kepada komuniti yang mempunyai
kemahiran tetapi tidak mempunyai tempat untuk memulakan perniagaan. Mereka
akan ditempatkan di lokasi yang telah dipilih oleh pihak penganjur. Berikut adalah
lokasi untuk setiap inkubator yang telah dicadangkan :
JENIS INKUBATOR LOKASI YANG DICADANGKAN
1. KEDAI JAHIT BENGKEL JAHITAN PSH
2. MINI CAFE BENGKEL MASAKAN PSH
3. PERKHIDMATAN TUISYEN BILIK KULIAH PPU
4. PERKHIDMATAN SERVIS PENYAMANAN UDARA BENGKEL PPU1
5. PERKHIDMATAN PEMASANGAN ELEKTRIK BENGKEL PE2
Para peserta hanya disediakan tempat dan sedikit prasarana yang sedia ada
di lokasi yang telah dicadangkan. Segala kos pengurusan dan modal pusingan adalah
ditanggung sepenuhnya oleh peserta. Di harap program ini dapat memberi impak dan
situasi menang-menang kepada kedua-dua pihak iaitu pihak penganjur dan peserta.
3.0 OBJEKTIF
i. Memilih peserta-peserta inkubator
ii. Membangunkan inkubator
iii. Memberi bimbingan perniagaan kepada peserta
4.0 ANJURAN
e-Tech Center Kolej Komuniti Batu Johor
5.0 TARIKH
Program ini dicadangkan untuk bermula pada :
15 Julai 2013
6.0 TEMPAT
Kolej Komuniti Batu Pahat Johor
7.0 KUMPULAN SASARAN
Komuniti yang berminat
8.0 CARTA GANTT
Sila lihat LAMPIRAN 1
9.0 IMPAK
I. Dapat mengubah sosial ekonomi peserta
II. Para pelajar KKBPJ akan didedahkan kepada situasi sebenar perniagaan
semasa membuat praktikal di inkubator tersebut.
10.0 PENUTUP
Semoga program ini dapat dijalankan dengan sempurna dan mencapai objektif yang
digariskan. Kerjasama diperlukan dari semua pihak amatlah diharapkan untuk
menjayakan program ini. Semoga semua mendapat ilmu dan manfaat yang berguna
dari program ini.
Disediakan oleh :
...................................
(ROSEDI BIN IBRAHIM)
Pegawai Keusahawanan,Kolej Komuniti Batu Pahat,Kementerian Pendidikan Malaysia.
Tarikh :
Disemak oleh :
...................................
(SITI NORMAH BTE SUIB)
Ketua JabatanPembelajaran Sepanjang Hayat,Kolej Komuniti Batu Pahat,Kementerian Pendidikan Malaysia.
Tarikh :
Keputusan oleh :
.......................................(RADZUAN BIN OTHMAN)PengarahKolej Komuniti Batu PahatKementerian Pendidikan Malaysia.
Tarikh :
LULUS / TIDAK LULUS
___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
LAMPIRAN 1
CARTA GANTT
Perkara [ Tarikh ] 15/7-
21/7
22/7-
28/7
29/7-
04/8
05/8-
11/8
12/8-
18/8
19/8-
25/8
26/8-
01/9
Catatan
1. Membuat iklan2. Membuat temuduga3. Memilih peserta4. Membangunkan
inkubator5. Majlis pelancaran6. Bimbingan dan
pemantauan secara berterusan