kertas kerja hari kanak-kanak skjj

7
SEKOLAH KEBANGSAAN JELAPANG JAYA LALUAN KRANJI 5 , KG DATO AHMAD SAID TAMB 3 30020 IPOH PERAK KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK RABU 6 NOVEMBER 2013 Kantin SKJJ

Upload: noor-balqis-abdul-aziz

Post on 28-Nov-2015

140 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

CONTOH KERTAS KERJA HARI KANAK-KANAK PERINGKAT SEKOLAH

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Hari Kanak-kanak SKJJ

SEKOLAH KEBANGSAAN JELAPANG JAYALALUAN KRANJI 5 , KG DATO AHMAD SAID TAMB 3

30020 IPOH PERAK

KERTAS KERJA

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK

RABU6 NOVEMBER  2013

Kantin SKJJ

Page 2: Kertas Kerja Hari Kanak-kanak SKJJ

1.0  PENGENALANSambutan Hari Kanak-Kanak SeDunia yang pertama telah dianjurkan oleh

International Union For Child Welfare pada tahun 1953 dan diiktirafkan oleh UNICEF (United Nations Children's Fund) pada tahun 1954 dan hanya pada 20 November 1959 PBB telah mengistiharkan Hari Kanak-Kanak SeDunia dan meminta semua negara merayakannya pada setiap tahun.

Di Malaysia Perayaan Hari Kanak-Kanak SeDunia telah mula disambut pada 8 Oktober 1959 bertempat di Stadium Negara Kuala Lumpur iaitu sebaik sahaja PBB mengistiharkannya sebagai hari untuk persaudaraan sejagat dan kefahaman dikalangan kanak-kanak seluruh dunia.

Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (MKKM) telah diamanahkan untuk menganjurkan majlis sambutan ini mulai tahun 1960 sehinggalah tahun 1994. Namun begitu tahun 1995 menyaksikan tugas-tugas penganjuran ini telah diambil alih oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM).

Malaysia adalah diantara 150 buah negara yang menyambut nya pada bulan Oktober setiap tahun.Sebagai membuktikan keperihatinan masyarakat terhaap kebajikan an kesejahteraan kanak-kanak, pihak sekolah turut serta meraikan Hari Kanak-kanak Sedunia setiap tahun.

2.0          RASIONALSambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia sebagai satu acara penghormatan dan

pengiktirafan oleh pihak sekolah kepada generasi kanak-kanak. Acara sambutan  di sekolah diharap dapat memberi kesedaran kepada murid-murid dan guru  akan peranan dan tanggungjawab untuk memelihara hak serta masa depan kanak-kanak  di dalam pelbagai lapangan . Sambutan hari kanak-kanak ini diharapkan dapat mengeratkan hubungan siratulrahim antara warga SK Jelapang Jaya.

3.0         OBJEKTIF

Sambutan Hari Kanak-Kanak diadakan di sekolah bagi mencapai objektif yang digariskan seperti berikut:

1. Meraikan murid-murid sekolah  sempena sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia dengan menjemput jemputan khas bagi mengembirakan kanak-kanak di hari istimewa itu.

2. Memberi kesedaran kepada murid bahawa mereka amat penting dengan cara menghargai sumbangan  murid di dalam setiap aktiviti yang dijalankan di sekolah.

3. Menerbitkan kesedaran di dalam diri murid-murid supaya dapat menjagi modal insan yang berguna dengan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang melibatkan kerjaya masa depan.

4. Memastikan perkembangan kanak-kanak secara holistik dari segi fizikal,kognitif, bahasa, sosio emosi, sahsiah an rohani dalam aktiviti yang dijalankan.

.

Page 3: Kertas Kerja Hari Kanak-kanak SKJJ

4.0     TEMPAT DAN TARIKH CADANGAN

Tempat         : Kantin SK Jelapang JayaTarikh           : 6 November 2013Masa            : 7.30-12.00 tengahari

5.0         SASARAN PENYERTAAN

Penyertaan adalah di kalangan guru ,murid pra sekolah, murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran, murid Tahap 1 dan 2 Sekolah Kebangsaan Jelapang Jaya

6.0         JUMLAH PESERTA

Jumlah peserta adalah seramai : 191 murid

7.0         PENGISIAN PROGRAM

Program yang dijadualkan berlangsung pada 1 November 2013 memuatkan aktiviti-aktiviti yang dapat mengembangkan  perkembangan kanak-kanak secara holistik dari segi fizikal, kognitif, bahasa , sosio emosi, sahsiah dan rohani. Antara aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan ialah:

Pertandingan persembahan yang melibatkan tarian, nyanyian dan sebagainya daripada murid - murid.

Jemputan Khas – Marrybrown ( Maskot ) Jualan daripada pihak Marrybrown Anugerah tokoh murid

8.0       AHLI JAWATANKUASA INDUK

PENASIHAT                     :PN HANISOM BT MOHAMED ALI (GB)PENGERUSI 1                    :PN NAJIHAH BT AHMAD (PK. HEM)PENGERUSI 2 : PN NORAIZAN BINTI LABIBPENGERUSI 3 : EN SAIFUL ADZUAN B ISMAILPENGERUSI 4 : EN SATHIS KUMAR A/L BANGAROOSETIAUSAHA                    : NOOR BALQIS BINTI ABDUL AZIZAJK PELAKSANA                : SEMUA GURU

Page 4: Kertas Kerja Hari Kanak-kanak SKJJ

9.0 TENTATIF  PROGRAM DAN AJK PELAKSANA  

HARI              : RABUTARIKH         : 6 NOVEMBER 2013TEMPAT        : Dewan Kantin SKJJ.MASA             : 7.30 pg-12.00 tengahari

Waktu Aktiviti7.30 Murid berkumpul7.45 Nyanyian 4 buah lagu

Bacaan doaIkrar muridPersembahan murid khas dari Tahun 6 ( voice of tomorrow )Ucapan ketua muridUcapan Guru besarPersembahan Khas guru SKJJ untuk murid-murid

8.40 Pertandingan persembahan murid prasekolah, pra pend khas & pend khas integrasi

9.00 Persembahan khas dari Marrybrown9.40 REHAT10.20 Pertandingan persembahan tahap 1 & 2

Penyampaian hadiah & anugerah tokoh murid12.00 Bersurai

Page 5: Kertas Kerja Hari Kanak-kanak SKJJ

AJK PELAKSANAAjk Nama TugasDokumentasi / Jurukamera -Noor Balqis bt Abd Aziz

-En saiful ( Juruteknik )-Menyediakan dokumentasi lengkap

Buku Program - Pn Marya Norzeeyana -Menyediakan buku programHadiah - Pn Nuraini

- Pn Fazillah-Pn Hasmini

-Menyediakan*2 Hadiah serta sijil( bingkaikan ) untuk tokoh murid* Kain untuk dipakaikan kepada murid seperti “miss malaysia”

Pentas ,backdrop dan hiasan sekolah.

-Cik Norfazihah-Pn Norhaslina-Pn Rosilawati

-Menyediakan pentas dan backdrop yang diperlukan.-Susun atur pentas-Menghias kawasan yang diperlukan.

Persembahan Thn 1 :Thn 2 :Thn 3 : Guru kelasThn 4 :Thn 5 :Thn 6 :Prasekolah : Pn MahsitahPrasekolah PPKI : Pn RosilawatiPPKI : Guru muzik PPKI

-Menyediakan persembahan murid-Tarian @ Nyanyian @ Lakonan @ choral speaking @ Choir-Tempoh masa persembahan 7-8 minit

Juruacara -Ustazah Fardila ( Guru bertugas ) & Cik Nurul Izzati ( Pembantu )

-Menyediakan teks ucapan dan menguruskan perjalanan program

Bacaan doa -Ustaz Zakaria -Membaca doa untuk majlis.

Siaraya -En Fakhrul Hassan-En Tajul Ariffin-En Mohd Faizal

-Menyediakan berkaitan muzik , sistem bunyi atau tayangan.

Makanan -Pn Khadijah-Pn Intan Harinas-Pn Aidawati-Pn Sathiyavathy

-Menguruskan makanan pada hari tersebut bersama-sama pihak kantin & Marrybrown-Menyediakan tempat untuk pihak Marrybrown

Hakim Persembahan Murid & Menguruskan persembahan guru

-Pn Premalatha-Pn Rodhiah-Cik Deyana

-Menyediakan borang markah-Membuat penilaian terhadap persembahan murid-Menguruskan 1 persembahan guru kepada murid-murid

Anugerah Tokoh murid -Ustaz Zakaria-En Mohd Shafiq

-Memilih 2 tokoh murid

Disiplin Semua PPM-En Mohd Shafiq-En Zakaria

-Menjaga disiplin murid sepanjang program berjalan

Kebersihan Semua pekerja swasta -Memastikan kebersihan persekitaran sekolah dalam keadaan baik

Page 6: Kertas Kerja Hari Kanak-kanak SKJJ

10.0  ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI HARGA SEUNIT(RM)

KOS(RM)

1 Hadiah pertandingan untuk murid-murid khas

8 RM 10 RM 80

2 Makanan murid-murid khas31 RM 5.50 RM 170.50

JUMLAH RM 250.50

Memohon sumbangan daripada pihak Marrybrown :-Belon untuk setiap murid-Hadiah lain-lain

11.0  PENUTUPDiharapkan agar Program Sambutan Hari Kanak-Kanak  bagi tahun 2013  ini

dapat dijalankan dengan lancar dan mendapat kerjasama daripada semua pihak serta mencapai objektif yang telah digariskan. 

Disediakan oleh,

__________________________(Noor Balqis Binti Abdul Aziz)Setiausaha Hari Kanak-kanak SKJJ

Disahkan oleh ,

____________________( EN SATHIS KUMAR A/L BANGAROO )PK PEND KHAS