kertas kerja gotong royong15 (2)lates

11
1.0 PENDAHULUAN Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi matlamat falsafah pendidikan kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan dan berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik darjah merupakan salah satu faktor yang dapat membantu memenuhi perlaksanaan matlamat tersebut. Penyediaan persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh sesebuah institusi pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap tahap kebersihan sekolah melalui pertandingan 3K. Persekitaranyang bersih dan ceria dapat membantu mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan efektif. Sehubungan itu, pihak sekolah melalui jawatankuasa 3K (Keselamatan, kesihatan dankebersihan ) telah merancang untuk menganjurkan satu aktiviti Gotong-royong Perdana bersama - sama pihak PIBG bagi memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada pelajar tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah terutamanya bilik darjah.Di samping itu, aktiviti akan membolehkan pelajar menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka.Adalah menjadi harapan agar murid, ibu bapa, guru serta warga SK TUDM SUBANG akan memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya memenuhi serta mencapai matlamat 3K. Program gotong-royong yang dicadangkan ini adalah meliputi kegiatan serta aktiviti yang telah dirancang untuk menyemai nilai murni yang tinggi melalui kesedaran kebersihan dan kesihatan diri kerana apa yang pasti dengan adanya tahap kesihatan yang tinggi ianya akan menjamin keharmonian seseorang dan memastikan kejayaan yang menyeluruh. Selain daripada melalui kesedaran kesihatan, program ini juga menekankan aspek kebersihan dari segi fizikal dan persekitaran. Untuk belajar dengan selesa maka seseorang itu sentiasa berada dalam situasi yang bersih dan menjaga kebersihan diri atau tempat pembelajarannya supaya rasa selesa dan tenang ketika menjalani aktiviti- aktiviti di sekolah. . Disamping itu, penekanan utama juga diberikan kepada kesihatan diri . Untuk mendapat kesihatan yang optimum maka perlulah seseorang itu mengamalkan cara hidup yang sihat, sama ada dari segi pemakanan ataupun aktiviti harian yanglain. 2.0 TUJUAN Program ini dirancang dan dilaksanakan bertujuan untuk menceriakan persekitaran sekolah. Keceriaan yang dihasilkan ini adalah untuk keselesaan semua pihak. Sekolah yang ceria akan memastikan murid dapat belajar dan berada di sekolah dalam keadaan yang menyeronokkan dan mereka akan dapat menimba ilmu dengan lebih bersemangat dan bermotivasi.Bagi guru pula sekolah yang ceria ini akan memberikan mereka semangat untuk memberikan ilmu kepada murid dengan lebih baik. Ibu bapa juga akan merasa lebih selesa ketika berada disekolah atau mengikuti program yang diadakan oleh pihak sekolah yang melibatkan ibu bapa.Mereka juga berasa bangga dan yakin untuk menempatkan anak-anak untuk menimba ilmu dan melakukan pelbagai aktiviti dalam suasana yang selamat dan ceria. 3.0 NAMA PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA 1 MALAYSIA 4.0 TEMA PROGRAM Persekitaran yang bersih dan ceria menjana suasana pembelajaran di sekolah

Upload: nadia-mamadeqcha

Post on 08-Nov-2015

33 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

CONTOH KERTAS KERJA GOTONG ROYONG

TRANSCRIPT

1.0 PENDAHULUAN

Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi matlamat falsafah pendidikan kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan dan berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik darjah merupakan salah satu faktor yang dapat membantu memenuhi perlaksanaan matlamat tersebut.Penyediaan persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh sesebuah institusi pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap tahap kebersihan sekolah melalui pertandingan 3K. Persekitaranyang bersih dan ceria dapat membantu mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan efektif.Sehubungan itu, pihak sekolah melalui jawatankuasa 3K (Keselamatan, kesihatan dankebersihan ) telah merancang untuk menganjurkan satu aktiviti Gotong-royong Perdana bersama - sama pihak PIBG bagi memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada pelajar tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah terutamanya bilik darjah.Di samping itu, aktiviti akan membolehkan pelajar menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka.Adalah menjadi harapan agar murid, ibu bapa, guru serta warga SK TUDM SUBANG akan memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya memenuhi serta mencapai matlamat 3K. Program gotong-royong yang dicadangkan ini adalah meliputi kegiatan serta aktiviti yang telah dirancang untuk menyemai nilai murni yang tinggi melalui kesedaran kebersihan dan kesihatan diri kerana apa yang pasti dengan adanya tahap kesihatan yang tinggi ianya akan menjamin keharmonian seseorang dan memastikan kejayaan yang menyeluruh. Selain daripada melalui kesedaran kesihatan, program ini juga menekankan aspek kebersihan dari segi fizikal dan persekitaran. Untuk belajar dengan selesa maka seseorang itu sentiasa berada dalam situasi yang bersih dan menjaga kebersihan diri atau tempat pembelajarannya supaya rasa selesa dan tenang ketika menjalani aktiviti-aktiviti di sekolah. . Disamping itu, penekanan utama juga diberikan kepada kesihatan diri . Untuk mendapat kesihatan yang optimum maka perlulah seseorang itu mengamalkan cara hidup yang sihat, sama ada dari segi pemakanan ataupun aktiviti harian yanglain.

2.0 TUJUAN

Program ini dirancang dan dilaksanakan bertujuan untuk menceriakan persekitaran sekolah. Keceriaan yang dihasilkan ini adalah untuk keselesaan semua pihak. Sekolah yang ceria akan memastikan murid dapat belajar dan berada di sekolah dalam keadaan yang menyeronokkan dan mereka akan dapat menimba ilmu dengan lebih bersemangat dan bermotivasi.Bagi guru pula sekolah yang ceria ini akan memberikan mereka semangat untuk memberikan ilmu kepada murid dengan lebih baik. Ibu bapa juga akan merasa lebih selesa ketika berada disekolah atau mengikuti program yang diadakan oleh pihak sekolah yang melibatkan ibu bapa.Mereka juga berasa bangga dan yakin untuk menempatkan anak-anak untuk menimba ilmu dan melakukan pelbagai aktiviti dalam suasana yang selamat dan ceria.

3.0 NAMA PROGRAM

GOTONG-ROYONG PERDANA 1 MALAYSIA

4.0 TEMA PROGRAM

Persekitaran yang bersih dan ceria menjana suasana pembelajaran di sekolah

5.0 MATLAMAT

Matlamat gotong-royong ini adalah untuk memberi pendedahan yang sebenar kepada warga sekolah mengenai amalan keceriaan serta menyemai sifat cintakan kebersihan dan keceriaan sekolah. Memandangkan amalan ini kurang mendapat pendedahan yang sebenar dan murid kerap kali kurang mengambil perhatian dan mengabaikan amalan kebersihan di persekitaran sekolah berbanding di rumah . Namun demikian sebenarnya cara amalan kebersihan ini mempunyai ciri-ciri yang khusus dan piawaian yang sempurna. Murid kurang memahami maksud sebenar ceria, indah, wangi, bersih, berfungsi dan selamat.

Melalui aktiviti gotong royong ini , warga sekolah juga boleh meningkatkan rasa tanggungjawab terhadap kebersihan di mana mereka melibatkan diri dengan aktiviti membersihkan persekitaran sekolah tersebut. Matlamat penting program ini adalah untuk membentuk sikap dan perlakuan yang positif terhadap kebersihan dan keceriaan serta melahirkan warga sekolah yang peka terhadap persekitaran yang selamat, sihat dan berkualiti ke arah pencapaian wawasan negara.Selain itu, memberi peluang kepada ibubapa untuk menyediakan suasana yang ceria, selesa,bersih dan harmoni untuk anak-anak belajar. Ibubapa dapat bekerjasama dengan kakitangan sekolah iaitu guru-guru dan pekerja serta wakil PIBG untuk menyediakan suasana yang lebih ceria, selesa, harmoni dan bersih serta perasaan seronok untuk hadir ke sekolah demi menimba ilmu baik di waktu pagi dan petang. Kawasan yang menjadi tumpuan ialah tembok pintu pagar, Taman SPBT, kawasan taman di sebelah blok A, Lorong PPDA dan semua tandas di sekolah.

6. 0 OBJEKTIF

i. Mewujudkan kawasan tempat rehat wakaf dan taman sekolah yang lebih ceria dan harmonis. Keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah adalah penting bagi meningkatkan mutu pendidikan dan menjadikan iklim sekolah yang ceria,tenang dan selesa penting untuk mencapai visi dan misi sekolah serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

ii. Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yangbersih, indah, selamat dan ceria.

iii. Melaksanakan amalan kebersihan terutamanya tandas bagi mencapai kepuasan yang maksimum.

iv. Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara murid ibu bapa, pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah.

v. Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah disediakan

vi. Mengembeling tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan keberkesanan aktiviti.

7. 0 FORMAT PELAKSANAAN

Manual Pelaksanaan Program

BILPELAKSANAAN TUGASTINDAKAN

1Penyediaan kertas kerja program :- Membentangkan kertas kerja dan mendapatkan persetujuan dari pihak-pihak penganjur dan pelaksanaan program melalui mesyuarat dan bersemuka.- Mesyuarat kali pertamaSetiausaha Program

2Pelantikan AJK Program secara rasmiSetiausahaProgram

3Menetapkan sebuah tempat bagi pelaksanaan kerja-kerja asas program :Cadangan : bilik GerakanSetiausahaProgram

4Mesyuarat AJK Program kali ke 2SetiausahaProgram

5Menjalankan kerja-kerja penyediaan, percetakan dan mengirim surat menyurat, kad dan surat jemputanSetiausahaProgram

6Mengirim surat dan kad jemputan menggunakan khidmat poslaju, e-mel, mesin faksimili atau pertemuan peribadi (kepada agensi-agensi dan individu yang terlibat)SetiausahaProgram

7Menyenaraikan dan menyediakan peralatan-peralatan yang perlu digunakan untuk gotong-royongAJK Peralatan

8Tempahan makanan untuk jamuanAJK Jamuan

9Menyediakan dewan untuk kegunaan Ucapan Perasmian dan Pelancaran.AJK Persiapan Tempat

10Kerja pembersihan tempat / kawasan gotong royong.Semua AJK dan peserta

8.0 PENGANJUR

Program ini dianjurkan oleh Unit 3K (Hal Ehwal Murid) dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

9.0 CADANGAN TARIKH

April 2015 (Selasa )

10.0 TEMPAT

Sekolah Kebangsaan TUDM SUBANG

10.1 FOKUS KAWASAN

Terdapat 5 kawasan yang menjadi fokus utama di dalam projek gotong royong ini iaitu:

i) Tembok Pintu Pagar sekolaha) mengecat tembok pintu pagar warna dicadangkan ialah merah bata

ii) Taman SPBT

a) Mengecat pergola dan tayar lamab) menanam semula pokok di dalam pasu tergantung ke dalam botol air mineralc) menghias tepi taman dengan tayard) mencantas pokok tua dan terbiar

iii) Kawasan Taman sebelah Blok A

a) mencantas dahan pokok-pokok yang tumbuh meliarb) mengemas susunan batu bata yang runtuh dan mengecatnyac) menghias dengan tayar lama

vi) Lorong PPDA

a) mengecat struktur kayu di lorong PPDA

v) semua tandas sekolah (9 buah)

a) mengecat di dalam tandas sekolah mengikut warna yang disediakan

11.0 PENYERTAAN KUMPULAN SASARANSeluruh warga SK TUDM SUBANG iaitu guru-guru, pekerja sekolah , murid-murid tahun 5 dan ibu bapa.

12.0 JAWATANKUASA INDUK GOTONG ROYONG PERDANA 1 MALAYSIAPenasihat:Pn Anis bt Iberahim (Guru Besar)Pengerusi:Pn Asmah Bt Ahmad@Mohamed Razikin (PK HEM)Naib Pengerusi 1: Pn Asmidar Jamaiah Bt Alias (PK Petang)Naib Pengerusi 2:Pn Zuraidah Bt Abd Aziz (PK Pentadbiran)Naib Pengerusi 3:En Moh Fareez B Zainuddin (PK Kokurikulum)Penyelaras: Pn Ziratul Ashikin Bt Daud (Setiausaha HEM)Pen. Penyelaras:En Mohd Yusmizi B Che Harun (3K)Pen. Penyelaras:Pn Ima Nadia Bt A. Rahim (PIBG)Setiausaha:Pn Noraida Bt HarunAJK: En Zakaria B IsmailBacaan DoaPn Suriati Bt SamsudinJuruacaraPn Aznizah Bt AzmiKeceriaan TandasCik Norhazlina Bt AzmiTaman SPBTPn Salamiah Bt IbrahimLorong PPDAPn Noridah Bt AhmadTaman Blok APn Sabariah Bt Abu SamahPagar SekolahPn Norsaliana Bt Nilam MaricanJamuanEn Mohd Fadly B TahirPeralatanPn Noraida Bt HarunDokumentasiEn Fauzul Azmi B A. GhaniJurukamera

13.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA 1 MALAYSIAPenasihat:Pn Anis Bt Iberahim (Guru Besar)Pengerusi :Pn Asmah Bt Ahmad@Mohamed Razikin (PK HEM)N. Pengerusi 1: Pn Asmidar Jamaiah Bt Alias (PK Petang)N. Pengerusi 2:Pn Zuraidah Bt Abd Aziz (PK Pentadbiran)N. Pengerusi 3:En Moh Fareez B Zainuddin (PK Kokurikulum)Penyelaras: Pn Ziratul Ashikin Bt Daud (Setiausaha HEM)Pen Penyelaras:En Mohd Yusmizi B Che Harun (3K)Pen Penyelaras:Pn Ima Nadia Bt A.Rahim (PIBG)Setiausaha:Pn Noraida Bt Harun

BILJAWATANKUASANAMABIDANG TUGAS

1Bacaan DoaEn Zakaria B IsmailBacaan doa sebelu gotong royong dimulakan

2JuruacaraPn Suriati Bt SamsudinMengacara majlis sebelum gotong royong dimulakan

3.Pendaftaran /Sarana Ibu bapaPn Mazura binti Mat SehapPn Hariswani binti KhamisPn Shafawati binti ZaidiMenyambut tetamu dan menguruskan pendaftaran peserta dan sarana ibu bapa.

4Keceriaan TandasPn Aznizah Bt AzmiPn Siti Rahayu Bt MamatPn Nor Amizah Bt Md NorPn Jasbir Kaur A/P Darchan SinghPn Rosnah Bt IbrahimEn Mohd Khalid B IsmailPn Nurul Huda Bt NazirPn Noor Kamsiah Bt MudaPn Rosnizan Bt IsmailPeg. MES Sarjan 27 Org

Mengecat tandas dan menghias tandas

5Taman SPBTCik Norhazlina Bt AzmiEn Mohd Razi B OthmanChoe Mai KwanPn Yasmin binti YahyaPeg. MES Sarjan 7 orgMurid 5 UMa) Mengecat pagola dan tayar lamab) menanam semula pokok di dalam pasu tergantung ke dalam botol air mineralc) menghias tepi taman dengan tayard) mencantas pokok tua dan terbiar

6.Lorong Antara PRA dan Kantin SekolahPn Marina binti MuhiyaddinPn Norafiza binti OthmanPn Norhidayah binti NohPn Nurhafizah binti BaharudinPn Azrine binti AhmadPn Sharifah Norimah binti Syed Ahmad DahalanPn Nasmawaty binti A Kadir (PPM PRA)Pn Nazatul Isma binti Basaruddin(PPM PRA)Pn Sameeha binti Mahamad Sukri (PPM Khas)Pn Siti Nurul Hidayah binti Norzaha ( PPM KHAS) Pn Fairos bt Ab Manah (PPM PRA)Peg. MES Sarjan 2 org

a) Mengemas Lorong Antar PRA dan Kantin Sekolahb) menanam semula pokok di dalam pasu c) menghias tepi taman dengan tayard) mencantas pokok tua dan terbiar

7Lorong PPDAPn. Hjh. Siti Nabiha Bt HamzahPn Umi Sarah binti MohammadPn Norma binti YaakubPeg. MES Sarjan 4 orgmengecat struktur kayu di lorong PPDA

6Taman HerbaPn Noridah Bt AhmadCik Siti NorhidayatulakmalPn Anita binti ZahariPn Zuhijjah binti Che MayPeg. MES Sarjan 7 org

a) mencantas dahan pokok-pokok yang tumbuh meliarb) mengemas susunan batu bata yang runtuh dan mengecatnyac) mnghias dengan tayar lama

7Pagar SekolahPn Sabariah Bt Abu SamahPn Aslamiyah binti OthmanPn Hjh Zamzam binti IsaPeg. MES Sarjan 5 Org

mengecat tembok pintu pagar warna dicadangkan ialah merah bata

8JamuanPn Norsaliana Bt Nilam MaricaPn Hajah Suzana Binti Mohd LisPn Zurina Binti IbrahimMenyediakan makanan dan minuman untuk murid, guru dan ajk PIBG

9PeralatanEn Mohd Fadly B TahirEn Mahathir B HasbiEn Mohd Khalid B IsmailEn Mohd Yusmizi B Che Harun

Menyediakan perlatan yang perlu digunakan semasa gotong royong

10DokumentasiPn Noraida Bt HarunPn NorAzalian binti Yeop AzizPn Ima Nadia Bt A. Rahim

Membuat laporan sepanjang gotong royong

11JurukameraEn Fauzul Azmi B A. GhaniPn Shamsiah binti DaudPn Noorrahayu binti MohamedMengambil gambar sepanjang gotong royong

12Buku Program Pn Norma binti DirakPn Farah binti Masrur

Menyediakan Buku program mengikut tentatif yang telah diluluskan.

14.0 TENTATIF PROGRAM

MASAAGENDA

2.00 ptgSemua guru sesi pagi dan Anggota MES Sarjan berkumpul di tapak perhimpunan

2.15 PtgUcapan Aluan Pengerusi MajlisTaklimat Gotong Royong dari Urusetia Kumpulan 1 Tembok pintu pagar sekolah Kumpulan 2- Lorong Antara PRA dan Kantin Sekolah Kumpulan 3 Taman SPBT Kumpulan 4 Taman Blok A Kumpulan 5 Lorong PPDA Kumpulan 6 Tandas Sekolah

2.30 ptgAktiviti Gotong royong Dimulakan

4.50 ptg Ucapan Penutup- Pn Guru Besar

5.00ptgJamuan Bersurai

15.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BILPERKARAPERBELANJAANRM

1Varnish1LRM45.00 X 4Cat minyak 5LRM150.00 X 4Cat kapur18LRM75.00 X 8180.00600.00600.00

2BerusRM4.00 X 20 80.00

3CangkulRM30.00 X 2 60.00

4Roller RM10.00 X 9 90.00

5Tray catRM5.00 X 9 45.00

6Plastik sampahRM10.00 X 2 20.00

7JamuanRM3.00 X 200600.00

8Lain-lain perbelanjaan100.00

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHANRM2 375.00

Tajaan: a) Pokok-pokok bunga dan tanah ditaja oleh MBSAb) Tayar terpakai ditaja oleh kedai tayar dan Fleet Kenderaan PU Subangc) Kewangan ditaja oleh PIBG SK TUDM Subang

16.0 PENUTUP

Adalah diharapkan aktiviti Gotong Royong Perdana 1 Malaysia ini akan dapat menghasilkan satu kawasan persekitaran sekolah yang ceria, bersih, selamat serta dapat menarik minat murid untuk datang ke sekolah. Selain itu ianya juga adalah selaras dengan hasrat KementerianPelajaran Malaysia untuk menjadikan sekolah sebagai pusat pengembangan ilmu kepada seluruh masyarakat serta tempat yang dapat menjamin kesihatan murid dan seluruh warga sekolah khasnya dan ibu bapa dan masyarakat setempat. Dalam menjalankan aktiviti gotong royong perdana muhibbah ini, dapat menggalakkan dan mengeratkan hubungan rapat dan mesra antara masyarakat dan pihak sekolah. Ini akan dapat menarik perhatian semua pihak untuk saling bekerjasama antara satu sama lain.

Adalah diharapkan program ini mendapat kerjasama dari pihak sekolah serta semua pihak yang terlibat dan menjadikannya sebagai amalan kepada murid-murid dalam menghadapi kehidupan harian. Semoga segala sumbangan, kebaikan dan jasa baik ibu bapa yang sama menjayakan program ini diberkati dan dirahmati.

Disediakan oleh : Disemak oleh:

_______________________ ________________________(Ziratul Ashikin bt Daud) (Pn. Asmah bt Ahmad@Mohamed Razikin)Setiausaha Hal Ehwal Murid PK Hal Ehwal Murid

Disahkan oleh :

________________________(Pn. Anis bt Iberahim)Guru Besar

SK TUDM SUBANGJALAN BENDAHARA40150 SHAH ALAMSELANGOR

KERTAS KERJA

GOTONG ROYONG PERDANA 1 MALAYSIA

TARIKH: APRIL 2015

HARI: SELASA

MASA: 8.00 PAGI 12.20 TENGAH HARI

TEMPAT: SK TUDM SUBANG

ANJURAN: UNIT 3K HAL EHWAL MURID DAN PIBG SK TUDM SUBANG