kertas kerja galus 2015

5
PROGRAM KECEMERLANGAN GALUS UPSR 2015 UPSR 2015 PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SJK (TAMIL) LADANG SUNGAI CHOH MENGANJURKAN PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK BAGI MURID-MURID GALUS, CALON UPSR 2015 BAGI LIMA MATA PELAJARAN ASAS

Upload: anonymous-tobabu9

Post on 11-Nov-2015

61 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

galus

TRANSCRIPT

LADANG SUNGAI CHOH

PIBG SJKT LADANG SUNGAI CHOH2015

PROGRAM KECEMERLANGAN GALUS UPSR 2015

UPSR 2015

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SJK (TAMIL) LADANG SUNGAI CHOH

MENGANJURKANPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK BAGI MURID-MURID GALUS, CALON UPSR 2015 BAGI LIMA MATA PELAJARAN ASAS

1.0 PendahuluanTujuan kertas kerja ini dibuat adalah untuk memohon budget bagi menjayakan program Kem Galus bagi murid tahun 6, Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Sungai Choh.

2.0 Butiran ProgramProgram ini akan dijalankan seperti berikut:

Hari: Setiap hari SabtuTarikh: bermula 9 Mei 2015, selama 5 minggu berturut-turutTempat: Dewan Sekolah, SJK(T) Ladang Sungai Choh

3.0 Objektif3.1 Memberi pendedahan dan lebih keyakinan kepada murid untuk menjawab soalan UPSR.3.2 Memberi peluang kepada murid untuk mempelajari teknik menjawab soalan UPSR dengan betul.3.3 Mendedahkan kepada murid tentang topik-topik yang sering keluar dalam peperiksaan UPSR.3.4 Merangsang semangat belajar yang tinggi dan sentiasa bersikap positif dalam pembelajaran.3.5 Menjana perubahan sikap dalam mengurus emosi dan meningkatkan sahsiah diri.3.6 berharap akan berlaku peningkatan sama ada dari segi bilangan C sekurang kurangnya mahupun peningkatan dalam pencapaian peratus keseluruhan sekolah.3.7 Memberi peluang pada murid dan guru untuk memberi penumpuan yang sepenuhnya terhadap mata pelajaran UPSR.3.8 Melatih tubi pelajar menjawab soalan-soalan UPSR.3.9 Meningkatkan prestasi UPSR dari segi kualiti dan kuantiti.

4.0 Permasalahan4.1 Peratus Keseluruhan Belum Mencapai Tahap Maksimum4.2 Masih terdapat sebilangan kecil murid yang berprestasi rendah dalam setiap mata pelajaran.4.3 Kesediaan murid untuk belajar dengan bersungguh-sungguh belum mencapai tahap memuaskan.4.4 Penerimaan pelajaran di kalangan murid tidak sekata dan merata kerana minat murid terhadap mata pelajaran tidak menyeluruh.4.5 Peratusan Kecemerlangan murid lulus Masih Pada Tahap Minimum4.6 Kelulusan cemerlang murid dalam setiap subjek tidak sama telah menyebabkan bilangan murid yang mendapat markah lulus adalah kecil.4.7 Latar belakang sosio-ekonomi murid berbeza di mana sebahagian besar murid-murid datang dari keluarga miskin dan tahap akademik ibu bapa yang rendah.4.8 Terdapat murid yang memberi fokus kepada pelajaran yang mudah sahaja.4.9 Murid kurang mendapat galakkan atau motivasi daripada ibu bapa, hanya bergantung kepada usaha dan galakkan daripada pihak sekolah semata-mata.4.10 Penguasaan Bahasa Inggeris Masih Lemah4.11 Pencapaian murid-murid dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris masih lemah jika dibandingkan dengan mata pelajaran lain.4.12 Sikap murid yang agak dingin terhadap mata pelajaran Bahasa Inggeris dan tidak mahu bertutur atau membaca bahan-bahan dalam Bahasa Inggeris.4.13 Tiada dorongan dan galakkan daripada ibu bapa kerana rata-rata ibu bapa mempunyai taraf akademik yang rendah.4.14 Masih Ada Murid Belum Menguasai Kemahiran 3M Dengan Baik4.15 Justeru masih ada murid yang belum menguasai 3M dengan baik akan menjejaskan prestasi setiap mata pelajaran dan pencapaian keseluruhan sekolah.4.16 Murid-murid yang masih belum menguasai kemahiran 3M dengan baik ini menunjukkan sikap tidak berminat untuk belajar dan sering kali tidak menyiapkan tugasan yang diberikan.

5.0 Penyertaan25 orang murid tahun 6.

6.0 Aturcara

HariMasa PelaksanaanAgenda

9 mei 2015sabtu0730 0800Sesi Pendaftaran/ sarapan pagi

0800 1000Slot 1

1000 1015rehat

1015 1215Slot 2

1215 1300Makan tengahari

1300 1500 Slot 3

1500 1515rehat

1515 1700Slot 4

1700minum petang/bersurai

7.0 BelanjawanBerikut adalah belanjawan bagi program untuk seminggu:

BilButiranAnggaran PerbelanjaanJumlah Anggaran

1.SarapanRM 2.00 X 25 muridRM 50.00

2.Makan tengahariRM 3.50 X 25 muridRM 87.50

3.Minum petangRM 2.00 X 25 muridRM 50.00

4.Lembaran kerjaRM 2.00 X 25 muridRM 50.00

JUMLAH KASARRM 237.50

JUMLAH KASAR BAGI PROGRAM 5 MINGGU RM237.50 X 5 MINGGURM 1187.50

8.0 Penutup

Pihak PIBG SJKT Ladang Sungai Choh bersama Penyelaras tahun 6, 2015 berharap program ini akan member manfaat dan perubahan yang positif dalam diri murid-murid kearah kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR 2015.

Disediakan oleh,Disokong oleh,

....

4 | Page