kertas kerja camping 2012edit

8
SEKOLAH KEBANGSAAN JELAI 3 (F) 73480 GEMAS, NEGERI SEMBILAN KERTAS KERJA PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM TAHUN 2012 TEMPAT: PADANG SK JELAI 3 (F) HARI/TARIKH: SELASA & RABU (23 – 24 OKTOBER 2012) ANJURAN: UNIT KOKURIKULUM SK JELAI 3 (F)

Upload: eiza-alias

Post on 02-Jul-2015

3.974 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas kerja camping 2012edit

SEKOLAH KEBANGSAAN JELAI 3 (F) 73480 GEMAS, NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM TAHUN 2012

TEMPAT:

PADANG SK JELAI 3 (F)

HARI/TARIKH:

SELASA & RABU (23 – 24 OKTOBER 2012)

ANJURAN:

UNIT KOKURIKULUMSK JELAI 3 (F)

Page 2: Kertas kerja camping 2012edit

Kertas Kerja Perkhemahan Bersepadu Unit BeruniformTahun 2012

2

Page 3: Kertas kerja camping 2012edit

Kertas Kerja Perkhemahan Bersepadu Unit BeruniformTahun 2012

1.0 PENGENALANPerkhemahan unit beruniform adalah salah satu saluran pendidikan luar bilik darjah yang amat berkesan dalam usaha menangani segala bentuk masalah gejala sosial.

Perkhemahan juga dapat mendidik murid-murid percaya kepada diri sendiri dan sedar akan kemampuan diri. Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan, mereka akan didedahkan dengan suatu persekitaran baru. Ia juga memberikan satu rasa dengan menanam sifat keberanian dan kepercayaan internal dan intrapersonal.

Pada tahun ini, Unit Kokurikulum sekali lagi mengelolakan perkhemahan unit-unit beruniform yang melibatkan murid tahun 4,5 dan 6. Dengan semangat dan kepercayaan, adalah diharapkan program ini akan mencapai objektifnya.

Adalah sangat diharapkan agar perkhemahan ini akan dapat memberikan peluang kepada murid-murid menonjolkan kemampuan diri mereka. Disamping menimba pengalaman, perkhemahan ini nanti akan dapat mengeratkan tali persaudaraan sesama murid dan juga guru-guru.

2.0 NAMA PROGRAMPerkhemahan Bersepadu Unit Beruniform Tahun 2012

3.0 MATLAMATAntara matlamat program ini ialah seperti berikut:

3.1 Mengukuhkan ilmu pendidikan luar yang telah dipelajari serta berkongsi pengalaman bersama-sama rakan dan jurulatih.

3.2 Mengaplikasi teori-teori yang telah dipelajari di sekolah bersama-sama unit masing-masing.

3.3 Membina keyakinan diri pelajar apabila berhadapan dengan situasi mencabar.

3.4 Menanam sikap sukakan aktiviti luar sebagai suatu aktivti yang berfaedah.3.5 Menerapkan sikap hormat-menghormati sesama insan.3.6 Menanam sifat ingin berdikari dalam kahidupan seharian dan berfikiran

matang.

4.0 OBJEKTIFPada akhir program ini, para peserta akan dapat:

4.1 Bermalam di dalam khemah bersama-sama rakan/kumpulan masing- masing.

4.2 Berdikari melalui kerja individu seperti mengurus diri sendiri.4.3 Menyatakan rasa seronok dengan aktiviti seperti night walk.

5.0 JAWATANKUASA INDUK

3

Page 4: Kertas kerja camping 2012edit

Kertas Kerja Perkhemahan Bersepadu Unit BeruniformTahun 2012

PENGERUSI : En. Adam Bin Hj. Omar (Guru Besar)TIMB. PENGERUSI : En. Mohammad Solihin Bin Abdullah (GPK

Kokurikulum)NAIB PENGERUSI : I – En. Zahari Bin Hj. Mokhtar (GPK Kurikulum)

II – En. Dzulkalnian Bin Ayat@Ayom (GPK HEM)SETIAUSAHA : Pn. Intan Delaila Binti Mohd NorBENDAHARI : Pn. Rapiza Binti MiswanPENYELARAS UNIT

BERUNIFORM : Pn. Zaini Binti RamliKEM KOMANDAN : En. Kamarudin Bin AwangKETUA-KETUA UNIT

PENGAKAP : En. Muhammad Norzikri Bin RuslanPANDU PUTERI TUNAS : Pn. Intan Delaila Binti Mohd NorPUTERI ISLAM : Pn. Samsila Binti Sulaiman

6.0 AHLI JAWATANKUASA

AKTIVITI1. Pn. Samsila Binti Sulaiman (Ikatan)2. Pn. Zaini Binti Ramli (Permainan)3. Pn. Nurul Huda Binti Abd Ghafar (Malam

Kebudayaan)4. Pn. Azinah Binti Abdul Aziz (Night Walk)5. Pn. Aziah Binti Othman (Senaman pagi)6. Pn. Intan Delaila Binti Mohd Nor

(Sukaneka)

PERALATAN1. Pn. Taslimah Binti Jamhari2. Pn. Nurul Huda Binti Abd Ghafar

KESELAMATAN/DISIPLIN1. En. Muhammad Norzikri Bin Ruslan2. Ketua-ketua Unit Beruniform

DOKUMENTASI1. Pn. Sarimah Binti Awang

HADIAH DAN CENDERAMATA1. Pn. Hjh Rohani Binti Ya2. Pn. Azalela Binti Salleh

JAMUAN1. Pn. Maziah Binti Malek2. Cik Hjh Badariah Binti Abdullah3. Pn. Pn. Hjh Rohani Binti Ya4. Pn. Hanitah Binti Saat5. Pn. Shamsaimun Binti Ismail6. Pn. Rosniza Binti Rosly7. Pn. Noridah Binti Md Zin

IBADAH1. En. Kamarudin Bin Awang2. Pn. Siti Shallyra Aida Binti Mohd Ali

PENDAFTARAN1. Pn. Noorasmaliza Binti Mat Alias

7.0 BUTIRAN PERKHEMAHAN

Perkhemahan tersebut akan diadakan seperti butiran berikut:

4

Page 5: Kertas kerja camping 2012edit

Kertas Kerja Perkhemahan Bersepadu Unit BeruniformTahun 2012

7.1 Hari : Selasa dan Rabu7.2 Tarikh : 23&24 Oktober 20127.3 Tempat : SK Jelai 3 (F)

8.0 SASARAN PENYERTAANProgram ini adalah mensasarkan kepada ahli unit beruniform tahun 4,5 dan 6:-Pengakap - 34 orangPandu Puteri Tunas - 22 orangPuteri Islam - 25 orang

81 orang

9.0 SENARAI TUGAS1. KEM KOMANDAN

a. Merancang segala pengisian aktiviti.b. Memastikan segala aktiviti berjalan dengan lancar dan selamat.

2. PERALATANa. Merancang dan menentukan peralatan yang diperlukan untuk program.b. Memastikan segala peralatan dalam keadaan baik seperti asal dan

disimpan semula selepas selesai digunakan.3. KESELAMATAN/DISIPLIN

a. Menyediakan peti pertolongan cemas yang lengkap.b. Memastikan keselamatan para peserta terjamin disepanjang aktiviti.c. Mengambil tindakan awal dengan pantas sekiranya berlaku kecemasan.d. Mengawal disiplin para peserta sepanjang perkhemahan.

4. JAMUANa. Merancang dan menentukan menu makananb. Merancang jadual makan dan minum peserta, guru dan jurulatihc. Memastikan urusan semasa makan berjalan dengan lancar.

5. DOKUMENTASIa. Mencatat segala aktiviti yang berjalan. b. Mengambil foto untuk setiap aktiviti.c. Menyediakan laporan perkhemahan dan dokumentasikan.d. Berhubung dengan setiausaha untuk mendapatkan bahan-bahan untuk

didokumentasikan.6. IBADAH

a. Memimpin para peserta solat berjemaah.b. Mengelolakan kuliah subuh dan maghrib.c. Menyelaras dan menjalankan program untuk slot keagamaan/kerohanian.

7. HADIAH DAN CENDERAMATAa. Menyediakan hadiah dan cenderamata program

8. PENDAFTARANa. Semak kehadiran murid berdasarkan nama yang akan diberikan oleh

setiausaha.

5

Page 6: Kertas kerja camping 2012edit

Kertas Kerja Perkhemahan Bersepadu Unit BeruniformTahun 2012

10.0 ANGGARAN PENERIMAAN DAN PERBELANJAAN

Bil Aktiviti/Peralatan Keperluan (Unit) Harga Seunit Jumlah

1.Ikatan

• Tali 3 gulung RM 4.00 RM 12.00

2.Makanan & Minuman

• Murid 74 orang RM 10.00 RM 740.00

3. Hadiah (4 Acara)

Pertama x 4Kedua x 4Ketiga x 4Keempat x 4Kelima x 4

RM 16.00RM 14.00RM 12.00RM 10.00RM 8.00 RM 240.00

3. Runcit - - RM 150.00

Jumlah Keseluruhan RM 1,142.00

11.0 MENU MAKANAN DAN MINUMAN*(Untuk dua hari satu malam sepanjang perkhemahan)

Hari SelasaBil Waktu Makan Menu

1 Minum Pagi Teh O dan Roti

2 Makan Tengahari Nasi Putih, Ayam Kicap, Sayur & Air Sirap

3 Minum Petang Teh O dan Kuih

4 Makan Malam Nasi Putih, Ayam Sambal, Sayur dan Air Sirap

5 Minum Malam Teh O dan Biskut

Hari RabuBil Waktu Makan Menu

1 Sarapan Pagi Teh O dan Mi Goreng

2 Minum Pagi Teh O dan Biskut

3 Makan Tengahari Tiada

12.0 TENTATIF PROGRAM

Hari : SelasaMasa Aktivit i Tindakan

8.00 – 8.30 pg - Pendaftaran peserta perkhemahan AJK Pendaftaran

8.30 – 9.00 pg - Taklimat Kem Komandan

6

Page 7: Kertas kerja camping 2012edit

Kertas Kerja Perkhemahan Bersepadu Unit BeruniformTahun 2012

9.00 – 9.30 pg - Mendirikan khemah Peserta

9.30 – 10.00 pg - Minum pagi AJK Jamuan

10.00 – 12.00 tgh - Aktiviti 1 (Orientasi) AJK Aktiviti

12.00 – 2.00 tgh - Makan tengahari, Solat Zuhur AJK Jamuan & Ibadah

2.00 – 4.00 ptg - Aktiviti 2 (Ikatan) AJK Aktiviti & Peralatan

4.00 – 4.30 ptg - Minum petang AJK Jamuan

4.30 – 5.00 ptg - Solat Asar AJK Ibadah

5.00 – 6.00 ptg - Aktiviti 3 (Permainan) AJK Aktiviti & Peralatan

6.00 – 7.00 ptg - Pengurusan diri (Mandi) Peserta

7.00 - 8.00 mlm - Solat Maghrib AJK Ibadah

8.00 – 8.30 mlm - Aktiviti 4 (Ceramah) AJK Ibadah

8.30 – 9.00 mlm - Solat Isya’ AJK Ibadah

9.00 – 9.30 mlm - Makan Malam AJK Jamuan

9.30 – 10.30 mlm - Aktiviti 5 (Malam Kebudayaan) AJK Aktiviti

10.30 – 11.00 mlm - Minum malam AJK Jamuan

11.00 -12.00 mlm - Aktiviti 6 (Night Walk) AJK Aktiviti

12.00 mlm - Tidur Kem Komandan/ AJK

Keselamatan / Disiplin

Hari : RabuMasa Aktivit i Tindakan

5.00 – 6.00 pagi - Pengurusan diri Peserta

6.00 – 7.00 pagi - Solat Subuh AJK Ibadah

7.00 – 8.00 pagi - Aktiviti 7 (Senaman pagi) AJK Aktiviti

8.00 – 8.30 pagi - Sarapan pagi AJK Jamuan

8.30 – 10.30 pagi - Aktiviti 8 (Sukaneka) AJK Aktiviti

10.30 – 11.00 pagi - Minum pagi AJK Jamuan

11.30 – 12.00 t/hari - Menurun dan mengemas khemah

- Majlis Penutup

Kem Komandan/ AJK

Keselamatan/Disiplin

13.0 PENUTUP

Adalah sangat diharapkan melalui program yang dirancang ini bakal melahirkan insan yang kental jiwanya, bersih dan bersemangat. Mempunyai jati diri dan sifat ingin berdikari.

Pihak jawatankuasa dengan seberapa daya merancang dan berusaha untuk merealisasikannya. Apa yang paling penting adalah kesungguhan para peserta

7

Page 8: Kertas kerja camping 2012edit

Kertas Kerja Perkhemahan Bersepadu Unit BeruniformTahun 2012

itu sendiri untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang telah disusun untuk mereka.

Melalui program ini juga, adalah diharapkan ianya berjaya dilaksanakan tanpa berlaku sebarang kemalangan dan kecederaan.

Dengan berakhirnya program ini juga nanti, segala bahan dan pengalaman serta segala bentuk proses yang dilalui akan dapat dijadikan sumber rujukan untuk individu atau kumpulan seterusnya merancang dan mengelola program seumpama dengan lebih baik.

DISEDIAKAN OLEH;, DISEMAK OLEH,

....................................................................... .....................................

.........................................INTAN DELAILA BINTI MOHD NOR MOHAMMAD SOLIHIN BIN ABDULLAHSetiausaha, GPK KokurikulumUnit Kokurikulum. SK Jelai 3 (F)

DISAHKAN OLEH;

…………………………………….......................ADAM BIN HJ. OMARGuru BesarSK Jelai 3 (F)

8