kertas kerja cameron highland

4
SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG KERAMAT JALAN KERAMAT TANJUNG, 45000 KUALA SELANGOR, SELANGOR DARUL EHSAN PROGRAM KEMBARA ILMU BELAJAR MELALUI LAWATAN KE CAMERON HIGHLAND, PAHANG TAHUN 2013

Upload: akmamaizatul

Post on 04-Jul-2015

6.263 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas kerja cameron highland

SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG KERAMAT

JALAN KERAMAT TANJUNG,

45000 KUALA SELANGOR,

SELANGOR DARUL EHSAN

PROGRAM KEMBARA ILMU

BELAJAR MELALUI LAWATAN KE CAMERON HIGHLAND, PAHANG

TAHUN 2013

Page 2: Kertas kerja cameron highland

KERTAS KERJA PELANCONGAN II/2013

TAJUK : LAWATAN SAMBIL BELAJAR

1. PENDAHULUAN

Sekolah Kebangsaan Tanjung Keramat, Kuala Selangor akan mengadakan satu

program lawatan sambil belajar ke Cameron Highland, Pahang. Lawatan ini akan diadakan

pada 2 Mac 2013 (Sabtu). Seramai 31 orang murid Tahun 6 dan 9 orang guru akan

mengikuti lawatan ini. Waktu pelancongan adalah dari jam 7.00 pagi hingga 7.00 petang.

Program ini merupakan program tahunan murid Tahun 6 dan ia adalah atas galakan dan

daya fikir guru besar sekolah.

2. MATLAMAT

Antara siratan matlamat program ini adalah seperti berikut :

i. Memberi peluang kepada murid untuk melihat di luar kawasan tempat tinggal

ii. Menimba pengalaman dalam mengikuti program lawatan sekolah

iii. Mengenali tumbuhan dan hidupan di kawasan tanah tinggi

iv. Menanamkan sifat sayangkan tumbuhan

3. OBJEKTIF

Di antara objektif program ini adalah seperti berikut :

i. Memberi pengalaman kepada murid di luar kawasan sekolah

ii. Merapatkan hubungan antara murid dan guru

iii. Memberi peluang kepada murid untuk mengenali tumbuhan

iv. Memberi peluan kepada murid untuk menguasai pengalaman lawatan bersama guru

dan rakan-rakan

v. Memberi peluang kepada murid untuk berkerja dalam kumpulan, berkongsi idea

dan berkomunikasi secara efektif

vi. Memberi kesempatan kepada murid untuk merasai keindahan alam ciptaan Tuhan.

vii. Memberi keberkesanan kepada pengajaran guru berdasarkan pengalaman

(termasuk dalam topi pengajaran di bilik darjah)

Page 3: Kertas kerja cameron highland

4. AKTIVITI-AKTIVITI PROGRAM

Lawatan ke Cameron Highland :

Taman Pertanian MARDI

Ladang Strawberi

Ladang Kaktus

Ladang the BOH

Pasar

Aktiviti-aktiviti yang diprogramkan bersesuaian untuk murid sekolah rendah.

Semua murid akan menjalani aktiviti dan melaporkan semula dalam bentuk catatan

penulisan diari dan menghasilkan buku skrap.

TENTATIF PROGRAM

6.30 pg. - berkumpul di sekolah

7.00 pg. - bertolak ke Cameron Highland, Pahang.

10.00 pg. - lawatan ke Taman Pertanian MARDI

- taman kaktus, lading strawberi

12.30 tgh. hr - makan tengah hari, solat

2.00 ptg. - lawatan ke lading teh BOH

3.00 ptg. - membeli di pasar KEA FARM

5.00 ptg. - bertolak balik ke Kuala Selangor

7.00 mlm. - tiba di sekolah

5. PUNCA PENDAPATAN WANG

Yuran daripada guru-guru dan murid adalah sebanyak RM 60.00 seorang.

(RM 60.00 X 40 orang = RM 2 400.00)

Bayaran yang dikenakan termasuk tambang bas persiaran, tiket masuk ke tempat

lawatan, wang simpanan pelajar RM 10.00 dan lain-lain perbelanjaan.

Page 4: Kertas kerja cameron highland

PERBELANJAAN :

Bas persiaran : K. Selangor – Cameron Highland – K. Selangor RM 1 500.00

Bas ke ladang the BOH RM 300.00

Lawatan ke MARDI RM 100.00

Bekalan makan & minum di dalam bas, tag, photostat RM 500.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 2 400.00

PERBELANJAAN SETIAP PELAJAR :

Bas persiaran : K. Selangor – Cameron Highland – K. Selangor RM 37.50

Bas ke ladang the BOH RM 7.50

Lawatan ke MARDI RM 2.50

Bekalan makan & minum di dalam bas, tag, photostat RM 12.50

JUMLAH KESELURUHAN RM 60.00

6. PENUTUP

Pihak pengurusan lawatan berharap program Kembara Ilmu ini akan dapat

menambah pengalaman dan ilmu secara realistik serta dapat menarik minat murid yang

disasarkan. Di samping itu, secara tidak langsung diharap matlamat program dapat dicapai

secara menyeluruh bagi melahirkan generasi yang peka terhadap persekitaran. Selain itu,

murid dapat mengagumi keindahan dan kecantikan alam ciptaan Tuhan.

DISEDIAKAN OLEH : DISEMAK OLEH :

____________________________________ _______________________________

MAIZATUL AKMA BT. KAMARUDIN ZAINI BINTI KHALID

Penyelaras Program Guru Besar