panduan membina soalan.docx

29
PANDUAN MEMBINA SOALAN ( Untuk Panduan Guru Menyediakan Soalan Yang Bermutu ) ITEM Konsep Item Perkara / alat yang digunakan untuk mendapatkan respons yang berupa evidens yang boleh dipertimbangkan dalam pentaksiran/pengukuran sesuatu konstruk. Jenis Item Amali Lisan Bertulis a. Objektif MCQ Multiple Completion Padanan Benar/Palsu Isi Tempat Kosong b. Subjektif Jawapan Pendek Berstruktur

Upload: gerard-lazarus

Post on 13-Nov-2015

55 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

PANDUAN MEMBINA SOALAN(Untuk Panduan Guru Menyediakan Soalan Yang Bermutu )ITEMKonsep ItemPerkara / alat yang digunakan untuk mendapatkan respons yang berupa evidens yang boleh dipertimbangkan dalam pentaksiran/pengukuran sesuatu konstruk.Jenis ItemAmaliLisanBertulisa. ObjektifMCQMultiple CompletionPadananBenar/PalsuIsi Tempat Kosongb. SubjektifJawapan PendekBerstrukturEseiKomponen ItemSecara am ;Tugasan - Apa yang perlu diberikan sebagai responsArahan - Bagaimana cara memberikan responsCiri ItemKetepatan dan KejelasanKetepatan : konstruk yang diukurKejelasan : keboleh bacaannya, kejelasan ekpresinya dan ketekalan stail (Consistency of style)KesesuaianAras kesukaran : kesesuaian dengan aras kesukaran yang dihasratkan dan setiap item harus ada jangkaan aras kesukaran.Kepentingan : Pentingnya perkara yang disoal ditanyakan - konteks/situasi dan elak dari perkara-perkara remeh.Bias : Tidak memberi faedah istimewa kepada subkumpulan tertentu seperti gender, bangsa, status ekonomi, tempat tinggal dsb.Keakuran (Confirmity)Dengan Spesifikasi (match the spec.)Setiap ujian mesti ada spesifikasi. Oleh kerana item adalah sebahagian daripada ujian, setiap item mestilah `confirm dengan spesifikasi ujian. (Content validity)Dengan Kurikulum (match the syllabus)Mesti selaras dengan objektif mata pelajaran. (Curricular validity)Dengan PembelajaranMesti selaras dengan apa yang dipelajari oleh murid. (Instructional validity)

PEMBINAAN UJIANUJIAN BERTULIS1.SOALAN ANEKA PILIHAN(MCQ)Item yang mempunyai satu tugasan dan beberapa pilihan jawapan yang telah ditetapkan, kebiasaannya empat atau lima.Satu item mengandungi stem, pilihan jawapan, jawapan dan distraktor.Set item, dua atau lebih item yang dibina berdasarkan satu petikan, masalah, carta atau lain-lain bentuk rangsangan.Item aneka pilihan mempunyai beberapa bentuk :Soalan terusSoalan terus dengan rangsanganSatu jawapanDua pilihan jawapan yang betulTiga pilihan jawapan yang betulPANDUAN MENULIS ITEMPilih konsep atau idea dan juga konstruk yang hendak diuji (yang penting diketahui/difahami dan konstruk ; pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis atau penilaian.Tulis stem disekitar idea yang dipilih ( jelas, tiada ~window dressing )Stem boleh berbentuk soalan, pernyataan tidak lengkap atau pernyataan yang lengkap terhadap masalah yang hendak diselesaikan.Pastikan hanya ada satu jawapan.Gunakan bahasa yang mudah, tepat dan jelas.Set item ; Tentukan item-item yang dibina berdasarkan rangsangan yang diberikan, bukan dari maklumat lain atau daripada item sebelumnya. Setiap item mestilah `independent ( distraktor dalam satu item tidak membantu untuk menjawab item yang lain ).Tentukan matlamat item dengan jelas. Jika item pengetahuan jangan ditambah tokok dengan perkara yang tidak perlu; jika item kritikal, pastikan item tidak dijawab dengan fakta semata.Jika hendak membuat item sukar, pastikan kesukarannya kerana keperluan calon membuat pemikiran yang lebih tinggi, bukan kerana perkara yang disoal tidak penting.Tiada negatif berganda.Opsyen homogenous tidak memberi clue , tidak berbentuk `payung, tidak menggunakan istilah umum seperti selalunya, hanya, kesemua, dan lain-lain.Tiada unsur bias jantina, bangsa, tempat dan bebas daripada isu politik, agama dan emosi.

SOALAN JAWAPAN RINGKAS( SJR )Kelebihan SJRMudah dibinaHanya mengukur takat pengingatan kadangkala kefahaman calon tentang sesuatu maklumat atau faktaTidak memerlukan sesuatu peraturan pemarkahan yang terperinci yang selalunya sukar dibinaCalon dikehendaki memberikan jawapanDapat mengelakkan calon meneka mana-mana jawapan yang betul seperti dalam bentuk benar/salah, atau soalan pelbagai pilihan.Keadaan ini meninggikan lagi kebolehan bahawa calon tahu tentang sesuatu fakta itu.Boleh memuatkan lebih banyak soalan dalam sesuatu ujian.Keadaan ini dapat menentukan skop kandungan yang lebih luasd untuk diuji dan sekali gus meninggikan kesahan kandungan ujian.Batasan SJRHanya sesuai digunakan untuk menguji kemahiran kognitif peringkat rendah iaitu pengetahuan dan kefahaman. Kebanyakan SJR dianggap sukar apabila ramai calon tidak boleh menjawan soalan yang dikemukakan. Kesukaran soalan mungkin disebabkan calon tidak dapat mengingat kembali apa yang telah dibaca, dipelajari atau soalan yang dikemukakan tidak didalam pengetahuan calon berkenaan. Kebolehan mengingat merupakan asas kepada kemahiran kognitif yang lain. Mengingat merupakan satu kemahiran penting kerana tidak semua calon dapat mengingat sesuatu dengan cepat dan mengekalkan ingatannya dalam satu tempoh yang lama. Mengingat mempunyai satu kaedah yang tersendiri. Kaedah mengingat yang berkesan tidak sama dengan setiap individu. Namun demikian terdapat satu panduan umum untuk mengingat sesuatu. Sebagai contoh, calon kerap diarah untuk melakukan latih tubi yang bertujuan supaya sesuatu yang dipelajari dapat dikekalkan dalam ingatan masing-masing. Mengingat akan menjadi lebih berkesan jika ia dibuat kena pada masa dan keadaannya. Malahan mengingat menjadi satu budaya dalam kehidupan orang-orang islam. Adalah menjadi fardhu kifayah dalam sesuatu tempat itu mempunyai seseorang yang boleh mengingati kandungan Al-Quran. Disini dapat dilihat betapa pentingnya aspek mengingat dalam kehidupan orang-orang islam malahan dituntut oleh agamanya untuk mengingat.Pemarkatan SJR mungkin kurang objektif berbanding dengan pemarkatan soalan berbagai pilihan yang dimarkat oleh mesin. Keadaan ini mungkin boleh berlaku apabila pembina kurang berhati-hati dalam membina soalan. Berbagai bentuk SJR boleh dibina.Memerlukan lebih banyak masa untuk memarkatkannyaberbanding dengan soalan objektif berbagai pilihan atau soalan benar/salah.Kurangnya kemudahan komputer yang boleh digunakan untuk memarkatkan SJR

PANDUAN MENULIS SJRSoalan yang dibina mestilah mengukur satu kemahiran yang tepat dan khusus. Kemahiran yang hendak diukur ditentukan menggunakan JPU. Pematuhan kepada JPU menguatkan lagi kesahan kandungan ujian. Perlu diingatkan kembali bahawa SJR amat sesuai bagi soalan berkaitan ingatan kepada sesuatu perkara.Tentukan bahawa soalan itu boleh dijawab dalam dua atau tiga ayat ringkas. Jika jawapan yang diberikan memerlukan calon menulis lebih dari 3 ayat ringkas, maka kaedah esei hendaklah digunakan.Tentukan sama ada satu jawapan sahaja yang betul atau beberapa jawapan yang homogen juga boleh diterima sebagai jawapan betul.Pastikan semua pemeriksa bersetuju dengan jawapan bagi setiap soalan. Untuk mengelakkan terdapatnya beberapa jawapan yang boleh diterima sebagai jawapan betul, bina soalan yang jawapan betulnya adalah terhad kepada satu atau dua jawapan sahaja.Tentukan aras kebolehan bacaan bagi sesuatu soalan itudi bawah kebolehan bacaan seseorang calon untuk membolehkan calon memahami tugasan soalan dengan sekali bacaan sahaja. Calon tidak perlu membaca sesuatu soalan berulang-ulang bagi mendapatkan tugasan sesuatu soalan itu. Aras kemahiran membaca yang diperlukan untuk memahami sesuatu soalan mestilah rendah dari kemahiran membaca calon untuk menjawab soalan yang berkenaan.Tentukan juga penggunaan nahu dan perbendaharaan kata yang digunakan dalam ujian sama dengan yang digunakan semasa pengajaran di bilik darjah. Perlu diingatkan sekali lagiwalaupun SJR memerlukan calon mengingat tetapi calon tidak perlu mengingatsetiap ayat dalam buku teks. Yang perlu diingat ialah fakta yang berkaitan dengannya. Keadaan ini berbeza dengan hafazan ayat-ayat Al Quran dan hadith di mana setiap patah perkataan, tanda bacaan dan sebagainya mestilah diingat dengan tepat.Pastikan format soalan dan ujian membenarkan pemeriksa memarkat jawapan calon dengan lebih berkesan. Ini boleh dibuat dengan menyediakan satu ruangan kahs untuk calon menuliskan jawapannya. Keadaan ini akan memudahkan pemeriksa menyemak jawapan calon dan memarkatkannya.

SOALAN ESEIKemahiran menulis adalah penting terutamanya kepada pelajar-pelajar di peringkat sekolah menengah atas. Kelebihan soalan jenis esei ialah untuk mencungkil kemahiran pelajar menulis dari segi ;Mengorganisasikan ideaMensepadukan ideaMensintesiskan pengetahuannyaMenggunakan maklumat menyelesaikan masalahInovatif dalam pendekatan terhadap sesuatu masalahUntuk memastikan harapan ini tercapai, tugasan soalan mestilah dibentuk. Untuk merasakan nilai soalan esei dan appraising kebolehan calon dapat mengumpul dan menggunakan bahasa secara yang lebih berkesan bergantuk kepada cara penulisan tugasan soalan untuk mengeluarkan (tapping) kebolehan ini dan boleh menstruktrurkan situasi supaya faktor lain tidak dapat menyekat appraisal yang diharapkan.PANDUAN MENULIS ESEI( Thorndike & Hagen, 1968 )Pembina soalan mestilah jelas tentang jenis proses yang calon perlukan untuk menjawab soalan-soalan yang bakal dikemukakan pada tahap mana mengikut Taksonomi Bloom sesuatu soalan itu harus dibina. Contoh : seandainya pembina inginkan calon mencerakinkan sesuatu maklumat dan membuat penilaian ke atas maklumat itu, maka pembina harus dapat membentuk satu soalan yang dapat mengukur tentang kebolehan calon mencerakinkan dan membuat keputusan ke atas maklumat berkenaan. Perlu diingatkan pembina mestilah selalu menyemak kurikulum sama ada kemahiran yang diperlukan itu sejajar dengan kehendak kurikulum.Gunakan bahan-bahan baru atau keadaan yang serupa dalam membentuk soalan esei. Elakkan dari penggunaan perkataan yang serupa seperti dalam buku teks kecuali istilah-istilah khas.Soalan esei lebih sesuai untuk pengujian tentang kefahaman dan pemikiran calon bagi sesuatu aspek, perkara dan sebagainya. Adalah rugi sekiranya soalan esei digunakan untuk mendapatkan maklumat seperti : Apakah, Siapa, Bila, Senaraikan dan sebagainya. Kata kerja berkenaan lebih cenderung kepada mengeluarkan maklumat dari hafalan atau ingatan. ( Kata kerja yang sesuai boleh didapati dari nota taksonomi Bloom )Tuliskan tugasan esei dengan jelas supayacalon tidak ragu-ragu atau keliru dengan tugasan soalan. Jawapan calon mestilah mencerminkan taraf kefahaman atau penguasaan calon dalam tugasan yang disoal dan bukannya bagaimana calon cuba menjelaskan kehendak tugasan soalan.Soalan yang berkaitan dengan isu-isu kontroversi seharusnya menyoal untuk isu berkenaan dan dinilai dari aspek persembahan bukti menyokong untuk isu berkenaan daripada calon bersetuju dengan isu itu.Pastikan soalan esei dapat mengeluarkan perlakuan yang dikehendaki oleh pembina soalan. Contoh : Nyatakan definisipertanian persekitaran terkawal (ppt).Dalam soalan ini, p;embina ujian tidak mahu pendapat calon tentang definisippttetapi definisi ppt yang sebenarnya dalam pertanian. Pembina perlukan fakta bukannya pendapat.Pastikan panjang dan kompleksnya jawapan yang diperlukan bertepatan dengan aras kematangan calon. Maklumat ini boleh didapati dariobjektif kurikulum.Sediakan peraturan pemarkahan bersama dengan setiap soalan yang dibina. Peraturan pemarkahan akan memastikan kepada pembina bahawa itulah jawapan yang dikehendaki daripada soalan yang dibina. Seandainya tiadak terdapat sebarang padanan antara soalan dengan peraturan pemarkahan, satu penyemakan semula hendaklah dibuat. Pembina hendaklah perbetulkan tugasan soalan atau peraturan pemarkahan bergantung kepada keadaan. Pastikan setiap soalan mempunyai jawapan yang betul dan tepat sebelum membina soalan yang lain.Pastikan masa adalah mencukupi untuk menjawab soalan yang dikemukakan. Masa hendaklah bersesuaian dengan panjang dan kompleksnya jawapan yang diberi.Adalah lebih baik markat maksimum bagi setiap soalan dicatat disebelah setiap soalan. Ini memudahkan calon merancang menjawab soalan yang bertepatan dan bersesuaian dengan kebolehan mereka. Calon mempunyai banyak pembolehubah yang mesti dipertimbangkan dalam menjawab sesuatu soalan. Ini termasuklah :Kesukaran itemMasaPemberatan setiap soalanSediakan satu JPU sebelum mula menulis soalan. JPU digunakan untuk memastikan dan menentukan mutu soalan yang diberi menepati prinsip-prinsip pembinaan ujian.RINGKASAN PANDUAN MENULIS ITEM ESEISebahagian daripadanya sama dengan prinsip penulisan item MCQ , antaranya ;Pastikan konsep atau ideadan konstruk yang hendak diuji.Tugasan spesifik dan berfokusRangsangan, jika digunakan hendaklah yang relevan dan mudah difahamiLaras bahasa sesuai dengan tahap calon dan jelasTiada `window dressingBebas dari isu sensitif dan biasPeraturan pemarkahan memenuhi keperluan itemPEMARKATAN SOALAN ESEITerdapat TIGA kaedah utama dalam pemarkatan soalan eseiPermarkatan HolistikPemarkatan AnalitikPemarkatan Trait Primer (primary trait)Pemarkatan HolistikHolostik dari perkataan Greek Holos yang bermakna keseluruhan atau secukupnya. Kaedah holistik juga disebut sebagai pendekatan general impression tau whole impression berdasarkan perbandingan sesuatu sampel esei atau penulisan kepada sesuatu standard yang telah ditetapkan.Pendekatan holistik menggunakan nilai absolute iaitu menggunakan skala yang kemudiannya diterjemahkan kepada cemerlang, baik, sederhana, lulus atau sebagainya. Pemarkatan secara holistik boleh mempercepatkan proses pemarkatan. Namun demikian pemarkatan secara holistik tidak dapat memberikan memberikan maklumat yang jelas bagi setiap pemarkatan tentang kelemahan atau kekuatan calon apabila mereka mendapat markat yang rendah atau tinggi.Pemarkatan AnalitikPemarlkatan analitik dibuat secara menyemak fakta yang diberi secara terperinci berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan terlebih dahulu. Kriteria yang dinyatakan adalah peraturan pemarkahan yang telah disediakan oleh pembina soalan yang berkenaan. Pemarkahan ini dibuat sebaik sahaja soalan digubal bagi memastikan jawapan yang diberikan itu adalah sebenarnya yang dikehendaki berdasarkan soalan yang dibina itu.Kaedah ini dapat memberikan maklumat yang terperinci tentang kekuatan dan kelemahan seseorang calon dalam menjawab sesuatu soalan.Pemarkatan Trait PrimerPendekatan pemarkatan trait primer memberi penekanan kepada tujuan sesuatu soalan esei dibina. Ia mempunyai andaian setiap bentuk penulisan itu mempunyai tujuan yang berlainan. Memarkatkan soalan esei memerlukan satu definisi yang tegas tentang tujuannya dan pemarkatan dibuat berdasarkan bagaimana calon dapat memenuhi tujuan berkenaan.Contoh :Tujuan bagi sesuatu editorial ialah cuba mempengaruhi pembaca agar menyetujui pendapat yang dikemukakan. Calon dikehendaki menulis editorial dan akan dimarkatkan berdasarkan kepada aras kebolehan calon memujuk atau meyakinkan pembacanya. Faktor-faktor lain seperti idea menarik, organisasi perkataan dan stail penulisan adalah dianggap sekunder.KELEMAHAN SOALAN PILIHANCalon akan memilih soalan yang berlainan. Ini akan menyukarkan pihak pemeriksa atau badan peperiksaan untuk membuat perbandingan antara calon dalam menentukan penguasaan calon dalam setiap soalan kerana calon dianggap menjawab ujian yang berlainan. Contoh : jika sesuatu ujian mengandungi 8 soalan esei dan calon pula diberi pilihan untuk menjawab 4 soalan sahaja. Andaikan calon A menjawab soalan 1, 3, 5, dan 7 manakala calon B menjawab soalan 2, 4, 6 dan 8, maka jeelaslah diperhatikan bahawa kedua-dua calon itu telah menjawan dua ujian yang berbeza.Pemilihan boleh meninggikan lagi prestasi calon dalam sesuatu ujian walaupun penguasaan calon dalam bidang yang diuji belum dianggap memuaskan. Contoh : Jika satu ujian itu mengandungi 8 tajuk utama, satu soalan diuntukkan bagi setiap tajuk. Calon pula dikehendaki memilih 4 soalan daripada 8 soalan yang diberi dan calon memilih Soalan 1, 2, 3, dan 4 untuk menjawabnya dan mendapat markah terbaik. Besar kemungkinan calon yang mendapat markah terbaik itu kerana mereka telah diasuh untuk mempelajari 4 tajuk sahaja iaitu Soalan 1, 2, 3 dan 4. Ini tidak memberi gambaran yang sebenar bahawa pencapaian calon yang tinggi dalam ujian berkenaan bermakna mereka telah pun mendapat penguasaan yang baik dalam seluruh kandungan mata pelajaran itu.PANDUAN KAJIAN SEMULA ITEM SECARA KESELURUHANPastikan item ;Sesuai untuk digunakan (accept), boleh dibaiki (KIV) atau dibuang terus (reject).Menguji pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dan bernilai untuk diuji.Boleh ditulis dalam bentuk lain yang lebih baik.Dalam lingkungan kesukaran yang dikehendaki; tidak terlalu mudah atau tidak terlalu sukar.Laras bahasa yang sesuai ( stem dan distraktor )Tidak mengandungi isu sensitif, dan bias ( stem dan distraktor )Pastikan Stem ;Jelas dan padat : baiki bahasaMengandungi maklumat yang perlu sahajaPastikan Pilihan Jawapan ;Bentuk yang seragamSesuai dengan stem : secara logik dan tata bahasaJelas dan padar : baiki bahasaSeolah-olah jawapan yang betul walaupun tidak betul / half truePastikan Jawapan ;TepatTidak terlalu menonjol hingga mudah calon mendapatkannya ( panjang, lain daripada yang lain, terlalu detail dsb. )Pastikan Distraktor ;Setiap distraktor berfungsi ( boleh dijustifikasikan sebagai kemungkinan jawapan )Selari : tidak terlalu menonjol hingga boleh menunjuk kepada jawapan.KATA TUGAS DALAM SOALAN PEPERIKSAANDefinisiKata tugas atau kata kerja ialah perkataan yang digunakan untuk memberi arahan kepada calon untuk menjawab soalan. Kata tugas yang betul amat penting supaya setiap soalan itu lebih jelas difahami oleh calon, apakah kehendak soalan yang sebenarnya. Oleh itu, calon lebih mudah untuk memberikan jawapan mengikut kehendak soalan.Kata tugas yang betul bagi sesuatu soalan ada hubungkaitnya dengan kesahan dan kebolehpercayaan soalan itu sendiri. Soalan yang mempunyai kata tugas yang tidak tepat boleh mengelirukan calon. Ini mendorongkan calon memberi jawapan di luar kehendak soalan.Berikut adalah kata tugas yang biasa digunakan digunakan serta respon yang diharapkan daripada calon :Bil.Kata TugasRespon yang diharapkan

1AnggarkanMemberi nilai kuantitatif berdasarkan pengiraan atau pertimbangan

2ApakahMemberi maklumat yang khusus / spesifik

3BagaimanakahMemperihalkan / memberikan penerangan tentang cara/keadaan/langkah/kejadian

4BandingkanMemberi persamaan dan perbezaan antara dua atau lebih perkara

5Bariskan (Pend.Islam)Tuliskan ayat dan meletakkan tanda bacaan

6BerapakahMemberi kuantiti

7BezakanMemberi kelainan/ketidaksamaan antara dua atau lebih perkara

8BilakahMenyatakan masa/waktu

9Binakan (Matematik)Binakan (Biologi)Melukis rajah/sesuatu menggunakan kaedah atau alat geometriMembuat sesuatu menggunakan kaedah tertentu

10BincangkanMemberi pandangan daripada beberapa aspek

11BuktikanMenyatakan kebenaran dengan dalil/contoh/fakta

12Cadangkan / Syorkan / SarankanMengemukakan sesuatu idea / pendapat

13CarikanMemberi jawapan tanpa atau dengan hitungan ringkas

14CerakinkanMenghuraikan sesuatu kepada bahagian

15DeduksikanMembuat kesimpulan berdasarkan sesuatu

16FokuskanMenumpukan kepada sesuatu aspek

17Gambarkan (Pend.Seni)Melukis gambar

18Garis kasarkanMemberi ciri-ciri penting secara umum untuk sesuatu proses atau tindakan

19HitungkanMemberi jawapan melalui kaedah pengiraan

20HuraikanMemperihalkan / menceritakan sesuatu dengan panjang lebar / terperinci dan teratur

21IlustrasikanMenjelaskan dengan contoh / gambar rajah / rajah

22JadualkanMembuat susunan acara / perkara yang diatur mengikut masa yang ditentukan

23JelaskanMemberi keterangan tentang sesuatu supaya mudah difahami

24KelaskanMengasingkan kepada beberapa kumpulan mengikut ciri tertentu

25KemukakanMemberi pendapat sama ada menyokong / membangkang

26KenalpastikanMenunjukkan sesuatu berdasarkan fakta / rangsangan yang diberi

27LakarkanMelukis rajah/gambar/graf/peta secara kasar

28LorekkanMelukis dengan garisan/corengan pada kawasan/rantau/ruangan

29Lukiskan (Teknikal)Membuat rajah seperti carta/gambar/graf/bentuk dengan menggunakan alat dan mengikut ukuran atau skala yang tepat/terperinci

30MengapakahMemberi sebab

31NamakanMemberikan panggilan/sebutan bagi sesuatu tempat/orang/proses/alat

32NyatakanMemberikan fakta tanpa huraian atau sokongan

33PeringkatkanMembuat pemeringkatan beberapa perkara mengikut tingkatan/aras tertentu

34RamalkanMembuat/menyatakan jangkaan sesuatu yang akan berlaku berdasarkan fakta.

35RekodkanMencatatkan dapatan kajian/eksperimen/pemerhatian mengikut format

36SenaraikanMenyatakan beberapa fakta/pernyataan dalam bentuk point

37SiapakahMengenalpasti individu dalam konteks yang tertentu

38SusunkanMengatur mengikut tertib yang ditentukan

39TafsirkanMenerangkan maksud ayat dengan terperinci

40TakrifkanMemberi takrifan istilah yang diberikan

41TentukanMemberi kenyataan berdasarkan proses / alasan

42TentusahkanMengesahkan sesuatu dengan memberi bukti

43TerangkanMenyatakan fakta dengan sokongan atau menjelaskan sesuatu dengan sebab

44TerjemahkanMengalihkan bahasa

45UkurkanMemerlukan kuantiti dengan unit yang boleh didapati daripada sesuatun alat pengukuran

46UlaskanMemberi pandangan/pendapat/komen/kritik

Ringkasan Bina ItemDalam bina item tentukan / kenalpasti perkara berikut :1. KonstrukPengetahuanTerminologiFaktaKelaziman / KonvensyenUrutanPengkelasanKriteriaMetodologiPrinsip / GeneralisasiTeori / StrukturPemahamanTerjemahanPentafsiranEkstrapolasi

AplikasiAnalisisSintesisPenilaianMenyelesai masalahKuantitatifKomunikasiTopikAras KesukaranRendahSederhanaTinggiNota : Ditentukan cara ~Expert judgementpembina tentang kebolehan calon menjawab dan lebih tepat secaraempirical judgement; rendah (90% betul), sederhana (50%) dan Tinggi (20-30%)Bentuk SoalanObjektifMelengkapkan / Supply typeJawapan ringkas (short answer)SoalanMelengkapkanPerkaitanJenis Pilihan Mengenal (Select type recognition)Pilihan silih berganti (Alternate choice)Benar - PalsuBetul - SalahYa TidakJenis Kelompok/RumpunBentuk Padanan (Matching form)Padanan mudahPadanan Mengikut Klassifikasi PernyataanAneka PilihanAneka Pilihan Jenis Mudah (Simple Multiple Choice)Aneka Lengkapan (Multiple completion)SubjektifEsei Jenis Terbuka (Open ended essays)Esei Respons Berkembang (Extended respons essays)Esei Respons Terhad (Restricted response essays)Berstruktur (Structured)Berpandu (Guided)Jenis SoalanMengingat Semula / (recall)Sekadar pengingatan sahajaPemikiran Kritis / (critical thinking)Perlu diproses semula/fikirSoalan-Soalan Aras Taksonomi BloomDalam sistem pendidikan penilaian atau pengujian amat penting kerana ia menilai proses pengajaran dan pembelajaran. Antara tujuannya ialah, menurut A.E. Ashworth (1982) dalam Testing For Continous Assess: A Handbook for Teacher in School and College (London: Evans, Yorkshire) member tujuh tujuan pengujian atau penilaianiaitu untuk dorongan, diagnosis, menilai, memilih, melapor, membanding dan meramal.Manakala menurut BenjaminBloom (1956) dalam Taxonomy Of Educational Objectives: Handbook I: Cognitive Domain (New York: David McKay) telah memperkenalkan satu hierarki kognitif yang disusun dari aras rendah hingga ke aras tinggi iaitu aras pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Taksonomi ini terkenal dengan nama Taksonomi Bloom.

1.Pengetahuan

Aras kognitif yang terendah yang melibatkan proses kembali maklumat, fakta, definisi dan sebagainya.

Contoh:

Bilakah Malaysia mencapai kemerdekaan?2.Pemahaman

Aras kognitif yang melibatkan proses pengembangan pemikiran. Pada aras ini pelajar menyatakan idea-idea utama dalam perkataan mereka sendiri.

Contoh:

Ahli-ahli sejarah menggunakan sumber arkeologi untuk mengkaji sejarah purba yang tidak mempunyai sumber bertulis. Sumber arkeologi berkaitan dengan

A.Bahan-bahan peninggalan masyarakat dahulu yang tertanam dalam bumi.

B.Benda-benda yang dijumpai oleh ahli arkeologi dalam usaha cari gali.

C.Barang-barang yang mempunyai ukiran dan tulisan yang boleh difahami.

D.Alat-alat perkakas zaman silam yang masih digunakan hingga sekarang.

3.Aplikasi

Pelajar menggunakan pengetahuan dan maklumat (konsep, teori, prinsip, hukuman atau prosedur dan sebagainya) yang mereka pelajari serta kefahaman mereka tentang pengetahuan dan maklumat itu dan kemuadian diaplikasikan dalam situasi baru.Contoh:

Pada tahun 1954 bapa Ahmad ingin melancong ke Negara China tetapi gagal. Yang manakah berikut menerangkand engan tepat tentang kegagalan bapa Ahmad itu?

A.Beliau membatalkan lawatannya kerana sebab-sebab tertentu.

B.Beliau sukar mendapat kebenaran daripada kerajaan.

C.Beliau enggan mematuhi peraturan imigresen.

D.Beliau belum menyiapkan dokumen perjalanannya.

4.Analisis

Aras kognitif yang menunjukkan bahawa pelajar boleh mengasingkan idea-idea ke dalam komponen-komponennya yang berasingan dan mereka dapat menunjukkan yang mereka memahami hubungan antara komponen-komponen itu. Dalam proses analisis, pertimbangan dan penghakiman adalah satu cara yang penting bagi mendapatkan satu kesimpulan. Kesimpulan itu mempunyai bukti-bukti atau hujah-hujah.

Contoh:

Tuk JanggutTerkorban

Datuk Maharaja LelaDibunuh

Haji Abdul Rahman LimbongDibuang ke Makkah

Mengapakah perjuangan tokoh-tokoh di atas menemui kegagalan?

A.Perjuangan kurang tersusun.

B.Perjuangan atas kepentingan peribadi.

C.Perjuangan mendapat tentangan Sultan.

D.Perjuan bersifat setempat.

5.Sintesis

Aras kognitif yang menghendaki pelajar menggunakan imaginasi dan pemikiran dengan mencantumkan unsure-unsur yang terdapat pada sesuatu untuk menghasilkan sesuatu yang baru.

Contoh:

Golongan diraja

UlamaGolongan pembesar dan pentadbir

Golongan rakyat jelata

Golongan hamba

Rajah di atas menggambarkan susun lapis masyarakat Melayu Melaka pada abad ke15.

Yang manakah berikut mempunyai kaitan yang paling tepat dengan golongan di atas?

A.Mereka mempunyai peranan masing-masing.

B.Mereka dilarang mengubah taraf hidup sama sekali.

C.Mereka tinggal di kawasan yang berlainan.

D.Mereka jarang berhubung satu sama lain.

6.Penilaian

Aras kognitif yang mengkehendaki pelajar melakukan penilaian,diskriminasi, member rasional dan menyatakan pendapat dengan alas an-alasan tertentu.

Contoh:

Ketika mengiringi Sultan berangkat, Temenggung memillih tempat duduk di atas kepala gajah. Temenggung memilih tempat berkenaan kerana

A.Beliau pandai mengembalai gajah.

B.Beliau mesti melindungi Sultan daripada bahaya.

C.Beliau mahir dengan selok-belok jalan.

D.Beliau seorang yang gagah berani.

Aras KesukaranKonstruk / KemahiranKata Tugas

Rendah / AchievementsPengetahuanKefahamanApakahBerapahSiapakahBilakahLabelkanSenaraikanNamakanDefinisikan

Sederhana / CreditAplikasiAnalisisLakarkanJelaskanHuraikanBincangkanWajarkahRamalkanPerihalkanMenyelesaikan

Tinggi / Excellent

SintesisPenilaian

RumuskanSarankan/ syorkanUlaskanNilaikanIktibarMengarang