kertas kerja bunga lolipop

Upload: aqiis

Post on 07-Jan-2016

244 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

rujukan

TRANSCRIPT

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG KEMUNTING21020 KUALA TERENGGANU TEL.: 09-6694548 FAX: 09-6697489 E-MAIL: [email protected]

KERTAS KERJA PROJEK PENGHASILAN KRAFTANGAN BUNGA LOLLIPOP

MURID-MURID PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG KEMUNTING

TAHUN 2015

1.0 PENGENALANSelaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, kurikulum Pendidikan Khas juga turut digubal bagi melahirkan murid-murid Pendidikan Khas yang mampu membawa dimensi baru dalam dunia pendidikan. Menyedari hakikat tentang keperluan pendidikan dan pembelajaran bagi murid-murid Pendidikan Khas ini, pelbagai program dan aktiviti telah disusun sebagai langkah untuk mencapai matlamat di atas. Penyertaan murid-murid khas sama ada secara langsung atau tidak langsung di dalam mahupun di luar sekolah merupakan intipati di dalam dunia Pendidikan Khas yang perlu didedahkan kepada murid. Sehubungan dengan itu, satu projek penghasilan kraftangan, iaitu bunga lollipop telah dirangka bagi mencapai tujuan di atas. Pelaksanaan projek ini merupakan titik tolak bagi melahirkan murid-murid khas yang mampu berdikari, merancang dan seterusnya dapat mengaplikasikan kemahiran dalam kehidupan mereka.2.0 MATLAMAT2.1 Memberi pendekatan berkaitan kepimpinan, disiplin dan kemahiran ppengurusan yang perlu ada dalam diri setiap murid.2.2 Meningkatkan keyakinan diri dan ketajaman mental serta ketahanan fizikal setiap murid.2.3 Menonjolkan bakat dan kemahiran murid khas dalam penghasilan kraftangan, seterusnya membantu murid untuk menceburi diri dalam bidang perniagaan.3.0 OBJEKTIF

3.1 Program ini sebagai pemangkin, pengukuh dan penggalak kepada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.3.2 Memberikan pendedahan kepada murid berkaitan kemahiran kraftangan yang mudah.

3.3 Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama murid-murid PPKI.

3.4 Dapat memberi peluang dan pendedahan kepada murid dalam urusan harian.

3.5 Membantu perkembangan minda dan pengukuhan fizikal (psikomotor) murid.4.0 KUMPULAN SASARANMurid-murid Kelas Ibnu Khaldun dan Ibnu Batuta.

5.0 PENGANJUR

Guru pelatih PPKI Sekolah Kebangsaan Padang Kemunting.

6.0 MEKANISME PROGRAM

Tarikh:6 Oktober 2015

Hari:Selasa

Masa:8.15 pagi 9.45 pagi

Tempat:Bilik Tayang PPKI SKPK

7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi

Encik Ahmad bin Embong

Penyelaras

Encik Juhaimi bin Jaafar

Pengerusi Program

Nur Nadiah binti GhaniJurufoto & DokumentasiMuhammad Syahmi bin Mohd SarifKawalan & Disiplin MuridSemua guru dan pembantu PPKI8.0 TENTATIF PROGRAMMASAAKTIVITI

7.45 pagiBerkumpul dan bacaan doa pagi di perkarangan SKPK.

8.15 pagiMurid berkumpul di bilik tayangan PPKI SKPK.

8.30 pagi Penerangan cara membuat bunga lollipop.

Murid membuat kraftangan dengan bimbingan guru.

9.45 pagi Rehat dan makan

10.15 pagiPenyampaian hadiah bagi murid yang menghasilkan bunga lollipop terbaik.

10.45 pagiMurid kembali ke kelas masing-masing.

9.0 SUMBER KEWANGAN

Sumber kewangan diperoleh daripada peruntukan PCG.

10.0 PERALATAN DAN ANGGARAN PERBELANJAAN

PERALATANPERBELANJAAN

Tisu 2 pekRM 2.40

Batang Lidi 1 plastikRM 2.00

Lollipop 1 bungkusRM 5.00

Dawai 1 gulungRM 3.50

Tape hijau 1 gulungRM 3.00

JUMLAHRM 15.90

11.0 PENILAIAN

Guru-guru akan membuat penilaian melalui pemerhatian secara berstruktur terhadap murid-murid yang terlibat.

12.0 PENUTUP

Diharap program ini dapat direalisasikan dengan sempurna dan teratur. Kerjasama secara kolektif dan kolaboratif dari semua pihak amat diperlukan untuk menjayakan program sebagaimana yang dirancang. Pelaksanaan program ini diharap dapat menjadi titik permulaan ke arah transformasi diri insan terutamanya dalam pembentukan semangat jati diri, berdisiplin, kerjasama, membina keyakinan diri dan saling hormat-menghormati selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Disediakan oleh:

Disahkan oleh:

....................

(MUHAMMAD SYAHMI BIN MOHD SARIF)

( AHMAD BIN EMBONG )

Pengerusi Program Terapi,

Guru Besar,

SK. Padang Kemunting,

SK. Padang Kemunting,

21020, Kuala Terengganu.

21020, Kuala Terengganu.