kertas kerja bulan kecergasan

9
DISEDIAKAN OLEH; SETIAUSAHA SUKAN SMK SEKSYEN 27, SHAH ALAM 1.0 PENDAHULUAN Kementerian Pelajaran sentiasa memberi perhatian yang serius terhadap tahap kecergasan pelajar sekolah. TARIKH : BULAN OGOS 2013 TEMPAT : SMK SEKSYEN 27, SHAH ALAM

Upload: shemy-borhan

Post on 05-Dec-2015

306 views

Category:

Documents


55 download

DESCRIPTION

1.0 PENDAHULUAN Kementerian Pelajaran sentiasa memberi perhatian yang serius terhadap tahap kecergasan pelajar sekolah. Tahap kecergasan ini dapat dilaksanakan melalui amalan gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan tahap kecergasan seperti aktiviti bersenam dan bersukan secara teratur bagi menjamin tahap kecergasan warga sekolah yang optimum. Bagi mencapai matlamat ini dan untuk membudayakan gaya hidup sihat di kalangan warga sekolah, Kementerian Pelajaran telah menetapkan Bulan Julai sebagai Bulan Kecergasan Kementerian Pelajaran Malaysia setiap tahun. Oleh itu semua sekolah diarah untuk mengadakan aktiviti sempena Bulan Kecergasan ini. Maka, pihak SMK SEKSYEN 27 telah merancang pelbagai aktiviti sempena sambutan Bulan Kecergasan pada tahun ini.2.0 LATAR BELAKANG Bulan kecergasan ini wajar dilaksanakan bagi merealisasikan hasrat KPM untuk melibatkan seramai mungkin warga sekolah dan rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat untuk menyertai aktiviti-aktivit kecergasan seiring dengan Dasar Sukan Negara yang merangkumi Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan selaras melahirkan modal insan yang holistik dan produktif untuk Pembangunan Negara. Bulan kecergasan ini dirancang secara terperinci supaya dapat melibatkan semua pelajar dan pada masa yang sama melalui aktiviti yang dijalankan, setiap pelajar berpeluang menyumbang mata untuk rumah sukan masing-masing. Aktiviti Bulan Kecergasan ini diharap dapat melahirkan pelajar yang mengamalkan gaya hidup yang sihat melalui amalan bersenam dan bersukan serta menyemai semangat kesukanan yang positif dalam diri pelajar.2.1 KEKUATANa) Sokongan padu daripada pihak pentadbir sekolah dalam menjalankan semua aktiviti yang dirancang.b) Kerjasama yang erat dan padu antara semua guru dalam menjayakan program ini.c) Terdapat pelajar SMK Seksyen 27 yang cemerlang dalam bidang kokurikulum terutamanya dalam bidang sukan sebagai pendorong kepada pelajar lain2.2 KELEMAHANa) Kekangan masa dan tenaga untuk melaksanakan program yang dirancang.b) Kekurangan guru bertauliah untuk menyampaikan kemahiran permainan kepada pelajar3.0 MATLAMAT AM3.1 Memupuk semangat setiakawan, kerjasama dan bantu membantu di kalangan pelajar da guru.3.2 Membentuk pelajar yang berilmu, berdaya maju, berfikiran kreatif dan kritis serta dapat mematuhi peraturan, jujur dan saling percaya mempercayai. 3.3 Memupuk semangat kesukanan bagi mengimbangi kesihatan fizikal dan mental bagi mewujudkan masyarakat yang harmonis.3.4 Merealisasikan hasrat negara bagi melahirkan rakyat yang sihat dan maju.4.0 OBJEKTIF KHAS4.1 Membentuk pelajar yang menghargai serta mengambil berat tentang kesihatan dan kecergasan diri sendiri.4.2 Melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan asas tentang proses pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan manusia serta keperluan kesihatan berkaitan.4.3 Memperkembangkan sahsiah melalui interaksi yang sihat di dalam kegiatan kecergasan jasmani dan sukan seperti semangat kesukanan, kerjasama, toleransi, kepimpinan dan disiplin.4.4 Dapat memupuk minat pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. SASARANGuru-guru serta pelajar lelaki dan perempuan tingkatan 1,2 dan 4 SMK Seksyen 27, Shah Alam.6.0 CADANGAN 6.1 CADANGAN AKTIVITI6.1.1 Pertandingan futsal antara rumah sukan (perempuan)6.1.2 Pertandingan futsal antara kelas (lelaki)6.1.3 Pertandingan awet muda (guru)6.1.4 Majlis penutup Bulan Kecergasan

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS KERJA bulan kecergasan

DISEDIAKAN OLEH;

SETIAUSAHA SUKANSMK SEKSYEN 27, SHAH ALAM

TARIKH : BULAN OGOS 2013

TEMPAT : SMK SEKSYEN 27, SHAH ALAM

Page 2: KERTAS KERJA bulan kecergasan

1.0 PENDAHULUAN

Kementerian Pelajaran sentiasa memberi perhatian yang serius terhadap

tahap kecergasan pelajar sekolah. Tahap kecergasan ini dapat dilaksanakan

melalui amalan gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang dapat

meningkatkan tahap kecergasan seperti aktiviti bersenam dan bersukan secara

teratur bagi menjamin tahap kecergasan warga sekolah yang optimum.

Bagi mencapai matlamat ini dan untuk membudayakan gaya hidup sihat di

kalangan warga sekolah, Kementerian Pelajaran telah menetapkan Bulan Julai

sebagai Bulan Kecergasan Kementerian Pelajaran Malaysia setiap tahun. Oleh itu

semua sekolah diarah untuk mengadakan aktiviti sempena Bulan Kecergasan ini.

Maka, pihak SMK SEKSYEN 27 telah merancang pelbagai aktiviti sempena

sambutan Bulan Kecergasan pada tahun ini.

2.0 LATAR BELAKANG

Bulan kecergasan ini wajar dilaksanakan bagi merealisasikan hasrat KPM

untuk melibatkan seramai mungkin warga sekolah dan rakyat Malaysia daripada

pelbagai lapisan masyarakat untuk menyertai aktiviti-aktivit kecergasan seiring

dengan Dasar Sukan Negara yang merangkumi Sukan Untuk Semua dan Sukan

Untuk Kecemerlangan selaras melahirkan modal insan yang holistik dan produktif

untuk Pembangunan Negara. Bulan kecergasan ini dirancang secara terperinci

supaya dapat melibatkan semua pelajar dan pada masa yang sama melalui aktiviti

yang dijalankan, setiap pelajar berpeluang menyumbang mata untuk rumah sukan

masing-masing. Aktiviti Bulan Kecergasan ini diharap dapat melahirkan pelajar

yang mengamalkan gaya hidup yang sihat melalui amalan bersenam dan bersukan

serta menyemai semangat kesukanan yang positif dalam diri pelajar.

Page 3: KERTAS KERJA bulan kecergasan

2.1 KEKUATAN

a) Sokongan padu daripada pihak pentadbir sekolah dalam menjalankan

semua aktiviti yang dirancang.

b) Kerjasama yang erat dan padu antara semua guru dalam menjayakan

program ini.

c) Terdapat pelajar SMK Seksyen 27 yang cemerlang dalam bidang

kokurikulum terutamanya dalam bidang sukan sebagai pendorong kepada

pelajar lain

2.2 KELEMAHAN

a) Kekangan masa dan tenaga untuk melaksanakan program yang dirancang.

b) Kekurangan guru bertauliah untuk menyampaikan kemahiran permainan

kepada pelajar

3.0 MATLAMAT AM

3.1 Memupuk semangat setiakawan, kerjasama dan bantu membantu di kalangan

pelajar da guru.

3.2 Membentuk pelajar yang berilmu, berdaya maju, berfikiran kreatif dan kritis

serta dapat mematuhi peraturan, jujur dan saling percaya mempercayai.

3.3 Memupuk semangat kesukanan bagi mengimbangi kesihatan fizikal dan

mental bagi mewujudkan masyarakat yang harmonis.

3.4 Merealisasikan hasrat negara bagi melahirkan rakyat yang sihat dan maju.

Page 4: KERTAS KERJA bulan kecergasan

4.0 OBJEKTIF KHAS

4.1 Membentuk pelajar yang menghargai serta mengambil berat tentang kesihatan

dan kecergasan diri sendiri.

4.2 Melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan asas tentang proses

pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan manusia serta keperluan

kesihatan berkaitan.

4.3 Memperkembangkan sahsiah melalui interaksi yang sihat di dalam kegiatan

kecergasan jasmani dan sukan seperti semangat kesukanan, kerjasama,

toleransi, kepimpinan dan disiplin.

4.4 Dapat memupuk minat pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti

kokurikulum di sekolah.

5.0 SASARAN

Guru-guru serta pelajar lelaki dan perempuan tingkatan 1,2 dan 4 SMK Seksyen 27,

Shah Alam.

6.0 CADANGAN

6.1 CADANGAN AKTIVITI

6.1.1 Pertandingan futsal antara rumah sukan (perempuan)

6.1.2 Pertandingan futsal antara kelas (lelaki)

6.1.3 Pertandingan awet muda (guru)

6.1.4 Majlis penutup Bulan Kecergasan

Page 5: KERTAS KERJA bulan kecergasan

6.2 TARIKH , TEMPAT DAN MASA

Bil Perkara Tarikh & masa Tempat

6.2.1Pertandingan futsal antara rumah

sukan (perempuan)

20 & 27 Ogos 2013

(3.00 – 5.00 ptg) padang sekolah

6.2.2Pertandingan futsal antara kelas

(lelaki)

20 & 27 Ogos 2013

(3.00 – 5.00 ptg) padang sekolah

6.2.3 Pertandingan awet muda (guru)22 Ogos 2013

(7.30pg – 1.00 ptg) Bilik kesihatan

6.2.4Majlis penutup Bulan Kecergasan

& Persembahan senam seni

2 September 2013

(7.30 – 8.05 pg) Dataran Budiman

7.0 BELANJAWAN

7.1 SUMBER KEWANGAN

7.1.1 PCG Unit Kokurikulum

7.1.2 PCG Panitia PJPK

7.2 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil.

Butiran/ Perkara Jumlah

1. Medal/ Hadiah RM 450.00

2. Dokumentasi RM 30.00

JUMLAH RM 480.00

Page 6: KERTAS KERJA bulan kecergasan

8.0 AJK PELAKSANA DAN BIDANG TUGAS

Bil Perkara Tarikh Nama guru

8.1Pertandingan futsal antara rumah

sukan (perempuan)

20 & 27 Ogos

2013Cik Nurshamila bt Borhan

8.2Pertandingan futsal antara kelas

(lelaki)

20 & 27 Ogos

2013En Ramu A/L Lachimanan

8.3 Pertandingan awet muda (guru) 22 Ogos 2013 Pn Roslidah bt Ismail

8.4Majlis penutup Bulan Kecergasan

& Persembahan senam seni2 September 2013

Cik Nurshamila bt Borhan

Pn Maizan bt Ishak

Pn Roslidah bt Ismail

En Ramu A/L Lachimanan

9.0 TINDAKAN PENTADBIRAN

i. Diharap program ini dapat berjalan dengan lancar sebagaimana seperti yang

dirancang sesuai dengan matlamat dan objektif yang telah ditetapkan.

Harapan kami agar pihak pentadbir memberi sokongan padu bagi

melahirkan bakal pemimpin yang dapat menjana kemajuan dan

kecemerlangan sekolah

Disediakan Oleh,

……………………….

(En.Ramu A/L Lachimanan)

Penyedia Kertas Cadangan dan Kertas Kerja

Bulan Kecergasan 2013

SMK Seksyen 27, Shah Alam

Page 7: KERTAS KERJA bulan kecergasan

ii. Ulasan Pengerusi

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

Disokong oleh,

....................................................

Pn. Khairun Aznida bt Mokhtar

Pen. Kanan Kokurikulum

SMK Seksyen 27, Shah Alam

iii. Ulasan Penasihat

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

Disahkan oleh,

....................................................

(Datin Hajah Jamaliah binti Juni)

Pengetua,

SMK Seksyen 27, Shah Alam