kertas kerja bina power point sekolah

4
SMK DATO’ KAMARUDDIN, 34500 BATU KURAU, PERAK DARUL RIDZUAN. TAJUK : BENGKEL PENGGUNAAN APLIKASI POWER POINT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1. PENGENALAN Aplikasi PowerPoint merupakan salah satu perisian yang sering digunakan oleh warga pendidik secara meluas dewasa ini. Namun masih terdapat guru yang memerlukan input tambahan bagi memantapkan lagi kemahiran penggunaan aplikasi tersebut untuk membina BBM yang lebih menarik lagi berkesan. Justeru bengkel di atas dianggap perlu dijalankan di peringkat sekolah. 2. RASIONAL Penggunaan BBM dalam P&P terutama yang melibatkan multimedia kini sering diperkatakan sejak kebelakangan ini. Pengetahuan mengenai pedagogi seperti `Multiple Intelligence’ dan ‘Contextual Learning’ seharusnya juga menjurus kepada penggunaan BBM yang merangsang pemikiran murid serta berupaya membawa murid seolah-olah mereka dibawa keluar ke alam sebenar semasa P&P di bilik darjah. Keupayaan membawa murid `keluar’ ini mampu dilakukan cuma melalui penggunaan aplikasi PowerPoint yang rata-rata kemahirannya telahpun dikuasai oleh guru. Maka wajarlah alat yang mudah lagi murah tapi sangat berkemampuan tinggi dimanfaatkan untuk mencapai sesuatu objektif pembelajaran. 3. OBJEKTIF Melalui bengkel ini, para peserta kursus diharap dapat : 1) Mengamalkan pengurusan fail dengan cekap dan berkesan 2) Membina Persembahan Slaid PowerPoint yang menarik lagi berkesan Nieda71/psssmkdk

Upload: hasnida-binti-mat-isa

Post on 19-Jun-2015

429 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Kertas Kerja berkenaan LADAP

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Bina Power Point Sekolah

SMK DATO’ KAMARUDDIN, 34500 BATU KURAU, PERAK DARUL RIDZUAN.

TAJUK :

BENGKEL PENGGUNAAN APLIKASI POWER POINT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1. PENGENALAN

Aplikasi PowerPoint merupakan salah satu perisian yang sering digunakan oleh warga

pendidik secara meluas dewasa ini. Namun masih terdapat guru yang memerlukan input

tambahan bagi memantapkan lagi kemahiran penggunaan aplikasi tersebut untuk membina BBM

yang lebih menarik lagi berkesan. Justeru bengkel di atas dianggap perlu dijalankan di peringkat

sekolah.

2. RASIONAL

Penggunaan BBM dalam P&P terutama yang melibatkan multimedia kini sering

diperkatakan sejak kebelakangan ini. Pengetahuan mengenai pedagogi seperti `Multiple

Intelligence’ dan ‘Contextual Learning’ seharusnya juga menjurus kepada penggunaan BBM yang

merangsang pemikiran murid serta berupaya membawa murid seolah-olah mereka dibawa keluar

ke alam sebenar semasa P&P di bilik darjah. Keupayaan membawa murid `keluar’ ini mampu

dilakukan cuma melalui penggunaan aplikasi PowerPoint yang rata-rata kemahirannya telahpun

dikuasai oleh guru. Maka wajarlah alat yang mudah lagi murah tapi sangat berkemampuan tinggi

dimanfaatkan untuk mencapai sesuatu objektif pembelajaran.

3. OBJEKTIF

Melalui bengkel ini, para peserta kursus diharap dapat :

1) Mengamalkan pengurusan fail dengan cekap dan berkesan

2) Membina Persembahan Slaid PowerPoint yang menarik lagi berkesan

3) Menjadi pembimbing dan penasihat kepada warga pendidikan di sekolah.

4. KOMPONEN KURSUS

Terdapat beberapa komponen untuk bengkel ini iaitu:

1) Pengurusan Fail

2) Pengenalan Ikon & Bar Menu

3) Pembinaan Slaid untuk Persembahan

4) Teori Pedagogi

5) Perbengkelan

6) Persembahan Kumpulan/Individu

Nieda71/psssmkdk

Page 2: Kertas Kerja Bina Power Point Sekolah

5. METODOLOGI

Kursus ini akan dijalankan dalam bentuk :

1) Tunjukcara

2) Perbincangan & Sesi Soal Jawab

3) Bengkel / Kerja Kumpulan

4) Amali / Persembahan

6. KUMPULAN SASARAN

20 orang ~ tertakluk kepada mereka yang berminat.

7. PENCERAMAH CADANGAN

Cik Chong Yen Nee – SMK Simpang

8. FASILITATOR

1. En Mazli b Abdul Muttalib – Penyelaras Bestari ICT

2. Cik Nur Amali bt Kamaruddin

9. URUSETIA

1) Pn Hasnida bt Mat Isa – Guru Media

2) Cik Norfasliza bt Sahak – Guru Perpustakaan

10. PELAKSANAAN

Bengkel ini akan dijalankan selama 1 hari seperti butiran berikut:

Tarikh : 20 JUN DAN 4 JULAI 2009

Hari : Sabtu

Masa : 8.00 pagi – 1.00 petang

Tempat : Makmal Komputer

(Jadual Bengkel seperti Lampiran 1)

11. HASILAN BENGKEL

Di akhir bengkel adalah diharap peserta-peserta akan:

1) Mengurus fail-fail (perisian) secara sistematik dan teratur.

2) menghasilkan Persembahan Slaid menggunakan Aplikasi PowerPoint

12. IMPLIKASI KEWANGAN

10.1 Makan

Peserta ~ 25orang x RM7.00 x 2 hari RM 280.00

Penceramah ~ 01 orang x RM100.00 x 2 hari RM 200.00

----------------

JUMLAH RM 440.00

=========

Nieda71/psssmkdk

Page 3: Kertas Kerja Bina Power Point Sekolah

13. KELULUSAN YANG DIPOHON

Dengan ini dipohon kelulusan menjalankan Bengkel Penggunaan Aplikasi PowerPoint

Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran bagi perlaksanaan aktiviti kursus dalam perkhidmatan

sekolah.

Diluluskan / Tidak diluluskan

------------------------------------------------------

..............................................

(EN KAMAL B. MANSOR) Tarikh: .......................

Pengetua,

SMK Dato’ Kamaruddin.

Nieda71/psssmkdk