kertas kerja big5 bengkel

11
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS KENT TUARAN, SABAH KERTAS KERJA BENGKEL PENGURUSAN PENDIDIKAN BINA INSAN GURU FASA LIMA PISMP IPGM SEMESTER 5 BAHASA ARAB DAN PENDIDIKAN SENI VISUAL AMBILAN JANUARI 2007 TARIKH : 25 APRIL 2009 (SABTU) TEMPAT :

Upload: steffensandy

Post on 07-Feb-2016

34 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kertas kerja BIG5 bengkel

TRANSCRIPT

Page 1: kertas kerja BIG5 bengkel

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS KENT TUARAN, SABAH

KERTAS KERJA

BENGKEL PENGURUSAN PENDIDIKAN

BINA INSAN GURU FASA LIMA

PISMP IPGM SEMESTER 5

BAHASA ARAB DAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

AMBILAN JANUARI 2007

TARIKH :

25 APRIL 2009 (SABTU)

TEMPAT :

BILIK MINI TEATER,

IPGM KAMPUS KENT, TUARAN

Page 2: kertas kerja BIG5 bengkel

1. PENDAHULUAN

Bina Insan Guru merupakan kursus wajib yang perlu diambil oleh setiap Guru

Pelatih yang berada di semua Kampus Institut Pendidikan Guru Malaysia di seluruh

negara. Kursus Bina Insan Guru bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

Semester Lima (PISMP) adalah berbentuk bengkel yang mana melibatkan seramai 38

orang Guru Pelatih. Bengkel Pengurusan Pendidikan yang diadakan adalah bagi

menjana nilai-nilai keguruan di kalangan guru pelatih yang mana intipati sesi bengkel

tersebut adalah ke arah membentuk personaliti seorang pendidik yang bukan sahaja

mampu menyalurkan ilmu pengetahuan, malah menyedari hakikat prospek kerjaya

sebagai seorang guru. Ini adalah amat penting dalam usaha melahirkan bakal guru

yang lengkap dari segi ilmu pengetahuan dan bidang-bidang lain seperti kemahiran

terutamanya dalam bidang pengurusan dan pentadbiran.

Untuk memenuhi tuntutan ini, pihak Jawatankuasa Pelaksana yang terdiri

daripada Guru Pelatih Unit PISMP IPGM Ambilan Januari 2007 amat komited untuk

mengadakan sesi bengkel Bina Insan Guru Fasa Kelima berdasarkan panduan kursus

yang perlu dipenuhi. Kursus ini diadakan sesuai dengan prospek kerjaya keguruan

untuk memperolehi gambaran awal sebelum ditempatkan dimana-mana sekolah di

seluruh negara. Hal ini adalah bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang

perkembangan kemahiran latihan di kalangan guru pelatih.

Dalam hal ini, antara pendedahan yang akan dilaksanakan semasa sesi bengkel

tersebut adalah seperti guru dan perundangan, mandat, Akta 550 (1996), Surat

Pekeliling Ikhtisas, Pekeliling Perkhidmatan, fungsi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)

Page 3: kertas kerja BIG5 bengkel

dan sektor-sektor serta fungsi dan peranan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) / Zon /

Bahagian dan PKG.

Bengkel ini amat sesuai diadakan menyedari bahawa bakal guru akan

berhadapan dengan perkara-perkara seperti yang telah disenaraikan diatas apabila

berada di sekolah kelak.

2.OBJEKTIF

Selepas Bengkel Pengurusan Pendidikan ini para pelatih akan dapat :

1. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah dan situasi

komplek untuk membuat keputusan yang jitu dan menyelesaikan masalah serta

berupaya berfikir secara reflektif untuk melaksanakan penambahbaikan secara

berterusan.

2. Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada komuniti.

3. Bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang

berbeza dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam kepelbagaian

budaya.

4. Menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak

keguruan.

5. Merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasama dan mengambil

peranan secara aktif dalam kumpulan.

6. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial.

Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama erat dengan komuniti pendidikan.

Page 4: kertas kerja BIG5 bengkel

3. MATLAMAT

1. Melengkapkan guru pelatih dengan pengetahuan dan kemahiran berhubung

komuniti pendidikan.

2. Memberikan pengalaman dan pendedahan kepada semua guru pelatih

berkenaan cara-cara untuk melakukan sesuatu urusan setelah memahami

fungsi-fungsi sektor-sektor tertentu.

3. Memupuk sikap positif dalam diri dan kumpulan serta menanam nilai-nilai murni

seperti bekerjasama, berdisiplin dan bertimbang rasa.

4. Membolehkan guru-guru pelatih mengimbangi kemahiran berkomunikasi dalam

pelbagai konteks di dalam kepelbagaian budaya setempat.

5. Merapatkan hubungan silaturahim dan menghidupkan suasana interaksi dalam

kalangan sesama ahli dan juga pensyarah penasihat.

6. Memberi pengalaman kepada pelatih yang terlibat dengan perlaksanaan bengkel

ini mengenai cara pengurusan dan pentadbiran sesuatu organisasi berdasarkan

peranan masing-masing.

MASA 7.00 PAGI – 12.00 TENGAH HARI

TARIKH 21 FEBRUARI 2009

TEMPAT BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN (BTP), PENAMPANG

Page 5: kertas kerja BIG5 bengkel

JADUAL BENGKEL PENGURUSAN PENDIDIKAN BINA INSAN GURU

FASA LIMA UNIT PISMP IPGM AMBILAN JANUARI 2007

TARIKH MASA AKTIVITI

21 FEB 2009

7.30 – 8.30SESI 1

GURU DAN PERUNDANGAN

9.00 – 10.00

10.00 – 10.30

SESI 2

AKTA 550 (1996) – AKTA PELAJARAN

REHAT

11.00 – 12.00SESI 3

FUNGSI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI (JPN)

DAN PUSAT KEGIATAN GURU (PKG)

Page 6: kertas kerja BIG5 bengkel

AHLI JAWATANKUASA INDUK BINA INSAN GURU PISMP-IPGM SEMESTER LIMA

IPGM KAMPUS KENT, TUARAN

PENAUNGPUAN MARY TERESA KINAJIL

PENGARAH

IPGM KAMPUS KENT, TUARAN

TIMBALAN PENAUNG

ENCIK ROMLI BIN DARUS

TIMBALAN PENGARAH

IPGM KAMPUS KENT, TUARAN

SETIAUSAHA ENCIK AMIDY MALAGOB

KETUA JABATAN

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR

PENYELARAS PROGRAM BINA INSAN GURUENCIK MOHAMAD FAUZI BIN HASSAN

KETUA UNIT KEBAJIKAN

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR

BENDAHARIPUAN ASNAELY BINTI SAFAR RUDIN

PEGAWAI EKSEKUTIF

Page 7: kertas kerja BIG5 bengkel

TUTORENCIK KAMARULZAMAN BIN IDERIS

PUAN NOOR SALAWATI BINTI ABU BAKAR

ENCIK JONTIRI KOLOIYO

ENCIK MOHD SAWARI BIN RAHIM

Page 8: kertas kerja BIG5 bengkel

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA BENGKEL PENGURUSAN PENDIDIKAN BINA INSAN GURU FASA LIMA

PISMP IPGM BAHASA ARAB DAN PENDIDIKAN SENI VISUAL AMBILAN JANUARI 2007

PENGERUSIMUHAMAD FADZLI BIN YASIN

TIMBALAN PENGERUSISHEENA SHEERY A. GOM

SETIAUSAHAALVIN SAPUN

PENOLONG SETIAUSAHAAWANGKU AZWAN BIN PENGIRAN ALI

AHLI-AHLI JAWATANKUASA

AJK PERALATANMOHD. DAUD BIN AHMAD SABARI

MUHAMAD HANIF BIN ABDUL KARIMMUHAMAD IHSAN BIN FAUZI

MUHAMAD ASYRAF BIN MUHD NASIRMUHAMAD FAIZ BIN ABDUL RAZAK

AJK PENGANGKUTANRENNO MARIO LIWAS

NORANIZA BTE ABU HAMSINMUHD FAIZ BIN JAMALUDDIN

AJK MAKANANNADHIRAH BTE CHE SEMAN

ZABARIAH BTE SAINISITI NADZIRAH BTE ZAINOL

AJK BUKU PROGRAMNURUL NORASHIKIN BTE MOHAMAD

SHIFAHATUL HIDAYAH BTE SHAFIEROSMIZA BTE RAHIM

AJK PROTOKOLNURSYZWANI BTE AWG BESAR

NORHAYATI BTE KALINGFARIZAH BTE HAMID

JANIFAH JANUWI

AJK KESELAMATANNOORATIHAH BTE BASIR

NOORAZWANIZA

AJK SIJIL DAN CENDERAHATISUSAN SAILIN

ROSLIANNA BILY @ SYLVESTERNURUL HASYIMA BTE SAMSIMON

AZLINA BTE ABD LATEH

AJK KEBERSIHANAWGKU MOHD AZMI BIN AWGKU JIAR

AZLIZUAN BIN HARISMOHAMAD HANAFIAH BIN RAPLIS

SAMSON BIN UDJIAN

AJK PERSIAPAN DEWANNAZIM BIN JUHARI

MOHD SHAH RIZAL BIN MOHD JASRINNURSALAM BIN SALIM

AJK DOKUMENTASIIAN BIN JUNIL

SABIRUN BIN RUBINSITI AISHAH BTE MAT TAU HIT

Page 9: kertas kerja BIG5 bengkel

4. KEWANGANAnggaran Perbelanjaan

BIL PERKARA PERBELANJAAN

1 Sarapan Pagi RM4 X 44 Orang =

RM176.00

2 Minum Pagi RM3 X 44 Orang =

RM132.00

3 Makan Tengahari RM5 X 44 Orang =

RM220.00

Jumlah RM528.00

5. PENGANGKUTAN Menggunakan Bas Institut Perguruan Kent.

Page 10: kertas kerja BIG5 bengkel

6. PERALATAN

BIL PERKARA UNIT KUANTITI CATATAN

1 Kertas Sijil Keping 100 Stor

2 Pendent Keping 2 Stor

3 Kertas Mahjong Keping 30 Stor

4 Peralatan Tulis Kontena 3 Stor

5 Kertas A4 Rim 3 Stor

6 Air Mineral Kotak 3 Stor

7 Sticker Sijil Keping 100 Stor

8 Riben Gulung 1 Stor

9 Glossy paper Helai 30 Stor

10 Fail Keping 44 Stor

11 Plastik sampah Bungkus 2 Stor

7. PENUTUP

Dengan ini, saya berharap agar program yang dirancang akan dapat

dilaksanakan dengan baik dan memberikan pengalaman dan pengetahuan baru kepada

guru pelatih. Komitmen dan kerjasama menyeluruh daripada semua pihak amat

diperlukan untuk memastikan program ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Segala

kerjasama yang dihulurkan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian. Terima kasih.

Page 11: kertas kerja BIG5 bengkel

8. PERAKUAN

Sokongan Jawatan Tandatangan

Disediakan oleh :

ALVIN SAPUN

Tarikh :

______________

Setiausaha

Bengkel Bina Insan Guru Fasa

5 PISMP IPGM SEM 5 ___________________

Semakan oleh :

USTAZ NIK HASSAN

SEMAN

Tarikh :

______________

Tutor

Bengkel Bina Insan Guru Fasa

5 PISMP IPGM SEM 5

___________________

Disokong oleh :

EN. AMIDY MALAGOB

Tarikh :

______________

Ketua Jabatan Hal Ehwal

Pelajar (HEP)

IPGM Kampus Kent ,Tuaran

Sabah

___________________

Diluluskan oleh :

PUAN MARY TERESA

KINAJIL

Tarikh :

_____________

Pengarah

IPGM Kampus Kent, Tuaran

Sabah

___________________