kertas kerja badminton

10
\ KERTAS KERJA CADANGAN PERTANDINGAN BADMINTON TERTUTUP PERINGKAT INSTITUT 2014 ANJURAN JAWATANKUASA PEWAKILAN PELAJAR SESI 2015/2016 IPGK GAYA TEMPAT KOMPLEKS SUKAN LIKAS, KOTA KINABALU DEWAN IPG KAMPUS GAYA TARIKH & MASA 4 SEPTEMBER 2015 (JUMAAT) 8 PAGI - 12 TENGAH HARI 5 SEPTEMBER 2015 (SABTU) 2-4 PETANG 6 SEPTEMBER 2015 (AHAD)

Upload: jonathan-dunleavy

Post on 09-Nov-2015

262 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Gerko

TRANSCRIPT

\ KERTAS KERJA CADANGAN

PERTANDINGAN BADMINTON TERTUTUP PERINGKAT INSTITUT 2014 ANJURANJAWATANKUASA PEWAKILAN PELAJAR SESI 2015/2016 IPGK GAYATEMPATKOMPLEKS SUKAN LIKAS, KOTA KINABALUDEWAN IPG KAMPUS GAYA TARIKH & MASA 4 SEPTEMBER 2015 (JUMAAT) 8 PAGI - 12 TENGAH HARI

5 SEPTEMBER 2015 (SABTU)2-4 PETANG

6 SEPTEMBER 2015 (AHAD)2-4 PETANG

KERTAS KERJA PERTANDINGAN KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP GAYASEMPENA KARNIVAL KOKURIKULUMANJURAN GERKO BADMINTONAMBILAN JANUARI 2014IPG KAMPUS GAYA

1.0 PENDAHULUAN

Pertandingan Kejohanan Badminton Tertutup IPG Kampus Gaya 2014 merupakan satu aktiviti yang dikelolakan oleh ahli-ahli Kelab Badminton. Tujuan pertandingan ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar dalam mengurus dan mengelola kejohanan amnya dan badminton khususnya. Selain itu, aktiviti ini juga dapat memberi kesempatan kepada warga IPG Kampus Gaya untuk merapatkan lagi tali persahabatan dan silaturrahim sesama pensyarah, staf pengurusan dan pelajar. Selain itu, pertandingan ini secara tidak langsungnya dapat mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum. Seseorang pelajar itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti permainan badminton ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam kedewasaan kelak.

2.0LATAR BELAKANGSukan badminton sememangnya tidak asing lagi dengan kita di Malaysia sejak dari zaman anak-anak Sidek sehinggalah ke zaman kegemilangan wira kebanggaan kita, Datuk Lee Chong Wei. Badminton menjadi sukan yang diminati ramai tanpa mengira peringkat umur. Ianya menjadi sukan kegemaran ramai kerana ia adalah sukan yang mudah untuk dipelajari dan seronok disamping dapat mengekalkan gaya hidup sihat.

3.0 RASIONALSelaras dengan keperluan melahirkan pelajar yang mempunyai minda yang cerdas dan fizikal yang cergas, secara relevannya Gerko Badminton PISMP SEMESTER DUA perlu mengadakan Pertandingan Badminton yang dianjurkan oleh ahli- ahli gerko badminton ambilan Januari 2014 sebagai salah satu aktiviti sempena Karnival Kokurikulum Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya. Ia juga bersesuaian bagi melahirkan pelajar yang berketrampilan dan mampu mengharungi perubahan globalisasi kini. Ia satu kaedah pembelajaran secara langsung, iaitu para pelajar didedahkan kepada pengurusan dan tatacara menganjurkan sesuatu kejohanan.

4.0MATLAMATMatlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan peraturan dan teknik permainan badminton. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Secara tidak langsungnya, amalan 4K termasuklah Kejurulatihan, Kepegawaian, Kepengurusan dan Kepimpinan dapat dipupuk dalam kalangan pelajar supaya melahirkan pelajar yang berpotensi. Pertandingan ini juga dapat membina keyakinan diri dan mengukuhkan rohani agar dapat membentuk modal insan yang seimbang selaras dengan pembangunan negara yang mapan.

5.0OBJEKTIF5.1 Mendedahkan kepada guru-guru tentang cara mengendalikan sesuatu pertandingan.5.2Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi.5.3Melatih pelajar untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan menghargai kesihatan tubuh badan.5.4Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai pertandingan yang disediakan.5.5Mencungkil bakat baru dan memupuk semangat kesukanan dalam kalangan pelajar5.6Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

6.0JENIS PERTANDINGAN6.1 Pertandingan Bergu Lelaki6.2 Pertandingan Bergu Wanita

7.0PENYERTAAN7.1Pertandingan ini terbuka kepada semua warga IPG Kampus Gaya.

8.0CADANGAN TARIKH DAN TEMPAT 8.1Tarikh : 4 September 2014 (Jumaat) - 8 Pagi -12 Tengah hari 5 September 2014 (Sabtu) 2 -4 petang 6 September 2014 (Ahad)- 2-4 petang

8.2Tempat : Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu Dewan IPG Kampus Gaya

9.0SYARAT-SYARAT PERTANDINGANPenyertaan dalam Kejohanan Pertandingan Badminton Tertutup Gaya adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan berikut:9.1Pertandingan ini terbuka kepada semua warga Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya. 9.2Setiap kelas wajib menghantar wakil untuk menyertai pertandingan ini. 9.3Semua peserta dikehendaki berkumpul di dataran parkir IPG Kampus Gaya pada 7 pagi pada 3 September 2014 (Rabu).9.4Pertandingan dijalankan mengikut peraturan terkini yang telah ditetapkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) 9.5Pertandingan ini dijalankan secara kalah mati9.6Pakaian peserta mestilah bersesuaian dengan pertandingan.9.7Keputusan pengadil adalah muktamad. Segala bantahan tidak akan diterima9.8Yuran penyertaan adalah sebanyak RM 10 setiap bergu. 9.9Tarikh tutup menghantar borang penyertaan pada 27 Ogos 2015 (Khamis). 9.10Pengundian akan dilakukan pada 28 Ogos 2014 (Jumaat). Semua pasukan wajib menghantar wakil untuk membuat undian.

10.0PEMARKAHAN10.1Keputusan pengadil adalah muktamad.

11.0 HADIAH11.1 Johan (setiap kategori)Naib Johan (setiap kategori)

12.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM

Jawatankuasa Induk Pertandingan Badminton Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya 2014

Penaung: Puan Salmah binti AbdullahPengarahInstitut Pendidikan Guru Kampus Gaya

Penasihat:Puan Lee Yoke YeeTimbalan Pengarah Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Majlis KokurikulumInstitut Pendidikan Guru Kampus Gaya

Setiausaha: Encik Julin Bin Erus @ ErusiKetua Unit KokurikulumInstitut Pendidikan Guru Kampus Gaya

Bendahari:Puan Myrie Melissa Mydin Penolong AkauntanInstitut Pendidikan Guru Kampus Gaya

AJK:Encik Abdul Aziz bin AbasEncik Datu Asrah bin Datok AmbasEncik Ladius EmorEncik Mohammad Farid bin Abdullah

Jawatankuasa Kerja Pertandingan BadmintonInstitut Pendidikan Guru Kampus Gaya 2014

Penasihat:Encik Abdul Aziz bin AbasEncik Datu Asrah bin Datok AmbasEncik Ladius EmorEncik Mohammad Farid bin Abdullah

Pengerusi:Ng Kee Han

Naib Pengerusi:Carolyn Yap Suet Teng

Setiausaha:Catherine Wong Hui Ting

Bendahari:Tiong Hie Huey

AJK Penyelia Peserta: 1. Chua Boon Keen 2. Wong Ik Mei

AJK Teknikal : 1. Chan Min Xuan 2. Teh VinnyAJK Pengadil: 1. Pang Zi Yue2. Edward Bong Jin Liang3. Ng Zheng Yang

AJK Peralatan 1. Kelvin Tee Hieng Choon& Persiapan Tempat:2. Wong Kian Yong 3. Chiew Hua Hoon

AJK Pengangkutan & Keselamatan :1. Lew Kar Yoong 2. Wong Wen Jing

AJK Dokumentasi:1. Chieng Yun Qindan Fotografi2. Sandy Lai Siew Fang

AJK Hadiah, Makanan :1. Ting Jing Ying& Minuman 2. Chieng Miaw LingAJK Disiplin & Kebersihan: 1. Chan Poh Phui

13.0 ATURCARA MAJLISMasaAktivitiTindakan

7.30 pgPendaftaran pesertaAJK Penyelia Peserta

7.40 pgUcapan Pengerusi Jonathan NgAJK Peralatan & Persiapan Tempat

7.45 pgUcapan Perasmian Puan Lee Yoke Yee,Timbalan Pengarah Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Majlis KokurikulumInstitut Pendidikan Guru Kampus Gaya

AJK Peralatan & Persiapan Tempat

8.00 pgPertandingan bermula Bergu Lelaki Bergu PerempuanAJK Penyelia PesertaAJK Peralatan & Persiapan TempatAJK Pengadil

10.00 pgTamat

14.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BilPerkaraBil x Harga seunitJumlah

1.Johan (Hadiah)4 x RM 10.00RM 40.00

2.Naib Johan (Hadiah)4 x RM 6.00RM 24.00

3.Air Mineral (untuk pengadil semasa pertandingan)2 kotak X RM10.00RM 20.00

4.Bulu Tangkis Y Yonex8 tabung x RM 80.00RM 640.00

5.Kos penyewaan 8 gelanggang x RM 5.00 x 5 jamRM 200.00

6.Kos Pengurusan RM 76.00

JUMLAHRM 1000.00

ANGGARAN PERBELANJAAN JUMLAH KESELURUHAN:RM 1000.00

15.0 PENUTUPDengan perlaksanaan program ini adalah diharapkan dapat melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sejajar dengan matlamat negara dalam membangunkan modal insan yang boleh menyumbangkan kepada pembangunan negara.

Disediakan oleh,

......................................................(CATHERINE WONG HUI TING)Setiausaha, Pertandingan Badminton Tertutup Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya,Kota Kinabalu, Sabah.

Disemak oleh,

....................................(ABDUL AZIZ ABAS)Pensyarah Pembimbing,Pertandingan Badminton TertutupInstitut Pendidikan Guru Kampus Gaya,Kota Kinabalu, Sabah.

Disahkan oleh,

.........................................(JULIN ERUS @ ERUSI)Ketua Unit Kokurikulum,Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya,Kota Kinabalu, Sabah.

Diluluskan oleh,

...................................................(SALMAH BINTI ABDULLAH)Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah.

BORANG PENYERTAANPERTANDINGAN BADMINTON TERTUTUPANJURAN GERKO BADMINTON PISMP AMBILAN JANUARI 2014IPG KAMPUS GAYA

TEMPAT : KOMPLEKS SUKAN LIKAS, KOTA KINABALU DEWAN IPG KAMPUS GAYA

TARIKH & MASA : 3 SEPTEMBER 2014 (RABU) 8 PAGI - 12 TENGAH HARI 4 SEPTEMBER 2014 (KHAMIS) 2-4 PETANG

5 SEPTEMBER 2014 (JUMAAT) 2-4 PETANG

KATEGORINAMANO. TEL

BERGU LELAKIKumpulan 11.2.

Kumpulan 21.2.

BERGU PEREMPUANKumpulan 11.2.

Kumpulan 21.2.

SYARAT-SYARAT PERTANDINGANPenyertaan dalam Kejohanan Pertandingan Badminton Tertutup Gaya adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan berikut:1Pertandingan ini terbuka kepada semua warga Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya. 2Setiap kelas wajib menghantar wakil untuk menyertai pertandingan ini. 3Semua peserta dikehendaki berkumpul di dataran parkir IPG Kampus Gaya pada pukul 7 pagi pada 3 September 2014 (Rabu). 4Pertandingan dijalankan mengikut peraturan terkini yang telah ditetapkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) 5Pertandingan ini dijalankan secara kalah mati.6Pakaian peserta mestilah bersesuaian dengan pertandingan.7Keputusan pengadil adalah muktamad. Segala bantahan tidak akan diterima.8Yuran penyertaan adalah sebanyak RM 10 setiap pasukan. 9Tarikh tutup menghantar borang penyertaan pada 27 Ogos 2014 (Rabu). 10Pengundian akan dilakukan pada 29 Ogos 2014 (Jumaat). Setiap pasukan wajib menghantar wakil untuk membuat undian. 11Hadiah akan diberikan kepada Johan dan Naib Johan.12Yuran tidak akan dikembalikan bagi yang tidak dapat menyertai pertandingan.13Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kecuaian yang berlaku.14Pengangkutan akan disediakan ke Kompleks Sukan Likas.15Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Ng Kee Han di talian 016-809-9932