kertas kerja baca dan menang

Upload: latyp

Post on 06-Oct-2015

33 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Program PSS

TRANSCRIPT

KERTAS KERJAPROGRAM BACA & MENANG

TARIKH 2 MAC 2015 HINGGA 20 APRIL 2015

TEMPATSK JELAPANG

ANJURANPUSAT SUMBER SK JELAPANG

1.0 PENGENALANProgram NILAM berkait rapat dengan tabiat membaca. Tabiat membaca di SK Jelapang adalah di tahap yang sederhana. Oleh itu, para murid memerlukan pelbagai suntikan program untuk memperkukuhkan tabiat membaca serta sikap cintakan ilmu.

2.0 RASIONALSejajar dengan hasrat kerajaan untuk menghasilkan murid yang berpengetahuan, program ini adalah salah satu program galakan membaca yang boleh membantu meningkatkan jumlah bacaan para murid serta pengetahuan mereka.

3.0 MATLAMATProgram Baca & Menang adalah julung kali diadakan di SK Jelapang. Program ini diadakan bagi menggalakkan murid untuk meminjam buku di pusat sumber setrerusnya meningkatkan jumlah bacaan serta pengetahuan mereka. Ini sekaligus menambah bahan bacaan dalam buku NILAM.

4.0 OBJEKTIF i. Meningkatkan jumlah pinjaman di Pusat Sumberii. Mendedahkan murid tentang amalan membaca.iii. Menambah pengetahuan murid.iv. Meningkatkan jumlah bacaan Buku NILAM

5.0 TARIKH PELAKSANAAN2 Mac 2015 hingga 20 April 2015

6.0 SASARAN PESERTASemua murid SK Jelapang.

7.0 AKTIVITI DAN PROGRAM

BILNAMA PROGRAMOBJEKTIFKAEDAH PELAKSANAAN

1.Majlis Perasmian Menghebahkan kepada semua pelajar mengenai Program Baca & Menang Majlis perasmian akan diadakan pada hari Isnin 2 Mac 2015

2.Baca & Menang Memberi galakan kepada murid untuk meminjam buku dan menarik minat membaca. Kad ganjaran pinjaman buku akan dijual kepada murid dengan harga RM 0.20. Jumlah pinjaman ialah sebanyak 2 buah buku dan layak terima satu cop. Syarat untuk menang hendaklah memimjam buku dan mengisi maklumat dalam buku NILAM. Kategori hadiah yang akan diberikan adalah pinjaman terbanyak ( 1 hingga 10 orang) dan pengunjung bertuah ( 10 orang)

8.0 AJK PELAKSANAAN

PenasihatEn Mohd Tajudin bin Jamil( Guru Besar)PengerusiEn Megat Fudzil b. Megat Mohamad PPN, PPT ( ( PK Pentadbiran)N.Pengerusi 1En Jalaludin b Ismail (PK HEM)N. Pengerusi 2Sandy Yusman b Zakaria ( PK Kokurikulum)N. Pengerusi 3Pn. Salabiah bt Chu Abu Kassim ( PK Petang)Penyelaras ProgramPn Siti Azhana bt MokhtarSetiausahaPn Nurul Ashikin bt Ahmad Buku Program Pn Zuriani bt Ghazali Juru Kamera Pn Norshafina bt Mohd Yusof Pengacara Majlis Guru Bertugas Mingguan PA Sistem En Jamaluddin b Othman Persiapan Tempat & Displin Guru Bertugas Mingguan

9.0 ANGGARAN BELANJAWAN

Pendapatani. PCGRM 400.00

Perbelanjaani. Majlis Perasmian BantingRM 100.00ii. Hadiah Hamper Alat Tulis( 20 x RM 5)RM 100.00 Buku Ceita( 20 x RM 10)RM 200.00

JUMLAHRM 400.00

10.0 PENUTUP

Diharap program Baca & Menang ini dapat mencapai matlamat dan objektifnya. Justeru itu, penglibatan yang aktif dan kesungguhan yang jitu daripada semua warga SK Jelapang amat dihargai. Semoga budaya membaca akan menjadi amalan seluruh warga sekolah.

Disediakan oleh,

_________________

Disemak oleh,

________________

Disahkan oleh,

_______________