kertas cadangan program motivasi krk

5
SMK CYBERJAYA PERSIARAN FAUNA 2, ZON FLAGSHIP 2, 63000 CYBERJAYA, SEPANG SELANGOR. KERTAS CADANGAN PROGRAM MOTIVASI SEHARI KELAS 3 KRK ANJURAN PENYELARAS KRK DAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK CYBERJAYA TARIKH 25 JUN 2014

Upload: zarah-ahmad

Post on 23-Dec-2015

48 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

Kelas rangcangan khas

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Cadangan Program Motivasi KRK

SMK CYBERJAYA PERSIARAN FAUNA 2, ZON FLAGSHIP 2,

63000 CYBERJAYA, SEPANG SELANGOR.

KERTAS CADANGAN

PROGRAM MOTIVASI SEHARI

KELAS 3 KRK

ANJURAN

PENYELARAS KRK

DAN

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SMK CYBERJAYA

TARIKH

25 JUN 2014

Page 2: Kertas Cadangan Program Motivasi KRK

2

KERTAS CADANGAN PROGRAM MOTIVASI SEHARI KELAS 3 KRK

1.0 PENDAHULUAN

Pelajar yang cemerlang perlu diberi motivasi dan sokongan supaya terus mengekalkan

kecemerlangan dan mempertingkatkan kecemerlangan hingga menepati sasaran yang

dikehendaki sekolah. Program motivasi yang dirangka merupakan suatu program

tahunan SMK Cyberjaya dalam memastikan pelajar cemerlang dapat diberi suntikan

semangat agar lebih cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.

2.0 MATLAMAT

Program motivasi ini adalah bertujuan mencetus kesedaran dan membina motivasi

padu diri yang berkekalan. Pelajar akan kenal betapa besarnya potensi diri yang ada

untuk mencapai kecemerlangan.

3.0 TEMA

Program ini menitik beratkan tema daripada petikan lagu sekolah iaitu “Sentiasa

Menuju Ke Arah Cemerlang”.

4.0 OBJEKTIF

Di akhir program ini adalah diharapkan:

4.1 Membimbing dan menyedarkan pelajar tentang tanggungjawab mereka

sebagai pelajar dalam menimba ilmu pengetahuan

4.2 Pelajar dapat memperoleh, mengaplikasikan pengetahuan dan teknik baru

dalam mengekalkan dan meningkatkan kecemerlangan akademik

4.3 Mewujudkan pelajar yang mempunyai azam dan iltizam untuk cemerlang

dalam aspek akademik dan bukan akademik

4.4 Memberi semangat, kekuatan mentaliti dan emosi untuk menghadapi bidang

yang diceburi.

5.0 BUTIRAN PROGRAM

5.1 Bilangan peserta

Page 3: Kertas Cadangan Program Motivasi KRK

3

Peserta terdiri dari 34 orang pelajar tingkatan 3 Kelas Rancangan Khas.

Peserta lelaki seramai 16 orang dan peserta perempuan adalah seramai 18

orang yang terdiri daripada pelbagai bangsa.

5.2 Tarikh cadangan

Tarikh cadangan adalah 25 Jun 2014 adalah hari Rabu.

5.3 Masa program

Masa yang diperuntukkan adalah dari 2.30 petang hingga 5.00 petang.

5.4 Tempat program

Bilik Utiliti dan Dataran Penyayang, SMK Cyberjaya.

5.5 Atur cara program

Waktu Perkara

2.15 – 2.30 Pendaftaran peserta

2.30-2.45 Taklimat dan ice breaking

2.45 – 3.45 Ceramah Interaktif

3.45 – 4.45 Aktiviti (Outdoor activity)

4.45 – 5.00 Minum petang

6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat : Ng Sie Fong

Pengetua

Pengerusi : Pn Hjh Habsah Bt Mohamad

Penolong Kanan Kurikulum

Naib Pengerusi I : Pn Che Supiah Bt Che Awang

Penolong Kanan HEM

Naib Pengerusi II : Pn Hjh Aslaniah Bt Jamali

Penolong Kanan Kokurikulum

Page 4: Kertas Cadangan Program Motivasi KRK

4

Setiausaha : Zarah Bt Ahmad

Penyelaras KRK

Pen.Setiausaha : Guru kelas 3 KRK

Bendahari : Pn Riza Jupry

Bendahari PIBG

AJK : Pn Khairunnisa Bt Mohammad

Pn Rozana Arnida Bt Sazali

Pn Mashitah B Mohd Nasir

Cik Ainun Nadia Bt Mohd Amir Hamzah

7.0 KEWANGAN

7.1 Menggunakan sumber peruntukan daripada PIBG bagi program

kecemerlangan akademik

7.2 Anggaran perbelanjaan

Bil Perkara Kuantiti Harga (RM) Jumlah

1 Bayaran pencermah 2.5 jam 150 150

2 Cenderahati

penceramah

1 50.00 50.00

3 Makan dan minuman 40 3.00 180.00

4 Fail dan bahan edaran 35 2.00 70.00

JUMLAH KESELURUHAN 450.00

8.0 IMPLIKASI JIKA PERMOHONAN DI TOLAK

Sekiranya pelajar-pelajar yang cemerlang ini tidak diberi sokongan dan peransang

kemungkinan besar mereka akan lalai dan tidak dapat mengekal dan meningkatkan

pencapaian akademik mereka dan tidak akan dapat menambahkan bilangan pelajar

yang mendapat pencapaian yang berkualiti dalam PT3 serta bidang kokurikulum.

9.0 PENUTUP

Dengan ini adalah di mohon Yang Berusaha Dipertua PIBG untuk mempertimbang

dan meluluskan usul cadangan Program Motivasi Sehari kels 3 KRK anjuran bersama

Page 5: Kertas Cadangan Program Motivasi KRK

5

Penyelaras KRK dan Unit Bimbingan dan Kaunseling dapat dipertimbangkan untuk

diluluskan.

Diharap program yang dirangka dapat memberi input yang positif kepada pelajar dan

dapat merealisasikan segala matlamat dan impian sekolah iaitu mengekalkan preatasi

yang terbaik dalam daerah Sepang. Selain itu, melahirkan pelajar yang seimbang dari

segi bidang akademik dan koakademik.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Disediakan oleh:

…………………………………

(ZARAH BT AHMAD)

Disemak oleh :

…………………………………

(HJH HABSAH BT MOHAMAD)

Disahkan oleh :

…………………………………….

( NG SIE FONG)