kertas cadangan program cabaran langkawi skytrek

5
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU PUTRA, LANGKAWI KEDAH DARUL AMAN KERTAS KERJA PROGRAM CABARAN LANGKAWI SKYTREK TEMPAT: PERDANA QUAY, PANTAI KOK, LANGKAWI TARIKH: 18 MAC 2015 (SABTU) ANJURAN: PIHAK ASRAMA SMK TUNKU PUTRA (KOR KADET POLIS SEBAGAI FASILITATOR) KERTAS CADANGAN PROGRAM CABARAN LANGKAWI SKYTREK KADET POLIS SMK TUNKU PUTRA Tarikh: 18 MAC 2015 Hari: Sabtu

Upload: se-leman

Post on 20-Feb-2016

340 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Langkawi SkytrekKertas Kerja Program Cabaran Langkawi SkytrekFlying Fox ChallengeTeam-BuildingSkytrek Challenge

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Cadangan Program Cabaran Langkawi Skytrek

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAANTUNKU PUTRA, LANGKAWI

KEDAH DARUL AMAN

KERTAS KERJAPROGRAM CABARAN LANGKAWI SKYTREK

TEMPAT:PERDANA QUAY, PANTAI KOK,

LANGKAWITARIKH:

18 MAC 2015 (SABTU)ANJURAN:

PIHAK ASRAMA SMK TUNKU PUTRA (KOR KADET POLIS SEBAGAI FASILITATOR)

KERTAS CADANGANPROGRAM CABARAN LANGKAWI SKYTREK

KADET POLIS SMK TUNKU PUTRA

Tarikh: 18 MAC 2015Hari: SabtuLokasi: Perdana Quay Pantai Kok, Langkawi

1.0 PENDAHULUAN:

Page 2: Kertas Cadangan Program Cabaran Langkawi Skytrek

Pihak Asrama SMK Tunku Putra ingin mengadakan satu program bagi mengisi slot pada hujung minggu pelajar-pelajar SMK Tunku Putra dengan harapan mendidik pelajar dan mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah dari segi mental dan fizikal. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dari segi kokurikulum.

2.0 MATLAMAT:Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai aktiviti-aktiviti luar sekolah dengan harapan dapat menarik minat pelajar untuk melibatkan diri dalam ko-kurikulum sekolah terutamanya dalam Badan Beruniform.

3.0 OBJEKTIF:- Membina keyakinan diri pelajar- Mendidik anggota kepada aktiviti-aktiviti fizikal yang baru dan menarik- Membentuk kerjasama antara peserta- Mendedahkan pelajar kepada bidang kegiatan luar- Mengeratkan hubungan sesama pelajar SMK Tunku Putra- Menanam sifat cintakan alam sekitar kepada pelajar

4.0 TARIKH:18 Mac 2015 (Sabtu)

5.0 PENYERTAAN:Pelajar asrama SMKTP terdiri daripada 50 orang pelajar asrama, 5 orang pelajar dari anggota Kadet Polis sebagai pembantu guru dan 6 orang guru pengiring.

6.0 PENGANJUR:Pihak Asrama SMK Tunku Putra (Kor Kadet Polis sebagai pembantu).

7.0 LOGISTIK:Pihak penganjur menyediakan kemudahan pengangkutan pergi dan balik kepada peserta program. Selain itu pihak penganjur juga menyediakan makan pagi dan makan tengah hari kepada peserta program.

8.0 TENTATIF PROGRAMRujuk LAMPIRAN 1

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN:

Pengangkutan pelajar pergi dan balik : RM 220Bayaran pembelian minuman dan roti pelajar : RM 50

Page 3: Kertas Cadangan Program Cabaran Langkawi Skytrek

JUMLAH : RM 270

Senarai Guru Pengiring:

- Abdul Nasser bin Mohamad Yusoff

- Nor Farahin bt Ismail

- Jasman Simebak

- Mohamad bin Mat Noor

-

PENUTUPProgram ini merupakan satu program untuk menarik minat pelajar melibatkan diri dalam bidang kokurikulum sekolah seiring dengan matlamat KPM. Di samping itu diharap program ini dapat membentuk keyakinan diri melalui pengalaman kepada pelajar dan menunjukkan contoh yang baik kepada pelajar-pelajar lain.

Disediakan oleh: Disemak oleh : Disahkan Oleh :

……………………………………. ………………………………………….. ……………………………………(ABDUL NASSER BIN (EN AZUDIN BIN MAT) (PN AZIZAH BT OTHMAN) MOHAMAD YUSOFF) PK Kokurikulum Pengetua Guru Penasihat Kadet PolisSMK Tunku Putra

LAMPIRAN 1TENTATIF PROGRAM:

Masa Aktiviti

Page 4: Kertas Cadangan Program Cabaran Langkawi Skytrek

0800 – 0830 Pelajar berkumpul di sekolah

0830 – 0900 Pergerakan pelajar ke tapak Skytrek Langkawi di Harbour Park Pantai Kok

0900 – 0930 - Sarapan pagi dan senaman ringan- Taklimat program oleh Staf Skytrek Langkawi

0930 – 1230 Peserta program memulakan Cabaran Skytrek Langkawi

1230 – 1330 Rehat dan makan tengah hari

1330 – 1400 Pergerakan pulang ke sekolah

1330 Bersurai