kertas cadangan pertandingan kalam jamaie 2015.docx

Upload: zalina

Post on 10-Jan-2016

95 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Kertas Cadangan Pertandingan Kalam Jamaie Kelompok 4 Zon Kati

Kertas Cadangan Pertandingan Kalam Jamaie Kelompok 4 Zon Kati2015

KERTAS CADANGAN PERTANDINGANKALAM JAMAIE 2015PERINGKAT ZON KATI

1. PENDAHULUANKalam Jamaie adalah satu persembahan bicara berirama secara berkumpulan seperti persembahan choral speaking. Kalam jamaie dituturkan di dalam bahasa Arab dan menitikberatkan aspek sebutan dan bahasa arab yang tepat, jelas dan fasih. Selain itu ia juga melihat kepada aspek gaya persembahan dari segi keharmonian dan gaya dari peserta. Kalam Jamaie dilihat sebagai salah satu alternatif dalam pembelajaran bahasa arab yang tidak hanyabertumpu kepada di dalam kelas sahaja.

2. TUJUAN Mencungkil bakat murid dan memberikan pendedahan dan peluang dalam aktiviti manfaat dengan selaras kehendak agama dan menggalakkan serta memberi penghargaan yang sesuai untuk mereka.

3. MATLAMAT Mengembangkan potensi murid di dalam bahasa arab serta melahirkan generasi muslim, mukmin yang terpelajar, terdidik dan bertaqwa, beriman, berilmu, beramal soleh dan berperibadi mulia.

4. OBJEKTIFa. Memartabatkan bahasa arab dan kesenian Islam.b. Memupuk minat pelajar di dalam bahasa arabc. Memilih wakil zon ke peringkat daerah. d. Memperkembangkan bakat murid melalui penglibatan mereka di dalam setiap pertandingan.e. Melahirkan murid yang berpotensi untuk diketengahkan bakat serta kebolehan dan diberikan penghargaan yang bersesuaian.

5. KUMPULAN SASARAN Murid-murid j-QAF dari Sekolah Kebangsaan dalam kelompok Kati. Pertandingan adalah terbuka kepada mana-mana sekolah yang ingin bertanding.

6. TENTATIF PROGRAM - TARIKH : 5 Ogos 2015 - MASA : 2.00 4.50 ptg - TEMPAT : Dewan SK Beluru

7. SENARAI SEKOLAH YANG TERLIBAT1. SK Beluru2. SK Sheikh Mohd Idris Al-Marbawi3. SK Kati4. SK Temong

8. JAWATANKUASA INDUK Penaung : PPD K.Kangsar Penasihat : Pn. Syarifah Tajila Syed Hashim (Penyelia PPD) Pengerusi : En. Mohd Nor Azam bin Abdul Hamid (GB SK Beluru) N.pengerusi 1 : Pn. Rohana bt Ahmad (Pk Pentadbiran SK Beluru) N. Pengerusi 2 : Pn. Hjh. Siti Rafidah binti Dikon (PK Ko SK Beluru) Setiausaha : Pn. Zalina bt Md Said Bendahari : Pn. Nurul Izzah bt Mohd Zaidi Pengerusi Zon : Guru Besar SK Kati Guru Besar SK Sauk Guru Besar SK Jenalik Guru Besar SK Paya Salak Guru Besar SK Laneh Guru Besar SK Chegar Galah Guru Besar SK Tanah Merah Guru Besar SK Temong Guru Besar SK Tanah Merah Guru Besar Ulu Ribu Guru Besar SK Cheh Guru Besar SK Sheikh Mohd Idris Al-Marbawi

9. JAWATANKUASA KERJA : 1. Persiapan pentas : SK Beluru2. PA System : SK Syeikh Idris Al-Marbawi 3. Juru Acara : SK Temong4. Penjaga Masa : SK Kati5. Pendaftaran : SK Beluru6. Buku Program : SK Beluru7. Penyambut tetamu: Semua Guru Besar Kelompok 4 Zon Kati

10. HAKIM PERTANDINGAN (akan ditentukan oleh PPD)

11. UNDIAN PERTANDINGAN :

NAMA SEKOLAHKEDUDUKAN

SK Beluru

SK Kati

SK Temong

12. PENUTUP Diharapkan usaha ini akan memberi impak yang berguna kepada murid dalam penguasaan bahasa arab serta dapat mencungkil bakat dan potensi murid. Semoga usaha ini akan mendapat taufiq dan hidayah daripada Allah SWT hendaknya. Aamiin ya Rabbal Aalamiin. Disediakan oleh;Disemak oleh :

...(ZALINA BINTI MD SAID)Setiausaha,Pertandingan Kalam Jamaie,Kelompok 4 Zon Kati

3