kertas cadangan menaik taraf padang skg

5
KERTAS CADANGAN MELUAS DAN MENAIK TARAF PADANG SEKOLAH KEBANGSAAN GEMAS PENDAHULUAN Dasar 1 M 1 S mewajibkan setiap murid menyertai sekurang- kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. LATAR BELAKANG Sekolah Kebangsaan Gemas telah diasaskan pada tahun 1938. Ia mempunyai 2 blok bangunan 3 tingkat dan 1 blok bangunan 2 tingkat. Sekolah ini mempunyai keluasan 2.9 hektar dan terletak di tengah-tengah pekan Gemas yang menjadi tempat pertemuan keretapi antara pantai timur, pantai barat dan selatan tanah air. Murid-murid sekolah ini mendiami sekitar kawasan Gemas iaitu dari Taman Gemas Indah, Taman Gemas Jaya, Taman Sentosa, Taman Gembira, Taman Bukit Lentang dan Taman Anggerik. Masyarakat Gemas

Upload: mohd-zaini-abu-bakar

Post on 25-Dec-2015

950 views

Category:

Documents


142 download

DESCRIPTION

Kertas cadangan

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Cadangan Menaik Taraf Padang Skg

KERTAS CADANGAN MELUAS DAN MENAIK TARAF PADANG

SEKOLAH KEBANGSAAN GEMAS

PENDAHULUAN

Dasar 1 M 1 S mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di

sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat

untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru

dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan

sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk

membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah

melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan.

LATAR BELAKANG

Sekolah Kebangsaan Gemas telah diasaskan pada tahun 1938. Ia mempunyai 2 blok bangunan 3

tingkat dan 1 blok bangunan 2 tingkat. Sekolah ini mempunyai keluasan 2.9 hektar dan terletak

di tengah-tengah pekan Gemas yang menjadi tempat pertemuan keretapi antara pantai timur,

pantai barat dan selatan tanah air. Murid-murid sekolah ini mendiami sekitar kawasan Gemas

iaitu dari Taman Gemas Indah, Taman Gemas Jaya, Taman Sentosa, Taman Gembira, Taman

Bukit Lentang dan Taman Anggerik. Masyarakat Gemas terdiri daripada pelbagai latar belakan

sosio ekonomi yang berbeza seperti peniaga, pekerja KTMB, pekerja kilang, penjawat awam dan

sebaginya. Jarak antara sekolah dan PPD Tampin adalah sekitar lebih kurang 55 kilometer.

BIODATA SEKOLAH

Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Gemas

Kod Sekolah : NBA5014

Bilangan Guru : 41 orang

Bilangan Murid : 401 orang termasuk PPKI dan PRA Sekolah.

Lokasi : Bandar

Gred Sekolah : B

Page 2: Kertas Cadangan Menaik Taraf Padang Skg

TUJUAN

Pada dasarnya saiz keluasan sekolah ialah 2.9 hektar, namun begitu sebahagian daripadanya iaitu

seluas 0.6 hektar kawasan tersebut terbiar dan telah dipagar kerana kawasan tersebut adalah

kawasan berpaya. Ini mengundang binatang-binatang berbisa seperti ular, biawak, kala jengking

dan sebagainya untuk mendiaminya. Oleh itu pihak sekolah berharap agar dapat :

1. Meluaskan kawasan padang sekolah yang sangat terhad.

2. Menaiktaraf kawasan berpaya seluas 0.6 hektar untuk dijadikan padang sekolah.

3. Memohon peruntukan untuk kerja menambak dan menaiktaraf padang sekolah.

4. Mewujudkan padang yang sesuai dan selesa untuk pengajaran dan pembelajaran Pendidikan

Jasmani,

5. Menjalankan aktiviti permainan yang berkaitan dengan sukan seperti bola sepak, bola jaring,

hoki, bola baling, balapan dan padang dan menjalankan aktiviti riadah serta rekreasi seperti

perkhemahan.

6. Menyediakan tempat yang lebih sesuai serta kondusif untuk murid bermain dan menjalankan

aktiviti.

OBJEKTIF

Aktiviti sukan adalah suatu aktiviti yang dapat meningkatkan gaya hidup sihat serta

meningkatkan kecergasan dan kesihatan di samping memupuk perpaduan dan membentuk

budaya minat untuk menyertai sukan di kalangan murid. Antara objektif utama meluaskan dan

menambahbaik padang sekolah adalah :

1. Menyediakan padang yang sesuai bagi membolehkan murid-murid menjalankan aktiviti sukan,

permainan dan pengajaran dan pembelajaran.

2. Meningkatkan pencapaian murid dalam setiap sukan yang disertai.

3. Mewujudkan situasi gelanggang yang sebenar dalam sesuatu permainan yang disertai.

4. Menggalakkan lebih ramai murid terlibat dalam setiap aktiviti permainan yang dijalankan.

5. Memastikan keselesaan dan keselamatan murid semasa menjalankan aktiviti kokurikulum

seperti sukan, permainan dan 1Murid1Sukan.

Page 3: Kertas Cadangan Menaik Taraf Padang Skg

TAPAK CADANGAN

ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Kerja Naiktaraf Anggaran Perbelanjaan1 Penambakan tanah2 Sistem perparitan3 Menanam rumput4 Memagar seluruh kawasan5 Lain-lain berkaitan

Disediakan Oleh :