kertas cadangan kajian tindakan celik jawi

Upload: noorfiazah-abdullah

Post on 07-Mar-2016

264 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Kertas kerja kajian tindakan Celik Jawi

TRANSCRIPT

Kertas cadangan Kajian Tindakan celik jawi mengenal, membaca dan menulis perkataan jawi mudah dengan kaedah bahan dan rakan bantu rakan bagi pelajar tahun 4 Beta SK Kerupang. 1. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS PERKATAAN JAWI MUDAH DENGAN KAEDAH BAHAN DAN RAKAN BANTU RAKAN (R&R) BAGI PELAJAR TINGKATAN 1 EFISIENNAMA SEKOLAH: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO SAGOR, 36 700 LANGKAP, PERAK. KPR 4063 : KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN KUMPULAN : B AHLI KUMPULAN:NURHIDAYAH BT HAMZAH L20111006521SUHANA ZURYATI BT KAMALUDDIN L20111006530ZULYANEI BT BADOLDIN L20111006526ZURINA BT MOHAMED ARSHAD L20111006518 2. 1.0 PENGENALAN Kami telah membuat pemerhatian terhadap keputusan dan pencapaian akademik matapelajaran Pendidikan Islam bagi pelajar Tingkatan 1 Efisien, di SMK Dato Sagor, iaitu salahsebuah sekolah di kawasan Langkap, Perak. Seramai 30 orang pelajar daripada 40 orangpelajar dari kelas 1 Efisien telah dipilih secara rawak. Ia melibatkan 15 orang murid lelaki dan15 orang murid perempuan. Masalah yang dikenalpasti adalah kurangnya kemahiranpenggunaan tulisan jawi dan pencapaian pelajaryang rendah dalam matapelajaran PendidikanIslam. Dari pemerhatian yang telah dilakukan, pelajar kurang berminat untuk belajar jawi dankurang menumpukan perhatian sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Kami telahmenemuduga guru matapelajaran Pendidikan Islam tentang isu ini serta pencapaian pelajar-pelajar tersebut. Berdasarkan rekod keputusan Ujian 1, didapati bahawa Jawi merupakankelemahan pelajar yang begitu ketara. Oleh itu, untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalammengenal, membaca dan menulis Jawi, kami merangka satu pelan tindakan yang dikenalisebagai Rakan Bantu Rakan (R&R) dan juga menggunakan alat bantu mengajar yang lebihmenarik bagi membolehkan pelajar lebih berminat untuk mempelajari tulisan Jawi.2.0 PERNYATAAN MASALAH Berdasarkan rekod Ujian 1 yang dijalankan, didapati bahawa pencapaian pelajar dalammata pelajaran Pendidikan Islam terutamanya tulisan jawi adalah sangat rendah. Gurumatapelajaran menyatakan bahawa mereka tidak celik jawi dan mereka tidak boleh menulis jawiwalaupun perkataan jawi mudah. Malahan ada yang tidak mengenal langsung huruf jawi. Berdasarkan pemerhatian dan temuramah, pelajar mengatakan bahawa susah untukmenguasai bahasa jawi. Kemungkinan guru menggunakan kaedah pengajaran danpembelajaran yang kurang menarik. Keadaan di dalam kelas dan persekitaran kawasansekolah juga tidak mesra jawi. Kemungkinan juga pengaruh keluarga, rakan-rakan dan sistempendidikan yang kurang memberi penekanan terhadap penguasaan bahasa jawi memburukkanlagi keadaan. 3. 3.0 RASIONAL KAJIAN Rasional kajian ini dijalankan adalah kerana bahasa jawi adalah bahasa Al-Quran. Iatidak kurang pentingnya dengan bahasa lain. Jika masalah ini tidak ditangani, ia akanmenyebabkan pelajar tidak celik Al-Quran seterusnya menyukarkan pelajar dalam hafazan.Kaedah yang sesuai perlu diterapkan supaya pelajar boleh sekurang-kurangnya menguasaijawi mudah atau celik jawi agar warisan kesenian Islam ini tidak pupus ditelan zaman. Secara rasionalnya, kajian ini dilakukan kerana pencapaian pelajar Tingkatan 1 Efisiendalam matapelajaran Pendidikan Islam amat rendah. Secara tidak langsung akan memberikesan yang negatif terhadap pelajar dan sekolah itu sendiri. Jika kajian ini berjaya dilaksanakansekurang-kurangnya dapat membantu pihak sekolah dalam menangani masalah ini seterusnyasemua pihak dapat mengetahui kepentingan bahasa dan tulisan jawi ini.4.0 FOKUS KAJIAN Melalui kajian ini, kami akan memfokuskan kepada kemahiran mengenal huruf,membaca dan menulis satu dan dua suku kata terbuka dan tertutup dalam tulisan jawi. Inikerana kebanyakan pelajar tidak mengenal langsung huruf jawi menyebabkan pelajar kurangberminat untuk belajar jawi.5.0 OBJEKTIF KAJIAN Selepas kajian ini selesai dijalankan pelajar dapat mencapai objektif berikut: 5.1 Objektif umum Pelajar dapat mengenal huruf, mengeja dan menulis perkataan dalam tulisan jawi dengan mudah. 4. 5.2 Objektif khusus i. Untuk menarik minat pelajar mempelajari bahasa jawi. ii. Membantu pelajar dapat mengenal huruf jawi. iii. Membantu pelajar mengetahui cara menyambung huruf dengan cara yang betul. iv. Membantu pelajar membezakan huruf yang boleh disambung dengan huruf yang tidak boleh disambung. v. Membantu pelajar mengeja satu dan dua suku kata dalam tulian jawi dengan betul. vi. Membantu guru mempelbagaikan kaedah pengajaran di dalam kelas.6.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan 30 orang daripada 40 orang pelajar dalam Tingkatan1 Efisien.Pelajar itu terdiri daripada 15 orang murid lelaki dan 15 orang murid perempuan.7.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN Sebelum langkah-langkah yang seterusnya di ambil dalam menjalankan kajian ini,tinjauan awal masalah yang dikenalpasti akan di buat untuk memahami dengan lebih mendalammasalah ini. Tinjauan dilakukan dengan mengumpul data seperti berikut: 7.1 TINJAUAN AWAL MASALAH 7.1.1. Pre-Test Jawi. Kami mendapati pencapaian pelajar adalah sangat lemah dalam jawi berdasarkan pre-test dan Ujian 1 yang telah dijalankan di dalam kelas. Melalui ujian tersebut didapati pencapaian pelajar adalah sangat lemah dalam bahagian menyambung huruf dan menulis perkataan dalam tulisan jawi. 5. 7.1.2.Buku Latihan Masalah pelajar dalam menguasai jawi juga dapat dikenalpasti apabilakami memeriksa buku latihan Jawi pelajar. Di sini kami mendapati bahawa: a) Terdapat pelajar yang lansung tidak pandai menulis suku kata jawi. b) Ada pelajar yang tidak dapat menulis dengan cara yang betul. c) Ada pelajar yang tidak menulis suku kata itu sehingga lengkap. d) Ada pelajar yang menulis sehingga saya tidak dapat mengenal pasti kalimah apa yang telah ditulis. 7.1.3. Bacaan spontan dalam kelas. Semasa proses P&P di dalam kelas, kami telah meminta pelajar untuk membaca buku teks atau petikan mudah secara bergilir. Daripada pemerhatian yang telah dilakukan, jumlah pelajar yang celik jawi adalah sangat sedikit. Melalui pemerhatian kami juga kebanyakkan pelajar tidak boleh menyebut malahan pelajar juga tidak boleh membaca teks yang telah diberikan. 7.1.4.Sikap dan Minat. Hasil daripada pemerhatian yang telah dilakukan, ianya menunjukan pelajar-pelajar ini tidak berminat untuk mempelajari jawi. Ini kerana pelajar berpendapat bahawa adalah sangat sukar untuk dipelajari dan ianya tidak penting berbanding kemahiran-kemahiran lain. Selain daripada itu hasil pemerhatian juga menunjukkan pelajar tidak menggunakan masa yang terluang dengan sebaik- baiknya untuk mempelajari kemahiran jawi walaupun pelajar sedar akan kekurangan dan kelemahan diri masing-masing. 7.1.5.Peranan Ibu Bapa 6. Melalui pemerhatian juga didapati pelajar lemah dalam penguasaan jawi disebabkan oleh faktor ibu bapa. Kesedaran ibu bapa dalam membantu anak-anak mereka menguasai jawi adalah sangat kurang. Tambahan pula, terdapat pelajar yang tidak pernah dihantar belajar di sekolah agama oleh ibu bapa. Sebagai ibu bapa, mereka perlulah menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama yang kebiasaannya terdapat pada waktu petang sejak di peringkat rendah lagi. Ini penting untuk menarik minat pelajar untuk mempelajari jawi dan untuk memastikan pelajar mendapat kemahiran asas jawi daripada awal lagi. Pelajar-pelajar yang dihantar ke sekolah agama, secara tidak langsung akan lebih cekap dalam menguasai jawi apabila belajar di sekolah.8.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN Setelah membuat pemerhatian di atas permasalahan yang dihadapi oleh pelajar, kamitelah menjalankan beberapa kaedah yang dianggap bersesuaian untuk memastikan pelajar-pelajar mendapat menguasai jawi dengan sebaik-baiknya. 8.1.Kaedah flash card/carta. Kaedah flash card ataupun dikenali juga sebagai carta adalah kaedah dimana guru akan menunjukkan flash card/ carta yang mana mempunyai tulisan jawi yang sangat jelas dan menarik. Setelah itu guru tersebut akan menyebut satu persatu dan akan diikuti oleh pelajar beramai-ramai dan juga secara individu. Flash card/ carta yang jelas dan interaktif akan menarik minat pelajar untuk memberi tumpuan terhadap apa yang diajar oleh guru. 8.2.Kaedah tekap. Kaedah ini pula dilakukan dengan cara guru akan mengedarkan suku kata tertutup yang mempunyai tulisan jawi kepada pelajar-pelajar. Setelah itu, guru akan mengarahkan pelajar untuk menekap tulisan guru tersebut. Pada masa yang sama, guru akan memegang tangan murid untuk menekap tulisan jawi itu dengan cara yang 7. betul. Manakala pelajar pula akan mengikut kalimah itu berulang-ulang kali sehingga tamat.8.3.Tunjukcara Kaedah ini adalah salah satu cara yang digunakan untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam jawi. Teknik yang dilakukan adalah di mana, guru akan mengajar pelajar menulis jawi di udara. Guru akan menunjukan cara menulis jawi dengan cara yang betul di udara. Setelah itu guru akan menyuruh pelajar-pelajar mengangkat tangan sehingga ke paras bahu dan menggunakan jari telunjuk menulis huruf itu di udara. Di samping itu, kami juga meminta pelajar menulis di hadapan kelas secara bergilir-gilir.8.4.Rakan bantu rakan (R&R) Teknik pertama yang dilakukan dalam kaedah ini adalah dengan mengenal pasti kebolehan pelajar-pelajar di dalam kelas. Pelajar yang dikenal pasti mempunyai penguasaan jawi yang lebih baik akan dilantik menjadi ketua. Dalam kaedah ini ketua yang dilantik akan diberikan tugas. Tugas tersebut adalah memastikan arahan yang disampaikan oleh guru difahami dan dikuasai sepenuhnya oleh anak buah mereka. Sebagai seorang ketua, mestilah bertanggungjawab untuk melaporkan prestasi dan hasil daripada setiap aktiviti yang dijalankan yang mana merangkumi: a) Penggunaan buku Kaedah Cepat Jawi 1 & 2. b) Penggunaan buku Kaedah Mudah Jawi c) Akhbar dalam darjah - penggunaan akhabar Sisipan Jawi di dalam suratkhabar Utusan Malaysia pada setipa hari Isnin. d) Powerpoint Jawi. e) Bahan-bahan riso. 8. 9.0 JADUAL PERLAKSANAAN TEMPOH BIL. AKTIVITI CATATAN PERLAKSANAAN Mengenal pasti masalah dan mengumpul 1. data awal. 18 Julai 2011 2. Merancang Tindakan 25 Julai 2011 3. Menulis proposal kajian 29 Julai 2011 4. Melaksanakan tindakan (aktiviti 1) 1 Ogos 2011 Membincangkan masalah yang timbul 12 Ogos 2011 5. dalam tindakan aktiviti 1 6. Melaksanakan tindakan (aktiviti 2 & 3) 15 Ogos 2011 Membincangkan masalah yang timbul 5 September 2011 7. dalam tindakan aktiviti 2 & 3 8. Melaksanakan tindakan (aktiviti 4) 12 September 2011 Membincangkan masalah yang timbul 30 September 2011 9. dalam tindakan aktiviti 4 10. Ujian untuk mengesan pencapaian 6 Oktober 2011 11. Refleksi Kajian 14 Oktober 2011 12. Menulis Laporan Kajian 17 Oktober 2011 9. 13. Pembentangan Dapatan Kajian 31 Oktober 201110. KOS PERBELANJAAN BIL. JENIS BAHAN KUANTITI X HARGA JUMLAH KOS SEUNIT 1. Kertas A4 5 x RM 8.00 RM 40.00 2. Printer Cartridge 1 x RM 85.00 RM 85.00 3. Fotostat Bahan RM 50.00 4. Buku Catatan Guru 1 x RM 2.00 RM 2.00 5. Kad Manila 10 x RM 0.50 RM 5.00 6. Kertas Warna 8 x RM 1.00 RM 8.00 7. Alat tulis dan Marker Pen RM 10.00 JUMLAH RM 200.008. PENUTUPBerbekalkan keazaman, usaha, komitmen dan kesabaran yang tinggi serta pelbagai aktiviti yangdirancang ini diharap dapat menarik dan memupuk minat pelajar untuk menguasai penulisan jawi yangmerupakan khazanah bangsa yang sangat berharga.