kertas cadangan english fun zone

7
ENGLISH FUN ZONE KERTAS KERJA CADANGAN ANJURAN: PANITIA BAHASA INGGERIS PENGURUS PROJEK: PN. NOOR FAIZAH BT AHMAD RAMLI SMK ABDUL SAMAD 16600 PULAI CHONDONG KELANTAN

Upload: fifyramli

Post on 03-Sep-2015

589 views

Category:

Documents


54 download

DESCRIPTION

paperwork for teachers planning to set up an english zone

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA CADANGANPROJEK KECERIAAN ENGLISH FUN ZONE PANITIA BAHASA INGGERIS TAHUN 2015

1.0 PENGENALAN

Persekitaran kawasan sekolah yang kondusif, ceria dan bersih sewajarnya menjadi wahana untuk merealisasikan pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang. Penyediaan sudut-sudut yang khusus berkaitan akademik/panitia juga sangat penting dalam menyerapkan elemen pendidikan sepanjang hayat dalam persekitaran sekolah. Maka, setiap sudut tersebut haruslah dilengkapi dengan bahan-bahan berinformasi serta menarik perhatian murid. Justeru, keceriaan sudut English Fun Zone ini perlulah sentiasa dikemaskini agar menjadi bahan rangsangan yang boleh digunakan oleh murid-murid dalam proses pembelajaran mereka.

2.0 RASIONALTujuan utama projek keceriaan sudut English Fun Zone adalah untuk menarik minat murid-murid terhadap Bahasa Inggeris. Di samping itu, sudut ini juga turut menjadi medan untuk memberi pendedahan kepada muid-murid tentang aspek-aspek asas berkaitan kemahiran berbahasa Inggeris, didik hibur serta menjadi wadah yang menyajikan informasi yang terkini berkaitan aktiviti-aktiviti anjuran Panitia Bahasa Inggeris 2015.

3.0 OBJEKTIF3.1 Menjadikan English Fun Zone sebagai pusat tumpuan untuk semua murid mendapatkan informasi terkini berkaitan Panitia Bahasa Inggeris 2015.3.2 Menarik minat murid untuk meningkatkan skil asas dalam Bahasa Inggeris secara santai.3.3 Merangsang murid untuk berasa seronok mempelajari Bahasa Inggeris melalui bahan-bahan serta permainan bahasa yang disediakan.

4.0 TEMPATDinding kanan lorong bersebelahan makmal sains(Bekas tapak Galeri Sejarah SMKAS)

5.0 TEMARujuk Lampiran 1

6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

PENASIHAT : EN. MOHD ROHZAINI B. MOHD ZAINPENGERUSI : PN. HO SHIOW LING PENGURUS PROJEK : PN. NOOR FAIZAH BT. AHMAD RAMLIPENOLONG PENGURUS : PN. RAJA NUR IZA BT. RAJA KAMARUZZAMANAJK BULLETIN BOARD : 1. GURU-GURU BAHASA INGGERIS 2. AHLI ENGLISH LANGUAGE SOCIETY

7.0 JADUAL PERANCANGAN PROJEK/ PELAN TINDAKAN

BilAktivitiBahan yang diperlukanTindakan

1Pembinaaan draf konsep dan kertas kerja projek.Kertas / Buku CatatanPengurus Projek

2Perbincangan dengan pihak pentadbir untuk dapatkan khidmat nasihat dan cara untuk dapatkan kelulusan dan sokongan pengetua.Kertas cadanganPengurus Projek / Ketua Panitia

3Bincang dengan Ketua Kerani untuk dapatkan dana dan peruntukan dengan izin pengetua.Nota minta Pengurus Projek Pengetua Ketua Kerani

4Memilih dan mencari bahan yang bersesuaian.Nota bersesuaianGambar bersesuaianPengurus Projek dibantu oleh AJK terlibat

5Isi nota minta dan dapatkan tandatangan kebenaran khas pengetua untuk pembelian bahan utama untuk English Fun Zone.Kertas A4Kertas LaminateBahan bersesuaianPengurus ProjekKetua Kerani

6Mulakan proses keceriaanBahan dan alatan bersesuaianPengurus Projek di bantu oleh AJK terlibat.

7.Refleksi dan pendokumentasianKertas dokumentasiPengurus Projek

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil.PerkaraUnitHarga seunitJumlah

1.Papan kenyataan (berkaca)8 kaki x 4 kaki2350.00700.00

2.Cat emulsion/undercoat (putih)170.0070.00

3.Cat Pelaka 614.5087.00

4.Berus (4)24.208.40

5.Kertas a418.508.50

6.Kertas berwarna311.0011.00

7.Bahan- bahan lain (gam, alat tulis, hiasan)50.0050.00

JUMLAH KESELURUHANRM 934.90

8.1 Peralatan yang perlu dibeli

8.2 Peralatan lain yang diperlukan

BilItemUnit

1.LCD Projector1

2.Berus kecil5

3.Pen marker hitam1

4.Palet warna2

9.0 PENUTUPAlhamdulillah, kami selaku AJK Pelaksana Projek Keceriaan English Fun Zone amat berharap agar projek ini akan mendapat sokongan sepenuhnya daripada pihak pentadbiran SMK Abdul Samad dan juga Panitia Bahasa Inggeris. Semoga semua pihak mendapat manfaatnya. Wasalam.

Disediakan oleh :

............................................... (PN. NOOR FAIZAH BT. AHMAD RAMLI) Pengurus Projek Disemak oleh :

.......................................(PN. HO SHIOW LING)Ketua Panitia Bahasa InggerisSMK Abdul Samad

Disahkan oleh :

...............................(EN. MOHD ROHZAINI B. MOHD ZAIN)Pengetua/PenasihatSMK Abdul Samad

KERTAS CADANGAN ENGLISH FUN ZONE