kertas 3 sejarah periksa akhir tahun 2013 tingkatan 4 (ver 3).pdf

9
Kertas 3 Sejarah Periksa Akhir Tahun 2013 Tingkatan 4 – Bab 9 (complete) 1)Pengenalan (5 markah) Penjelajahan dan penerokaan merupakan kegiatan para pelaut Eropah mencari laluan baru untuk membolehkan mereka menuju ke Timur. Pada abad yang ke-16 M, mereka telah berjaya menjelajah ke beberapa kawasan di luar Eropah. Kejayaan sains dan teknologi pada Zaman Renaissance turut membantu kegiatan penerokaan dan penjelajahan Eropah. Namun, penguasaan Istanbul oleh Turki pada tahun 1453 menyebabkan orang Eropah menghadapi masalah untuk mendapatkan barangan melaui jalan ini. Lantas, orang Eropah mencari jalan alternatif untuk ke Timur dengan meneroka Lautan Atlantik dan mereka telah berjaya menjadikan Lautan Atlantik sebagai laluan mereka ke Timur. Ini menjelaskan bahawa orang Eropah pada masa itu sangat berani dan optimistik sehinggakan mereka sanggup untuk mencari jalan mudah untuk berhadapan dengan masalah yang menyekat perkembangan ekonomi mereka. 2)Sebab-Sebab Berlakunya Kegiatan Penjelajahan dan Penerokaan (30 markah) Antara sebab berlakunya kegiatan penjelajahan dan penerokaan kuasa barat ke Timur dapat dirumuskan dengan kata-kata Gold , Gospel dan Glory. Konsep ‘’gold’’ dan “gospel” ini terbentuk disebabkan oleh desakan ekonomi yang terdapat di Eropah dan semangat keagamaan. Orang Eropah pada masa itu ingin mendapatkan barangan seperti emas, sutera, dan rempah-ratus dari timur. Raja Sepanyol,Putera Henry dan Raja Portugal ,Ratu Isabella merupakan pemerintah yang banyak bertanggungjawab memberikan galakan kepada usaha ini, kerana perdagangan emas , sutera, rempah- ratus mendatangkan banyak keuntungan. Namun begitu,aktiviti penjelajahan dan penerokaan ini telah menimbulkan persaingan yang sengit antara kuasa-kuasa Eropah.Sebagai contoh,Sepanyol telah menumpukan penerokaan ke Amerika Latin walaupun turut menjelajah ke Timur.Manakala pelaut Portugal lebih awal sampai ke Timur daripada pelaut Sepanyol.Dalam pada itu,kuasa Portugal juga mempunyai kepentingan di Amerika Latin.Oleh itu,kedua-dua kuasa tersebut saling bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan tanah jajahan takluk masing- masing. Persaingan ini akhirnya telah menyebabkan pihak Paus di Rom menggesa kedua-dua kuasa tersebut menetapkan kawasan pengaruh masing-masing.Oleh itu,pada tahun 1494,Perjanjian Tordesillas telah ditandatangani.Dengan perjanjian tersebut kawasan ke Timur dari kepulauan Tanjung Verde dan Hindia Barat di Lautan Atlantik telah dianggap sebagai kawasan Portugal dan kawasan ke baratnya dianggap sebagai kawasan Sepanyol. Selain itu,kuasa Eropah pada zaman itu juga memiliki ramai pelaut unggul pada termasuklah Cristopher Columbus.Beliau merupakan orang Eropah pertama yang sampai ke Amerika.Dalam pelayaran ke Timur pula,salah seorang pelayar terkenal pada masa itu ialah Ferdinand Magellan.Beliau telah berjaya sampai ke Filipina meskipun terbunuh di salah sebuah kepulauan di Filipina dalam perjalanannya menuju ke Kepulauan Maluku.

Upload: soa-firdaus

Post on 26-Oct-2015

1.587 views

Category:

Documents


29 download

DESCRIPTION

Form 4's SPM 2013

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas 3 Sejarah Periksa Akhir Tahun 2013 Tingkatan 4 (ver 3).pdf

Kertas 3 Sejarah Periksa Akhir Tahun 2013 Tingkatan 4 – Bab 9 (complete)

1)Pengenalan (5 markah)

Penjelajahan dan penerokaan merupakan kegiatan para pelaut Eropah mencari laluan baru untuk

membolehkan mereka menuju ke Timur. Pada abad yang ke-16 M, mereka telah berjaya menjelajah ke

beberapa kawasan di luar Eropah. Kejayaan sains dan teknologi pada Zaman Renaissance turut membantu

kegiatan penerokaan dan penjelajahan Eropah. Namun, penguasaan Istanbul oleh Turki pada tahun 1453

menyebabkan orang Eropah menghadapi masalah untuk mendapatkan barangan melaui jalan ini. Lantas,

orang Eropah mencari jalan alternatif untuk ke Timur dengan meneroka Lautan Atlantik dan mereka telah

berjaya menjadikan Lautan Atlantik sebagai laluan mereka ke Timur. Ini menjelaskan bahawa orang Eropah

pada masa itu sangat berani dan optimistik sehinggakan mereka sanggup untuk mencari jalan mudah

untuk berhadapan dengan masalah yang menyekat perkembangan ekonomi mereka.

2)Sebab-Sebab Berlakunya Kegiatan Penjelajahan dan Penerokaan (30 markah)

Antara sebab berlakunya kegiatan penjelajahan dan penerokaan kuasa barat ke Timur dapat

dirumuskan dengan kata-kata Gold , Gospel dan Glory. Konsep ‘’gold’’ dan “gospel” ini terbentuk

disebabkan oleh desakan ekonomi yang terdapat di Eropah dan semangat keagamaan. Orang Eropah pada

masa itu ingin mendapatkan barangan seperti emas, sutera, dan rempah-ratus dari timur. Raja

Sepanyol,Putera Henry dan Raja Portugal ,Ratu Isabella merupakan pemerintah yang banyak

bertanggungjawab memberikan galakan kepada usaha ini, kerana perdagangan emas , sutera, rempah-

ratus mendatangkan banyak keuntungan.

Namun begitu,aktiviti penjelajahan dan penerokaan ini telah menimbulkan persaingan yang sengit

antara kuasa-kuasa Eropah.Sebagai contoh,Sepanyol telah menumpukan penerokaan ke Amerika Latin

walaupun turut menjelajah ke Timur.Manakala pelaut Portugal lebih awal sampai ke Timur daripada pelaut

Sepanyol.Dalam pada itu,kuasa Portugal juga mempunyai kepentingan di Amerika Latin.Oleh itu,kedua-dua

kuasa tersebut saling bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan tanah jajahan takluk masing-

masing.

Persaingan ini akhirnya telah menyebabkan pihak Paus di Rom menggesa kedua-dua kuasa tersebut

menetapkan kawasan pengaruh masing-masing.Oleh itu,pada tahun 1494,Perjanjian Tordesillas telah

ditandatangani.Dengan perjanjian tersebut kawasan ke Timur dari kepulauan Tanjung Verde dan Hindia

Barat di Lautan Atlantik telah dianggap sebagai kawasan Portugal dan kawasan ke baratnya dianggap

sebagai kawasan Sepanyol.

Selain itu,kuasa Eropah pada zaman itu juga memiliki ramai pelaut unggul pada termasuklah

Cristopher Columbus.Beliau merupakan orang Eropah pertama yang sampai ke Amerika.Dalam pelayaran

ke Timur pula,salah seorang pelayar terkenal pada masa itu ialah Ferdinand Magellan.Beliau telah berjaya

sampai ke Filipina meskipun terbunuh di salah sebuah kepulauan di Filipina dalam perjalanannya menuju

ke Kepulauan Maluku.

Page 2: Kertas 3 Sejarah Periksa Akhir Tahun 2013 Tingkatan 4 (ver 3).pdf

Di samping itu, Sepanyol dan Portugal juga merupakan dua buah negara Katolik yang mempunyai

pengaruh gereja yang kuat.Oleh itu,pihak penguasa Gereja memberikan galakan dalam kegiatan ini bagi

menakankan usaha untuk menyebarkan agama Kristian ke seberang laut.Sepanyol yang pernah dikuasai

oleh orang Islam pada satu masa dulu,begitu bersemangat untuk menyebarkan agama Kristian pula.Vasco

da Gama merupakan antara contoh pelaut yang gigih dalam menyebarkan dakyah Kristian ini.

Monarki baru di England,Perancis dan Belanda turut memberikan galakan yang amat

memberansangkan dalam aktiviti penjajahan dan penerokaan ke sebarang laut.Kegiatan ini bertambah

rancak apabila didorong oleh semangat kebanggaan bangsa untuk menjelajah dunia di luar Eropah.

.(15 markah)Kesan Kegiatan Penjelajahan Dan Penerokaan3)

Antara kesan kegiatan penjelajahan dan penerokaan dari segi politik ialah perjanjian Eropah.

Penguasa tempatan terpaksa membuat perjanjian dengan wakil suara Eropah. Selain itu, syarikat

merupakan kesan kegiatan penjelajahan dan penerokaan. Pemerintah tempatan terpaksa mengiktiraf

kekuatan kuasa Eropah. Di samping itu, penguasa tempatan perlu mengiktiraf penglibatan Eropah dalam

perdagangan melalui syarikat berpiagam.

Kesan kegiatan penjelajahan dan penerokaan dari segi ekonomi pula ialah pembekal barang.

Negara luar Eropah menjadi pembekal barang keperluan masyarakat di Eropah. Selain itu, pusat emporium

dunia telah dikuasai oleh kuasa Eropah disebabkan kegiatan penjelajahan dan penerokaan. Seterusnya,

antara kesan kegiatan penjelajahan dan penerokaan ialah kuasa Eropah membolot kekayaan negeri yang

mereka jajah.

Akhir sekali,antara akibat kegiatan penjelajahan dan penerokaan dari segi sosial pula ialah gaya

hidup masyarakat tempatan terpengaruh dengan gaya hidup masyrakat Eropah. Selain itu, masyarakat

peribumi akan terpaksa menerima agama Kristian. Di samping itu, penghijrahan beramai-ramai orang

Eropah mewujudkan sebuah masyarakat yang baru di wilayah yang ditakluki. Seterusnya, tamadun

tempatan akan dihapuskan oleh kuasa Eropah.

4)Langkah yang diambil oleh Malaysia untuk menggalakkan penemuan baru.(15 markah)

Antara langkah yang perlu diambil oleh kerajaan Malaysia untuk menggalakkan penemuan

baru ialah dengan cara menguasai ilmu pengetahuan, dan juga mempunyai semangat inkuiri yang tinggi.

Malaysia juga haruslah memastikan rakyatnya supaya memiliki sifat keberanian dan kegigihan berusaha

yang tinggi untuk mencapai matlamat hidup.

Selain itu, langkah-langkah yang perlu ditekankan oleh Malaysia adalah mengekalkan keamanan negara

dengan cara membanteras perhimpunan haram seperti yang sering pada masa kini. Malaysia juga haruslah

memastikan rakyatnya mementingkan sifat kreatif dan inovatif dalam diri masing-masing supaya sentiasa

maju ke hadapan.

Page 3: Kertas 3 Sejarah Periksa Akhir Tahun 2013 Tingkatan 4 (ver 3).pdf

Seterusnya, kerajaan perlu memberi inisiatif untuk menggalakkan rakyat untuk menjelajah dan meneroka

lautan dan daratan , supaya mereka berani mengambil risiko untuk kemajuan negara. Hal ini membolehkan

negara menguasai pelbagai kemahiran malah kemahiran baharu juga boleh didapa dari kegiatan ini dan

kemudian akan meningkatkan semangat juang yang tinggi.

Di samping itu, memajukan bidang ICT juga antara langkah yang perlu diambil oleh kerajaan untuk

menggalakkan penemuan baru, kerana dengan adanya bidang ICT yang canggih , komunikasi dan

pengongsian ilmu akan menjadi lebih giat. Malah, ia juga akan menggalakkan pelaburan asing sekali gus ia

akan memanfaatkan sumber optimum negara serta meningkatkan kecekapan pentadbiran kerajaan.

Kerajaan juga perlu mengambil langkah memberikan inisiatif seperti memberi dana atau bantuan,

contohnya Dana 1Malaysia, Sejuta Impian dan lain-lain serta ingin menaiktarafkan Institusi Kemahiraan

MARA , sekolah vokasional dan lain lain institusi kemahiran, dengan ini ia akan mengurangkan karenah

birokrasi.

5)Pencapaian Malaysia Sejak Merdeka Hingga Kini (10 Markah)

1. EKONOMI

Malaysia merupakan sebuah negara berpendapatan sederhana dan berubah daripada sebuah negara

pengeluar bahan mentah seperti getah, bijih timah dan sebagainya pada 1971 kepada negara berekonomi

pelbagai sektor melalui Dasar Ekonomi Baru. Pada dasarnya, pertumbuhan Malaysia adalah bergantung

kepada eksport bahan elektronik seperti cip komputer dan sebagainya. Akibatnya, Malaysia merasai

tekanan hebat semasa kegawatan ekonomi pada 1998 dan kemerosotan dalam sektor teknologi maklumat

pada tahun 2001. KDNK pada tahun 2001 hanya meningkat sebanyak 0.3% disebabkan pengurangan 11%

dalam bilangan eksport tetapi pakej perangsang fizikal yang besar telah mengurangkan kesan gawat

tersebut.

Malaysia mempunyai persekitaran makroekonomi yang stabil (di mana kadar inflasi dan kadar

pengangguran kekal di bawah 3%), simpanan pertukaran wang asing yang sihat, dan hutang luar yang kecil.

Ini membolehkan Malaysia untuk tidak lagi mengalami krisis yang sama seperti Krisis Kewangan Asia pada

1997. Walaubagaimanapun, prospek jangka panjang kelihatan agak kabur disebabkan kurangnya

perubahan dalam sektor korporat terutama sekali sektor yang berurusan dengan hutang korporat yang

tinggi dan kompetitif.

2 SUKAN

Kejayaan Malaysia dalam pelbagai arena sukan telah menaikkan nama negara kita ,tidak kira sama ada di

peringkat tempatan atau antarabangsa kerana atlit-atlit di negara kita telah berusaha bersungguh-sungguh

Page 4: Kertas 3 Sejarah Periksa Akhir Tahun 2013 Tingkatan 4 (ver 3).pdf

untuk sampai ke peringkat ini demi mengharumkan nama negara .Contohnya , pasukan badminton telah

menjuarai Piala Thomas pada tahun 1992 dan Nicol Ann David menjuarai pertandingan skuasy dunia

Lagenda sukan di negara Malaysia

Dato 'Mokhtar Dahari

Allahyarham Dato 'Mokhtar Dahari (13 November 1953 - 11 Julai 1991) adalah seorang pemain bola sepak

Persatuan Malaysia dari Setapak, Selangor (pada masa itu). Beliau adalah salah seorang pemain terbaik di

Asia pada tahun 1970 dan dikenali sebagai pemain bola sepak terbaik Malaysia pada masa itu, seorang

lagenda dalam bola sepak Malaysia. Pada 1970-an, Mokhtar bermain untuk Malaysia dan Malaysia menjadi

satu pasukan yang kuat dan mengalahkan gergasi Asia seperti Korea Selatan dan Jepun.

Beliau digelar SuperMokh [1] kerana kemahiran bermain beliau, kekuatan dan keupayaan untuk

menjaringkan gol yang luar biasa sepanjang kerjayanya. Salah satu masa yang terkenal Mokhtar adalah

apabila Mokhtar berjabat tangan dengan Diego Maradona sebelum perlawanan persahabatan dengan

Boca Juniors.Beliau juga dikenali sebagai SuperMokh .

Misbun Sidek

Dato 'Misbun Sidek (lahir 17 Feb 1960) adalah bekas pemain badminton Malaysia yang tertinggi di

kalangan pemain perseorangan yang terkemuka di dunia lelaki 1980-an. Beliau adalah anak sulung

daripada enam yang terkenal Sidek saudara, semua yang terlibat secara aktif dalam arena badminton

antarabangsa. Walaupun dia gagal untuk menangkap beberapa tajuk besar badminton seperti Kejohanan

Dunia, All-Englands, dan Sukan Asia, Misbun telah dikenali sebagai "pembunuh gergasi," yang, pada

terbaik, boleh mengalahkan mana-mana pemain atas era beliau.

3.TEKNOLOGI

Kemajuan Sains dan Teknologi (S&T) merupakan satu ciri sebuah negara maju. S&T perlu

dibangunkan sebagai pemangkin kepada aktiviti ekonomi dan menjadi penggerak kemajuan sesebuah

negara. Hubungan S&T dengan ekonomi sangat rapat. Sesebuah negara yang maju ekonominya tetapi

tidak ada aktiviti S&T ibarat manusia yang hidup sihat tetapi tidak punya 5 pancaindera. Manakala negara

yang maju S&T tetapi tidak mantap ekonominya, ibarat manusia yang lengkap pancaindera tapi tidak

bertenaga. Kesan kedua-dua keadaan ini ialah negara akan bersifat statik. Malah mungkin akan jadi

mundur. Sebaliknya perkembangan menggalakkan dalam kedua-dua bidang (S&T dan ekonomi)

membolehkan sesebuah negara menjadi dinamik dan berkembang. Maka mutu dan taraf hidup

masyarakatnya akan meningkat.

Antara faktor perkembangan ekonomi ialah kemajuan S&T. Ini kerana aktiviti ekonomi banyak bergantung

kepada teknologi, dan ianya berkait rapat pula dengan kemajuan sains. Melalui penyelidikan sains, banyak

teknologi baru dapat dibangunkan. Kemajuan teknologi membolehkan peralatan-peralatan baru dibina

bagi tujuan aktiviti ekonomi. Bidang perindustrian, misalnya, banyak bergantung kepada teknologi.

Antaranya keperluan dalam pembinaan bangunan, kemudahan infrastruktur dan alat pengangkutan, serta

penggunaan mesin/robot dalam sektor pembuatan. Bidang perindustrian merupakan antara faktor kepada

kemajuan ekonomi moden. Tanpa S&T, industri mungkin tidak akan berkembang. Akibatnya aktiviti

Page 5: Kertas 3 Sejarah Periksa Akhir Tahun 2013 Tingkatan 4 (ver 3).pdf

ekonomi sesebuah negara tidak dapat berlaku dengan berkesan. Ini akan menjejaskan pendapatan dan

hasil ekonomi sesebuah negara industri seperti Malaysia.

Matlamat meningkatkan keupayaan S&T berasaskan kepada hasrat untuk membentuk satu "ekonomi yang

cekap teknologinya mampu melakukan penyesuaian pembaharuan dan pelaburan yang berteknologi

intensif dan bergerak ke arah penggunaan teknologi yang canggih."

MINT - 1972

Telah ditubuhkan pada 1972 dan dikenali sebagai Pusat Penyelidikan Atom Tun Ismail. Pada Jun 1983

PUSPATI ditukar nama kepada Unit Tenaga Nuklear (UTN) dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana

Menteri. Pada Oktober 1990, UTN telah dipindahkan menjadi sebuah institut penyelidikan teknologi

nuklear terunggul di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan dikenali sebagai MINT

(Malaysian Institute for Nuclear Technology) pada 10 Ogos 1994. Ia bertanggungjawab memperkenal dan

mempromosikan penggunaan sains nuklear dalam pembangunan negara.

MIMOS - 1985

Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia atau (Malaysian Institute of Microelectronic System) ditubuhkan

pada tahun 1985 di bawah Jabatan Perdana Menteri dan telah dipindahkan menjadi sebuah agensi di

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi pada bulan November 1990. MIMOS bertanggungjawab

membantu melaksanakan R & D kepada industri elektronik tempatan supaya menjadi lebih competatif dan

inovatif.

Malaysia East Asia Satellite - 1996

MEASAT (Malaysia East Asia Satellite) merupakan nama barisan satelit komunikasi Malaysia yang dimiliki

dan dikendali oleh MEASAT Satellite Systems Sdn. Bhd. Sehingga awal 2007, jaringan satelit MEASAT

terdiri daripada tiga satelit geopegun yang direka dan dibina oleh Boeing Satellite Development Center

(dahulunya Boeing Satellite Systems). MEASAT-1 dan MEASAT-2 dilancarkan pada 1996 dan MEASAT-3

pada 2006. Satelit MEASAT-1 dan 2 direka bagi membenarkan khidmat televisyen langsung kepada

pengguna selama 12 tahun di Malaysia dan juga bagi khidmat perhubungan awam di kawasan dari

Malaysia kepada Filipina dan dari Beijing hingga ke Indonesia.

Koridor Raya Multimedia - 1996

Page 6: Kertas 3 Sejarah Periksa Akhir Tahun 2013 Tingkatan 4 (ver 3).pdf

Koridor Raya Multimedia adalah satu inisiatif menarik dari Malaysia untuk industri global informasi dan

teknologi (ICT). Projek ini diumumkan oleh Datuk Seri Dr. Mahathir semasa merasmikan Persidangan

Multimedia Asia pada 1 Ogos 1996. Juga dikenali sebagai "MSC MALAYSIA" di Malaysia, Koridor Raya

Multimedia bertujuan untuk menarik syarikat-syarikat IT dari seluruh dunia bertapak di Malaysia dengan

menawarkan pengecualian cukai syarikat sementara serta kemudahan-kemudahan berteknologi tinggi.

Multimedia Development Corporation telah diberi mandat oleh kerajaan Malaysia untuk menyelia

perkembangan MSC.

7 Aplikasi Perdana e-Government - 1996

Bagi memantapkan objektif Wawasan 2020, satu usaha bersepadu telah dilaksanakan melalui tujuh

inovatif Aplikasi Perdana. Aplikasi ini telah dibangunkan untuk melonjakkan Inisiatif MSC Malaysia dan

mencipta utopia multimedia untuk pengusaha-pengusaha dan penguna-penguna yang inovatif di pelbagai

bidang multimedia teknologi. Multimedia Super Corridor(MSC) menawarkan inisiatif menarik untuk rakyat

Malaysia di era informasi ini. Tujuh aplikasi perdana MSC ialah Kerajaan Elektronik, Kad Pintar Pelbagai

guna, Sekolah Pintar, Telekesihatan, Kumpulan R&D, e-Perniagaan dan Pembangunan Usahawan

Teknologi.

Taman Teknologi Malaysia - 1996

Taman Teknologi Malaysia atau (Technology Park Malaysia-TPM) diwujudkan di bawah Kementerian Sains,

Teknologi dan Inovasi yang dipertanggunjawabkan untuk membangunkan teknologi rakyat tempatan ke

arah perindustrian. Objektif utama TPM ialah untuk membolehkan hasil penyelidikan dan inovasi yang

dijana oleh organisasi penyelidikan awam dan swasta negara dikomersilkan. Tumpuan adalah terhadap

promosi industri berteknologi tinggi dan koleberasi aktif antara industri, agensi kerajaan, institusi

penyelidikan dan institusi akademik ke arah mempromosikan perpindahan teknologi.

ASTRO - 1996

Astro merupakan penyedia perkhidmatan televisyen satelit berbayar pertama di Malaysia di bawah

MEASAT Broadcast Network Systems Sdn. Bhd., sebuah konsortium syarikat kerajaan dan perdagangan.

Astro memulakan siarannya pada 1996 dengan permulaan hanya menawarkan 22 saluran pelbagai dan

juga 8 saluran radio. Mulai 31 Ogos 2006, Astro menambah 7 saluran baru dengan memperkenalkan 3

saluran jenama Astro iaitu Astro Aruna, Astro Kirana dan Astro Ceria. 4 saluran baru yang lain ialah CCTV4,

WaTV, Animax dan Zee TV. Selain itu, mulai 28 Disember, 2006, Astro telah menawarkan 4 lagi saluran

baru iaitu Al-Jazeera English, ETTV Asia, BBC Entertainment dan saluran terestrial ke-enam Malaysia TV9.

Page 7: Kertas 3 Sejarah Periksa Akhir Tahun 2013 Tingkatan 4 (ver 3).pdf

MyKad / Kad Pintar - 2001

MyKad adalah inisiatif Kerajaan Malaysia untuk memberikan kemudahan kepada orang awam melalui

sekeping kad pintar untuk pelbagai aplikasi. Tidak seperti kad-kad lain yang sedia ada, MyKad

menggabungkan pelbagai aplikasi Kerajaan dan swasta di dalam satu kad. Tambahan pula, MyKad yang

berdasarkan teknologi kad pintar direkacipta agar berupaya untuk memuatkan pelbagai aplikasi baru di

masa akan datang. Teknologi di sebalik sistem kad pintar adalah teknologi cip dan biometrik. MyKad

menggunakan teknologi terkini yang menggabungkan pelbagai ciri keselamatan. Di antara ciri-ciri tersebut

adalah pengesahan kad melalui kunci kriptografi yang simetrik. Sistem pengendalian pelbagai aplikasi

dengan "firewall" dan platform cip yang selamat.

My Government - 2006

myGovernment adalah singkatan untuk Portal Perkhidmatan Awam Kerajaan Malaysia. myGovernment

merupakan gerbang utama kepada informasi dan perkhidmatan Kerajaan Malaysia melalui Internet. Anda

juga boleh melayari lebih 900 laman web agensi-agensi Kerajaan Malaysia. Inisiatif ini dilaksanakan oleh

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri.

4.PENDIDIKAN

Sektor pendidikan Malaysia diselia oleh Kementerian Malaysia. Sistem pendidikan Malaysia terdiri

daripada pendidikan prasekolah bukan wajib, diikuti enam tahun pendidikan rendah yang wajib dan lima

tahun pendidikan menengah. Sekolah rendah dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu sekolah kebangsaan

dan sekolah jenis kebangsaan (vernakular). Sekolah kebangsaan menggunakan bahasa Malaysia sebagai

perantara, manakala sekolah jenis kebangsaan menjadikan bahasa Mandarin atau Tamil untuk tujuan yang

sama. Sebelum ke sekolah menengah, murid-murid Tahun 6 wajib menduduki Ujian Pencapaian Sekolah

Rendah (UPSR).

Pendidikan menengah di Malaysia dilakukan terutamanya di Sekolah Menengah Kebangsaan selama lima

tahun. Pada akhir Tingkatan Tiga, murid-murid mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah

(PMR); tetapi PMR bakal dimansuhkan pada tahun 2016. Pada tahun terakhir persekolahan menengah iaitu

Tingkatan Lima, para pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sekolah menengah

kebangsaan menjadikan bahasa Malaysia sebagai perantara utama, tetapi wujudnya juga sekolah

menengah swasta yang berantara dalam bahasa Cina dan Inggeris. Sekolah antarabangsa juga didirikan di

Malaysia khas untuk anak-anak warga asing.

Page 8: Kertas 3 Sejarah Periksa Akhir Tahun 2013 Tingkatan 4 (ver 3).pdf

Sebelum sistem matrikulasi diperkenalkan, pelajar yang hendak memasuki universiti awam perlu

melanjutkan lagi persekolahan menengah selama 18 bulan untuk Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Semenjak kemunculan program matrikulasi alternatif kepada sejak tahun 1999, sesiapa yang menyiapkan

program 12 bulan di kolej matrikulasi boleh berdaftar di universiti awam.

5.KESIHATAN

Kerajaan Malaysia menitikberatkan peluasan dan pembangunan penjagaan kesihatan dengan

memperuntukkan 5% perbelanjaan pembangunan sektor sosial kerajaan kepada kesihatan awam. Kerajaan

juga cuba mempromosikan Malaysia sebagai destinasi perubatan serantau dan antarabangsa. Kerajaan

melaksanakan sistem penjagaan kesihatan sejagat di samping membenarkan perusahaan perubatan

swasta. Pada tahun 2008, ladar kematian bayi di Malaysia berada pada takat 5.92 per 1000 orang,

manakala jangka hayat ketika lahir adalah 74 tahun. Sistem penjagaan kesihatan Malaysia mewajibkan

doktor untuk berkhidmat di hospital awam selama tiga tahun untuk memastikan kakitangan yang

mencukupi di hospital-hospital berkenaan.

6)Cabaran dan langkah mengahadapi cabaran di abad ke-21 (a) Cabaran dan langkah menghadapi

cabaran di abad ke-21 (10 markah)

(a) Cabaran

Pada abad ke-21,malaysia pasti akan menghadapi banayak dugaan serta cabaran untuk menjadi

negara yang maju agar setanding dengan negara lain.malaysia pasti akan kekurangan modal atau dana

untuk menampung kebajikan rakyat,pembangunan,sukan dan membayar hutang kerajaan yang

lampau.malaysia juga akan mengahadapi kekuranagan kepakaran dan tenaga buruh mahir kerana

semua rakyat malaysia yang mempunyai kepakaran dan buruh mahir akan berhijrah ke negara lain

kerana upah kerja yang rendah di malaysia.Oleh itu malaysia akanmengharapkan bantuan kepada

teknologi dan apa-apa pertolongan dari negara luar yang lebih maju.

(b) Langkah-langkah

Oleh itu,malaysia perlu mengambil langkah segera untuk menangani masalah

tersebut dari sekarang.pihak yang bertanggungjawab perlu mengadakan kempen untuk

menaikkan semangat rakyat malaysia,perkara sebegini perlu dikhususkan kepada

golongan belia,ini kerana mereka yang akan memimpin negara malaysia pada masa

hadapan.Seterusnya,rakyat malaysia harus mula menerokai dunia IT dan menguasai

ilmu pengatahuan.Anak-anak muda juga perlu diterapkan dengan pembangunan moral

insan supaya wujudnya masyarakat yang hormat menghormati antara satu sama lain

Page 9: Kertas 3 Sejarah Periksa Akhir Tahun 2013 Tingkatan 4 (ver 3).pdf

7)Nilai-Nilai Murni Pencapaian Rakyat Malaysia (10 markah)

Antara nilai murni yang diperolehi daripada pencapaian rakyat Malaysia adalah mempunyai

keyakinan diri yang tinggi. Rakyat dan pemimpin perlu lah mempunyai sifat bagi menjayakan wawasan

2020. Para pemimpin negara telah bijak mengambil peluang dan bertindak secara professional bagi

memejukan negara Malaysia. Selain itu,rakyat juga perlulah mempunyai sifat inovatif dan kreatif bagi

menghasilkan produk yang berkualiti tinggi. Seterusnya, rakyat Malaysia perlulah berbangga menjadi

rakyat Malaysia dan berdaya saing bagi memberi daya saing kepada negara-negara yang bertaraf tinggi.

8)Rumusan (15 markah)

Berdasarkan pengetahuan yang diperolehi, seharusnya kita menjadikan ianya iktibar kepada diri

sendiri, bangsa dan negara yang tercinta. Pada masa dahulu, Lautan Atlantik merupakan halangan kepada

kegiatan pelayaran dan pengembaraan orang Eropah. Namun setelah diteroka, lautan tersebut telah

menjadi laluan utama dan jambatan mereka untuk ke dunia luar. Ini menunjukkan semangat keberanian

dan cinta akan negara oleh orang Eropah. Semangat keberanian dan cinta akan negara amat diperlukan

oleh rakyat Malaysia supaya harapan negara untuk mencapai Wawasan 2020 akan terlaksana dan menjadi

contoh di mata dunia.