gejalasosial ver 2

73
Penge nalan

Upload: noraina-mahat

Post on 12-Feb-2016

74 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: GejalaSosial Ver 2

Pengenalan

Page 2: GejalaSosial Ver 2

Malaysia sedang berhadapan dengan isu-

isu sosial yang merangkumi semua lapisan

masyarakat.

Isu-isu sosial yang sebahagian

daripadanya melibatkan golongan orang

kurang upaya, wanita, remaja dan kanak-

kanak.

Page 3: GejalaSosial Ver 2

Kehadiran gejala sosial ini selari dengan

perkembangan kemajuan negara dan memberi

implikasi besar kepada kesejahteraan hidup

masyarakat.

Kesan langsung ke atas sosiekonomi masyarakat

ialah pengangguran, penghijrahan dan kemiskinan

yang berlaku dalam masyarakat.

Page 4: GejalaSosial Ver 2

Konsep

Page 5: GejalaSosial Ver 2

Masalah sosial adalah suatu tindakan yang

merangkumi pelbagai perlakuan negatif

masyarakat yang tidak membawa kekuatan

serta keuntungan kepada sesebuah negara,

samada kepada struktur sosial, politik

mahupun sistem ekonomi negara berkenaan.

Page 6: GejalaSosial Ver 2

Jenis-jenis

Gejala Sosial

Page 7: GejalaSosial Ver 2

Kita telah banyak mendengar tentang kes-kes gejala

sosial. Berbagai-bagai gejala sosial telah melanda

masyarakat kita dan didapati bahawa kebanyakan

pelajar-pelajar masa kini telah melibatkan diri dalam

aktiviti-aktiviti gejala sosial.

Menurut Amaludin Abd. Rahman dan Khadijah Alawi,

terdapat sekurang-kurangnya 28 jenis masalah sosial

yang dihadapi oleh golongan remaja masa kini.

(Memperkasa Sistem Pendidikan Bagi Menangani

Masalah Sosial, 2009)

Page 8: GejalaSosial Ver 2

Berikut adalah senarai masalah yang didapatkan mengikut

kajian Amaludin Abd. Rahman dan Khadijah Alawi:

Page 9: GejalaSosial Ver 2

Punca-punca

Berlakunya Gejala Sosial

Page 10: GejalaSosial Ver 2

Sikap kepuasan & ingin tahu diri yang kuat

Salah satu faktor pelajar-pelajar sekarang melibatkan diri

dalam aktiviti gejala sosial ialah mencari kepuasan diri

dan sikap ingin tahu yang kuat yang ada pada diri sendiri.

Mereka suka mencuba sesuatu yang baru dan mahu

melakukan sesuatu yang menyeronokkan serta

mencabar.

Page 11: GejalaSosial Ver 2

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita seks oral dibawah

meja di bilik darjah oleh empat orang murid tahun dua di sebuah

sekolah rendah di Taiping.

Hasil siasatan guru-guru, didapati bahawa seorang daripada

murid itu mengulangi apa yang yang dilihatnya dalam sebuah

filem lucah, bersama-sama ibu bapanya pada malam

sebelumnya.

Disebabkan oleh sifat ingin tahu, dia meminta rakan-rakannya

untuk mencubanya di bawah meja selepas guru mereka

meninggalkan bilik darjah.

Page 12: GejalaSosial Ver 2

Pengaruh rakan sebaya

Tarikan yang kuat terhadap pergaulan bebas dan

pengaruh rakan sebaya dikenal pasti menjadi sebab

utama remaja mudah melanggar nilai dan norma

masyarakat.

Pelajar-pelajar masa kini mudah dipengaruhi oleh

rakan sebaya kerana berhubungan lebih erat dengan

rakan mereka jika berbanding dengan ibu bapa sendiri.

Page 13: GejalaSosial Ver 2

Ada pula pelajar-pelajar yang merokok disebabkan oleh

ajakan kawan-kawan. Mereka merokok kerana ingin

menonjolkan imej yang hebat dan kedewasaan di depan

kawan-kawan.

Akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh 25.08.2000

melaporkan bahawa 10 orang pelajar ditahan dalam

serbuan polis yang disyaki ponteng dan menghidu gam.

Antara punca-punca berlakunya kes tersebut ialah

mengikut perlakuan rakan-rakan.

Page 14: GejalaSosial Ver 2

Masalah keluarga

Didapati bahawa latar belakang keluarga merupakan

faktor yang ketara dalam menyumbang kepada

peningkatan masalah gejala sosial.

Kes perceraian ibu bapa, kes keganasan rumah tangga

serta kekurangan kemahiran keibubapaan telah

memberikan kesan negatif ke atas perkembangan anak-

anak.

Page 15: GejalaSosial Ver 2

Baru-baru ini kita dikejutkan oleh laporan akhbar, ibu bapa

dan anak kongsi bahan lucah(Berita Harian:22 Oktober

2001).

Di samping itu, terdapatnya ibu bapa yang bersikap

materialistik, kebajikan dan keperluan anak-anak telah

diambil alih oleh sikap yang ingin mengejar kebendaan

semata-mata.

Anak-anak terasa terpinggir, terabai, tertekan dan jauh

daripada kasih sayang.

Page 16: GejalaSosial Ver 2

Ada di kalangan mereka akan mengambil jalan

singkat dengan menjadikan perbuatan tidak sihat

sebagai jalan keluar kepada permasalahan mereka.

Banyak remaja terlibat dalam kongsi gelap kerana

mereka berasa keanggotaan kongsi gelap

memberikan mereka perasaan "sense of belonging"

dan menjadi sumber utama penampilan identiti oleh

ahli-ahli mereka.

Page 17: GejalaSosial Ver 2

Pengaruh media massa

Peranan media massa amat kuat dalam

mempengaruhi pembentukan minda remaja yang

sihat dan membimbing mereka ke arah yang kurang

betul.

Aksi yang ganas dan kurang bermoral boleh

didapati dengan mudah melalui VCD, video,

majalah dan televisyen.

Page 18: GejalaSosial Ver 2

Selain itu, teknologi yang canggih telah

membekalkan peluang bagi pelajar-pelajar untuk

menonton video yang tidak sihat melalui internet

seperti YouTube.

Oleh itu, aktiviti seperti "Lepak Siber", melayari

halaman lucah, hiburan keterlaluan dan sebagainya

merupakan gejala negatif yang semakin menular di

kalangan remaja.

Page 19: GejalaSosial Ver 2

Hal ini akan mendedahkan golongan muda dan remaja

belasan tahun kepada tabiat buruk dan amalan

berisiko tinggi seperti gejala pergaulan bebas,

penagihan dadah atau seks bebas.

Kebelakangan ini, laporan akhbar atau televisyen yang

menyatakan pelajar dirogol atau menjadi perogol yang

mana purata umur mereka dalam lingkungan umur 10

hingga 18 tahun yang masih dibangku sekolah.

Page 20: GejalaSosial Ver 2

Terdapat pelajar-pelajar yang merokok kerana

mengikut jejak model-model yang dipaparkan dalam

iklan rokok. Mereka berasa merokok dapat

mempamerkan imej yang segak dan cool.

Page 21: GejalaSosial Ver 2

Masyarakat yang semakin materialistik

Dalam tempoh pembangunan yang semakin pesat serta

persaingan yang bersifat global, perkembangan

perbandaran turut mengambil tempat dalam perubahan

struktur ekonomi.

Pertumbuhan ekonomi ini telah menyebabkan

kebergantungan terhadap keperluan mencari wang

diutamakan walaupun terpaksa mengorbankan nilai dan

budaya sebelumnya.

Page 22: GejalaSosial Ver 2

Ini telah menjadi punca terhadap perubahan sikap

dan system nilai, amalan agama juga turut kurang

dipegang kuat oleh masyarakat moden.

Anak-anak muda atau remaja kini semakin

diorientasi dengan kemewahan akibat daripada

suasana dan persekitaran hidup yang sentiasa

menyuburkan budaya keseronokan dan

kesenangan.

Page 23: GejalaSosial Ver 2

Mereka kurang berminat mengambil bahagian dalam

program pemantapan jati diri serta pengukuhan

peribadi mereka dalam menghadapi cabaran.

Oleh itu, apabila mereka gagal menangani masalah

atau konflik mereka, maka bertambahlah kes

membunuh diri, dadah, arak, lari dari rumah dan zina,

kononnya itu sebagai jalan penyelesaian kepada

masalah yang dihadapi.

Page 24: GejalaSosial Ver 2

Masalah

Page 25: GejalaSosial Ver 2

Mengugat kesejahteraan sosial

Remaja yang melakukan gejala sosial akan menggangu

kesehteraan dan ketenteraman orang awam.

Orang awam berasa tidak selamat untuk terjadi mangsa

remaja bermasalah.

Orang awam sentiasa risau tentang keselamatan diri

dan keluarga.

Page 26: GejalaSosial Ver 2

Membantutkan pembangunan negara

Remaja yang bermasalah tidak berupaya menyumbang

kepada negara.

Mereka gagal menjayakan rancangan dan dasar-dasar yang

dilancarkan oleh kerajaan.

Negara tidak dapat mempunyai modal insan yang berkualiti

untuk memajukan negara.

Page 27: GejalaSosial Ver 2

Menjejaskan imej negara

Negara-negara lain akan memandang rendah

terhadap negara kita kerana kegagalan untuk

mengatasi masalah gejala sosial.

Ini akan menjejaskan pelancong-pelancong

asing berminat untuk melancong ke negara kita.

Page 28: GejalaSosial Ver 2

Mencemarkan maruah keluarga

Maruah keluarga akan tercemar jika anak

melakukan gejala sosial.

Masyarakat akan memandang rendah dan

memberi tekanan kepada keluarga tersebut.

Ini akan menjejaskan emosi ahli keluarga dan rasa

malu untuk berhadapan dengan masyarakat.

Page 29: GejalaSosial Ver 2

Menjejaskan masa depan remaja

Remaja akan dipandang hina dan dipandang serong akibat

melakukan gejala sosial.

Meraka berasa kecewa, putus harapan dan tidak bercita-cita

untuk melakukan kerjaya.

Remaja susah untuk mencari pekerjaan kerana sukar diterima

oleh masyarakat dan menyebabkan mereka menjadi musuh

negara.

Page 30: GejalaSosial Ver 2

Isu –isu gejala sosial

Page 31: GejalaSosial Ver 2

Gejala sosial mengancam jahiliah era moden. Sistem pendidikan memain peranan dalam membentuk sahsiah generasi muda untuk mengelakkan gejala sosial.

Page 32: GejalaSosial Ver 2

Isu rokok di kalangan remaja menjadi masalah serius

di Malaysia. Semua pihak perlu bekerjasama untuk

mengatasi masalah ini.

Page 33: GejalaSosial Ver 2

Menurut hasil

kajian, semakin

ramai wanita

merokok di

Malaysia. Mereka

merokok secara

terbuka.

Page 34: GejalaSosial Ver 2

Pelajar perempuan tingkatan tiga ditahan kerana

disyaki memiliki dadah dipercayai jenis ketamin

seberat 9.4 gram.

Page 35: GejalaSosial Ver 2

Hotel murah RM 25 di Wangsa Maju telah menyebabkan banyak remaja buat maksiat dan melepaskan nafsu.

Page 36: GejalaSosial Ver 2

Pelajar lelaki rogol pelajar perempuan dan dirakamkan dengan telefon bimbit dan tersebar luas.

Page 37: GejalaSosial Ver 2

Kes rogol pelajar di Kedah menjadi serius. Pihak sekolah seharusnya berusaha untuk mengurangkan masalah ini.

Page 38: GejalaSosial Ver 2

Bayi ditinggalkan di longgok sampah. Kes membuang bayi menjadi masalah serius di Malaysia.

Page 39: GejalaSosial Ver 2

Cara- cara Mengatasi Gejala Sosial

Page 40: GejalaSosial Ver 2

Pembangunan mental dan prasarana

Memperbanyakkan tempat istirahat, tempat yang menguji

ketahanan mental dan fizikal seperti taman-taman, jungle

tracking, kawasan peranginan dan sebagainya.

Dengan wujudnya tempat- tempat sebegini tidaklah masa

terluang begitu sahaja, malah tempat- tempat sebegini

boleh meleraikan kekusutan yang dihadapi oleh

seseorang.

Page 41: GejalaSosial Ver 2

Pihak berwajib dan mereka yang terlibat secara

langsung dengan program pembangunan remaja

sepatutnya mengadakan program- program

berbentuk bimbingan .

Program seperti program bina insan, kaunseling

untuk menanamkan nilai-nilai murni dalam jiwa

remaja.

Page 42: GejalaSosial Ver 2

Selain itu membuat aktiviti-aktiviti kesukanan,

program sosial berbentuk kemanusiaan seperti

program khidmat masyarakat untuk melahirkan sifat

lebih prihatin terhadap masyarakat sekeliling.

Pertumbuhan pelbagai persatuan atau pertubuhan

yang menjalankan aktiviti yang berfaedah dapat

menarik minat mereka supaya menggunakan masa

dengan lebih bermanfaat.

Page 43: GejalaSosial Ver 2

Antara acara yang boleh dilakukan adalah dengan

mengadakan pelbagai aktiviti masa lapang dan masa

cuti untuk mengelakkan mereka membuang masa.

Ceramah dan bengkel motivasi kepada golongan

remaja di sekolah perlu digiatkan pada setiap

peringkat sama ada negeri atau kebangsaan.

Page 44: GejalaSosial Ver 2

Program berbentuk agama diperhebatkan

seiring dengan perkembangan sosial

masyarakat agar ia tidak ketinggalan dan

diperlekehkan oleh remaja.

Page 45: GejalaSosial Ver 2

Peranan sahabat

Mereka hendaklah mendampingi remaja seperti

berbual- bual, bertanyakan masalah yang mereka

hadapi dan beri perhatian kepada keterangan

mereka.

Jangan sekali- kali menghina mereka setelah

mengetahui cerita sebenar agar mereka tidak terus

hanyut dalam arus kemaksiatan.

Page 46: GejalaSosial Ver 2

Cubalah menasihati dengan cara psikologi, penuh

kebijaksanaan, lemah lembut dan berhikmah.

Berbincanglah dengan mereka dengan cara yang

paling baik.

Apabila ada reaksi positif mereka mahu berubah,

dakwahkan mereka dengan cara beransur- ansur.

Page 47: GejalaSosial Ver 2

Memberi kesedaran kepada mereka dengan cara

penerapan nilai- nilai murni.

Apabila masyarakat mengambil berat tentang

mereka, mereka akan berasa diri mereka dihargai.

Tanamkan keyakinan bahawa mereka masih muda

dan mempunyai peluang untuk membina peribadi

yang unggul.

Page 48: GejalaSosial Ver 2

Janganlah memaksa mereka berubah secara

drastik kerana ia akan memberi kesan yang

negatif.

Pemberian hadiah seperti buku- buku dan

majalah agama dan berbincang pada bahagian -

bahagian yang tidak jelas.

Page 49: GejalaSosial Ver 2

Apabila saling berinteraksi dan berkomunikasi,

mereka akan menaruh kepercayaan untuk

meluahkan masalah mereka.

Apabila ada orang lain yang cuba menyelami

masalah mereka, mereka berasa dihargai dan

bersemangat untuk merubah corak kehidupan yang

sedia ada ke arah yang lebih baik.

Page 50: GejalaSosial Ver 2

Peranan Kerajaan

Akta sosial mestilah dikenakan kepada unsur atau

subjek yang banyak mempengaruhi remaja.

Akta Perlindungan Gadis dan Wanita dikenakan

kepada gadis remaja bawah umur yang terbabit

dalam kegiatan maksiat atau pelacuran.

Page 51: GejalaSosial Ver 2

Akta juga mesti dikenakan kepada pasangan atau

pelanggan mereka yang biasanya terdiri daripada

bohjan, sugar daddy, “mat rock”, “mat motor” atau

“mat speed” yang selama ini terlepas begitu sahaja.

Tindakan undang- undang hendaklah perlu

merangkumi semua golongan termasuk orang yang

berpangkat dan berharta.

Page 52: GejalaSosial Ver 2

Peranan ibu bapa

Sebagai penjaga, mereka perlu memberi perhatian

kepada anak sama ada dalam soal memberi kasih

sayang ataupun perhatian terhadap pelajaran mereka.

Mereka perlu mengetahui apa yang dilakukan oleh

anak-anak mereka apabila keluar rumah untuk ke

sekolah.

Page 53: GejalaSosial Ver 2

lbu bapa wajar berjumpa guru sekolah mereka walaupun

tidak sebulan sekali supaya dapat mengetahui

kedudukan sebenar anak mereka.

Ibu bapa harus menyedari bahawa peranan dan

tanggungjawab mereka bermula sejak anak itu kecil lagi.

Mereka hendaklah meningkatkan asuhan, didikan dan

kawalan.

Page 54: GejalaSosial Ver 2

Mengurangkan pelbagai kegiatan riadah

bersama rakan sekerja bagi membolehkan

untukberbincang dan berdamping dengan anak.

Jika baik didikannya maka baiklah mereka

apabila dewasa kelak.

Page 55: GejalaSosial Ver 2

Wujudkan sekolah penyayang

Tempat untuk mendidik dan bukan untuk

menghukum.

Wujudkan suasana mendidik dengan meyakinkan

bahawa guru disiplin merupakan salah seorang guru

yang paling disenangi dan disayangi oleh semua

pelajar

Page 56: GejalaSosial Ver 2

Guru disiplin sewajarnya disegani dan bukan lagi

ditakuti.

Layanilah pelajar dengan pandangan rahmah,

penuh dengan kasih sayang, ada perasaan empati

dalam diri terhadap masalah yang dihadapi oleh

pelajar.

Para guru hendaklah menghormati harga diri

pelajar dan yakinlah bahawa mereka semua boleh

diajar.

Page 57: GejalaSosial Ver 2

Kelab bimbingan dan kaunseling

Perkhidmatan bimbingan kaunseling yang ada di

sekolah hendaklah berperanan dan bersedia

untuk membimbing pelajar ke arah

pembentukan dan peningkatan disiplin pelajar di

samping membantu kejayaan pelajar.

Page 58: GejalaSosial Ver 2

Sesi bimbingan dan kaunseling secara peribadi atau

secara kelompok boleh dilakukan melalui kelab,

berkenaan dengan kerjaya, kelab bimbingan rakan

sebaya, kem jaya diri, motivasi dan ceramah

bimbingan.

Lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang ini di

mana guru bimbingan dan kaunseling sudah pun

ada yang bertaraf sepenuh masa.

Page 59: GejalaSosial Ver 2

Cadangan

penambahbaikan

Page 60: GejalaSosial Ver 2

Kerajaan harus menambahbaikan sistem

pendidikan supaya membangunkan nilai-nilai moral

individu dan masyarakat.

Kerajaan harus lebih mengetatkan undang-undang

supaya mengurangkan masalah gejala sosial.

Pihak sekolah mengadakam kempen dan ceramah

untuk memberi kesedaran kepada pelajar.

Page 61: GejalaSosial Ver 2

Pihak sekolah perlu mengadakan sesi kaunseling

bersama dengan pelajar yang bermasalah.

Pihak sekolah patut menggalakkan pelajar menyertai

kokurikulum untuk memenuhi masa lapang dengan

berfaedah.

Ibu bapa prinhatin dan sedia bincang masalah dengan

anak-anak.

Page 62: GejalaSosial Ver 2

Ibu bapa perlu lebih bekerjasama dengan guru

untuk memahami tingkah laku pelajar di sekolah.

Ibu bapa menekankan pegangan agama terhadap

anak-anak.

Page 63: GejalaSosial Ver 2

Implikasi masalah/isu di kalangan guru

Page 64: GejalaSosial Ver 2

Pengurus pembelajaran

Guru perlu menggunakan pelbagai strategi

untuk menarik perhatian, minat dan motivasi

pelajar agar mereka berasa seronok ke

sekolah dan tidak ponteng sekolah.

Page 65: GejalaSosial Ver 2

Agen Sosialisasi

Guru harus melibatkan pelajar dalam pelbagai

program sekolah seperti kem motivasi, ekspedisi

mendaki bukit, aktiviti kebudayaan, gotong-

royong, kelas bimbingan dan seumpamanya

untuk membentuk personaliti dan akhlak yang

baik.

Page 66: GejalaSosial Ver 2

Guru Disiplin

Setiap guru memainkan peranan sebagai guru

disiplin, pelajar-pelajar yang didapati melakukan

kesalahan seperti ponteng sekolah, vandalisme,

merokok, dan sebagainya akan dikenakan

denda yang setimpal dan melaporkan sikapnya

kepada ibu bapa.

Page 67: GejalaSosial Ver 2

Pembentuk tingkah laku

Penerapan nilai murni dan ketahanan jiwa

pelajar perlu disemai oleh guru seperti budi

bahasa , sopan santun dan sifat hormat

menghormati semasa Pengajaran dan

Pembelajaran dijalankan.

Page 68: GejalaSosial Ver 2

Pembimbing

Guru membantu pelajar membentuk emosi dan

sahsiah yang sihat serta membina hubungan

yang positif dengan pelajar supaya sentiasa

berkongsi masalah yang dihadapi dengan

memberi perkhidmatan kaunseling.

Page 69: GejalaSosial Ver 2

Pengganti ibu bapa

Guru harus sentiasa prihatin dan peka terhadap

perubahan pelajar serta memahami latar

belakang pelajar seperti struktur keluarga dan

fungsi keluarganya dalam budaya.

Page 70: GejalaSosial Ver 2

Rumusan

Page 71: GejalaSosial Ver 2

Kini, masalah sosial dalam kalangan pelajar

semakin menjadi-jadi di negara kita. Setiap hari,

berita tentang perkara tersebut terpampang di

dada-dada akhbar.

Banyak faktor yang mendorong pelajar melakukan

apa ingin dilakukan tanpa memikirkan baik atau

buruknya perkara tersebut. Dalam keadaan ini

ramai pelajar akan terjerumus ke dalam gejala

sosial.

 

Page 72: GejalaSosial Ver 2

Gejala sosial ini, sekiranya tidak dikawal dengan baik,

boleh menggugat keamanan dan kesejahteraan

masyarakat, menjejaskan perpaduan bangsa dan

membantutkan perkembangan ekonomi, politik dan

sosial negara.

Menurut Prof Dr Fatimah, anak-anak remaja perlu

mendapatkan seseorang yang boleh menjadi ‘role

model’ supaya dapat dijadikan panduan untuk

mencipta kegemilangan.

Page 73: GejalaSosial Ver 2

Oleh itu segala masalah sosial yang dihadapi oleh

para remaja harus dibendung dan diatasi supaya ia

tidak terus mewujudkan ancaman besar terhadap

kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan

masa depan negara.

Justeru, keluarga, sekolah, komuniti, pemimpin dan

kerajaan harus berganding bahu membentuk sahsiah

diri pelajar dari terjerumus kepada keruntuhan akhlak

yang boleh memusnahkan masa depan negara.