kertas 3 2014 - kemas kini c.muzeta

12
Aspek Perincian Markah Pengenalan 1. ( a ) Latar Belakang Demokrasi berparlimen di Malaysia. ( b ) Maksud demokrasi Berparlimen 5 markah Isi dan huraian 2. Ciri-ciri demokrasi berparlimen. i. Perlembagaan ii. Raja Berperlembagaan iii. Pilihan Raya iv. Kuasa Pemerintahan vi. Parti-Parti politik 25 markah 3. Soalan Menganalisis : Perlembagaan / Kuasa Pemerintahan / Raja Berpelembagaan / Pilihan raya i. Perlembagaan Melindungi Kepentingan Rakyat ii. Sistem Raja Berperlembagaan berdasarkan peruntukan dalam perlembagaan Malaysia. iii. Kuasa Pemerintahan menjamin kestabilan negara iv.Sistem pilihan raya di Malaysia ( Dengan andaian salah satu topik akan keluar ) 30 markah 4. Peranan rakyat Malaysia dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen 10 markah 5. Kejayaan negara melalui amalan sistem demokrasi berparlimen. 10 markah TEMA UMUM : Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat. Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, jentera pentadbiran kerajaan Malaysia telah diperkemas berasaskan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.

Upload: guru-sejarah

Post on 03-Jul-2015

668 views

Category:

Education


2 download

DESCRIPTION

Kertas 3 2014

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas 3   2014 - kemas kini c.muzeta

Aspek Perincian Markah

Pengenalan

1. ( a ) Latar Belakang Demokrasi berparlimen di Malaysia. ( b ) Maksud demokrasi Berparlimen

5 markah

Isi dan huraian

2. Ciri-ciri demokrasi berparlimen. i. Perlembagaan ii. Raja Berperlembagaan iii. Pilihan Raya iv. Kuasa Pemerintahan vi. Parti-Parti politik

25 markah

3. Soalan Menganalisis : Perlembagaan / Kuasa Pemerintahan / Raja Berpelembagaan / Pilihan raya i. Perlembagaan Melindungi Kepentingan Rakyat ii. Sistem Raja Berperlembagaan berdasarkan peruntukan dalam

perlembagaan Malaysia. iii. Kuasa Pemerintahan menjamin kestabilan negara iv.Sistem pilihan raya di Malaysia ( Dengan andaian salah satu topik akan keluar )

30 markah

4. Peranan rakyat Malaysia dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen

10 markah

5. Kejayaan negara melalui amalan sistem demokrasi berparlimen.

10 markah

TEMA UMUM : Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara

Malaysia Berdaulat.

Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, jentera pentadbiran kerajaan Malaysia telah

diperkemas berasaskan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.

Page 2: Kertas 3   2014 - kemas kini c.muzeta

6. Cabaran yang dihadapi Malaysia dalam pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut.

10 markah

7. Nilai-nilai murni

5 markah

Kesimpulan

8. Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan. a) Pengetahuan yang diperoleh b) Iktibar kepada diri, bangsa dan negara c) Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia yang lebih harmoni dan stabil.

5 markah

Page 3: Kertas 3   2014 - kemas kini c.muzeta

CONTOH JAWAPAN SOALAN 1 ( A ) – LATAR BELAKANG DEMOKRASI BERPARLIMEN Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat. Dua corak pemerintahan negara demokrasi, iaitu Sistem Raja Berperlembagaan dan Sistem Republik. Sistem Raja Berperlembagaan mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi peringkat negara dan negeri. Pemerintah dibantu oleh Perdana Menteri. Sistem Republik menolak institusi beraja dan diketuai oleh Presiden yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya. SOALAN 1 ( B ) – MAKSUD DEMOKRASI BERPARLIMEN

Demokrasi berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat. Dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya. Mereka berhak menyokong, mengekalkan, atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya. Sistem ini berjaya mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera dan stabil. SOALAN 2 – CIRI-CIRI DEMOKRASI BERPARLIMEN

a) Perlembagaan

Maksud perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada

pembentukan sesebuah negara. Tujuan perlembagaan menjadi dokumen rasmi negara. Terdiri

daripada segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan

kuasanya dan mentadbir negara. Parti politik yang memerintah akan mengetahui hala tuju

pentadbiran negara. Menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui

peruntukan yang terkandung di dalamnya. Perlembagaan Malaysia diperkenalkan pada 16

September 1963 yang mempunyai 183 perkara. Perlembagaan ini terdiri daripada peruntukan

seperti Senarai Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Senarai Bersama. Mempunyai

institusi Yang di-Pertuan Agung, Parlimen,Jemaah Menteri dan Badan Kehakiman.

Perlembagaan Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan

dengan Kerajaan Negeri.

b) Raja Berperlembagaan

Maksud Raja Berperlembagaan ialah sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan

dalam Perlembagaan Malaysia. Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan sejak tahun 1957.

Yang di-Pertuan Agong merupakan tonggak negara dan ketua utama negara. Simbol keutuhan

dan perpaduan rakyat. Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan perlembagaan dan atas

nasihat Perdana Menteri. Yang di-Pertuan Agong tidak boleh bertindak sendiri kecuali perkara

tertentu yang memerlukan budi bicara baginda dalam membuat keputusan. Yang di-Pertuan

Agong dipilih daripada kalangan sembilan orang raja Melayu daripada sembilan buah negeri

secara bergilir-gilir. Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dibuat mengikut peruntukan dalam

Perlembagaan Malaysia.

Page 4: Kertas 3   2014 - kemas kini c.muzeta

c) Kuasa Pemerintahan

Malaysia merupakan negara Demokrasi Berparlimen yang mengamalkan konsep

pengasingan kuasa. Kuasa pemerintahan dibahagi kepada tiga iaitu Badan perundangan,

Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman. Ketiga-tiga badan ini dipegang oleh pihak yang

berasingan untuk mengelakkan pembolotan kuasa.

d) Pilihan Raya

Pilihan raya adalah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada

peringkat negeri atau persekutuan. Pemilihan dilakukan secara sulit dengan menggunakan

prosedur yang telus dan teratur. Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusannya

direkodkan. Calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang. Pilihan raya merupakan ciri

penting sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia. Pilihan raya di Malaysia dijalankan oleh

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

e) Parti Politik

Parti politik merujuk kepada sekumpulan orang yang mempunyai ideologi politik, untuk

mencapai matlamat bersama. Parti-parti politik ini berjuang untuk mendapatkan kuasa. Ahli-

ahlinya membayar yuran keahlian dan selalunya memberi kesetiaan dan komitmen terhadap

perjuangan parti. Sikap perkauman juga menjadi asas pembentukan dan penyatuan ahli-ahli

parti. Parti-parti ini ditubuhkan dengan matlamat untuk menyatukan dan memelihara

kepentingan kaum masing-masing. Contoh parti UMNO untuk mewakili orang Melayu, parti

MCA mewakili kaum Cina dan pati MIC mewakili orang India.

3. SOALAN MENGANALISIS

I : PERLEMBAGAAN ( a ) Keluhuran Perlembagaan merupakan prinsip Rukun Negara yang ketiga. Keluhuran Perlembagaan bermaksud keagungan dan ketertinggian undang-undang atau perlembagaan itu sendiri. Keluhuran perlembagaan Malaysia mengatasi yang dipertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Mahkamah. Dengan itu, semua jenis undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia adalah tidak sah. Selain itu, undang-undang negeri mestilah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Perkara 75 menyatakan, undang-undang negeri yang bertentangan dengan Perlembagaan Perekutuan adalah terbatal dengan sendirinya. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa kepada mahkamah untuk membatalkan akta yang diluluskan di luar bidang kuasa parlimen atau bercanggah dengan perlembagaan Malaysia. Mahkamah berkuasa menentukan kesahihan setiap undang-undang bagi menjamin keluhuran dan ketertinggian Perlembagaan Malaysia.

Page 5: Kertas 3   2014 - kemas kini c.muzeta

B ) – Kepentingan Perlembagaan Perlembagaan berperanan untuk menjamin kestabilan politik sesebuah Negara dengan menentukan rangka dan bentuk pentadbirannya. Perlembagaan membantu dalam menjamin kecekapan, pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan. Setiap pemimpin memerlukan panduan semasa memerintah supaya pemerintahannya menepati kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat. Perlembagaan Malaysia menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada sebuah Negara. Rakyatnya yang memegang matlamat yang sama supaya semangat patriotism dapat di bentuk. Perkara 24 Perlembagaan Malaysia menyatakan seseorang yang mempunyai kerakyatan Negara lain akan dilucutkan kewarganegaraannya. Perkara 25 pula menyatakan bahawa seseorang warganegara boleh dilucutkan kerakyatannya jika terbukti tidak setia kepada Negara ini. Tujuaannya supaya rakyat memberikan sepenuh ketaatan kepada tanah air untuk mengekalkan identity Negara dan bangsa Malaysia. Perlembagaan Malaysia menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat di Negara ini. Setiap warganegara mempunyai hak asasi dan kebebasan seperti berpersatuan, beragama dan memiliki harta. Dengan ini, rakyat mengetahui had kebebasan mereka disisi undang-undang. Perlembagaan Malaysia dalam perkara 153 memperuntukkan peranan Yang di-Pertuan Agong dalam menjaga dan memelihara hak istimewa serta kedudukan orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Hak istimewa tersebut ialah pemberian jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, kemudahan pendidikan serta pemberian lesen perniagaan dan perdagangan. Walau bagaimanapun, perlembagaan juga memastikan Perkara 153 tersebut dilaksanakan dengan berhati-hati supaya pelaksanaannya tidak mengabaikan kaum-kaum lain. Perlembagaan Malaysia juga menjamin kerjasama, kesepakatan, keadilan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Negeri. Perlembagaan menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undang persekutuan dan negeri. Dengan cara ini sistem pentadbiran Negara dapat diselaraskan tanpa sebarang perbalahan. Perlembagaan Malaysia menjamin kedudukan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah tidak dipersoalkan. Ini adalah jaminan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia sebelum Sarawak dan Sabah menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Kerajaan Persekutuan menggunakan senarai kuasanya dalam bidang pendidikan dan kesihatan untuk membantu memesatkan pembangunan di negeri Sarawak dan Sabah. C) – Pindaan Perlembagaan Sejak tahun 1957 Perlembagaan Malaysia telah dipinda beberapa kali. Pindaan ini bertujuan untuk melindungi kepentingan rakyat, menjaga keselamatan Negara dan melicinkan urusan pentadbiran Negara. Perlembagaan perlu dipinda supaya sentiasa relevan dan sesuai dengan keperluan semasa. Pindaan ini juga menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang yang munasabah dan kandungannya dipatuhi oleh rakyat dengan rela hati. Perlembagaan juga telah dipinda bagi melarang perkara sensitif dipersoalkan secara terbuka. Antara perkara sensitif dalam perlembagaan yang tidak boleh dipersoalkan termasuklah pemerintahan beraja, agama Islam, kedudukan bahasa Melayu dan hak istimewa orang Melayu.

Page 6: Kertas 3   2014 - kemas kini c.muzeta

Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan 1970 yang mengehadkan seseorang individu daripada bercakap sewenang-wenangnya sehingga menyentuh perkara yang sensitif yang boleh menimbulkan perbalahan antara kaum di Negara ini. Tujuannya untuk memelihara keselamatan, ketenteraman dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Negara kita. Antara pindaan terbesar yang telah dibuat termasuklah pemansuhan imuniti ( kekebalan ) bagi Yang di Pertuan Agong dan Raja yang memerintah negeri daripada kesalahan jenayah. Pindaan Perlembagaan terbahagi kepada 4 kaedah pindaan. Kaedah pertama dengan persetujuan majoriti lebih suara dua per tiga Dewan Parlimen dan Persetujuan Majlis Raja-Raja. Antara perkara pindaan ialah tugas dan kuasa Majlis Raja-Raja Melayu, kewarganegaraan, keutamaan Yang Di Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, Raja-raja dan Yang di Pertua Negeri, Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sarawak dan Sabah dan perubahan sempadan negeri. Kaedah kedua dengan persetujuan majoriti lebih suara dua pertiga Dewan Parlimen dan kelulusan Yang Dipertua Negeri Sarawak dan Sabah. Antara perkara pindaan ialah keanggotaan dan bidang kuasa mahkamah Tinggi di Sarawak dan Sabah. Seterusnya hak dan kuasa kepada kerajaan negeri tentang kuasa menahan kemasukan orang yang bukan dari Sarawak dan Sabah. Kaedah ketiga dengan persetujuan lebih suara dua per tiga Dewan Parlimen. Antara perkara pindaan yang tidak di sebut dalam mana-mana tiga kaedah pindaan Kaedah keempat ialah persetujuan lebih suara dewan parlimen. Antara pindaan yang boleh dibuat ialah pindaan perkara 74 dan 76 dalam perlembagaan. Dalam perkara 74, parlimen boleh membuat atau meminda undang-undang mengenai perkara yang disebut dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama. Dalam perkara 76, parlimen boleh membuat undang-undang dalam senarai Negeri yang melibatkan pelaksanaan, perjanjian atau konvensyen antara persekutuan dengan mana-mana Negara lain.

ii – RAJA BERPERLEMBAGAAN

Mengikut Perlembagaan Malaysia, Yang Di-Pertuan Agung (YDPA) merupakan ketua negara

dan mengetuai tiga badan kerajaan iaitu Badan Perundangan, Badan Pemerintah dan Badan

Kehakiman. YDPA merupakan satu daripada tiga unsur parlimen. Baginda mempunyai kuasa

memanggil dan membubarkan parlimen. Selain itu, baginda merupakan Ketua Tertinggi

Angkatan Bersenjata. YDPA berkuasa mengampunkan dan menangguhkan sesuatu hukuman

terhadap kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera.

Di samping itu, baginda bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak

istimewa orang Melayu. Baginda boleh menitahkan majlis raja-raja Melayu mengadakan

mesyuarat bagi membincangkan keistimewaan, kedudukan, kehormatan dan kemuliaan raja-

raja Melayu.

Page 7: Kertas 3   2014 - kemas kini c.muzeta

Dalam pada itu, YDPA merupakan Ketua Agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau

Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak. Selain itu, YDPA mempunyai

kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri. Baginda juga, mempunyai kuasa melantik

dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat

Perdana Menteri.

Selain itu, YDPA boleh mengisytiharkan undang-undang darurat di bawah ‘ Undang-undang X’ jika mendapati keselamatan negara terancam. Baginda juga melantik pengerusi dan tiga orang ahli Suruhanjaya Pilihan raya, ahli Perkhidmatan Kehakiman, serta Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Baginda juga bertanggungjawab melantik peguam negara dan seorang Ketua Audit Negara bagi Persekutuan. YDPA mempunyai kuasa tertinggi untuk mentauliahkan duta-duta negara kita. (ms 168) III- KUASA PEMERINTAHAN ( A ) BADAN PERUNDANGAN

Perundangan merujuk kepada undang-undang yang digubal oleh badan perundangan yang

dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan. Fungsinya ialah menggubal undang-undang bagi

menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat. Parlimen merupakan badan perundangan yang

bertanggungjawab menggubal undang-undang. Terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong,

Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Dewan Negara

Merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara. Mempunyai 69 orang ahli, 26

dipilih dari 13 buah negeri. Yang lain dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong terdiri daripada

individu yang member sumbangan cemerlang dalam perkhidmatan awam, bidang profesional

atau bidang tertentu. 2 orang pula dilantik mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan

Wilayah Persekutuan Labuan. Ahli Dewan Negara digelar Senator dilantik tanpa bertanding

dalam pilihan raya. Senator memegang jawatan bagi tempuh 3 tahun dan berumur sekurang-

kurangnya 30 tahun. Taraf Senator sama dengan ahli Parlimen dan boleh dilantik menjadi

Jemaah Menteri.

Dewan Rakyat

Ahlinya dipilih melalui pilihan raya umum. Mempunyai 219 ahli yang mewakili semua kawasan

pilihan di seluruh negara. Tempuh jawatan adalah 5 tahun. Tugasnya menggubal dan

meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat. Undang-undang yang digubal oleh

Parlimen dikenali sebagai Akta, manakala yang digubal Dewan Undangan Negeri dinamakan

Enakmen. Yang digubal di Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak dinamakan Ordinan.

( B ) - BADAN PELAKSANA (EKSEKUTIF)

Kabinet (Jemaah Menteri)

Page 8: Kertas 3   2014 - kemas kini c.muzeta

Jemaah Menteri atau Kabinet merupakan badan pelaksana dasar-dasar kerajaan. Kabinet

merupakan pembuat dasar tertinggi negara. Tugas Jemaah Menteri atau Kabinet ialah

menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara. Perdana Menteri merupakan Ketua

Jemaah Menteri.

Kementerian

Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri mengetuai sesebuah atau beberapa

kementerian. Setiap kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan,

merancang dan menyelaraskan program pembangunan ekonomi dan sosial Negara kita. Pada

masa ini terdapat dua puluh enam buah kementerian yang bertanggungjawab dalam semua

perkara. Setiap kementerian diketuai oleh seorang menteri dan dibantu oleh timbalan menteri,

setiausaha parlimen d an setia usaha politik. Seseorang menteri yang tidak diberikan tugas

dalam kementerian tertentu dikenali sebagai Menteri Tak Berportfolio dan diberikan tugas-tugas

tertentu oleh Perdana Menteri.

Perkhidmatan Awam

Perkhidmatan Awam di Malaysia di ketuai oleh Ketua Setiausaha Negara yang

bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan. Pada peringkat

kementerian, pentadbirannya diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian dibantu oleh

kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai kumpulan pegawai perkhidmatan awam. Kakitangan

awam bertanggungjawab melaksanakan dasar dan tugas yang ditetapkan oleh kerajaan.

Jabatan Kerajaan

Jabatan kerajaan diketuai oleh Ketua Pengarah. Sesebuah kementerian pada kebiasaannya

mempunyai jabatan pada peringkat pusat, negeri dan daerah.

Badan Berkanun

Merupakan badan separuh kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi tertentu. Ia mempunyai

peruntukan kewangan sendiri. Badan ini ditadbir oleh sebuah lembaga pengarah yang

bertanggungjawab kepada menteri yang berkenaan. Mereka mempunyai pelbagai tugas dan

tanggungjawab untuk mempercepatkan pentadbiran dan program pembangunan di bawah

rancangan lima tahun kerajaan. Contoh nya Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia

(MIDA), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

Suruhanjaya

Ditubuhkan untuk mengendalikan urusan pelantikan, kenaikan pangkat dan memantau disiplin

kakitangan awam. Contohnya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya

Perkhidmatan Pendidikan.

( C ) - BADAN KEHAKIMAN

Mempunyai kuasa mendengar dan menentukan perkara sivil dan jenayah. Perkara sivil

berkaitan dengan saman, manakala jenayah pula melibatkan kanun keseksaan. .Menentukan

kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan badan pelaksana.

Page 9: Kertas 3   2014 - kemas kini c.muzeta

Mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri. Sistem mahkamah

diwujudkan untuk melaksanakan tugas kehakiman. Tugas mahkamah pula mentafsir

perlembagaan negara, mentafsir undang-undang, mengisytiharkan undang-undang bertulis

Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan

tidak sah di sisi undang-undang. Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang kerana

pindaan tertakluk pada badan perundangan atau parlimen. Sistem mahkamah di Malaysia

disusun mengikut hierarki piramid .Melalui sistem ini individu atau kumpulan yang tidak berpuas

hati dengan keputusan mahkamah boleh membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi.

IV – PILIHAN RAYA

i – Fungsi SPR Fungsi SPR ialah menentukan sempadan-sempadan pilihan raya, menjalankan pendaftaran pemilih dan mengendalikan pilihan raya sama ada pilihan raya umum atau pilihan raya kecil. SPR juga menubuhkan urus setia yang di ketuai oleh seorang setiausaha yang berperanan sebagai ketua eksekutif dan ketua pentadbir urus setia. Mereka dibantu oleh sekumpulan kakitangan awam. Urus Setia SPR diwajibkan mengikuti panduan dan dasar SPR. Tujuannya untuk memastikan pilihan raya di jalankan dengan efektif dan adil. ii. – Pilihan raya umum Pilihan raya umum di adakan untuk memilih ahli dewan rakyat dan ahli dewan undangan negeri secara serentak di seluruh semenanjung Malaysia manakala di Sarawak dan Sabah pula diadakan secara berasingan. iii.- Pilihan Raya Kecil

Pilihan Raya Kecil di adakan apabila berlaku kekosongan kerusi di mana-mana kawasan parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Kekosongan itu berlaku mungkin disebabkan hal-hal tertentu seperti kematian, peletakan jawatan dan perlucutan jawatan. Pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sarawak dan Sabah selepas kekosongan itu.

iv. Proses Pilihan Raya di Malaysia Proses pilihan raya Malaysia bermula dengan penetapan tarikh penamaan calon dan pengundian oleh SPR. Hari penamaan calon dijalankan. Parti yang bertanding menyediakan manifesto dan pelancaran kempen pilihan raya di buat. Tempoh berkempen adalah 7 hingga 15 hari sahaja. SPR mengumumkan tempat pengundian dan tempat pengiraan undi. Pada hari mengundi, pengundi diberikan kertas undi yang mengandungi lambang parti calon yang bakal dipilih di tempat pengundian. Pembuang undi dibuat oleh pengundi dengan memangkah calon pilihan raya pada kertas undi dan memasukkan kertas tersebut ke dalam peti undi. Selepas tamat tempoh pengundian, pengiraan undi dijalankan. Pegawai pilihan raya akan membuat pengumuman keputusan pilihan raya pada hari tersebut.

Page 10: Kertas 3   2014 - kemas kini c.muzeta

v. Syarat-syarat calon Pilihan Raya Syarat menjadi calon pilihan raya ialah mestilah warganegara Malaysia, berumur 21 tahun, bermastautin di Malaysia, sempurna akal, bukan orang yang muflis, tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan awam dan tidak disabitkan dengan sesuatu kesalahan oleh mahkamah. Seseorang warganegara akan hilang kelayakannya sebagai ahli parlimen atau ahli dewan undangan negeri jika dihukum penjara tidak kurang daripada 12 bulan atau didenda tidak kurang RM 2000 dan belum mendapat pengampunan. Calon boleh bertanding atas nama parti atau atas nama individu sebagai calon bebas. Mereka harus mengemukakan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon vi. Syarat Pengundi Seseorang yang layak mengundi namanya mesti didaftarkan dalam Senarai Daftar Pemilih. Menurut perkara 119 Perlembagaan Malaysia seseorang warganegara yang berumur 21 tahun bermastautin atau tidak bermastautin, tinggal di mana-mana kawasan pilihan raya, dewan rakyat atau dewan undangan negeri boleh mengundi. Seorang pengundi hanya boleh mengundi dalam sebuah kawasan pilihan raya sahaja. Perlembagaan membenarkan anggota pasukan keselamatan, pelajar di luar negara dan pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara mengundi melalui pos dengan syarat nama mereka terdaftar sebagai pengundi. BAHAGIAN KBAT

4. Peranan rakyat Malaysia dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen.

JAWAPAN

Sebagai rakyat Malaysia dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi

berparlimen kita seharusnya mendaftarkan diri sebagai pengundi atau pemilih dan

menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi. Selain itu, kita haruslah mematuhi

undang-undang negara dan menghormati prinsip-prinsip Rukun Negara.

Kita juga tidak boleh menyentuh isu-isu sensitif yang boleh mengganggu keharmonian

negara. Ibu bapa haruslah menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak sejak kecil

lagi. Semua rakyat haruslah setia kepada raja dan negara.

Sebagai warganegara Malaysia, kita juga harus mengamalkan amalan agama masing-

masing dan menghormati amalan agama kaum-kaum lain. Di samping itu, kita haruslah

membina hubungan mesra antara kaum di negara kita. Sebagai warganegara kita juga

haruslah bersedia menerima dasar-dasar yang digubal oleh kerajaan.

Page 11: Kertas 3   2014 - kemas kini c.muzeta

5. Kejayaan negara melalui amalan sistem demokrasi berparlimen. @ Bukti keberkesanan kejayaan sistem demokrasi berparlimen di negara kita. @ Mengapakah Malaysia memilih sistem demokrasi berparlimen.

JAWAPAN Antara kejayaan negara melalui pengamalan sistem demokrasi berparlimen adalah dapat

memilih pemimpin yang berwibawa. Selain itu, rakyat hidup dalam keadaan aman.

Dalam masa yang sama, pembangunan ekonomi dapat berkembang dengan pesat.

Selain itu, perpaduan antara kaum dapat dikekalkan. Dasar-dasar negara juga dapat

diteruskan. Di samping itu, imej negara dapat ditingkatkan. Rakyat juga boleh

mengemukakan pandangan masing-masing. Demokrasi berparlimen memastikan

pemimpin tidak berkuasa mutlak. Rakyat juga akan menjadikan perlembagaan sebagai

panduan. Di samping itu, hak asasi rakyat terjamin. Selain itu, taraf hidup rakyat yang

berpendapatan rendah dapat ditingkatkan dan prasarana luar bandar serta pedalaman

dapat di perkasa. Akhir sekali, sistem demokrasi berparlimen juga dapat melahirkan

modal insan yang mempunyai jati diri.

6. Cabaran yang dihadapi Malaysia dalam pelaksanaan sistem pemerintahan

demokrasi berparlimen dan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut.

JAWAPAN

Antara cabaran yang dihadapi Malaysia dalam pelaksanaan sistem pemerintahan

demokrasi berparlimen ialah penyebaran isu-isu sensitif yang boleh mengganggu

perpaduan kaum. Selain itu, gejala rasuah yang berleluasa dalam negara turut berlaku.

Kalangan generasi muda juga, tiada kesedaran untuk menunaikan tanggungjawab

sebagai pengundi. Kebebasan media massa turut memberi kesan negatif terhadap

keharmonian negara di samping campur tangan pihak luar. Akhir sekali, semangat cinta

akan negara semakin luntur dalam diri generasi kini.

Langkah-langkah untuk mengatasinya ialah melalui didikan ibu bapa tentang nilai-

nilai murni dan pengukuhan pengetahuan agama sejak kecil. Selain itu,

penguatkuasaan terhadap penyalahgunaan media massa kepada pengguna yang tidak

bertanggungjawab oleh pihak berwajib. Di samping itu, kempen kesedaran tentang

tanggungjawab warganegara sebagai pengundi perlu diadakan. Masalah sosial yang

melanda anak muda seperti penagihan dadah, ragut, merompak dan sebagainya

perlulah ditangani segera. Akhir sekali, kerajaan perlu memperbanyakkan program

kemasyarakatan dengan penglibatan pelbagai kaum.

Page 12: Kertas 3   2014 - kemas kini c.muzeta

7. Nilai dan iktibar terhadap pengamalan sistem demokrasi berparlimen. (5 markah)

Nilai murni dan iktibar yang di peroleh dari pengamalan sistem demokrasi berparlimen adalah, semangat cinta dan setia kepada raja dan negara serta patuh kepada perlembagaan dan undang-undang. Seterusnya kita harus menghormati pemimpin negara. Setiap rakyat Malaysia harus menyokong dasar-dasar yang telah dirancang oleh kerajaan. Kita juga perlu mewujudkan perpaduan antara kaum serta saling hormat menghormati dan bertolak ansur demi memantapkan sistem demokrasi berparlimen. Kesepakatan dan diplomasi antara pemimpin dan rakyat amat perlu untuk memelihara kepentingan bersama.

8. Kesimpulan keseluruhan

a) Pengetahuan yang diperoleh b) Iktibar kepada diri, bangsa dan negara c) Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia yang lebih harmoni dan stabil.

Pengetahuan yang diperoleh ialah sistem pemerintahan demokrasi berparlimen

merupakan sistem yang terbaik kerana memberikan ruang kepada rakyat untuk membuat

keputusan memilih pemimpin melalui sistem pilihan raya yang telus dan adil agar dapat

membentuk kerajaan yang mantap.

Iktibar kepada diri, bangsa dan negara adalah kerjasama antara pemimpin dan rakyat dapat

menjamin kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi.

Harapan saya, agar Malaysia menjadi sebuah negara yang berdaulat dan disegani di

persada dunia.