daftar masuk borang spaj - spaj.johor.gov.myspaj.johor.gov.my/v3/pdf/panduan.pdf · daftar masuk...
TRANSCRIPT
PANDUAN MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN
1) Keperluan Perkakasan dan Perisian Komputer : Sebelum mengisi borang, pemohon perlu menggunakan komputer (Desktop/Laptop) yang telah mempunyai program pelayar “Google Chrome/Mozilla Firefox/Internet Explorer 9.0” dan kemudahan mesin pencetak (printer). 2) Manual Borang :
DAFTAR MASUK BORANG SPAJ
Langkah-langkah:
1. Sila gunakan pelayar Google Chrome / Mozilla Firefox / Internet Explore 9.0 bagi
mendapatkan paparan yang terbaik.
2. Klik pautan borang online dan skrin seperti berikut akan dipaparkan:
RAJAH 2-1: Skrin Masuk Borang SPAJ
PANDUAN MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN
3. Pemohon juga dinasihatkan untuk membaca Panduan
Pengguna Borang SPAJ sebagai rujukan untuk mendaftar masuk Borang SPAJ.
Daftar Akaun Baru
4. Kemudian klik pada pautan Daftar Akaun Baru untuk mendapatkan MYID dah Kata
Laluan bagi yang pertama kali mengisi Borang SPAJ. Skrin seperti berikut
dipaparkan:Klik pada pautan Kembali jika ingin kembali ke skrin utama.
Rajah 1-4: Skrin Pastikan Daftar Akaun Baru
5. Masukkan semua maklumat yang diwajibkan. Untuk makluman, pemohon perlulah
mempunyai nombor MyKad(Kad Pengenalan) yang akan digunakan sebagai MyID.
6. Pemohon perlu memasukkan alamat e-mel peribadi yang sah dah aktif. Ini adalah
kerana semua urusan berkenaan dengan pendaftaran ini akan menggunakan e-mel.
Oleh itu, pemohon tidak digalakkan berkongsi alamat e-mel serta kata laluan e-mel
tersebut.
7. Setelah semua maklumat dimasukkan, tekan pautan Daftar. Mesej ini akan
dipaparkan:
Rajah 1-5 : Skrin Daftar Akaun Baru
PANDUAN MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN
8. Skrin sepertiberikut akan dipaparkan setelah pemohon klik
OK.
Rajah 1-6: Skrin Pendaftaran Berjaya
Log Masuk Akaun
9. Masukkan MyID dan Kata Laluan dengan merujuk e-mel yang diterima daripada SPAJ.
10. Kemudian tekan butang Log Masuk.
11. Jika tersalah taip MyID atau Kata lalaun, mesej ralat seperti berikut akan dipaparkan:
Rajah 2-2: Skrin Ralat
12. Jika MyID dan Kata Laluan yang dimasukkan adalah betul, anda boleh mengisi borang
pendaftaran.
13. Masukkan maklumat yang dikehendaki dan tekan butang Simpan.
14. Sekiranya pemohon keluar dari borang SPAJ, pemohon perlu masukkan MyID dan
Kata Laluan yang telah disi oleh pemohon.
15. Jika tiada sebarang ralat, pemohon akan berjaya memasuki borang SPAJ dan melihat
butir-butir peribadi. Skrin seperti di bawah akan dipaparkan:
PANDUAN MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN
Rajah 2-3: Skrin Borang Maklumat Pemohon
16. Sila rujuk pada 5.0 Cara Mengisi Borang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam
(SPAJ) untuk maklmat terperinci mengenai pengisian borang SPAJ.
17. Klik pada Keluar jika pemohon ingin keluar daripada borang ini dan akan kembali ke
muka hadapan.
Rajah 2-4 : Skrin Menu Dan Sub-Menu Borang SPAJ
18. Skrin ini menyatakan bahawa pemohonan pemohon tidak akan diproses jika tidak
menekan butang Hantar pada halaman akhir iaitu pada skrin Pengakuan Pemohon.
19. Pemohon akan dapat melihat maklumat yang telah diisi jika datar masuk semula ke
dalam borang SPAJ dan semua maklumat yang dipaparkan boleh dikemas kini.
PANDUAN MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN
Panduan Mengisi Borang Online
3.1 Maklumat Pemohon
1. Klik pada Maklumat Pemohon dan skrin berikut akan dipaparkan dengan maklumat-maklumat tertentu terus dipaparkan mengikut maklumat yang dimasukkan semasa Daftar Akaun baru:
Rajah 3-3 Skrin Maklumat Pemohon
2. Sila kemas kini Alamat Surat-Menyurat jika berkenaan seperti nombor peti surat / nombor rumah, nama jalan, nama taman/kampung. Sekiranya ruangan tidak mencukupi, sila ringkaskan ejaan dan singkatan yang digunakan mestilah mudah difahami.
3. Sila pilih Jantina anda sama ada Lelaki atau Perempuan. 4. Sila pilih Warganegara anda. 5. Sila isikan Tarikh Lahir anda mengikut format dd/mm/yyyy. Tarikh lahir juga boleh
dipilih daripada calendar yang dipaparkan. 6. Sila pilih Taraf Perkahwinan anda. 7. Sila pilih tempoh tahun bermastautin di johor
1- kurang dari setahun 2- kurang dari 2 tahun 3- kurang dari 3 tahun 4- kurang dari 4 tahun 5- melebihi 5 tahun
8. Sila pilih Tempat kelahiran Pemohon 9. Sila pilih Keturunan anda. 10. Sila pilih Agama yang dianuti oleh anda. 11. Sila kemas kini Negara, Bandar dan poskod alamat surat-menyurat anda yang
terkini dengan betul. 12. Sila kemas kini Nombor Telefon anda yang boleh dihubungi (jika ada). Kemudian
tekan butang SETERUSNYA untuk menyimpan maklumat yang dimasukkan.
PANDUAN MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN
Sekiranya anda menerima mesej ralat, sila betulkan ralat-
ralat tersebut, ulangi proses penyemakan dan penghantaran.
3.2 Maklumat Akademik
3.2.1 PMR/SRP/LCE
1. Klik pada capaianSekolah Agama Dan PMR/SRP/LCE dan skrin berikut akan
dipaparkan:
Rajah 3-4: Skrin Maklumat Keputusan Sekolah Agama Dan PMR/SRP/LCE
2. Jika pemohon ingin memasukkan maklumat keputusan Sekolah agama, Isi Darjah, Tahun dan keputusan
3. Sila pilih Tahun menduduki peperiksaan PMR/SRP/LCE. 4. Pilih mata Pelajaran dan Gred berkenaan. 5. Kemudian, tekan butang seterusnya untuk menyimpan dan pergi ke skrin
Keputusan SPM/MCE/SPM(v)/SPVM/setaraf.Bagi Keputusan PMR atau Setaraf: a. Sila pilih Tahun menduduki Peperiksaan. b. Sila pilih Jenis Sijil Menduduki peperiksaan c. Sila pilih Gred berkenaan.
6. Tekan butang SETERUSNYA untuk menyimpan maklumat yang dan untuk ke skrin Keputusan SPM/MCE/SPM(V).
PANDUAN MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN
3.2.2 SPM/MCE/SPM(V)
1. Sila isikan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/MCE/SPM(V)/SPVM /Setaraf)
Paparan skrin adalah seperti berikut:
Rajah 3-5: Skrin Maklumat SPM/MCE/SPM(V)/SPVM /Setaraf
2. Sila pilih Tahun menduduki peperiksaan. 3. Sila pilih Jenis Sijil menduduki peperiksaan. 4. Sila pilih Pangkat yang diperolehi dan Pilih SPM Terbuka bagi keputusan SPM
(1999 hingga sekarang). 5. Isikan jumlah matapelajaran
6. Isikan jumlah kepujian mata pelajaran (1 – 6 ) atau C keatas
7. Sila pilih Lulus atau Gagal bagi keputusan Ujian Lisan Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia yang diperolehi
8. Sila pilih Gred yang diperolehi bagi matepelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam/Moral dan Matematik dalam ruangan Gred kerana subjek tersebut adalah wajib diisi.
PANDUAN MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN
9. Sila isikan matapelajaran mengikut keputusan sijil dalam ruangan Matapelajaran dan pilih gred yang diperolehi bagi setiap matapelajaran tersebut dalam ruangan Gred.
10. Tekan butang SETERUSNYA untuk menyimpan maklumat yang dimasukkan dan
untuk ke skrin Keputusan Peperiksaan Tampal/tambahan.
3.2.3 Peperiksaan Tambahan
1. Seterusnya sila isikan keputusan Bahasa Melayu Kertas Julai / SAP /SPM /STPM/
Universiti atau Setaraf sekiranya berkaitan.
Rajah 3-6: Skrin Maklumat Peperiksaan Tambahan
a. Sila pilih Tahun menduduki peperiksaan. b. Sila pilih Jenis peperiksaan Bahasa Melayu yang diduduki. c. Sila pilih Gred peperiksaan Bahasa Melayu yang diperolehi. d. Sila pilih Lulus atau Gagal bagi keputusan Ujian Lisan Bahasa Melayu yang
diperolehi. e. Tekan butang SETERUSNYA untuk menyimpan maklumat yang dimasukkan dan
untuk ke skrin Keputusan STPM/STP/HSC
3.2.4 STPM/STP/HSC
*isi jika berkaitan
1. Klik pada capaian STPM/STP/HSC dan skrin berikut akan dipaparkan:
Rajah 3-7: Skrin Keputusan STPM/STP/HSC
i. Sila pilih Tahun menduduki peperiksaan. ii. Sila pilih Jenis Sijil dan Pangkat bagi peperiksaan yang diperolehi.
PANDUAN MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN
Cara pengiraan Principal (P) a. STPM (1988 – 2002)
o Gred A hingga E = Principal b. STPM (2003 – sekarang)
o Pengiraan mengikut Nilai Gred Mata Pelajaran o Gred C ke atas = Principal
iii. Hanya 4 mata pelajaran yang dibenarkan untuk diisi. Pilih yang terbaik iv. Tekan butang SETERUSNYA untuk menyimpan maklumat yang dimasukkan
dan untuk ke skrin Keputusan STAM.
3.2.5 STAM
*isi jika berkaitan
1. Klik pada capaian STAM dan skrin berikutan akan dipaparkan:
Rajah 3-8:Skrin Keputusan STAM
a. Sila pilih Tahun memduduki peperiksaan. b. Sila pilih Jenis Sijil dan Pangkat bagi peperiksaan berkenaan. c. Sila pilih Mata pelajaran dan Gred peperiksaan yang diperolehi. d. Pilih Mata Pelajaran dan Gred berkenaan.
2. Tekan butang SETERUSNYA untuk menyimpan maklumat yang dimasukkan dan
untuk ke skrin Keputusan Pengajian Tinggi.
PANDUAN MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN
3.2.6 Pengajian Tinggi
*isi jika berkaitan
1. Seterusnya sila baca arahan yang tertera sebelum mengisi maklumat Kelulusan Pengajian Tinggi (Ijazah/Pelajar Tahun Akhir). Sila lihat contoh skrin di bawah:
Rajah 3-9: Skrin Keputusan Pengajian Tinggi
a. Sila pilih Tahun Graduasi diperolehi. b. Sila isikan Peringkat Kelulusan yang diperolehi. c. Sila isikan PNGK/CGPA yang diperolehi. d. Sila isikan Institusi yang mengeluarkan sijil yang diperolehi. e. Sila pilih YA atau TIDAK Istitusi Francais Luar Negara. f. Sila isikan Bidang. g. Sila pilih Pengkhususan.
2. Tekan butang SETERUSNYA untuk menyimpan maklumat yang dimasukkan dan
untuk ke skrin Maklumat Keluarga.
PANDUAN MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN
3.3 Maklumat Keluarga
1. Klik pada capaian Maklumat Keluarga dan Skrin berikut dipaparkan:
Rajah 3-10: Skrin Maklumat Keluarga
a. Sila isikan Nama Bapa/Ibu/Penjaga/Suami/Isteri.
b. Sila isikan Umur Bapa/Ibu/Penjaga/Suami/Isteri.
c. Sila pilih Negeri Kelahiran Bapa/Ibu/Penjaga/Suami/Isteri.
d. Sili pilih Bangsa Bapa/Ibu/Penjaga/Suami/Isteri.
e. Sila pilih Bilangan Tanggunan Bapa/Ibu/Penjaga/Suami/Isteri.
f. Sila isikan No. telefon Bapa/Ibu/Penjaga/Suami/Isteri.
g. Sila pilih Kewarganegara Bapa/Ibu/Penjaga/Suami/Isteri.
h. Sila pilih Agama Bapa/Ibu/Penjaga/Suami/Isteri.
i. Sila isikan Alamat Bapa/Ibu/Penjaga/Suami/Isteri.
j. Sila isikan Pekerjaan Bapa/Ibu/Penjaga/Suami/Isteri.
2. Tekan butang SETERUSNYA untuk menyimpan maklumat yang dimasukkan dan untuk ke skrin Maklumat Pekerjaan.
PANDUAN MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN
3.4. Pengalaman Kerja
*isi jika berkaitan
1. Klik pada capaian Maklumat Pekerjaan dan skrin berikut akan dipaparkan:
Rajah 3-11 : Skrin maklumat Pekerjaan
2. Bagi pemohon yang berkhidmat di syarikat swasta atau bekerja sendiri,sila isi
maklumat pada bahagian Maklumat pekerjaan(Swasta/Sendiri).
a. Sila isi jawatan yang terkini diikuti dengan pengalaman kerja.
b. Sila isi Nama jawatan.
c. Sila isi alamat majikan.
d. Pilih taraf jawatan.
e. Tempoh mula perkhidmatan dan Tamat perkidmatan. Mengikut format
dd/mm/yyyy.
f. Sila pilih Sebab berhenti.
3. Bagi pemohon yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam/Kerajaan
tempatan, sila isi bahagian Maklumat Pekerjaan(Awam)
a. Sila pilih kategori.
b. Sila pilih Taraf jawatan.
c. Sila pilih jabatan
d. Isikan skim perkhidmatan sekarang.
PANDUAN MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN
e. Sila isi tarikh lantikan ke skim perkhidmatan
sekarang untuk jawatan tetap sahaja. Mengikuti format dd/mm/yyyy.
f. Sila isi Tarikh Disahkan Dalam perkihmatan untuk jawatan tetap sahaja.
Mengikuti format dd/mm/yyyy.
g. Bagi calon KPSL, sila isikan tarikh KPSL. Mengikut format dd/mm/yyyy
4. Tekan butang SETERUSNYA untuk menyimpan maklumat yang dimasukkan dan untuk ke skrin Maklumat Pekerjaan.
3.5 Maklumat Tambahan.
*isi jika berkaitan
1. Klik pada capaian Maklumat Tambahan dan skrin berikut akan dipaparkan:
Rajah 3-12 : Skrin Maklumat Tambahan
a. Sila pilih Bahasa.
b. Sila pilih tahap kebolehan bertutur. 1=lemah, 10=cemerlang.
c. Sila pilih tahap kebolehan menulis. 1=lemah, 10=cemerlang.
d. Sila isikan Aktiviti kokurikulum yang terlibat Di
Sekolah/Maktab/Universit/Semasa.
e. Sila isikan Aktiviti kokurikulum yang terlibat Di Luar
Sekolah/maktab,Universiti/semasa.
f. Sila pilih kemahiran computer.
g. Sila pilih jenis Biasiswa/Dermasiswa.
PANDUAN MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN
h. Sila isikan Tarikh mula membayar pinjaman.
i. Sila isikan Tamat tarikh pinjaman.
j. Jenis perjanjian. Terikat = Masih Berhutang, Tidak terikat = Sudah Bayar.
2. Tekan butang SETERUSNYA untuk menyimpan maklumat yang dimasukkan dan
untuk ke skrin Maklumat Pekerjaan.
3.6 Pemohonan Jawatan
1. Klik pada capaian Pemohonan Jawatan dan skrin berikut akan dipaparkan:
Rajah 3-13: Skrin Pemohonan Jawatan
a. Sila Pilih Jawatan mengikut Kelayakan.
b. Pilih jawatan yang berlainan daripada pilihan 1, pilihan 2, pilihan 3, pilihan 4
dan pilihan 5.
c. Jika pemohon memilih jawatan yang sama. Akan ada ralat menunjukan
pemohon telah memilih jawatan yang sama.
d. Pemilihan Pusat Temu duga – pemohon boleh memilih 2 tempat pusat temu duga yang telah disenaraikan bergantung kepada kemudahan pemohon untuk menghadiri sesi temu duga.
Pusat Temu duga SPAJ adalah seperti berikut : Bil Daerah Alamat Pusat Temuduga
1 Johor Bahru Pusat Temu duga, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor
Aras 3, Blok A, Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak,
Kota Iskandar, Nusajaya 79000 Johor DT
2 Pontian Bilik Mesyuarat
Pejabat Tanah Daerah Pontian
Aras Bawah Bangunan Sultan Ismail
82000 Pontian
PANDUAN MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN
3 Kota Tinggi Bilik Temu Duga
Pejabat Daerah Kota Tinggi
Aras 2, Bangunan Sultan Iskandar
81900 Kota Tinggi
4 Batu Pahat Bilik Mesyuarat
Pejabat Daerah Batu Pahat
Aras 1, Bangunan Tunku Mahkota Ibrahim Ismail
Jalan Bakau Chondong
83000 Batu Pahat
5 Segamat Bilik Mesyuarat
Pejabat Daerah Segamat
Tingkat 2, KM 5
Jalan Genuang
85600 Segamat
6 Kluang Bilik Mesyuarat
Pejabat Tanah Daerah Kluang
Jalan Pejabat Kerajaan
86000 Kluang
7 Mersing Bilik Mesyuarat
Pejabat Tanah Daerah Mersing
Aras Bawah, Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan
86800 Mersing
8 Muar Bilik Mesyuarat Eksekutif
Pejabat Daerah Muar
Tingkat 1, Bangunan Sultan Abu Bakar
Jalan Petrie
84007 Muar
9 Kuala Lumpur Akan ditentukan oleh pihak SPAJ
e. Tekan butang SETERUSNYA untuk menyimpan maklumat yang dimasukkan dan
untuk ke skrin Pengakuan Pemohon.
PANDUAN MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN
3.7 Pengakuan Pemohon
1. Klik pada capaian Pengakuan Pemohon dan skrin berikut akan dipaparkan:
Rajah 3 -14 : Skrin Pengakuan Pemohon
2. Sila pastikan Maklumat Peribadi Pemohon yang diisi adalah tepat.
3. Sila pastikan No. Kad Pengenalan baru, Nama Penuh dan Alamat yang diisi adalah
tepat.
4. Pada peringkat ini, anda digalakan menyemak kembali semua maklumat yang
telah dimasukkan dengan menekan pautan Maklumat Peribadi pemohon,
Maklumat Akademik Pemohon, Maklumat Keluarga Pemohon, Maklumat Pekerjaan
Pemohon ataupun Maklumat Tambahan. Sila buat pembetulan sekiranya perlu.
Untuk kembali ke muka surat borang, sila klik pautan di bahagian atas borang.
5. Sila klik pada petak Saya telah membaca Perakuan Pemohon dan
memahaminya dan tanda akan dipaparkan dalam petak yang berkenaan.
Adalah diingatkan bahawa anda telah membuat pengakuan bahawa anda
memahami Akta Suruhanjaya Perkhidmatan 1957 boleh dihukum penjara 2 tahun
atau didenda RM2,000.00 atau kedua-duanya sekali jika maklumat yang
dimasukkan adalah palsu.
6. Sekiranya anda telah berpuas hati dengan maklumat-maklumat yang diisi, sila klik
pada butang HANTAR.
7. Skrin Pemberitahuan seperti rajah dibawah dipaparkan sekiranya maklumat anda
tiada kesilapan. Sekiranya anda menerima mesej ralat, sila kembali ke muka surat
PANDUAN MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN
borang dan betulkan ralat-ralat tersebut, ulangi proses
penyemakan dan penghantaran.
Rajah 3-15: Skrin Pemberitahuan
8. Sila Cetak untuk rujukan anda.
9. Permohonan anda telah pun selesai jika mendapat Skrin Pemberitahuan dan Cetak
untuk simpanan anda. Borang ini perlu dibawa semasa temuduga jika anda
terpilih.