kertas 2-pengajian am

13
Bahagian A Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan. [25] 1. Sejak akhir-akhir ini banyak rungutan diterima daripada orang ramai berkaitan projek perumahan yang terbengkalai sehingga memaksa kerajaan mengambil beberapa pendekatan bagi menyelesaikan isu berkenaan. Bincangkan masalah yang timbul berkaitan isu ini serta langkah-langkah mengatasinya. 2. Industri batik bukan lagi perusahaan orang kurang berada atau kurang mampu. Industri ini mempunyai potensi besar menjadi satu industri berdaya saing yang boleh menyumbang kepada pembangunan negara. Berdasarkan pernyataan di atas, bincangkan potensi dan cabaran industri batik di Malaysia. Bahagian B Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan. [25] 3. Fenomena kenaikan suhu bumi adalah salah satu isu hangat yang telah diperdebatkan dalam Persidangan Kemuncak Bumi, di

Upload: f6smkpn8668

Post on 16-Jun-2015

918 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas 2-Pengajian AM

Bahagian A

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara

250 hingga 300 patah perkataan.

[25]

1. Sejak akhir-akhir ini banyak rungutan diterima daripada orang ramai berkaitan

projek perumahan yang terbengkalai sehingga memaksa kerajaan mengambil

beberapa pendekatan bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Bincangkan masalah yang timbul berkaitan isu ini serta langkah-langkah

mengatasinya.

2. Industri batik bukan lagi perusahaan orang kurang berada atau kurang mampu.

Industri ini mempunyai potensi besar menjadi satu industri berdaya saing yang

boleh menyumbang kepada pembangunan negara.

Berdasarkan pernyataan di atas, bincangkan potensi dan cabaran industri batik

di Malaysia.

Bahagian B

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara

250 hingga 300 patah perkataan.

[25]

3. Fenomena kenaikan suhu bumi adalah salah satu isu hangat yang telah

diperdebatkan dalam Persidangan Kemuncak Bumi, di Rio De Janerio pada Jun

1992. Ini adalah kerana ia boleh mengakibatkan perubahan cuaca dunia yang

tidak menentu dan malapetaka banjir besar .

Bincangkan punca-punca yang mengakibatkan fenomena ini

4. Kemajuan dan pembangunan negara yang pesat seolah-olah memaksa ibu yang

bekerja memberi bayi mereka susu formula, walaupun ramai yang mengetahui

kelebihan susu ibu berbanding susu formula.

Bincangkan manfaat susu ibu kepada ibu dan bayi.

Page 2: Kertas 2-Pengajian AM

Bahagian C

Jawab dua soalan dalam bahagian ini. Pilih satu daripada soalan 5 (a) atau 5 (b) dan

satu daripada soalan 6 (a) atau 6 (b).

5 (a) “Kerajaan sentiasa memberi keutamaan untuk menambah nilai modal insan

dalam kalangan generasi muda bagi memastikan negara mempunyai tenaga yang

terbaik untuk masa depan yang lebih cemerlang. Mereka mampu melakukannya tetapi

mereka mesti membuat segala persediaan… mereka perlu menjadi individu yang

cemerlang, individu yang berhemah tinggi dan berjaya.”

(Petikan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,

dalam Majlis Perasmian Kursus Kepimpinan Kelab Umno Luar Negara,

Di Pusat Perdagangan Putrajaya, Bernama, 16 Julai 2005)

i) Bagaimanakah cara kerajaan memastikan negara dapat mencapai kejayaan

yang cemerlang pada masa hadapan?

ii) Dengan menggunakan tidak lebih 50 patah perkataan, bincangkan pihak-

pihak yang berperanan untuk memastikan pembinaan modal insan selari

dengan Falsafah Pendidikan Negara.

ATAU

(b) Fenomena kemerosotan disiplin pelajar pada masa ini berada di tahap yang

membimbangkan. Daripada keseluruhan 7 juta pelajar di seluruh negara, kira-kira

76,300 pelajar atau 1.06 peratus terbabit dalam pelbagai masalah disiplin seperti

vandelisme, bulisme, samseng sehingga yang paling serius ialah mencedera dan

membunuh. Statistik jenayah remaja dari tahun 1994 hingga 1995 pula menunjukkan

seramai 21,000 pelajar remaja ditangkap meliputi kes bunuh, ugut, samun, rogol, curi,

pecah rumah, judi, senjata berbahaya, dadah, rasuah dan kesalahan-kesalahan

delikuensi yang lain.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Pemikir,

keluaran Julai – September 2004)

i) Mengapakah kemerosotan disiplin pelajar pada masa ini dianggap berada di

tahap yang membimbangkan?

ii) Dengan menggunakan tidak lebih 50 patah perkataan, huraikan kaedah-

kaedah yang paling berkesan bagi menangani masalah kemerosotan disiplin

remaja pada masa ini.

Page 3: Kertas 2-Pengajian AM

6 (a) “Tekanan perasaan atau stres hanyalah perasaan yang tidak

terkawal. Stres – “respons” badan dan minda seseorang terhadap sebarang peristiwa

atau kejadian yang berlaku. Sekiranya “respons” seseorang adalah negatif terhadap

sesuatu kejadian maka dia akan mengalami stres. Persepsi seseorang itu amat penting.

Sesuatu yang harus diingat adalah stres itu hanyalah “respons” atau tindak balas”

(Dipetik dan diubah suai daripada Tajaiyah Ihsan,

“Tekanan : Lawan atau Lari”, Mingguan Malaysia, 25 Februari 2007)

(i) Apakah tekanan perasaan atau stres?

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan,

jelaskan tanda-tanda amaran stres dari aspek fizikal dan mental.

ATAU

(b) “Kita melancarkan dasar ini, iaitu Dasar Bioteknologi Negara demi

memanfaatkan teknologi bio bagi menjana kemakmuran dan kesejahteraan rakyat dan

negara. Dasar ini berpaksikan sembilan teras, antara lainnya ialah pertanian, industri,

dan penjagaan kesihatan. Dasar ini juga akan memanfaatkan kepelbagaian flora dan

fauna, dan juga sumber lain seperti mikrob dan organisme marin untuk kajian dan

penyelidikan”

(Dipetik dan diubah suai daripada,

“Ucapan Perdana Menteri Malaysia semasa pelancaran

Dasar Bioteknologi Negara”)

(i) Apakah tujuan Dasar Bioteknologi Negara?

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan,

huraikan kepentingan bioteknologi dalam bidang pertanian.

Page 4: Kertas 2-Pengajian AM

Bahagian D

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas

graf.

[15]

7 Berdasarkan maklumat di bawah, sediakan carta yang sesuai untuk

membandingkan kemasukan warga asing daripada pelbagai negara ke Malaysia antara

tahun 2002 dengan 2003.

Malaysia ialah sebuah negara yang aman dan mesra pengunjung. Pelbagai jenis pas

dan visa telah dikeluarkan kepada pelawat-pelawat asing seperti pas pengajian, pas

lawatan kerja sementara, pas tanggungan dan sebagainya.

Pada tahun 2002, daripada sejumlah 6,691 332 orang pelawat asing, warga Singapura

merupakan pelawat yang paling ramai menyeberang sempadan Malaysia, sama ada

untuk tujuan melancong, bekerja atau tinggal (terutama di Johor Baharu). Jumlahnya

ialah 3 925 598 orang atau 58.67%. Begitu juga pada tahun 2003, jumlahnya terus

meningkat lagi menjadikannya 5 463 552 orang berbanding jumlah keseluruhan

sebanyak 8 341 393 orang.Bagi warga Indonesia pula, kebanyakan mereka mengambil

pas lawatan kerja sementara untuk suatu tempoh tertentu. Pada tahun 2002, data yang

direkodkan ialah seramai 1 247 003 orang dan meningkat kepada 1 557 240 orang

pada tahun 2003.

Sementara itu, kemasukan pelawat Australia dan China menunjukkan penurunan. Pada

tahun 2002, kemasukan warga Australia hanyalah berjumlah 239 151 orang , iaitu

sebanyak 3.57% berbanding warga China sebanyak 537 400 orang iaitu 8.03%.

Walaupun penurunan kemasukan warga Australia sebanyak 41 746 orang, penurunan

kemasukan warga China lebih ketara kepada 469 772 orang untuk tempoh selepas

tahun 2002.Pengurangan kemasukan pelancong China dikaitkan dengan terdapatnya

gambaran yang kurang tepat tentang agensi pelancongan yang tidak bertanggungjawab

terhadap kemasukan warga China ke Malaysia.

Dalam kalangan pelawat asing warga Bangladesh, sebahagian besarnya memiliki pas

lawatan kerja sementara atau pas tanggungan dan pas MEV dan SEV.Pada tahun 2003,

jumlahnya ialah 36 438 orang iaitu pertambahan sebanyak 13 003 orang berbanding

Page 5: Kertas 2-Pengajian AM

tempoh sebelumnya. Pertambahan sebanyak 26 215 orang warga India yang memasuki

Malaysia pada tahun 2003, ternyata menunjukkan angka lebih tujuh kali ganda

berbanding warga Bangladesh pada tahun tersebut. Pada tahun tersebut pelawat warga

India ke Malaysia berjumlah 270 074 orang.

Kemasukan pelawat asing warga Jepun turut membantu sektor pelancongan.

Kebanyakan mereka masuk ke Malaysia pada musim sejuk di Jepun. Selain itu,

penganjuran pelancongan berasaskan sukan seperti Formula 1 dan GP Jepun di Litar

Sepang turut mempengaruhi kehadiran mereka. Pada tahun 2002, jumlah kemasukan

mereka adalah seramai 474 886 orang berbanding seramai 346 912 orang pada tahun

2003.

Secara keseluruhannya, jumlah kehadiran pelawat asing di Malaysia daripada pelbagai

negara di dunia menunjukkan peningkatan dari segi jumlahnya. Kehadiran yang

semakin ramai ini boleh membantu peningkatan ekonomi negara sama ada dengan

kemasukan pertukaran mata wang asing atau sumbangan mereka dalam pelbagai

bidang pekerjaan sama ada kolar buru atau kolar putih.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Jabatan Imigresen Malaysia, 2005)

Page 6: Kertas 2-Pengajian AM

8 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf

garis yang sesuai untuk menunjukkan bilangan guna tenaga di Malaysia dari tahun 1996

hingga tahun 2001.

Seiring dengan perubahan sosial di Malaysia dan dasar mempelbagaikan serta

memantapkan ekonomi negara, pola guna tenaga di Malaysia juga mengalami

perubahan yang ketara. Antara perubahan itu ialah sektor perkilangan kini

mendahului semua sektor yang lain dari segi bilangannya. Namun demikian,

keadaan ekonomi antarabangsa juga mendatangkan kesan kepada perubahan

guna tenaga kita. Bilangan guna tenaga telah merosot sebanyak 300,000 orang

pada tahun 1998 berbanding dengan tahun sebelumnya yang mencatat angka

8,600,000 orang. Pada tahun 1999, pemulihan ekonomi turut meningkatkan

guna tenaga kepada 8,500,000 orang. Selanjutnya, guna tenaga telah

bertambah sebanyak 100,000 orang pada tahun 2000. Pada tahun 2001,

jumlahnya bertambah 1,000,000 orang berbanding dengan tahun sebelumnya.

Sektor pertanian, perhutanan, penternakan dan perikanan menunjukkan pola

angka yang kekal dan kemudian semakin menurun dalam tempoh yang

berkenaan. Angkanya kekal 140,000 orang pada ketiga-tiga tahun kajian yang

awal. Angka ini kemudiannya terus merosot kepada 138,000 orang pada tahun

1999, berkurangan sebanyak 1,000 orang pada tahun 2000 dan berkurangan

dengan angka yang sama pada tahun 2001.

Sememangnya guna tenaga sektor perkilangan meningkat kecuali pada tahun

1998 yang mencatat guna tenaga 2,000,000 orang juga. Pada tahun 1996,

sebanyak 2,000,000 orang terlibat dalam bidang ini. Angka ini kemudiannya

meningkat kepada 2,200,000 orang pada tahun 1997. Angka pada tahun 1999

ialah 2,100,000 orang. Pada tahun terakhir kajian, guna tenaga meningkat

semula kepada 2,400,000 orang.

Page 7: Kertas 2-Pengajian AM

Sektor pembinaan mencatat angka 500,000 orang pada tahun 1996. Angka ini

meningkat kepada 600,000 orang pada tahun 1997 dan juga pada tahun 1998.

Pada tahun 1999 dan tahun 2000 angkanya merosot sedikit kepada 560,000

orang masing-masing. Pada tahun 2001, bilangannya ialah 580,000 orang.

Sektor perlombongan dan kuari langsung tidak menunjukkan perubahan yang

ketara. Angka konservatif bagi setiap tahun ialah 50,000 orang. Hal ini demikian

kerana sumber lombong kita telah pupus kecuali lombong kuari untuk memenuhi

permintaan sektor pembinaan.

Bagi sektor-sektor pengangkutan, penyimpanan dan perhubungan bilangan guna

tenaga bagi tiga tahun pertama ialah 300,000 orang masing-masing. Pada tahun

1999, bilangannya bertambah sebanyak 5,000 orang. Bilangannya bertambah

5,000 orang lagi pada tahun yang berikutnya. Pada tahun 2001, angkanya ialah

320,000 orang.

Bilangan guna tenaga dalam sektor perkhidmatan kerajaan tidak banyak

perubahannya. Angkanya kekal dari tahun 1996 hingga tahun 1999 dengan

bilangannya 600,000 orang. Pada dua tahun akhir kajian, angkanya ialah

610,000 orang masing-masing.

Perkhidmatan lain pula mencatat guna tenaga sebanyak 4,610,000 pada tahun

1996. Angka ini meningkat kepada 4,710,000 orang pada tahun 1997 dan

kemudiannya merosot kepada 4,610,000 pada tahun 1998. Seterusnya angka

ini meningkat kepada 4,747,000 pada tahun 1999, 4,933,000 orang pada tahun

2000 dan 5,504,000 orang pada tahun 2001.

(Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada

Laporan Ekonomi 2000/2001)

Page 8: Kertas 2-Pengajian AM

Bahagian E

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.

[15]

9 Berdasarkan jadual di bawah, jelaskan pola kemalangan yang berlaku pada tahun-

tahun yang dinyatakan mengikut sektor yang terdapat di Malaysia. Pada pandangan

anda, mengapakah kebanyakan sektor mencatat bilangan kemalangan perusahaanyang

terus meningkat?

Malaysia : Kemalangan Perusahaan pada Tahun-tahun

1996,1997,dan 1998

Sektor1996 1997 1998

Jumlah Peratusan Jumlah Peratusan Jumlah Peratusan

Pertanian, Perhutanan,

dan Perikanan47 325 36.8 47 108 33.7 51 446 33.2

Perlombongan dan

Kuari11 735 9.1 10 311 7.4 9 632 6.2

Pembuatan 42 397 32.9 54 011 38.7 58 565 37.8

Pembinaan 4 224 3.3 4 834 3.5 5 729 3.7

Elektrik, Gas, dan Air 728 0.6 945 0.7 1 088 0.7

Perdagangan dan

Pengangkutan13 547 10.5 15 375 11.0 17 555 11.3

Perhubungan dan

Penyimpanan3 258 2.5 2 345 1.7 4 878 3.2

Perkhidmatan Lain 475 4.3 4 656 3.3 6 107 3.9

JUMLAH 128 689 100.0 139 585 100.0 155 000 100.0

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada

Pertubuhan Keselamatan Sosial, 1998

Page 9: Kertas 2-Pengajian AM

10. Berdasarkan carta di bawah, perincikan prosedur dalam melindungi alam sekitar

dan peranan yang dapat dimainkan oleh pelbagai pihak untuk menjamin kesetahteraan

manusia.

Model Perancangan dan Kawalan Alam Sekitar

(Sumber: Disesuaikan daripada Kajian Pengawalan Alam Sekitar, 1999)

Kajian dan Penyelidikan

Maklumat lepas

Data

Perancangan projek Pembangunan

Jangka pendek Janka panjang

Pembangunan Alam sekitar

Akta/ Enakmen

Jangka hayat

KerajaanBadan-badan

Bukan kerajaan

Peringkat antarabangsa

Manusia, flora, fauna

Kualiti

Media Massa

Propaganda

Persatuan

Pengeluaran