kertas 2

10
BAHAGIAN A (60 MARKAH ) Jawab semua soalan 1. a) lengkapkan jadual berikut Klasifikasi akaun Contoh Aset Bukan Semasa Pemiutang [ 2 markah ] b) nyatakan konsep-konsep perakaunan yang berkaitan dengan situasi di bawah: i) perniagaan Shamsul menetapkan kaedah baki berkurangan dalam pengiraan susut nilai kenderaan perniagaannya bagi setiap tempoh perakaunan. ii) bayaran bil elektrik kediaman Encik Rahim tidak ditunjukkan dalam buku perniagaannya. [ 2 markah ] c) lengkapkan jadual berikut: Urus niaga Akaun didebitkan Akaun dikreditkan Pemilik membawa masuk computer peribadi ke dalam perniagaan [ 2 markah ] d) Maklumat berikut diperoleh daripada buku Syarikat Seri Maju Berhad pada 31 Julai 2014. Modal diterbitkan 100 000 unit 8% saham keutamaan pada nilai tara RM1.00 sesaham 100 000 unit saham biasa pada nilai tara RM0.50 sesaham. Dividen bagi saham biasa pada tahun 2014 ialah sebanyak 6%. Anda dikehendaki mengira dividen saham keutamaan bagi Syarikat Seri Maju Berhad. 2

Upload: helmy-hm

Post on 11-Dec-2015

267 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

PERKONGSIAN

TRANSCRIPT

Page 1: kertas 2

BAHAGIAN A(60 MARKAH )

Jawab semua soalan

1. a) lengkapkan jadual berikut

Klasifikasi akaun ContohAset Bukan Semasa

Pemiutang [ 2 markah ]

b) nyatakan konsep-konsep perakaunan yang berkaitan dengan situasi di bawah:

i) perniagaan Shamsul menetapkan kaedah baki berkurangan dalam pengiraan susut nilai kenderaan perniagaannya bagi setiap tempoh perakaunan.

ii) bayaran bil elektrik kediaman Encik Rahim tidak ditunjukkan dalam buku perniagaannya.

[ 2 markah ]

c) lengkapkan jadual berikut:

Urus niaga Akaun didebitkan Akaun dikreditkanPemilik membawa masuk computer peribadi ke dalam perniagaan

[ 2 markah ]

d) Maklumat berikut diperoleh daripada buku Syarikat Seri Maju Berhad pada 31 Julai 2014.

Modal diterbitkan 100 000 unit 8% saham keutamaan pada nilai tara RM1.00 sesaham 100 000 unit saham biasa pada nilai tara RM0.50 sesaham. Dividen bagi saham biasa pada tahun 2014 ialah sebanyak 6%.

Anda dikehendaki mengira dividen saham keutamaan bagi Syarikat Seri Maju Berhad. [ 2 markah ]

e) Kirakan gaji bersih berdasarkan maklumat di bawah.

Gaji pokok RM2 000Gaji kasar RM2 500Caruman KWSP (bahagian pekerja) RM275Caruman KWSP (bahagian majikan) RM300

[ 2 markah ]

2. Lakshna Enterprise merupakan keupayaan Puan Lakshna seorang peniaga tunggal yang menjalankan perniagaan di Pulau Pinang. Imbangan duga berikut diambil daripada buku perniagaan beliau padda 30 Jun 2014.

Debit Kredit

2

Page 2: kertas 2

RM RMModal 150 000Premis 100 000Kenderaan ( kos ) 60 000Jualan 60 000Belian 35 000Stok awal 8 500Pulangan 500Angkutan masuk 250Simpanan tetap 5 000Penghutang 6 520Pemiutang 7 769Pinjaman bank 15 000Faedah atas pinjaman 1 200Insurans 3 600Gaji 5 000Kadar bayaran 850Hutang lapuk 180Belanja Am 530Sewa 2 700Tunai 635Bank 4 730Ambilan 3 900Susut nilai terkumpul kenderaan 6 000Peruntukan Hutang Ragu 326

239 095 239 095

Maklumat tambahan:i) perniagaan mempunyai 2 jenis stok pada 30 Jun 2014.

Stok Akhir Harga Kos Harga PasaranRM RM

A 5 000 6 120B 3 980 3 550

ii) insurans yang dibayar adalah untuk tempoh satu tahun sehingga 31 Disember 2014.iii) Gaji pekerja dibayar sebanyak RM500 sebulan.iv) Pemilik mengambil barang sebanyak RM430 untuk kegunaan sendiri tetapi pekara ini belum

direkodkan. v) Angkutan keluar tersilap rekod sebagai angkutan masuk RM150.vi) Faedah atas simpanan tetap 4% setahun.vii) Seorang penghutang telah diisytiharkan muflis dan baki hutangnya sebanyak RM520 hendaklah

dihapuskan.viii) Peruntukan hutang ragu diselaraskan pada kadar 5% atas baki penghutang. ix) Kenderaan disusutnilaikan sebanyak 10% setahun mengikut kaedah baki berkurangan.

Anda dikehendaki menyediakan :a) Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 30 Jun 2014. [ 12 markah ]b) Kunci Kira-kira pada 30 Jun 2014. [ 9 markah ]c) Jurnal Am untuk menunjukkan catatan pembetulan bagi (v) di atas . [ 2 markah ]d) Akaun susut nilai terkumpul kenderaan. [ 2markah ]

3. Pada 1 April 2015, Buku Tunai (ruangan Bank) Kedai Kelly menunjukkan baki kredit sebanyak RM1 670. Urus niaga berikut ialah penerimaan dan pembayaran yang berlaku sepanjang bulan April 2015 dan Penyata Bank pada tarikh tersebut.

2015April

5 Sekeping cek bernilai RM3 000 diterima daripada seorang penghutang, Sri kenanga

3

Page 3: kertas 2

6 Cek bernombor 300235 berjumlah RM1 340 dikeluarkan untuk pembayaran pembelian alatan pejabat.

7 Cek bernilai RM260 diterima atas komisen.9 Cek bernombor 300236 berjumlah RM2 000 dikeluarkan untuk pembayaran kepada pemiutang

Maju Jaya.10 Belian barang niaga berjumlah RM2 700 dengan cek bernombor 30023713 Menerima cek RM3 700 untuk jualan barang niaga.16 Sewa diterima dengan cek bernilai RM1 300.19 Sekeping cek berniai RM760 diterima daripada penghutang Azizah.20 Cek bernombor 300238 berjumlah RM890 dkeluarkan untuk pembaayaran bagi pembelian

perabot. 25 Chin Hee, seorang penghutang menjelaskan hutang dengan cek sebanyak RM1 450.27 Cek bernombor 300239 sebanyak RM890 dikemukakan untuk pembayaran kepada pemiutang

Sam Ooi.

Penyata BankTarikh Butir No.

CekWang Keluar

(Dt)

Wang Masuk

(Kt)

Baki

2015April 1 Baki b/b

RM RM RM220 Dt

4 Caj bank 15 235 Dt5 Deposit 3 000 2 765 Kt6 Cek 300235 1 340 1 425 Kt8 Deposit *290 1 715 Kt

10 Cek 300234 1 450 265 Kt14 Cek

Dividen (Syarikat Yang Berhad )300237 2 700

4502 435 Dt1 985 Dt

17 Deposit 3 700 1 715 Kt18 Cek 300236 2 000 285 Dt20 Deposit 1 300 1 015 Kt25 Faedah Simpanan Tetap 250 1 265 Kt28 Cek 300239 890 375 Kt30 Ansuran kenderaan (perinah sedia

ada)500

125 Dt

Maklumat tambahan:i) Cek Azizah yang dibankkan pada 19 April 2015 dipulangkan oleh pihak bank dengan Tanda “Rujuk

kepada penyuruh bayar”.ii) Cek bertarikh 7 April 2015 yang diterima atas komisen dicatat dengan jumlah yang salah dalam

Buku Tunai.

Anda dikehendaki menyediakan:a) Menyediakan Buku Tunai (Ruangan Bank) serta mengira baki pada 30 April 2015 [12 markah ]b) Mengemaskinikan Buku Tunai Kedai Kelly pada 30 April 2015. [ 7 markah ]c) Menyediakan Penyata Penyesuaian Bank pada 30 April 2015. [ 6 markah ]

Bahagian B[ 40 markah ]

Jawab mana-mana dua soalan daripada bahagian ini.

4. Kelab Belia taman Perdana merupakan persatuan yang dijalankan aktiviti sukan dan rekreasi. Kelab ini juga mengusahakan sebuah kedai minuman. Baki-baki akaun kelab pada 1 Januari 2014:

RMYuran tertunggak 120Yuran terdahulu 80

4

Page 4: kertas 2

Deposit sewa bangunan 1 000Lengkapan(kos) 7 000Stok minuman 2 100Penghutang minuman 120Sewa bangunan terakru 300

Ringkasan Akaun Penerimaan dan Pembayaran sepaanjang tahun 2014.

Akaun Penerimaan dan PembayaranRM RM

Baki b/b 12 800 Belian stok minuman 4 800Yuran 17 440 Upah 5 400Derma 5 000 Sewa gelanggang 180Jualan minuman 15 360 Sewa bangunan 3 300Penghutang 1 400 Hadiah pertandingan sepak takraw 600Pertandingan sepak takraw 1 900 Belanja gotong –royong 820

Elaun kehormat 450

Maklumat tambahan: i) Kelab ini mempunyai 145 orang ahli yang membayar yuran tahunan sebnayak RM120.ii) Sewa bangunan kelab ialah RM300 sebulan iii) Yuran tahun 2013 berjumlah RM20 yang tidak dapat dikutip akan dihapuskan .iv) Upah yang dibayar dalah termasuk 70% untuk kedai minuman dan selebihnya untuk

membersihkan bangunan kelab. v) Sejumlah jualan minuman telah digunakan untuk membayar belanja berikut dan belum direkodkan

dalam buku kelab. Alat tulis RM80Belanja am RM25

vi) Derma dianggap sebagai penerimaan modal.

Baki-baki pada 31 Disember 2014

RMStok minuman 1 720Penghutag minuman 160Yuran terdahulu 90Yuran tertunggak 70

Anda dikehendaki menyediakan : i) Akaun yuran [ 6 markah ]ii) Penyata Perdagangan Minuman bagi tahun berrakhir 31 Disember 2014. [ 5 markah ]iii) Mengira Untung atau Rugi Pertandingan Sepak Takraw. [ 2 markah ]iv) Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun berakhir 31 Disember 2014. [ 7 markah ]

5. Murad, Ruzila dan Arjuna merupakan pekongsi bagi Perkongsian MRA. Mereka membahagikan untung atau rugi mengikut nisbah 2:1:1. Pada 30 jun 2014, mereka bersetuju untuk membubarkan perkongsian mereka. Kedudukan Kunci kira-kira perniagaan pada 30 Jun 2014 adalah seperti berikut .

RM RMAset Ekuiti Pemilik Kenderaan 75 000 Modal Murad 40 000Perabot 5 000 Modal Ruzila 20 000Alatan pejabat 5 000 Modal Arjun 20 000Stok 7 330 Akaun Semasa Murad 2 750 (kt)Penghutang 4 560 Akaun Semasa Ruzila 1 220 (kt)Bank 2 410 Akaun Semasa Arjun 950

LiabilitiPemiutang 6 280Pinjaman 10 000

5

Page 5: kertas 2

99 300 99 300 Perkara berikut telah dipersetujui ketika pembubaran:i) Semua wang tunai dimasukkan ke dalam bank.ii) Aset-aset dijual pada nilai berikut:

Kenderaan RM41 000Stok RM5 500Perabot RM5 200

iii) Murad telah mengambil alih alatan pejabat dengan harga RM4 400.iv) Arjun telah mengambil alih salah sebuah kenderaan dengan harga RM30 000. v) Baki hutang yang tidak dapat dikutip ialah sebanyak RM260 dianggap sebagai hutang lapuk. vi) Pinjaman telah dijelaskan sepenuhnya.vii) Baki akun pemiutang dijelaskan dengan nilai RM5 998.viii) Kos pembubaran berjumlah RM400ix) Baki akaun semasa dipindahkan ke Akaun modal. x) Perkongsia yang mengalami kekurangan modal bersetuju untuk menumpang sebarang

kekurangan dengan membawa masuk wang simpanan peribadi ke dalam perniagaan.

Anda dikehendaki menyediakan :a) Akaun Realisasi [ 5 markah ]b) Akaun Modal setiap pekongsi [ 8 markah ]c) Akaun Bank [ 7 markah ]

6. Imbangan Duga berikut diperoleh daripada buku perniagaan Kilang Beg Kulit Sofea yang beroperasi di kawasan perindustrian Perai, Pulau Pinang bagi tahun berakhir 30 April 2015.

Imbangan Duga pada 30 April 2015RM RM

Stok pada 1 Mei 2014: Bahan Langsung 34 080 Kerja dalam proses 10 270 Barang siap 6 980 Alat-alat kecil 560Modal 253 600Penghutang 22 000Angkutan masuk 1 800Belian bahan langsung 42 000Upah buruh langsung 16 800Duti import bahan langsung 10 920Sewa dan kadar bayaran 44 640Angkutan keluar 800Upah buruh tak langsung 12 800

6

Page 6: kertas 2

Insurans 3 360Belanja penyelenggaraan kilang 1 440Belian alat-alat kecil 1 620Mesin ( kos ) 60 000Pemiutang 13761Belanja am 1 790Bank 35 500Diskaun diterima 3 740Gaji pengurus kilang 33 961Susut niai terkumpul mesin 24 000Jualan 46 220

341 321 341 321

Maklumat tambahan:i) Pulangan belian bahan langsung RM545 telah tertinggal catat dalam buku perniagaan.ii) Kos angkutan keluar sebanyak RM450 telah tersilap rekod sebagai angkutan masuk.iii) Insurans terdahulu sebanyak RM360.iv) Mesin disusutnilaikan pada kadar 10% setahun mengikut kaedah baki berkurangan.v) Belanja diagihkan antara kilang dan pejabat seperti berikut:

Kilang Pejabat Sewa dan kadar bayaran 60% 40%Insurans 75% 25%Susut nilai mesin 60% 40%Belanja am 100% -

vi) Stok pada 30 April 2015:

RMBahan langsung 1 685Kerja dalam proses 9 870Barang siap 11 340Alat-alat kecil 765

Anda dikehendaki:a) Menyediakan Penyata Kos Pengeluaran Kilang Beg Kulit Sofea bagi tahun berakhir 30 April 2015.

[ 13 markah ]b) Menghitung

i) Kos berubah seunit jika Kilang Beg Sofea mengeluarkan 500 unit beg kulit dalam tempoh perakaunan berakhir 30 April 2015. [ 2 markah ]

ii) Kos tetap yang terlibat dalam pengeluaran beg kulit tersebut. [ 1 markah ]iii) Titik pulang modal dalam unit jika harga julan adalah RM420 seunit. [ 2 markah ]iv) Sasaran untung jika kilang mengeluarkan 450 unit beg kulit. (andaikan kos tetap dan harga jualan

seunit tidak berubah) [ 2markah ]

- KERTAS SOALAN TAMAT -

7