kertas 1 tahun 6

18
SOALAN 1 – 19 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1. “Rombongan __________ akan sampai pada keesokan harinya,” kata Farid dan Aidil kepada Gunalan. A kita C saya B kami D aku 2. kamu boleh pulang _____ kerja kamu sudah selesai. A walaupun C asalkan B sementara D hingga 3. Pak Uda sedang ______ gasing yang dotempah oleh pelancong itu. A melorek C mengubah B melarik D menggaris 4. Layang-layang itu tersangkut ______ tiang telefon. A di C pada B ke D kepada 1

Upload: lie13may

Post on 11-Sep-2015

256 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

kertas soalan ini perlu dijawab oleh murid tahun 6

TRANSCRIPT

SOALAN 1 19Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Rombongan __________ akan sampai pada keesokan harinya, kata Farid dan Aidil kepada Gunalan.

AkitaCsaya

BkamiDaku

2.kamu boleh pulang _____ kerja kamu sudah selesai.

AwalaupunCasalkan

BsementaraDhingga

3.Pak Uda sedang ______ gasing yang dotempah oleh pelancong itu.

AmelorekCmengubah

BmelarikDmenggaris

4.Layang-layang itu tersangkut ______ tiang telefon.

AdiCpada

BkeDkepada

5.Amin dan Alesya bermain di taman pada _____ petang.

AseluruhCsebahagian

Btiap-tiapDbeberapa

6.Guru Besar ____ murid-murid agar belajar dengan bersungguh-sungguh.

ApenasihatCmenasihati

BdinasihatiDdinasihatkan

SOALAN 7 berdasarkan GAMBAR di bawah.

7.Papan akan dipotong itu diletakkan di atas ______ terlebih dahulu.

AtetupaiCsesiku

BkekisiDkekuda

8.Tahap kebersihan di gerai-gerai sedang _______ diperkatakan.

AhangatChebat

BpanasDgiat

9.Safuan ______ menyiapkan kerja rumahnya _____ dia mempunyai banyak masa lapang.

Abelum padahalCsedang sambil

Bmasih malahanDakan lagi

10.Hasil tuaian padi di sawah Pak Munawir pada musim ini ______ kerana kemarau panjang.

ApenguranganCberkurang

BdikurangkanDkurangan

SOALAN 11 berdasarkan GAMBAR di bawah.11.Puan Hasnah sedang ____ rambut anaknya supaya tidak kusut.

AmengelusCmengurut

BmemilinDmenyisir

12.Setelah duduk bersimpuh selama sejam, kakinya ______.

AkakuCkebas

BkasarDlumpuh

13.______ itu sentiasa diselimuti kabus terutamanya pada waktu pagi dan senja.

AKaki bukitCCerun bukit

BLereng bukitDPuncak bukit

14.Pendapatan yang diperoleh Encik Halim hanya cukup untuk menampung perbelanjaan keluarganya. _______, dia tetap menabung demi masa depan anak-anaknya.

AWalau bagaimanapunCOleh yang demikian

BDengan demikianDSeterusnya

15.Sultan Hisyamuddin akan ____ ke Amerika bagi menjalani rawatan penyakit jantung yang dihadapi _____.

Aberadu patikCbersiram beta

Bberangkat bagindaDberputera permaisuri

SOALAN 16 berdasarkan GAMBAR di bawah.

16.Di belakang _____ reban ayam terdapat _____ pokok buluh.

A sederet seruasCsekaki sebatang

Bsebiji serumpunDsebuah serumpun

17._______perhatian semua. Pertandingan bercerita akan dimulakan sebentar lagi.

ATolongCHarap

BMintaDSila

18.Semua penduduk kampung _____ untuk meneruskan rancangan itu.

Aambil hatiCbesar hati

Bkecil hatiDbulat hati

19.Jambatan yang dibina pada zaman penjajah itu _______ teguh sekali.

Anian Cbetul

BbenarDsangat

20.Kita mesti menghindari perbuatan yang membahayakan diri sendiri.

Pilih perkataan seerti bagi menghindari.

AmenjauhiCmelawan

BmenyukaiDmenghalang

SOALAN 21 berdasarkan GAMBAR di bawah.21.Perkataan berlawan bagi perbuatan kanak-kanak itu ialah.

AmembuangCmelempar

BmengutipDmelontar

22.Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.

Adakah kamu yang mencuci dinding surau itu?

ASaya dan kawan-kawan yang mencuci surau itu.

BBukan saya, Farid dan Ali yang mencuci dinding surau itu.

CDinding surau itu dicuci oleh mereka pada awal pagi tadi.

DFarid dan Ali yang menyuruh saya mencuci dinding surau itu.

23.Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

Kutipan derma itu adalah untuk disumbangkan kepada mangsa-mangsa banjir.

AApakah tujuan kutipan derma itu dibuat?

BSiapakah yang akan menerima kutipan derma itu?

CAdakah kutipan derma itu akan disumbangkan kepada mangsa-mangsa banjir?

DBagaimanakah kutipan derma itu akan diserahkan kepada mangsa-mangsa banjir?

SOALAN 24 25

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

24.Selepas selesai kerja ini, bolehlah kita minum kopi di Warung Pak Akob, ajak Saiful kepada kawan-kawannya.

ASaiful dan kawan-kawannya minum kopi di Warung Pak Akob setelah menyiapkan kerja itu.

BSetelah kerja itu selesai, Saiful mengajak kawan-kawan Pak Akob minum kopi di warungnya.

CSaiful mengajak kawan-kawannya minum kopi di Warung Pak Akob setelah menyiapkan kerja itu.

DSetelah menyiapkan kerja itu, Pak Akob mengajak Saiful dan kawan-kawannya minum kopi di warungnya.

25.Murid-murid yang ingin menyertai lawatan ke Langkawi dikehendaki menghantar borang penyertaan dengan segera kepada guru kelas,kata Cikgu Azian.

ACikgu Azian berharap supaya murid-murid segera menyerahkan borang lawatan ke Langkawi kepada guru kelas.

BCikgu Azian menyuruh murid-murid yang ingin menyertai lawatan ke Langkawi menghantar borang penyertaan dengan segera kepadanya.

CCikgu Azian mengingatkan murid-murid yang ingin menyertai lawatan ke Langkawi menghantar borang penyertaan kepada guru kelas.

DCikgu Azian mengingatkan murid-murid yang ingin menyertai lawatan ke Langkawi menghantar borang penyertaan dengan segera kepada guru kelas.

SOALAN 26 27

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

26.IDia membaham pencuri itu dengan sebatang kayu.

IISeekor harimau telah membaham seorang penoreh getah.

IIIOmbak yang mengganas itu telah membaham perahu-perahu nelayan.

IVPenjual ubat itu menunjukkan kekuatannya dengan membaham kaca.

AI, II dan IIICI, II dan IV

BI, III dan IVDII, III dan IV

27.ISukar untuk dia melupakan kejadian yang ngeri itu.

IISaya tidak dapat menjawab soalan kuiz yang sukar itu.

IIINenek mengalami masalah sukar tidur pada waktu malam.

IVDia sukar akan gambar-gambar pemandangan yang indah itu.

AI dan IIC II dan III

BI, II dan IIIDI, II, III dan IV

SOALAN 28 30

Pilih ayat yang betul.

28.ASemua murid-murid diingatkan supaya belajar bersungguh-sungguh.

BDi hujung minggu, kami selalu bergotong-royong mengemas rumah.

CPerjalanan ke dusun datuk mengambil masa satu setengah jam.

DBanglo yang terletak di atas bukit itu tinggi nilainya.

29.IAzman merupakan murid yang terpandai sekali dalam kelasnya.

IIKakak sedang makan keledek goring di dapur.

IIIAmir berlari sepantas kilat bila dikejar anjing liar.

IVWanita bertahi lalat itu ialah ibu Zakiah.

AI dan IICII dan IV

BI dan IIIDIII dan IV

30.IDia tersangat baik sekali sehingga orang suka padanya.

IIIndah nian pemandangan di tepi pantai pada waktu senja.

IIISyafinas tergopoh-gapah ke sekolah sehingga terlupa memakai stoking.

IVBeberapa helai kad manila digunakan untuk menyiapkan projek itu.

AI dan IICII dan III

BI dan IVDIII dan IV

SOALAN 31 35

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

WAWASAN 2020

Aku melangkah sayu meninggalkan desa kelahiranku

Demi menyahut seruan Wawasan 2020

Biar onak berduri

Aku ingin menjadi anak watan berjaya

Memajukan Negara tercinta

Aku terpegun seketika

Bangunan mencakar langit

Kilang-kilang tumbuh bagai cendawan selepas hujan

Anak-anak muda tidak lagi berkeliaran

Malah cergas ceria

Terdengar laungan pemimpin Negara

Pandanglah ke timur

Contohi mereka

Biar Negara maju, namun budaya tetap dijunjung

KJerana kita anak Malaysia

Menuju ke arah Wawasan 2020

Teringat pesan bonda

Usah dilupakan mereka yang tua

Tanamkan kasih, siramkan sayang

Yang bahagia, gembira dan ketawa

Agar tidak dianggap anak yang derhaka.31.Tujuan penyajak meninggalkan desa kelahirannya adalah

Auntuk menghibur dan menenangkan hatinya yang gundah.

Buntuk bekerja di kilang-kilang dan di bangunan tinggi.

Cuntuk melihat bangunan pencakar langit.

Duntuk menyahut seruan Wawasan 2020.

32.Mengapakah anak-anak muda tidak lagi berkeliaran?

ALebih banyak peluang pekerjaan di kilang-kilang.

BKekurangan pusat membeli belah di Bandar.

CMereka asyik menonton televisyen di rumah.

DMereka sedang mengulang kaji pelajaran.

33.Maksud bangunan mencakar langit ialah

Abangunan yang amat tinggi.Cbangunan di atas bukit

Bbangunan lima tingkat.Dbangunan menghampiri langit34.Negara timur dijadikan contoh oleh pemimpin Negara kita kerana Negara itu

Aindah dan menarik pemandangannya.

Bmaju dan mengekalkan peradabannya

Ctelah lama mencapai Wawasan 2020

Dmemiliki banyak bangunan mencakar langit

35.Wawasan 2020 akan dapat dicapai dengan cara-cara berikut, KECUALI

Aberusaha dengan gigih untuk memajukan Negara.

Bmencontohi Negara-negara yang telah maju.

Cmembina lebih banyak bangunan tinggi.

Dsentiasa mengekalkan perpaduan.SOALAN 36 40Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Pada 24 Ogos 1511, Kota Melaka menjadi huru-hara. Kota yang maju dan makmur telah jatuh ke tangam Portugis. Harta penduduk dirampas manakala kaum lelaki dibunuh atau ditangkap. Sultan Melaka telah berundur. Panglima Awang yang berbadan sasa dan tinggi ilmu persilatannya telah mengetuai satu pasukan bagi menentang Portugis.

Pasukan beliau telah menyerang pasukan Benggali Putih di pos kawalan di sebelah timur. Mereka telah berjaya membunuh beberapa orang askar Benggali Putih. Walaupun pergerakkan Panglima Awang sungguh licik sekali, namun beliau telah berjaya ditawan oleh askar penjajah lalu dibawa ke Portugis untuk dijual. Beliau digelar Enrique atau Henry The Black.

Semasa pelayarannya melalui India dan Afrika, beliau telah diperlakukan seperti hamba tetapi beliau amat tabah menerima nasib sedemikian. Tiba di Portugis, Panglima Awang dibeli oleh Kapten Ferdinand Magellan dari Alonso. Beliau dibebaskan lalu menjadi pembantu Magellan. Beliau mengikut Magellan belayar ke Maghribi. Seterusnya pada tahun 1513, Panglima Awang mengikut Magellan berpindah ke Sepanyol.

Raja Sepanyol telah menitahkan Magellan mencari dunia baharu. Oleh itu, pada tahun 1519, setelah segala persiapan selesai, mereka memulakan pelayaran dengan diiringi oleh lima buah kapal dengan 280 orang kelasi. Beberapa bulan kemudian, armada mereka tiba di Pulau Cebu, Filipina. Mereka bersahabat dengan Raja Hamabun, pemerintah pulau itu.

Dalam satu peperangan dengan pemberontak di Pulau Mactan, Magellan telah terbunuh, manakala Panglima Awang cedera parah. Setelah itu, Raja Hamabun mengizinkan Panglima Awang pulang ke Melaka dengan menumpang kapal dagang Siam. Semasa berada di Kuala Sungai Brunei, Brunei, beliau telah bertemu dengan Panglima Hitam yang telah membawa Panglima Awang pulang ke Melaka setelah 10 tahun di perantauan. Selepas itu, beliau meneruskan perjalanan ke Sepanyol bagi membuktikan bumi ini bulat kepada Raja Sepanyol.Dipetik dan diterbitkan dari Buku Teks Tahun 6

36.Apakah yang berlaku pada 24 Ogos 1511?

Abanyak rakyat Melaka telah dibunuh

BSultan mengetuai pasukan pejuang

CPanglima Awang telah ditangkap

DMelaka diserang oleh Portugis

37.Benggali Putih dalam petikan bermaksud

Aorang Siam.COrang Filipina

Borang PortugisDOrang Sepanyol

38.Semasa bersama-sama Ferdinand Magellan, Panglima Awang pernah tinggal di Negara berikut, KECUALI

AAfrikaCPortugis

BBruneiDSepanyol

39.Mengapakah Panglima Awang dibawa ke Portugis?

Auntuk dijual sebagai hamba

Buntuk digelar Henry The Black

C untuk belayar mengelilingi dunia

Duntuk menjadi pembantu Ferdinand Magellan

40Pilih pernyataan yang BENAR tentang Ferdinand Magellan

ABeliau merupakan kapten kapal yang menyerang Melaka.

BBeliau telah dibeli oleh Panglima Awang daripada Alfonso.

CBeliau mati semasa bertempur dengan pemberontak di Pulau Mactan.

DBeliau merupakan kapten kapal Portugis yang belayar mencari dunia baharu.

KERTAS SOALAN TAMAT1