kerja kursus.docx

63
PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU BMM3043(E) KEMAHIRAN BERBAHASA PENDAHULUAN Pendidikan sekolah rendah di Malaysia merupakan proses asas pembelajaran yang sistematik jika diukur daripada perancangan dan kurikulum yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Oleh itu, bagi mewajarkan sistem dan kurikulum ini berjalan dengan baik dan mudah dipraktikkan, maka beberapa perkara penting perlu diambil kira dalam pelaksanaan tersebut. Antaranya termasuklah faktor murid, persekitaran sekolah, bahan bantuan mengajar (BBM), kemudahan teknologi dan persediaan atau pengetahuan guru. Untuk tujuan ini, kurikulum yang seragam telah diwujudkan bagi memastikan kurikulum pendidikan nasional itu dapat melahirkan murid yang seimbang pekertinya sejajar dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Sejak Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai kurikulum standard yang baharu di sekolah rendah, pelbagai maklum balas yang diperoleh bukan sahaja daripada warga murid malah para guru serta ibu bapa juga menunjukkan bahawa KSSR didapati berupaya meletakkan janji terbaik untuk menyelesaikan masalah pembelajaran murid. Kali terakhir kurikulum pendidikan Malaysia mengalami perubahan pada tahun 2003, iaitu dalam semakan semula Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang telah dilaksanakan sejak 1993. Jika merujuk matlamat umum pelaksanaan KSSR ialah usaha melaksanakan transformasi pendidikan dengan mewujudkan perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada. Usaha ini melibatkan perubahan organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan kurikulum di sekolah. 1

Upload: cikguami

Post on 24-Sep-2015

240 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

KEMAHIRAN BERBAHASAPENDAHULUAN Pendidikan sekolah rendah di Malaysia merupakan proses asas pembelajaran yang sistematik jika diukur daripada perancangan dan kurikulum yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Oleh itu, bagi mewajarkan sistem dan kurikulum ini berjalan dengan baik dan mudah dipraktikkan, maka beberapa perkara penting perlu diambil kira dalam pelaksanaan tersebut. Antaranya termasuklah faktor murid, persekitaran sekolah, bahan bantuan mengajar (BBM), kemudahan teknologi dan persediaan atau pengetahuan guru. Untuk tujuan ini, kurikulum yang seragam telah diwujudkan bagi memastikan kurikulum pendidikan nasional itu dapat melahirkan murid yang seimbang pekertinya sejajar dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Sejak Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai kurikulum standard yang baharu di sekolah rendah, pelbagai maklum balas yang diperoleh bukan sahaja daripada warga murid malah para guru serta ibu bapa juga menunjukkan bahawa KSSR didapati berupaya meletakkan janji terbaik untuk menyelesaikan masalah pembelajaran murid. Kali terakhir kurikulum pendidikan Malaysia mengalami perubahan pada tahun 2003, iaitu dalam semakan semula Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang telah dilaksanakan sejak 1993. Jika merujuk matlamat umum pelaksanaan KSSR ialah usaha melaksanakan transformasi pendidikan dengan mewujudkan perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada. Usaha ini melibatkan perubahan organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan kurikulum di sekolah. Kurikulum Bahasa Malaysia dibina berasaskan tujuh tunjang, iaitu mementingkan tindak balas komunikasi, pembentukan kerohanian, melahirkan sikap dan nilai kemanusiaan, berdaya literasi sains dan teknologi, mengamalkan estetika dan melahirkan keterampilan diri. Tujuh tunjang tersebut merupakan domain utama yang menyokong gagasan penting antara satu sama lain dalam usaha menyepadukan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Kesepaduan ini bertujuan untuk membangunkan modal insan yang seimbang, berpengetahuan dan berketerampilan. Selain itu, matlamat KSSR juga digubal untuk membolehkan murid berketerampilan dalam berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh pengetahuan, ilmu, menguasai kemahiran lisan, menganalisis maklumat, menentukan nilai dan idea serta merealisasikan hubungan sosial dalam kehidupan harian. Standard kandungan dan standard pembelajaran ini berpaksikan sistem kemahiran bahasa dan sistem bahasa yang disokong oleh elemen pengisian kurikulum.Menurut Siti Hajar Abdul Aziz di dalam bukunya yang bertajuk Bahasa Melayu 2 mengatakan bahawa kemahiran berbahasa merupakan isu penting dalam bidang pengajaran dan pembelajaran di sekolah sejak dahulu lagi. Antara isu yang pernah dibangkitkan ialah seperti penguasaan murid sekolah rendah terhadap kemahiran berbahasa terutamanya kemahiran membaca dan menulis walaupun telah menjalani sesi persekolahan selama enam tahun. Mereka juga dikatakan kurang mampu bertutur dan menggunakan bahasa dalam bentuk yang tersusun dan sempurna. Pelajar sekolah menengah pula selalu melakukan kesalahan bahasa dalam penulisan dan aktiviti lisan mereka. Faktor yang menyebabkan kelemahan ini adalah kerana pelajar tidak mendapat peluang mendirikan asas berbahasa yang kukuh sewaktu berada pada peringkat rendah. Pada peringkat menengah pula, pelajar lebih tertumpu pada peperiksaan maksudnya mereka hanya mempelajari bahasa untuk menjawab soalan peperiksaan bukan untuk mendapatkan kemahiran berbahasa. Selain itu bebanan tugas guru yang sangat banyak di sekolah mungkin juga memberikan kesan dan mempengaruhi prestasi berbahasa pelajar. Hal ini kerana guru sukar menyediakan bahan pengajaran yang sesuai dan menepati kemahiran berbahasa yang hendak dikuasai oleh pelajar. Kepentingan kemahiran berbahasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu disedari oleh semua pihak.

1.KEMAHIRAN LISANKemahiran lisan merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap orang. Kemahiran ini perlu dikuasai oleh kanakkanak terlabih dahulu sebelum menguasai kemahiran bahasa yang lain. Biasanya, kanakkanak yang dapat menguasai kemahiran lisan dengan baik dapat menguasai kemahiran bahasa yang lain dengan baik juga. Kemahiran lisan ini meliputi kemahiran mendengar dan bertutur. Kemahiran mendengar mempengaruhi kemahiran bertutur dan begitu juga sebaliknya. Pertuturan yang baik diperolehi daripada proses mendengar dengan baik ujaran penutur bukan dengan meniru cara atau gaya percakapan orang lain. Untuk menguasai kemahiran lisan dengan baik, kemahiran tersebut perlu dilatih secara kerap. Lisan merupakan percakapan atau pertuturan, iaitu kegiatan melahirkan bahasa secara verbal melalui suara atau sebutan. Bahasa yang dikuasai akan dituturkan ketika berkomunikasi dengan orang lain. Sudah menjadi fitrah manusia untuk mengongsikan maklumat yang diperolehi dengan orang lain. 1.2KEMAHIRAN MENDENGARMendengar merupakan salah satu daripada kemahiran berbahasa. Mendengar dianggap penting kerana kemahiran ini adalah sebahagian daripada kemahiran berkomunkasi. Kemahiran mendengar merupakan satu kemahiran yang memerlukan atihan dan perlu dipupuk untuk menjadi pengdengar yang baik dan bukannya berlaku secara semula jadi. Mendengar bukan satu mata pelajaran khas seperti pelajaran membaca dan menulis. Mendengar memainkan peranan penting dalam pembelajaran di sekolah. Mendengar ini dapat membantu seseorang itu untuk berjaya. Untuk menjadi pendengar yang baik, sikap dan perlakuan yang baik amatlah diperlukan.Kemahiran mendengar yang lemah boleh mengakibatkan salah faham dan impak negatif yang lain.Mendengar melibatkan tiga perkara asas iaitu:1. Mendengar memberikan perhatian pada perkara yang disampaikan oleh penutur. 2. Memahami mengambil perkara yang didengari dan memahaminya dengan cara sendiri.3. Menilai memikirkan tentang perkara yang didengari itu memberikan makna tertentu atau menerimanya tanpa berfikir. Dengan kata lain, penilaian telah dibuat terhadap perkara yang didengari.

1.2.1.KONSEP MENDENGARDevine (1981) menyatakan bahawa dengan mendengar bukan sahaja menumpukansepenuhnya perhatian tetapi melibatkan motivasi dan keadaan fizikal emosi yang mempengaruhi proses pendengaran itu sendiri. Maksud Devine ialah proses mendengar berkait secara terus dengan proses berfikir. Berfikir yang dimaksudkan ialah melibatkan penggunaan proses mental dalam melakukan inference, mengagakkan hasil, generalisasi, organisasi dan dalam membuat rumusan. Pendengaran merupakan gabungan segala yang didengari, difahami, dan diingati. Pendengaran berlaku tidak secara terus dan kemahiran ini bukan dapat dikuasai dalam masa satu hari seperti ada pepatah yang menyebut Rom was not build in one day. Pendengaran berlaku melalui latihanlatihan khas yang dilakukan secara berperingkatperingkat. Sebenarnya pendengaran dipelajari melalui pengalaman dan bukannya,kecerdasan otak seseorang individu itu. Namun, proses pendengaran seseorang itu dipengaruhi oleh aspek fizikal, psikologi, dan neurologi. Sekiranya ada masalah pada bahagianbahagian tersebut, maka individu tersebut menghadapi masalah dalam pendengarnya. Pendengaran sebenarnya melalui fikiran kita dan bukannya perasaan. Apa yang didengari akan diproses di otak yang membawa pemikiran bukannya emosi.

1.2.2.PROSES MENDENGARTerdapat empat peringkat dalam proses mendengar. Peringkatperingkat tersebut ialah mendengar deretan bunyi bahasa, memahami bunyi yang didengari, menilai bunyi dan bertindak terhadap bunyi yang didengari. Peringkat yang pertama iaitu peringkat mendengar deretan bunyi bahasa. Pada peringkat ini, individu mendengar bunyi dari unsurunsur luar yang sengaja dihasilkan dengan maksud tertentu. Pendengaran seseorang pada peringkat ini adalah rendah. Mereka hanya boleh mendengar sesuatu bunyi setelah mengenal pasti arah bunyi itu dihasilkan. Individu yang mempunyai alat artikulasi dan pancaindera dengar yang normal pada peringkat permulaan ini hanya dapat mengesan bunyibunyi yang lantang dan jelas sahaja. Mereka perlu mendengar bunyi yang sama berulangulang kali sebelum dapat mendengar deretan bunyi secara sepenuhnya. Apa yang mereka dengar selalunya tidak mereka faham maksudnya. Apabila mereka mendengar bunyi belon di ujar, mereka tidak mendengarnya dengan jelas dan mereka tidak faham Apakah belon yang dimaksudkan. Pada peringkat seterusnya, individu akan cuba memahami bunyi yang didengari. Apabila mereka mendengar deretan bunyi dan menyelidiki perlakuan orang lawan cakap mereka itu, mereka akan menghubungkaitkan perbuatan orang tersebut dengan bunyi bahasa yang didengari. Proses menghubungkaitkan benda yang dimaksudkan dengan tingkah laku dan bunyi yang dilafazkan berulang kali dilakukan dan pendengar akan menjadi biasa kepada bunyi tersebut dan memahami serba sedikit apa yang penutur inginkan dan dia dapat memberi respon yang baik. Semasa pendengar mendengar penutur menyebut belon dengan aksi tangan yang menunjukkan sesuatu yang bulat, pendengar akan mengetahui bahawa apaapa benda yang bulat merupakan belon. Namun, tidak semestinya tekaan mereka adalah benar pada peringkat ini.Pada peringkat yang ketiga, pendengar akan menilai bunyi yang didengari. Pada peringkat ketiga ini, mereka telah menguasai sedikit sebanyak makna deretan bunyi yang biasa didengari. Mereka dapat membezakan makna dan persamaan erti antara satu rangkai kata dengan satu rangkai kata dalam bahasa yang sama. Mereka dapat mengenal pasti perasaan seseorang itu berdasrkan nada pengucapan orang tersebut. Contohnya, bunyi yang keras dengan intonasi yang tinggi menandakan penutur itu sedang marah. Mereka bukan sahaja boleh memahami malah boleh juga membuat interpretasi daripadanya iaitu mengenal pasti maksud tersirat. Pada peringkat terakhir, pendengar akan bertindak terhadap bunyi yang mereka dengar. Rumusan dan keputusan untuk melakukan sesuatu arahan dalam bentuk deretan bunyi bahasa ataupun menolak untuk melaksanakan arahan yang diberi.1.2.3. TUJUAN MENDENGARMelakukan sesuatu memerlukan tujuan sebagai fokus, begitu juga dengan mendengar. Sekiranya kita mendengar tanpa ada tujuan maka apa yang didengari itu tidak bermakna umpama kita tidak mendengar apaapa pun. Sesetengah orang mendengar untuk mendapatkan hiburan. Muzik dan lagu merupakan elemen yang menghiburkan semasa kita mendengar. Kadangkadang,muzik mampu mengawal emosi kita. Namun sesetengah orang berminat untuk mendengar gosip dan ceritacerita lucu. Beritaberita tentang artis tersiar di radio dan televisyen yang menghiburkan sesetengah peminat tentang apa sahaja yang berkait rapat tentang artis tersebut.Terdapat juga orang mendengar untuk mendapatkan pengetahuan. Pelajar pelajar di sekolah, di IPTA, dan IPTS mendengar untuk mendapat pengetahuan. Mereka akan cuba memahami penjelasan dan contoh yang diberi oleh guru atau pensyarah. Selain itu, melihat sesuatu proses contohnya proses penyejatan tanpa mendengar huraian pada setiap peringkat tidak dapat membantu mereka untuk memahami apa yang berlaku pada setiap peringkat. Oleh sebab itu, mereka perlu mendengar setiap peringkat proses yang dipelajari itu.Maklumat disampaikan melalui pelbagai cara. Kita cuba fokus pada topik mendengar maklumat yang ingin disampaikan. Tujuan mendapatkan maklumat dengan mendengar selalu kita praktikkan dalam kehidupan seharihari. Namun, tidak semestinya kita sedar akan perbuatan mendengar kita. Apabila Ketua Unit memberi pengumuman, dia sebenarnya menyebarkan maklumat kepada unitnya. Anakanak buahnya akan mendengar apa yang cuba disampaikannya. Tujuan anakanak buah ketua mendengar dalam situasi ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang disampaikan. Selain itu, kita mendengar untuk berkomunikasi dengan orang lain seperti yang dinyatakan oleh Chomsky. Kita mendengar apa yang ingin sampaikan oleh orang lain dan cuba untuk memberikan responsi yang diharapkan oleh orang tersebut. Selepas berkatakata, secara tidak sedar kita mendengar jawapan atau balas maklum dari orang lawan yang kita lawan cakap.1.2.4.JENISJENIS KEMAHIRAN MENDENGARBentukbentuk kemahiran mendengar boleh dibahagikan kepada beberapa jenis.Antaranya ialah:a) Mendengar secara pasifMendengar secara pasif merupakan peringkat kemahiran mendengar yang paling rendah. Si pendengar biasanya tidak berupaya menangkap makna keseluruhan ujaran yang dilafazkan dalam sesuatu pertuturan atau percakapan yang didengarnya, pada peringkat ini. Si pendengar juga kurang memahami dan dapat mengingati serta menyebutkan semula perkaraperkara yang baru sahaja didengari.Pelbagai faktor yang boleh mendorong kanakkanak mendengar secara pasif. Faktor yang mempengaruhi kanakkanak mendengar secara pasif ialah bahan yang diperdengarkan iaitu bahan yang mereka tidak dapat menarik minat mereka atau kerana bahan itu terlalu sukar untuk difahami dan tidak mempunyai makna yang khusus yang merujuk kepada mereka.b) Mendengar Secara BertelautelauJenis mendengar secara bertelautelau berlaku dalam kalangan pelajar bahasa kedua. Jika dibandingkan dengan kemahiran mendengar secara pasif, kemahiran ini lebih tinggi tarafnya. Dalam kemahiran ini, pendengar tidak biasa mendengar dan bertutur atau berkomunikasi dalam bahasa kedua iaitu bukan bahasa ibunda pendengar. Sebagai akibatnya, mereka kurang mampu mendengar dan menangkap bahagianbahagian ujaran tertentu dalam sesuatu pertuturan yang menggunakanbahasa tersebut.c)Mendengar Tanpa Tindak BalasMendengar jenis berlaku apabila seseorang itu mendengar namun dia tidak membuat sebarang respon tentang apa yang didengari. Hal ini berlaku kerana sipendengar tidak peka dan mengambil perhatian yang serius terhadap katakata yang diucapkan itu. Kemungkin besar si pendengar tidak memberi sebarang reaksi yang diharapkan kerana dia tidak memahami sepenuhnya hubungan makna di antara katakata dalam ayatayat yang diucapkan. Hal ini menyebabkan halangan komunikasi antara si pendengar dan si pengucap.d)Mendengar Secara MembuakbuakMendengar secara membuakbuak selalunya berlaku dalam kalangan pelajar bahasa pertama. Pelajar tersebut hanya menebuknebuk kata atau rangkai kata yang didengar dan mengambilnya untuk tujuan tertentu. Pada peringkat ini, kemahiran mendengar pelajar yang menuturkan bahasa tersebut masih rendah. Pelajar bahasa ibunda turut mempraktikkan kemahiran mendengar secara menebuk. Hal ini berlaku kerana mereka merasa yakin bahawa mereka sudah cukup berupaya memahami dan menggunakan bahasa sendiri, sebenarnya mereka sendiri pun masih berada pada peringkat yang lemah dalam penguasaan bahasa tersebut.e)Mendengar Dengan BeremosiPendengar yang mendengar dengan beremosi merupakan pendengar yang sudah mula mempunyai kemahiran dalam bahasa yang dituturkannya. Hal ini kerana pendengar sudah berupaya untuk merasakan sesuatu hingga memberanngsangkan emosinya. mereka sudah boleh mendengar, memahami dan bertindak terhadap sesuatu ujaran yang mereka dengar.f)Mendengar Secara BerhatihatiMendengar jenis ini memerlukan seseorang itu mendengar dengan teliti dan secara bersungguhsungguh. Penumpuan pada pendengarannya terhadap sesuatu yang diucapkan sangat terperinci. Mereka akan mendengar kata demi kata, rangkai kata demi rangkai kata dan ayat demi ayat. Hal ini bertujuan supaya setiap butir yang dituturkan itu dapat ditangkap dan difahami dengan tepat dan betul.g)Mendengar Secara kritikalMendengar secara kritikal akan berlaku kepada indivudu yang telah pun menguasai kemahiran berbahasa dengan baik. Pada peringkat ini kemahiran mendengar si pendengar itu telah mencapai tahap yang tinggi. Dia boleh mengenal pasti sama ada fakta yang diterima adalah benar, tepat, ataupun sahih.h)Mendengar Dengan Pengamatan Mendengar dengan pengamatan biasanya berlaku dalam kalangan pelajar yang menguasai kemahiran berfikir secara kritikal. Jika proses mendengar sesuatu itu berdasarkan kepada pengalaman si pendengar, maka mendengar cara ini akan lebih bermakna. Maksudnya, si pendengar itu akan lebih mudah memahami sesuatu ujaran yang dilafazkan jika ujaranujaran itu ada pertalian dengan pengalamannya. i) Mendengar Secara KreatifKemahiran yang paling tinggi merupakan kemahiran mendengar secara kreatif. Ia manjadi matlamat pengajaran bahasa lisan di peringkat mendengar. Pada peringkat ini, si pendengar akan menggunakan daya kreatifnya untuk mencipta sesuatu setelah ia dapat mendengar dengan baik sesuatu pertuturan. Justeru, dia dapat memahami ujaranujaran yang dikemukakan kepadanya dengan baik. Dia juga dapat membuat interpretasi, kritikan dan membuat ulasan serta komen yang bernas dan jitu. 1.2.5. PRINGKATPERINGKAT KEMAHIRAN MENDENGARTerdapat tiga peringkat dalam kemahiran mendengar. Peringkat pertama Dikenali sebagai peringkat awal. Manakala peringkat kedua dikenali sebagai peringkat pertengahan, dan peringkat ketiga sebagai peringkat maju.Peringkat AwalPada peringkat awal, individu dapat mengecam, mengajuk dan memilih bunyi bahasa yang didengar. Mereka dapat mengecam bunyi yang selalu mereka dengar memilih sesetengah bunyi yang mereka biasa untuk mereka ajuk. Mereka juga dapat mendengar dan mengecam makna perkataan, rangkai kata dan ayatayat. Selain itu, mereka mampu melakukan sesuatu yang diarahkan kepada mereka untuk melakukan. Contohnya, kita boleh mengarah mereka untuk mengambil sebatang pen di atas meja. Mereka bukan sahaja boleh menerima arahan malah mereka boleh menjalankan perintah dan permintaan.Pada peringkat ini juga mereka dapat bertindak terhadap soalansoalan yang mudah. Apabila diberi soalan mudah, mereka mampu memberikan jawapan yang tepat. Contohnya, apabila kita menyoal kanakkanak tiga tahun. Mana mak?, kanak-kanak tersebut pasti dapat menunjukkan arah atau menjawab jawapan ringkas seperti sana atau di sana. Di samping itu, mereka mampu mengingat dan memadankan perkataan dan ayatayat mudah dengan tepat. Apabila kanakkanak mendengar arahan dan pengajaran guru, mereka mampu mengingat kembali ayat-ayat mudah yang diujar oleh guru mereka.Peringkat Pertengahan.Pada peringkat pertengahan, pendengar mampu mengecam dan mengingat fakta dan butiran secara tepat dan terperinci. Mereka dapat mengenal urutan peristiwa dalam sesebuah cerita dan dalam setiap urutan cerita tersebut mereka dapat menghurai tentang apaapa yang berlaku. Selain itu, mereka dapat mengenal pasti sebab dan akibat berlakunya sesuatu perkara semasa mendengar isu yang dinyatakan. Mereka mencirikan sebab dan akibat apabila mereka mendengar berita di radio mahupun televisyen. Pada peringkat ini mereka lebih maju dalam kemahiran mendengar mereka iaitu dapat mencirikan jika dibandingkan pada peringkat awal. Melalui pendengaran dan penglihatan mereka, mereka mampu mengenal perhubungan antara dua orang yang berinteraksi. Mereka mampu melihat kemesraan yang wujud dalam perbualan keduadua orang tersebut. Di samping itu, mereka dapat mengenal seseorang itu melalui percakapan mereka. Mereka dapat mengesan sikap orang tersebut melalui perbuatannya semasa bercakap dan cara dia bercakap, dan perasaaan seseorang yang sedang bercakap dengan mereka.Peringkat MajuPada peringkat maju ini, pendengar mampu mengenal pasti isiisi penting dalam ucapan seseorang itu. Mereka mampu mentafsirkan maksud yang cuba disampaikan oleh eseorang itu walaupun orang tersebut tidak bercakap secara berterus terang. Contohnya, semasa Abu menulis, Ali duduk di sebelahnya tanpa berbuat apaapa. Amir pun bertemu dengan Abu dan memuji Abu kerana kerajinannya. Sekiranya Ali berada pada peringkat ini, beliau mampu menangkap mesej yang cuba Amir ketengahkan iaitu Ali seorang yang malas tidak seperti Abu. Selain itu, mereka jelas akan fungsi tekanan dan intonasi. Apabila intonasi di dalam satu ayat ada beberapa perkataan diberi penekanan, maka ada hal yang penting yang cuba disampaikan dalam ayat tersebut adalah penting. Selain itu, intonasi yang lembut menunjukkan bahawa orang yang dilawan cakap merupakan seorang yang lemah lembut dan manja ataupun sedih. Mereka dapat membezakan satu persatu sekiranya mereka menguasai kemahiran mendengar dengan baik sekali. Selain itu, mereka dapat mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang didengar. Contohnya, apabila dua murid berjumpa cikgu Indera, mereka mengadu sakit perut. Cikgu Indera pun menghantar mereka ke klinik kesihatan sebelum menghantar mereka balik ke rumah masingmasing. Di samping menyelesaikan masalah, mereka mampu mengikut aliran dalam dialog atau perbualan. Semasa Ali membincangkan tentang kejatuhan harga getah bersamasama dengan Amut, tibatiba Mulil mencelah memberikan pendapatnya tentang kejatuhan harga tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa pada peringkat maju ini, individu dapat mendengar dan memberi tindak balas yang betul dengan memberikan pendapat berdasarkan isu yang dibincangkan. Selain itu, mereka mempunyai kemahiran untuk mengenal pasti tujuan penutur menggunakan pelbagai bentuk stuktur nahu dalam pertuturan.

1.3KEMAHIRAN BERTUTURBertutur ialah bercakap, berbicara, dan berkata menurut Kamus Dewan Edisi Keempat. Bertutur ialah kegiatan melafazkan bunyi yang lahir daripada alat sebutan (artikulator) manusia. Bahasa digunakan dalam kemahiran berinteraksi ini. Kemahiran bertutur pada peringkat produksi sebenarnya boleh berlaku. Namun, pelajar tidak boleh menciptanya melainkan mengajuk dan meniru model. Selalunya, guru merupakan model yang menjadi tiruan dan ajukan pelajar. Untuk bertutur dengan berkesan, seseorang itu haruslah meniru model yang baik.Penggunaan unsur prosodi dan para linguistik semasa bertutur merupakan kemahiran yang penting dalam pertuturan. Penggunaan intonasi, nada, tekanan, jeda, sebutan, bahasa isyarat dan pergerakan tubuh mampu meningkatkan kemahiran bertutur kita. Kita dapat menyampaikan maklumat dan pendapat dengan baik dan tepat sekiranya kemahirankemahiran tersebut dapat dikuasai. Bayangkan sekiranya seorang penjual produk kecantikan ingin menarik pelanggan untuk membeli produknya. Adakah pelanggan berminat sekiranya dia menggunakan suara yang mendatar untuk menarik pelanggan? Sudah tentu dia tidak berjaya untuk menjual apaapa pun sepanjang hari tersebut. Dia seharusnya menggunakan unsur tekanan, nada, intonasi, dan jeda dalam bertutur dengan betul agar dapat menyakinkan orang lain tentang produk kecantikannya.Kemahiran lisan ini merupakan kemahiran komunikasi yang paling awal kerana ia mudah untuk dipelajari dan kita tidak memerlukan kos untuk belajar bertutur. Kita mampu belajar untuk bertutur hanya dengan mendengar beberapa kali tentang sesuatu perkataan. Walaupun tanpa sebarang latihan formal, kanakkanak mampu mempelajari kemahiran bertutur secara automatik. Mereka dapat menguasai perkataan dan mengolahnya menjadi wacana untuk berhubung antara satu dengan yang lain. Sekiranya mereka mengikuti latihan secara formal, mereka tentu dapat memperbaiki, meneguhkan dan menggayakan serta memantapkan lagi kebolehan bertutur mereka.\1.3.1KONSEP BERTUTURSeperti yang telah dijelaskan, pertuturan merupakan gabungan daripada bunyibunyi bahasa yang dilafazkan. Pertuturan seseorang itu berlaku pada peringkat productif level iaitu setelah si penutur dapat mendengar dan memahami dengan baik apa yang didengarinya. Kecerdasan otak tidak mempengaruhi pembelajaran seseorang itu untuk bertutur. Hal ini kerana individu yang lebih banyak belajar bertutur melalui pengalamannya sendiri. Selain pengalaman, aspekapek lain seperti fizikal, kesihatan, persekitaran, dan jantina mampu mempengaruhi kemahiran bertutur seseorang.Tabiat berbahasa yang baik dapat dihasilkan melalui penguasaan pertuturan dengan baik. Interaksi yang baik pula akan terhasil daripada tabiat berbahasa yang baik. Pertuturan yang baik dapat dikuasai melalui penumpuan pada aspek fonologi, struktur, dan intonasi penguasaan sistem bunyi.

1.3.2 TUJUAN BERTUTURSetiap perkara yang kita lakukan ada sebabnya. Hal ini tidak ada bezanya dengan bertutur. Kita bertutur atas sebab untuk membalas ujaran seseorang itu. Apabila seseorang itu menanyakan sesuatu, secara tidak langsung kita menjawab pertanyaan tersebut.Namun di samping itu, kita bertutur kerana kita ingin menyampaikan sesuatu atau melahirkan pendapat. Semasa dalam perbincangan atau pun perkongsian antara rakanrakan kita bertutur kerana ingin menyampaikan pandangan atau menyokong pandangan rakan kita.Selain itu, kita bertutur kerana kita ingin melaporkan sesuatu peristiwa dan memberi huraian tentang peristiwa itu dengan tepat. Kita bercerita tentang peristiwa atau pengalaman sendiri kerana ingin berkongsi dengan rakanrakan. Kita memberikan penerangan yang terperinci sehinggakan rakanrakan lain dapat menggambarkan situasi yang kita hadapi.Di samping itu, tujuan kita bertutur adalah untuk memberi penerangan dan alasan terhadap sesuatu isu yang dibangkitkan oleh pihak yang dilawan cakap. Selain memberi penerangan, kita bertutur kerana kita ingin menunjukkan arah atau menceritakan sesuatu pengalaman kepada orang lain. Semasa kita ingin berkenalan dengan kenalan baru, kita bertutur untuk memperkenalkan diri dan menanyakan soalansoalan agar kita dapat mengetahui sedikit sebanyak tentang kenalan baru tersebut.1.3.3JENISJENIS AKTIVITI BERTUTURTerdapat pelbagai jenis akitiviti pertuturan yang mampu meningkatkan kemahiran bertutur kita. Aktivitiaktiviti tersebut adalah seperti perbahasan, perbincangan, ucapan, bacaan lisan, laporan, penyampaian berita, bersajak, bercerita, nyanyian, drama dan sebagainya. Aktiviti lisan seperti yang diatas membolehkan muridmurid menggunakan bahasa dalam bidang komunikasi yang paling dekat dengan situasi kehidupan sebenar yang akan mereka jalani dalam seharihari.Aktivitiaktiviti lisan yang dipelajari melatih muridmurid untuk menyebut perkataan. Perkataanperkataan atau ayatayat yang disebut pula disebut dengan menggunakan tatabahasa yang betul. Pada masa yang sama, ciriciri prosodi seperti tekanan bunyi ujaran dan penggunaan intonasi yang betul dalam pertuturan dapat dipraktikkan dalam diri murid. Aktiviti perbualan dijalankan berdasarkan tajuk yang dikemukakan oleh guru.Biasaannya, muridmurid diminta untuk memilih kawannya untuk dijadikan teman dalam sesuatu perbualan. Mereka akan berbual dengan rakan pilihan mereka berdasarkan topik yang guru berikan.Murid akan menceritakan apa yang telah mereka bualkan dan ketika mereka berbual, guru seharusnya menyenaraikan isiisi yang telah disebutkan oleh murid-murid dalam perbualan tersebut. Isiisi penting yang disebut akan dipilih oleh guru untuk dibincangkan dengan lebih mendalam. Sebaikbaiknya guru menggunakan topik yang ada disebut oleh muridmurid dalam memilih tajuk yang sesuai dan disukai oleh muridmurid. Mereka akan berbual dengan lebih baik sekiranya topik yang diketengahkan menarik perhatian mereka. Selain berbual, aktiviti bercerita merupakan salah satu aktiviti lisan yang penting untuk dipelajari. Hal ini kerana apabila mereka ingin menjelaskan tentang sesuatu peristiwa, aktiviti ini sering digunakan. Oleh sebab itu pentingnya untuk mempelajari aktiviti bercerita ini. Aktiviti bercerita mampu menyuburkan imaginasi kanakkanak. Hal ini kerana apabila mereka bercerita, mereka akan menggambarkan seolaholah mereka terlibat dalam cerita yang mereka ceritakan.Selain menyuburkan daya imaginasi, bercerita juga membina rasa hati kanakkanak. Perkembangan emosi akan berlaku dalam diri kanakkanak apabila mereka mendapati watakwatak dalam sesebuah cerita menemui kejayaan atau mengalami kesusahan dan bahaya yang menyebabkan penderitaan. Mereka mengubah pendapat dan sikap serta perbuatan mereka sesama sendiri dalam kehidupan secara am setelah dibimbing guru dalam tema cerita tersebut. Selain itu akal dan kecerdasan muridmurid dapat disuburkan. Unsurunsur saspen dan teknik penceritaan yang lain mampu menimbulkan minat dan pertanyaan dalam diri mereka. Mereka akan mula menanyakan soalan yang sebenarnya merupakan salah satu cara untuk melatih muridmurid untuk bercakap di hadapan orang lain.Di samping itu, perkembangan bahasa murid dapat diperkembangkan. Perbendaharaan kata muridmurid akan diperluaskan dengan mengenali perkataan-perkataan baru, ayat, peribahasa, tekateki, dan lainlain yang terselit dalam sesebuah cerita itu. Akhir sekali, melalui aktiviti bercerita ini muridmurid akan mempelajari nilainilai murni dan pengajaran serta contoh yang baik. Sikap yang baik, bermoral, berakhlak, dan tingkah laku yang baik dalam diri muridmurid akan tersemai melalui aktiviti bertutur ini. Aktiviti berlakon merupakan salah satu jenis aktiviti bertutur yang Mampu melatih kanakkanak untuk bertutur dengan baik dan mendorong kanakkanak beraksi dengan gerakgeri yang bersahaja. Terdapat beberapa jenis aktiviti Lakonan iaitu lakonan bisu, lakonan berkait, lakonan berseni kata dan menggunakan pergerakan, dan lakonan menggunakan patung. Antara jenisjenis aktiviti lakonan ini, lakonan berkait merupakan lakonan yang sesuai dijalankan pada peringkat rendah. Guru akan melakonkan perkataan yang disebutnya. Kanakkanak akan dapat menangkap perkaitan antara percakapan dengan lakonan dan akan membuatnya berulangulang kali. Aktivit berpuisi merupakan aktiviti yang berfaedah. Ia selalu diketengahkan dalam pengajaran bahasa kerana muridmurid dapat dimahirkan dengan bahasa yang indah, lembut dan menarik. Selain itu, muridmurid dapat dihiburkan melalui unsurunsur yang terselit dalam seloka, pantun dan sebagainya. Muridmurid turut dilatih untuk menikmati irama, keindahan bunyi dan seni bahasa dan menyuburkan lagi imaginasi mereka. Disamping itu, aktiviti ini mampu memperluaskan perbendaharaan kata dan memberikan kefahaman kepada murid tentang adat resam dan kebudayaan.Selain itu, terdapat juga akitivit pertuturan yang lain iaitu aktiviti bercakap gambar yang bertujuan untuk mendorong kanakkanak berani dan lancar mengeluarkan fikirannya, aktiviti melapor berita iaitu aktiviti yang melatih kanakkanak supaya suka memerhatikan sesuatu dan dapat menyampaikannya kepada orang lain, aktiviti siaran radio iaitu aktiviti yang melatih kanakkanak dalam kemahiran mendengar, aktiviti bahas dan bersyarah iaitu aktiviti yang melatih kanakkanak menggunakan lisan dengan baik dan teratur, melahirkan pemikiran yag berani, menangkap isiisi yang dituturkan, dan mengutarakan hujahhujah yang bernas, aktiviti menyanyi iaitu aktiviti yang membantu dalam melatih kanakkanak menyebut perkataan mengikut rentak, irama, intonasi yang betul dan nada yang tertentu, dan aktiviti perbincangan iaitu aktiviti yang dijalankan untuk memperkembangkan pertumbuhan diri dan sosial kanakkanak dalam menyelesaikan masalah melalui kerjasama dan perbincangan. Aktivitiaktiviti ini amat sesuai dijalankan mengukuhkan penguasaan kemahiran berbahasa dalam diri kanakkanak.

1.3.4PERINGKATPERINGKAT KEMAHIRAN BERTUTURPeringkat Awal Pada peringkat ini, kanakkanak dapat melafazkan ucapan bertatasusila. Mereka mampu mengajuk perkataan dan ayatayat yang mereka dengar. Apabila kita menyebut ikan, mereka mampu membunyikan ikan. Selain itu, mereka Mampu menyoal untuk mendapatkan maklumat. Mereka mampu mengemukakan Soalan mudah seperti menanyakan di manakah ibu. Mereka juga boleh membuat teguran atau kenyataan tentang sesuatu situasi. Selalunya, kanakkanak memang jujur dalam sesuatu perkara. Mereka selalunya tidak segan untuk menegur kita apabila kita melakukan kesalahan. Mereka juga boleh menyoal soalansoalan berdasarkan situasi. Apabila mereka melihat sesuatu yang menimbulkan persoalan atau pertanyaan mereka, mereka akan mengemukakan soalan berdasarkan apa yang mereka lihat. Pada peringkat permulaan bertutur ini juga mereka akan bertindak terhadap soalansoalan yang mudah dan memberi arahan.Mereka juga berkemampuan dalam membina ayatayat berdasarkan gambar dan tentang diri sendiri, rakan, ibu bapa, dan lainlain. Mereka boleh Menjelaskan gambar yang dilihat contohnya gambar bola. Mereka boleh membina ayat tentang bola sebagai permainan kesukaan mereka. Peringkat Pertengahan Pada peringkat ini, kanakkanak mampu memberi huraian tentang objek atau gambar. Mereka juga mampu untuk bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambargambar bersiri. Mereka dapat menjelaskan bahawa bola itu menjadi kencang kerana terlebih angin apabila mereka melihat gambar bola tersebut. Mereka juga dapat menceritakan pengalaman dan peristiwaperistiwa yang dialami dengan jelas. Selain itu, mereka mampu memberi satu arahan untukmembuat sesuatu. Contoh arahan adalah seperti: Kak, tolong tunjuk adik cara menjawab soalan ini. Mereka turut berkemampuan dalam menyoal dan menjawab soalansoalan berhubung dengan peribadi seseorang, masa bersekolah, persekitaran, di rumah, dan lainlain. Apabila ditanya masa bersekolah, kanakkanak tersebut Mampu menjelaskan bahawa dia telah bersekolah selama 8 tahun, 2 tahun di tadika, dan 6 tahun disekolah rendah.Kanakkanak pada peringkat pertengahan ini dapat memberi ucapan yang pendek dan mudah, mengambil bahagian dalam perbualan yang mudah, memberi komen secara mudah, dan membuat ulasan, memberi pandapat atau pandangan secara mudah. Tahap mereka tidak seperti pada peringkat maju namun, mereka mampu melaksanakan beberapa aktiviti bertutur seperti yang diatas secara mudah dan ringkas.Peringkat MajuPada peringkat yang tertinggi ini, seseorang itu bukan sahaja mampumendeskripsikan sesuatu kejadian, peristiwa, pengalaman, objek, permainan, danproses dengan baik malah mereka mampu bercerita dengan menggunakan alatpandang. Mereka menjelaskan sesuatu peristiwa itu lebih jelas dan terperinci jika dibandingkan pada peringkat pertengahan.Individu yang sampai ke tahap peringkat maju ini dapat mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog. Mereka mampu memberi idea yang bernas dalam pertuturan. Selain itu, mereka mampu menyampaikan ceramah dan syarahan pada peringkat tertinggi ini. Mereka mampu mendeklamasi puisi, berlakon, dan mengkritik cerpen, pendapat, puisi, novel, dan sebagainya.

1.4 KEMAHIRAN MEMBACA1.41 DEFINISI DAN KONSEP MEMBACAMembaca ditakrifkan sebagai perbuatan memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya. Selain itu, Membaca juga merupakan perbuatan mengucapkan apa yang tertulis atau tercetak pada buku, papan tanda dan lainlain secara lisan. Keduadua definisi di atas adalah merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat. Harris dan Sipay (1980) menakrifkan membaca sebagai proses memperoleh tafsiran yang bermakna ke atas lambanglambang bercetak dan bertulis. Mereka juga mengatakan bahawa proses membaca sebagai keupayaan seseorang mengecam bentuk visual dan menghubungkan bentuk bunyi atau makna yang diketahui melalui pengalaman dan akhirnya berupaya mentafsir maksudnya.Sementara itu, Smith dan Johnson (1980) mengatakan bahawa Membaca berteraskan keinginan mewujudkan interaksi antara penyampaian idea penulis dengan tanggapan yang dibuat oleh pembaca. Thorndike (1917) menyimpulkan membaca sebagai berfikir. Goodman (1973) pula mendefinisikan membaca sebagai proses psikolinguistik yang bermula daripada pembaca mengamati perkataan yang terdapat dalam teks yang dibaca sehinggalah terbentuknya makna berdasarkan pengamatan yangdilakukan. Hal ini menunjukkan melalui proses yang dikatakan Goodman, interaksi wujud antara bahasa dengan pemikiran. Kita sebenarnya menggunakan bahasa bagi melahirkan pemikiran yang wujud dalam minda. Hubungan antara bahasa dan pemikiran sememangnya berlaku dalam dimensi yang lebih luas. Membaca ialah menyuarakan tulisan, mengambil isi dan fikiran yang tertulis dan memahamkan kandungannya. Membaca merupakan lanjutan kemahiran lisan. Walaupun selancar mana seseorang itu membunyikan tulisan, namun sekiranya dia tidak memahami maknanya maka perbuatannya tidak dikira sebagai membaca. Memahami isi bacaan dan kelancaran dalam membaca merupakan tujuan berjalan yang serentak dalam kemahiran membaca. Sebagai pembaca yang efektif, seseorang itu seharusnya boleh berfikir, merasai dan membayangkan serta memahami apa yang dibaca. Melalui berfikir, merasai, membayangkan dan memahami apa yang dibaca, pembaca dapat memahami isi, maklumat, penerangan atau mesej yang cuba disampaikan oleh pengarang. Pembacaan diiringi dengan tujuan, jangkaan, dan pengetahuan serta pengalaman lalu bukannya berlaku dengan pemikiran yang kosong. Pembacaan dengan pemahaman dapat dihasilkan apabila seseorang pembaca berkebolehan dalam mengaitkan dan mengintegrasikan aspekaspek tersebut.1.4.2 TUJUAN MEMBACAKita membaca kerana adakalanya kita ingin menghilangkan rasa bosan. Namun begitu bagi pelajar, mereka membaca untuk mengetahui sesuatu yang mereka tidak tahu. Kita sentiasa membaca untuk menyiapkan diri bagi peperiksaan. Itulah yang pelajar akan katakan.Namun begitu, membaca bukan sahaja memberi pengetahuan malah ia menyampaikan maklumat. Di wajahwajah akhbar, maklumat sentiasa terselit. Bagi individu yang bukan pelajar, mereka ingin mengetahui sesuatu maklumat yang berupa isu semasa. Kadangkala mereka membaca akhbar untuk Mengetahui ekonomi. Hal ini kerana ekonomi merupakan isu yang boleh mengacau kehidupan seseorang itu.Di samping itu, membaca mampu meluaskan kefahaman serta membetulkan ideaidea yang salah. Apabila kita membaca, kita umpama membandingkan kefahaman dan ideaidea kita. Namun, apabila kita mendapati ada kesalahan dalam kefahaman dan ideaidea kita, kita akan membetulkannya dengan membaca.Selain itu, dengan membaca secara tidak langsung kita mampu melatih minda untuk berfikir dengan baik dan teratur. Kita juga dapat merapatkan diri dengan anggota masyarakat dan dapat mengikuti perkembangan alam dan manusia hanya dengan membaca.1.4.3 CARACARA MEMBACABacaan Selayang (skimming)Bacaan jenis ini bertujuan untuk menggarap secara berkesan intipati teks yang di baca. Biasanya, mata dilarikan dengan pantas di atas teks supaya isi keseluruhan teks dapat dikesan. Dalam pembacaan sesuatu petikan, selalunya kita hanya memberi perhatian kepada idea penting setiap perengan untuk mendapat gambaran umum. Kita sengaja mengabaikan Ideaidea khusus. Dalam pembacaan sesebuah buku pula, fokus kita diberikan kepada bahagian tertentu di dalam buku itu seperti pengenalan, prakata, isi kandungan, tajuk utama, rumusan pada akhir bab dan rujukan indeks untuk mendapat gambaran umum tentang perkara yang dibaca.Bacaan Pindai (scanning)Bacaan secara pindai adalah bertujuan untuk meninjau teks dengan pantas agar mendapatkan maklumat tertentu. Maksudnya, hanya isi atau kata kunci tertentu yang akan dicari dalam teks. Pembacaan cepat ini adalah untuk mendapat maklumat yang khusus dan bukan untuk mendapat gambaran keseluruhan sesuatu bahan bacaan.,Pembacaan cara ini selalunya melangkau bahagianbahagian tertentu yang difikirkan kurang penting. Ketika kita membaca, kita akan menggerakkan mata kitadari atas ke ba wah dengan pantas mengikut muka surat petikan yang dibaca sambil memberi tumpuan kepada maklumat yang dicari. Oleh yang demikian, pembacaan cara ini adalah lebih cepat daripada pembacaan cara skimming. Membaca dengan teknik ini selalunya dilakukan oleh pelajar dalam menjawab soalan pemahaman.1.4.4 JENISJENIS MEMBACABacaan bersuara (mekanis)Bacaan bersuara ialah bacaan mekanis yang menyuarakan tulisan. Bacaan ini selalunya disuarakan dengan sebutan yang jelas dan terang, dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul dengan menggerakkan alatalat pertuturan.Bacaan bersuara biasanya dilaksanakan di kelaskelas rendah atau pada peringkat kelas permulaan. Bacaan bersuara bertujuan untuk melatih teknik membunyikan bunyibunyi sebutan, gaya, dan rentak irama yang sempurna. Bacaan bersuara bertujuan untuk membolehkan muridmurid Membaca dengan cekap dan pantas dengan sebutan yang betul dan jelas. Selain itu, muridmurid dilatih untuk membaca dengan irama membaca yang betul, menggunakan tanda baca untuk berhenti pada tempattempat yang sepatutnya, dan membolehkan muridmurid mencapai kemahiran dan kecekapan membaca bersuara.Bacaan Senyap (mentalis)Bacaan ini disuarakan dalam hati atau menukarkan isi bacaan kepada makna tanpa mengeluarkan suara. Kelajuan bacaan senyap adalah lebih pantas daripada mengeluarkan suara kerana nada suara, sebutan yang jelas tidak diperlukan dalam bacaan ini. Setelah muridmurid mencapai kemahiran dan kecekapan bacaan bersuara barulah bacaan senyap ini akan dijalankan.Bacaan jenis ini adalah bertujuan untuk melatih muridmurid supaya boleh membaca dengan sendiri. Mereka tidak bergantung kepada guru untuk Membaca dahulu dan diikuti oleh mereka. Selain itu, muridmurid dilatih untuk memahami apa yang dibacanya, dan membaca dengan senyap dan pantas. Pengetahuan dan hiburan akan diperoleh oleh muridmurid yang menggunakan bacaan jenis ini. Hiburan yang dimaksudkan ialah pembacaan buku cerita atau novel.

Bacaan IntensifPembacaan Intensif merupakan pembacaan yang membaca teks yang pendek pendek untuk memetik teks tertentu. Membaca cara ini lebih menekankan ketepatan, yakni membaca secara terperinci. Pembacaan Intensif menuntut kita untuk Membaca dengan penuh penghayatan untuk menyerap apa yang seharusnya kita kuasai. Selalunya, pelajar yang menguasai jenis bacaan ini akan memudahkan mereka untuk menjawab soalan berdasarkan teks. Mereka dapat mengesan isiisi penting dan apa yang ingin disampaikan oleh teks.Bacaan EkstensifBacaan ekstensif merupakan salah satu jenis membaca teks yang lebih panjang. Hal ini bertentangan dengan jenis bacaan intensif. Biasanya pelajar membaca untuk keseronokan sendiri. Contoh bahan bacaan bagi bacaan ekstensif ialah novel. Mereka merasakan membaca novel bukan untuk latihan tetapi untuk keseronokan membaca ceritacerita yang mereka minat. Bacaan jenis melibatkan kelancaran membaca dan pemahaman secara keseluruhan. Pemahaman terhadap cerita yang dibaca, dan kelancaran Membaca terbina apabila pembaca khusyuk membaca dan ingin mengikuti perkembangan cerita yang dibaca.1.4.5 PERINGKATPERINGKAT KEMAHIRAN MEMBACATerdapat empat peringkat dalam kemahiran membaca antaranya ialah peringkat kesediaan membaca, peringkat prabacaan, peringkat bacaan mekanis, dan peringkat bacaan dan kefahaman. Kesemua peringkatperingkat ini penting dalam kemahiran berbahasa.

Peringkat Kesediaan MembacaSebelum membaca, kita harus menyediakan diri untuk membaca. Persediaan murid penting kerana mereka akan menghadapi kesukaran dalam bacaan dan pembelajarannya sekiranya tidak bersedia untuk membaca. Justeru, guru berperanan untuk mengesan sama ada muridmurid yang diajar sudah sedia untuk membaca dan belajar. Guru haruslah memberi tumpuan kepada keduadua aspek penting dalam peringkat persediaan ini. Guru harus meninjau sama ada murid bersedia dari segi mental dan fizikal.Tujuan dalam peringkat kesediaan membaca ini adalah untuk menimbulkan kemahuan dan keinginan serta minat untuk meluaskan lagi pengalaman dan pengetahuan dalam diri murid. Selain itu, ia turut dapat melatih kanakkanak supaya boleh memerhati sesuatu iaitu perkataan dengan baik dan cuba mengecamnya. Di samping itu, tabiat gemar membaca dan hubungan baik antara guru dan murid akan wujud pada peringkat ini.Peringkat PrabacaanMuridmurid yang masih belum berpengalaman dalam mengenal dan mengecam huruf akan diberi persediaan untuk membaca hurufhuruf. Muridmurid akan disediakan pada suatu tempoh sebelum membaca huruf. Aktivitiaktiviti yang mendorong muridmurid untuk mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran akan didedahkan kepada mereka agar mereka mempunyai pengalaman untuk membaca secara lazim iaitu membaca kiri ke kanan dan dari atas ke bawah.Peringkat Bacaan MekanisBacaan mekanis ialah bacaaan bersuara iaitu menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul dengan menggerakkan alatalat pertuturan.Tujuan bacaan mekanis ini ialah untuk membolehkan muridmurid Membaca dengan cekap dan pantas dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas. Selain itu, muridmurid dapat membaca dengan irama membaca yang betul serta tahu menggunakan tandatanda baca dan berhenti pada tempattempat berhenti yang betul.Pada peringkat ini, murid sudah boleh untuk membunyikan huruf, suku kata, perkataan, frasa dan ayatayat mudah. Mereka dapat mengenal dan menyebut perkataan yang biasa mereka gunakan atau sebut. Mereka juga dapat perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dantertutup yang bermula dengan konsonan. Contoh perkataan yang mengandungi suku kata terbuka ialah kuda dan perkataan yang mengandungi suku kata tertutup ialah katak.Peringkat Bacaan dan KefahamanApabila memahami sesuatu bacaan, kita dapat mengumpul maklumat dan makna daripada apa yang dibaca. Isiisi penting dalam petikan yang dibaca dapat dikesan sekiranya kita berada pada tahap ini.Selain itu, kebolehan pembaca untuk mentafsir dan menilai sesuatu dengan sepenuhnya tentang apa yang dibacakan terbina. Mereka mampu mengesan sama ada fakta pada bahan bacaan itu tepat ataupun boleh disangkal. Kita juga dapat memahami dengan lebih mendalam lagi makna atau isi tersirat tentang sesuatu perkara yang dibaca. Isiisi tersurat sememangnya telah pun tertulis pada teks, namun di sebalik ayatayat yang tertulis itu, terdapat maksud yang tersembunyi. Pada peringkat ini, pembaca berkebolehan dalam mengesan makna makna yang tersembunyi itu.1.5 KEMAHIRAN MENULIS1.5.1 DEFINISI MENULISTulisan merujuk kepada lambanglambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis merupakan satu proses di mana lambanglambang bunyi yang tersusun dan teradun dipindahkan bagi melahirkan bunyibunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi. Tulisan juga ditakrifkan sebagai bahasa yang bertulis dengan lambanglambang bunyi. Jika tulisan tersebut dibunyikan semula ia disebut sebagai bahasa.1.5.2KONSEP MENULISTulisan berhubungkait dengan membaca. Hal ini kerana keduaduanya mementingkan teknik dan akal. Asas menulis ialah pembentukan simbolsimbol tulisan dalam bahasa. Simbolsimbol itu mendirikan asas yang kukuh supaya seseorang kanakkanak itu dapat melahirkan idea, fikiran serta perasaan dengan baik, pantas dan cekap.Menulis juga bertujuan agar kanakkanak dapat menyusun hurufhuruf menjadi sukukata, perkataan dan ayat sebagai alat komunikasi dalam kelompok masyarakat. Ia mencerminkan buah fikiran dan perasaan seseorang semasa menyusun perkataanperkataan tersebut. Menulis juga merangkumi kebolehan menggunakan ayat dan penggunaan tanda baca yang betul bagi menyampaikan sesuatu pengalaman. Pengalaman yang disampaikan dalam bentuk penulisan memerlukan kemahiran dalam menggunakan tanda baca agar pembaca dapat menggambar situasi yang berlaku dalam penulisan. Ia umpama bercerita di atas kertas dan bukannya bertutur.Konsep menulis secara khususnya berkait rapat dengan proses penyaluran ilmu, idea ataupun maklumat secara bersistem. Dalam penulisan terdapat hokum hukum tatabahasa yang menyebabkan maklumat disampaikan secara bersistem agar keadaan, alam, dan kehidupan dapat digambarkan secara lebih menyeluruh.

1.5.3TUJUAN MENULISSelain menjawab soalan secara bertulis, kita menulis kerana ingin meluaskan pengetahuan, pengalaman, perhubungan dan matlamat menerusi penulisan. Kita dapat meluaskan perkaraperkara tersebut dengan menghasilkan pelbagai penulisan dengan tepat dan jelas tentang perasaan, pengalaman diri, dan ilmu pengetahuan yang ingin disampaikan. Selain itu, kita sebenarnya ingin memberikan kepuasan jiwa kita dalam pemikiran, pengalaman dan perasaan. Apabila kita dapat menghasilkan karya yang kreatif berdasarkan pemikiran yang kritis dan analitis, kita mendapat kepuasan diri berdasarkan penghasilan karya yang membanggakan. Antara tujuan mengajar kemahiran menulis ini ialah untuk memastikan pelajar dapat melahirkan fikirannya secara bertulis. Selain itu, pelajar juga dapat melahirkan perasaan dan pengalaman dengan jelas, tersusun, dan logik dengan menggunakan tatabahasa yang betul.Tujuan lain bagi mengajar kemahiran menulis ini ialah membolehkan pelajar berkomunikasi secara bertulis dalam urusan rasmi atau dengan rakan sebaya untuk memenuhi pelbagai keperluan.

1.5.4JENISJENIS PENULISANTerdapat lima jenis kemahiran yang perlu dicapai dalam menyampaikan pengajaran tulisan. Kemahirankemahiran yang dimaksudkan itu ialah penulisan berpandu, penulisan separa berpandu, penulisan terkawal, penulisan separa terkawal, dan penulisan bebas.Penulisan BerpanduPenulisan jenis ini memerlukan bahan rangsangan seperti gambar, gambar bersiri, bentukbentuk puisi seperti pantun dan sajak, dialog dan seumpamanya. Karangan ini bertujuan membolehkan muridmurid berfikir kritis dan kreatif untuk menafsir gambar seterusnya mengarang mengikut pemahaman mereka berdasarkan gambar tersebut dan untuk memberi rangsangan kepada murid agar mereka tahu apa yang patut mereka tulis. Peranan guru amat penting dalam memastikan muridmurid menguasai jenis kemahiran menulis ini.Contohnya, murid akan diberikan gambar atau peta minda tentang proses pembentukan hujan. Muridmurid akan diberi arahan untuk menulis sebuah karangan tentang proses tersebut.Penulisan Separa Berpandu.Penulisan separa berpandu ini mengkehendaki murid menulis karangan berformat seperti karangan surat rasmi, surat tidak rasmi, laporan, berita dan seumpamanya. Formatformat karangan tersebut haruslah diperkenalkan oleh guru kepada murid terlebih dahulu sebelum memberi latihan menulis karangan berformat.Contoh soalan bagi penulisan separa berpandu ini adalah seperti ini. Anda merupakan setiausaha bagi Kelab Sejarah. Kelab anda bercadang untuk membuat lawatan sambil belajar di Muzium Negari. Anda diminta untuk menulis surat kebenaran melawat ke tempat tersebut. Tulis surat anda selengkapnya.

Penulisan Terkawal. Penulisan jenis ini merupakan peringkat asas atau pertama, iaitu harus dilalui oleh muridmurid dalam gerak kerja penulisan. Segala isi dan bahasa adalah di bawah kawalan guru (Salleh Arkib,1975). Tujuan karangan terkawal ini ialah kelancaran dalam penggunaan bahasa dan membolehkan muridmurid mengeluarkan fikiran mereka tanpa diganggu oleh soal bahasa (Ibid, 1975).Kemahiran penulisan terkawal dijalankan secara berperingkatperingkat. Bermula dengan pramenulis, kemudian kepada peringkat mekanis, dan akhirnya kepada peringkat pelahiran. Penulisan karangan pada peringkat awal mestilah bersifat terpimpin atau terkawal dalam erti kata guru memberi bantuan dari segi perbendaharaan kata dan/atau kandungan. Contohnya, pada peringkat mekanis guru mengarah kanakkanak untuk menyalin semula apa yang guru sebut dan tulis di papan.Penulisan Separa TerkawalPada peringkat ini, muridmurid masih diberikan sedikit kawalan iaitu kawalan yang tidak sepenuhnya seperti penulisan terkawal. Muridmurid diberi ruang untuk menggunakan sedikit daya pemikiran mereka untuk memilih perkataan dan menyesuaikannya dengan pengajaran guru.Biasanya bagi penulisan separa terkawal ini, guru akan membacakan sebuah karangan pendek yang sedia ditulis di papan hitam dan kemudian muridmurid diminta menggantikan beberapa perkataan yang telah dipadam dengan perkataan lain yang disediakan.Penulisan BebasPenulisan jenis ini hanya dapat dijalankan setelah muridmurid sudah boleh menguasai bahasa yang diajar itu dengan baik. Pada peringkat ini, muridmurid akan diberi tajuktajuk umum dan mereka diminta untuk terus menumpukan perhatian kepada apa yang hendak ditulis dan bukan lagi bagaimana hendak menulisnya. Biasanya, murid menulis berdasarkan pemikiran dan pengalaman mereka.Mereka akan cuba mengaitkan tajuk yang diberi dengan pengalaman atau pemikiran mereka. Namun, perbendaharaan kata dan struktur ayat bahasa harus dikuasai murid sebelum boleh membuat karangan bebas.

1.5.5 PERINGKATPERINGKAT KEMAHIRAN MENULISPeringkatperingkat kemahiran menulis terbahagi kepada tiga. Setiap peringkat amat penting dalam penguasaan kemahiran ini sepenuhnya. Ketigatiga peringkat yang dimakudkan ialah peringkat pramenulis, peringkat mekanis, dan peringkat pelahiran.Peringkat PramenulisPeringkat pramenulis merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanakkanak bagi menyediakan diri ke arah melahirkan lambanglambang bunyi khusus yang diterima oleh kelompok masyarakat. Bagi bahasa Melayu, lambanglambang yangboleh diterima ialah huruf dalam bentuk jawi dan huruf dalam bentuk rumi. Kanak-kanak akan disediakan dengan aktivitiaktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis hurufhuruf dengan kemas dan betul.Pada peringkat awal kanakkanak membuat contengan di atas permukaan bendabenda yang sedia ada dalam persekitaran mereka dengan menggunakan bahanbahan yang boleh meninggalkan kesan ke atas permukaan benda tersebut. Peringkat contengan ini perkembangan dari membuat contengan bebas hingga ke peringkat contengan terkawal.Peringkat pramenulis ini bertujuan melatih otot, tangan, jari serta kordinasi mata dan tangan muridmurid agar mereka dapat membentuk lambanglambang yang kemas dan jelas. Latihanlatihan pramenulis menitikberatkan latihan pergerakan tangan seperti menggunting, mengoyak, menganyam, menampal, menguli tepung dan lainlain, menguasai gerak tangan yang bebas supaya murid murid boleh menulis dengan selesa dan sempurna, melakukan latihanlatihan pergerakan mata, dan kordinasi tangan dan mata seperti latihan mewarna bentuk.Peringkat Tulisan MekanisSetelah kanakkanak melalui proses pramenulis, sepatutnya mereka telah menguasai cara memegang pensel serta cara duduk yang betul dan selesa. Tulisan mekanis merupakan peringkat kedua yang patut didedahkan kepada muridmurid. Sebagai peringkat permulaan, muridmurid diminta membentuk hurufhuruf pada permukaan kertas kosong tanpa garisan untuk memberi kemahiran dalam penulisan mekanis. Setelah menguasai peringkat ini barulah latihan membentuk huruf pada halaman yang bergaris diberikan. Muridmurid akan menyedari bahawa mereka harus mengawal saiz tulisan mereka apabila mereka mula menulis pada halaman yang bergaris. Latihan bermula daripada halaman bergaris lebar kepada halaman yang lebih sempit iaitu lembaran satu garis.

Peringkat PelahiranPada peringkat terakhir ini, muridmurid adalah digalakkan melahirkan fikiran mereka secara bertulis. Mereka melahirkan fikiran mereka bermula daripada menulis berpandukan gambar, mengisi tempat kosong, melengkapkan ayat dan perenggan sehingga murid boleh menghasilkan tulisan tanpa panduan. Aktivitiaktiviti menulis yang boleh dijalankan pada peringkat ini ialah mengisi silang kata, mengisi tempat kosong dalam ayat, melengkapkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai, menuliskan ayat yang lengkap dengan perkataan yang diberi, memanjangkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai, membentuk ayatayat bagi menyudahkan cerita, menulis ayatayat berdasarkan gambar yang disediakan, menulis jawapanjawapan kefahaman, menulis rencana daripada bahan yang diperlihatkan, dan menulis karangan daripada tajuk yang disediakan.Pada peringkat ini mereka mampu menulis sendiri tanpa bimbingan guru. Mereka boleh menulis dengan kemas dan membuat ayat yang gramatis. Pada peringkat maju ini, mereka boleh mengkritik dan menghasilkan penulisan yang kreatif.

1.6KEMAHIRAN SENI BAHASA1.6.1KONSEP SENI BAHASAAspek seni bahasa ini merujuk keupayaan murid memahami, mengungkap dan menghargai bahasa yang indah melalui pembelajaran yang menyeronokkan dalam konteks pendekatan didik hibur (pembelajaran yang menyeronokkan). Oleh itu, didik hibur ini dilihat dapat mengupayakan dan membolehkan bahasa yang indah itu dapat diperoleh secara mudah daripada teknik nyanyian, bercerita, berlakon, mendeklamasi atau berpuisi itu dilaksanakan secara lebih santai tetapi bermakna. Seni bahasa juga menampakkan keindahan bahasa dari segi pembentukan gaya bahasa khususnya ayat yang menggunakan unsur simile, peribahasa, bahasa kiasan dan personifikasi yang terdapat dalam teks yang dibaca. Oleh itu, melalui idea yang kreatif, pembelajaran seni bahasa ini diharapkan akan dapat melahirkan murid yang menguasai kemahiran lisan dan penulisan dengan baik. Menurut Abdullah Hassan (1987), kegagalan dalam merancang dan menentukan teknik pengajaran bahasa Melayu menyebabkan isi pelajaran gagal disampaikan secara berkesan. Berdasarkan kajian lampau, kualiti pengajaran merupakan aspek penting dalam menarik minat dan meningkatkan kemahiran berbahasa murid. Majlis Peperiksaan Malaysia (1992) melaporkan bahawa antara faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar ialah kaedah pengajaran yang dipraktikkan oleh guru dalam bilik darjah kurang berkesan. Kajian sarjana linguistik sebelum ini juga membuktikan bahawa komunikasi yang bergerak daripada kemahiran lisan amat penting dalam menentukan tahap kefahaman murid (Noriati A. Rashid, 2011).Lanjutan daripada pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan digantikan dengan Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Mengukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI), maka aktiviti seni bahasa dianggap penting dalam usaha mengangkat martabat bahasa Melayu itu sendiri. Cadangan terhadap pelaksanaan pendekatan seni bahasa dalam pengajaran Bahasa Malaysia bermula apabila keputusan kabinet pada 8 Julai 2009 telah memutuskan bahawa bahasa Melayu perlu menjadi tunjang penting dalam sistem pendidikan negara. Penumpuan memperkasakan penguasaan Bahasa Melayu turut ditekankan dengan mula melaksanakan transformasi kurikulum Bahasa Melayu di sekolah rendah dan menengah yang memberikan fokus kepada penguasaan asas kemahiran berbahasa dalam kalangan murid melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan holistik merangkumi aspek kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta penguasaan tatabahasa dan seni bahasa. Oleh itu, kerajaan berhasrat memperkenalkan pendekatan seni bahasa, didik hibur dan menimbulkan kesedaran kepada apresiasi bahasa dan sastera di sekolah rendah bagi merealisasikan hasrat transformasi berkenaan. Pada peringkat sekolah menengah pula, transformasi kurikulum Bahasa Malaysia telah memberikan penekanan kepada penghayatan dan apresiasi aspek kesusasteraan Melayu. Kaedah pengajaran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu ini akhirnya dilihat akan lebih interaktif supaya pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu akan lebih mudah dihayati dan difahami. Objektif aspek seni bahasa diwujudkan adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan:(1) menyebut dan memahami puisi melalui nyanyian dengan gerak laku secara didik hibur;(2)mengujarkan ayat menggunakan bahasa yang indah dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul serta menggunakan bahasa badan secara kreatif melalui penceritaan secara didik hibur;(3)mengujarkan dialog dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul tentang sesuatu perkara menggunakan bahasa badan secara kreatif melalui lakonan secara didik hibur; dan (4) melafazkan pantun dengan menggunakan bahasa yang indah serta menyampaikan pantun dengan intonasi yang betul di samping memahami maksud pantun.

1.6.2KONSEP SENI BAHASA SEBAGAI PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Seni Bahasa ialah konsep yang terdiri daripada dua perkataan, iaitu seni dan bahasa. Seni merujuk bentuk teks yang penuh dengan nilai keindahan dan boleh disampaikan dalam bentuk yang menyeronokkan, seperti nyanyian, lakonan dan deklamasi. Sementara bahasa pula merujuk elemen yang terdapat dalam bentuk nahu atau tatabahasa. Oleh itu, seni bahasa dalam konteks kajian ini ialah bentuk pembelajaran bahasa yang menjadi pendekatan P&P yang menyeronokkan murid-murid. Walaupun murid seronok tetapi objektif pengajaran dan pembelajaran masih dapat dicapai seperti yang ditetapkan oleh sukatan pelajaran. Sementara itu, guru pula perlu P&P secara belajar sambil berhibur agar isi kandungan mata pelajaran dapat disampaikan dengan berkesan. Gabungan dua perkataan seni dan bahasa ini mempunyai hubungan makna yang rapat dengan didik dan hibur. Pengertian seni yang lebih mendalam mempunyai perkaitan dengan konsep hibur sementara istilah bahasa hubungan makna dengan didik. Konsep ini merujuk pembelajaran yang menyeronokkan dengan menggalakkan pelajar menaakul isi pelajaran secara berhibur. Hasrat kerajaan memperkenalkan pendekatan seni bahasa dan didik hibur di sekolah rendah semata-mata untuk merealisasikan hasrat transformasi P&P dalam bilik darjah. Pendekatan didik hibur dalam bilik darjah akan menjadikan proses P&P lebih interaktif serta berpusatkan murid. Oleh itu, pengajaran guru akan lebih mudah dihayati dan difahami oleh murid. Rumusannya, seni bahasa dan didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses P&P yang bersifat santai tetapi terkawal dengan memberikan penekanan dan cara pelaksanaannya terhadap empat komponen bahasa dan sastera, iaitu nyanyian, bercerita, lakonan dan berpuisi. Oleh itu, keseronokan murid secara total dalam mempelajari Bahasa Melayu akan dapat direalisasikan secara terancang, bersistematik dan menyenangkan. Yang berikut ialah contoh teks pantun dua kerat di bawah tajuk Kebersihan Diri. Perkataan mudah digunakan dalam pantun ini dengan jumlah suku kata yang sedikit. Pantun ini amat mudah difahami, dibaca dan dilagukan kerana melodinya yang dekat dengan dunia kanak-kanak, iaitu irama Ikan Kekek. Melalui nyanyian ini membolehkan murid mendapat ilmu tentang penjagaan dan kebersihan diri.

Kebersihan Diri Ikan keli di atas rakit, Gosok gigi supaya tak sakit Beli sotong masak kari,Kuku dipotong kuman lariIkan haruan di dalam tangki,Sabun badan buang dakiNaik bot pergi ke hulu,Cuci rambut bersih selalu.

(Sumber: Huraian Sukatan Pelajaran KSSR, KPM, 2010) Contoh di bawah ini pula merupakan contoh pembelajaran seni bahasa yang diajarkan menggunakan bahasa berirama. Dalam hal ini, pembelajaran aspek tatabahasa dapat dilaksanakan dengan menggunakan konsep seni bahasa, iaitu menyanyikan lirik lagu yang sesuai, contohnya:

Baju Saya CantikMari kita gembiraBaju bersih dan cantik Semua segak bergayaMenawan dan menarik Sari doti ceongsam samfu Sari doti ceongsam samfuKain lembut dan halusWangi jika dibasuh Pakaian majlis rasmi Semua orang memuji Baju kurung Melayu Baju kurung Melayu

Kosa kata yang terdiri daripada lebih dua suku kata, seperti gembira, halus, cantik, basuh dan wangi yang terdapat dalam lirik lagu tersebut lebih mudah disebut dan difahami oleh murid apabila dipelajari secara menyanyi dan bergembira. Cara ini membantu murid untuk menyesuaikan diri apabila melangkah ke alam sekolah menengah. Di samping mempelajari kemahiran membatangkan suku kata dalam puisi, terdapat juga elemen sastera yang diselitkan secara tidak langsung dalam mata pelajaran Bahasa Melayu ini seperti aspek pantun itu sendiri. 1.6.3CIRI DAN PELAKSANAAN DIDIK HIBUR DALAM BILIK DARJAH Secara umumnya, Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK) telah mencadangkan atau menetapkan ciri dan pelaksanaan seni bahasa dijalankan, iaitu: (1)sesi pembelajaran yang menyeronokkan kerana terkandung unsur kelakar, kecindan, unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan sebagainya; (2)mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid kepada guru. Seperti yang dijelaskan sebelum ini didik hibur berkonsepkan santai dan berhibur; (3)sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan pelbagai. Menerusi aktiviti nyanyian dan lakonan umpamanya, murid-murid boleh main peranan dengan menyertai aktiviti tersebut sambil berhibur. Yang penting, arahan guru perlu jelas dan ringkas di samping penggunaan ICT dan BBM untuk menarik penglibatan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran; (4)objektif aktiviti cenderung kepada pelbagai cara penyelesaian masalah dan kepelbagaian cara persembahan yang tiada unsur kalah atau menang, tiada ganjaran atau dendaan serta latihan dan penggunaannya menjurus kepada aktiviti P&P; (5)salah atau tidak bukan matlamat aktiviti didik hibur, tetapi yang penting berjaya melibatkan seramai mungkin murid dan aktivitinya bersahaja dan santai; (6)aktiviti yang dipilih lebih menjurus kepada aktiviti berkumpulan atau berpasangan supaya wujud semangat kerja berpasukan, kerjasama dan toleransi; (7)murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara logik (8)dalam keadaan terkawal untuk memberikan satu persembahan yang menarik; (9) murid bebas bergerak, berlakon, menyanyi dan sebagainya dalam keadaan terkawal; (10) aktiviti seni bahasa ini amat berkait rapat dengan kaedah didik hibur yang banyak menggunakan komunikasi melalui bahasa tubuh. Dalam tulisan Shamsudin Othman, (Kalam Bahasa, Ogos, 2004), konsep belajar dalam berhibur atau didik hibur itu adalah pendekatan yang sesuai dengan konsep seni bahasa yang diperkenalkan. Lanjutan daripada itu, dalam satu perbincangan dengan BPK, konsep belajar sambil berhibur itu telah dipersetujui untuk diterapkan dalam pengajaran yang melibatkan bahan sastera. Oleh itu, secara mudahnya, P&P seni bahasa akan menjadi lebih menarik jika dapat dilaksanakan secara penyerapan dalam pengajaran Bahasa Melayu dengan memberikan fokus kepada aktiviti genre berbentuk puisi, seperti lirik lagu, pantun, syair, dan sajak. Penyerapannya yang dititikberatkan dalam pendekatan ini ialah proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai murni, dan kemahiran bernilai tambah yang dipelajari semasa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.1.7KEMAHIRAN TATABAHASA1.7.1PENDAHULUANTatabahasa sering dianggap orang sebagai subjek yang kering, membosankan, dan kadangkala menakutkan. Tatabahasa dianggap kering dan membosankan kerana kononnya tata bahasa hanya terdiri daripada rumus-rumus bahasa, sama halnya dengan matematik. Bercakap tentang tatabahasa seolah-olah bererti bercakap tentang soal salah betul penggunaan bahasa semata-mata. Sekian lama pula telah tertancap pada benak kebanyakan orang bahawa tata bahasa mengekang gaya bahasa dan kreativiti. Persepsi seumpama semua itulah yang kadangkala menjadikan orang takut, malah mungkin benci pula akan tatabahasa. Jika timbul rasa takut dan benci, bagaimanakah tatabahasa dapat menjadi subjek yang menarik di bilik darjah?

1.7.2TATABAHASA DAN HAKIKAT BAHASAUntuk mencapai makrifat tentang bahasa, penting sekali kita mengenal hakikat bahasa. Hakikat bahasa pada asasnya ialah tatabahasa, dengan pengertian yang lebih dasar dan luas daripada sekadar subsistem yang terdiri daripada morfologi dan sintaksis. Tata bahasa yang saya katakan menjadi asas hakikat bahasa ialah satu bentuk potensi akliah yang dikurniakan Tuhan kepada anak-anak Adam (manusia) sewaktu mereka masih di alam ruh, sebelum dilahirkan ke dunia (al-Quran, al-Araf: 172). Oleh Chomsky, potensi yang ternurani atau innate ini disebut tata bahasa sejagat (universal grammar). Potensi ini bukan bahasa dalam bentuk lahiriah yang terdiri daripada fonem, morfem, kata, frasa, klausa, ayat, dan wacana dalam bahasa yang tertentu, tetapi merupakan satu kemampuan akal yang dapat membentuk unsur-unsur bahasa yang disebut tadi dalam satu sistem semantik.Potensi yang disebut tatabahasa sejagat inilah yang menjadi asas bagi semua manusia berbahasa dalam bahasa masing-masing melalui proses penyesuaian parameter. Dengan memahami asal usul bagaimana kita berbahasa, terang pada kita bahawa tata bahasa merupakan asas yang memungkinkan kita berbahasa. Adanya tata bahasa sejagat pada manusia inilah yang memungkinkan manusia menjadi kreatif, iaitu dapat menghasilkan unsur-unsur bahasa yang tidak terbatas jumlahnya dengan berdasarkan prinsip-prinsip yang terhad. Adanya tata bahasa ini jugalah yang memungkinkan bahasa manusia teracu dalam sistem, tidak seperti haiwan yang biarpun mungkin dapat menguasai sejumlah unsur bahasa, misalnya kata-kata melalui latihan intensif tetap tidak mampu menyusun kata-kata itu dalam pola-pola yang bersistem, kreatif, dan berkonteks.Daripada tatabahasa sejagat, terbina tatabahasa yang khusus bagi sesuatu bahasa yang tertentu. Maka itu setiap bahasa ada tatabahasanya yang khusus yang perlu dipelajari apabila orang ingin menguasai mana-mana bahasa. Jadi, adanya konsep tatabahasa sejagat tidak bererti bahawa hanya ada satu tatabahasa yang sesuai untuk semua bahasa manusia seperti yang disalahfahami oleh setengah-setengah orang. Perihal adanya kepelbagaian bahasa manusia, yang bererti adanya tata bahasa yang berlainan dijelaskan dalam al-Quran (Surah al-Hujurat, ayat 13 dan Surah al-Rum, ayat 22). Oleh itu perlu difahami perbedaan tata bahasa sejagat daripada tatabahasa khusus bagi bahasa yang tertentu.Hakikat tatabahasa sebagai tunjang bahasa dapat digambarkan dalam hubungannya dengan penguasaan kemahiran-kemahiran berbahasa. Representasi bahasa yang diwakili oleh kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis berasaskan satu kerangka tersembunyi yang menjadi asas pembentukan pola-pola bahasa yang bermakna. Kerangka tersembunyi itu tidak lain daripada tatabahasa. Tanpa kerangka itu, tidak dapat manusia bertutur untuk melahirkan idea dan perasaan kerana kerangka itulah yang menyusun unsur-unsur pertuturan dalam satu sistem yang teratur dan bermakna. Demikian juga, tanpa kerangka itu tidak mungkin berlaku proses pembacaan dan penulisan kerana segala sesuatu tertulis dalam satu sistem yang menimbulkan makna dan si pembaca perlu memiliki keupayaan menguasai sistem itu. Orang yang hendak menulis pula perlu mempunyai skema sistem itu dan menterjemahkannya dalam bentuk-bentuk bahasa yang bermakna. Sesuai kiranya saya sisipkan di sini konsep tatabahasa (gramatikos) yang ditakrifkan oleh ahli-ahli falsafah Yunani sebagai seni membaca dan menulis, yang dengan jelas menunjukkan peranan tata bahasa.Demikianlah selayang pandang penjelasan tentang hakikat tatabahasa. Dengan bertitik tolak daripada hakikat tatabahasa, yang ternyata bukan sekadar sehimpunan rumus atau aturan bahasa menurut pengertian yang sempit, baharulah sesuai kita bincangkan soal menjadikan tatabahasa sebagai sesuatu yang penting dan menarik untuk diajarkan (oleh guru) dan dipelajari (oleh murid atau pelajar).1.7.3PENGAJARAN TATABAHASA: PENYATAAN FENOMENATatabahasa memang kelihatan kering dan membosankan, baik pada guru mahupun murid, jika diajarkan hanya sebagai aturan-aturan, secara didaktik pula. Memang tujuan pokok kita mengajarkan tatabahasa ialah agar murid menguasai sistem bahasa untuk selanjutnya memanfaatkan penguasaan sistem bahasa itu bagi tujuan-tujuan yang fungsional, seperti pemerolehan ilmu, penghayatan nilai-nilai masyarakat, dan berinteraksi dengan baik dalam masyarakat. Jadi, terang bahawa pengajaran tatabahasa ialah prasyarat untuk komunikasi yang berkesan dan juga untuk tujuan pembinaan diri, terutama melalui pemerolehan ilmu. Pengajaran tatabahasa tidak patut bernoktah dengan pendedahan sistem semata-mata. Sebaliknya pengajaran tatabahasa hendaklah dihubungkan secara langsung dengan aspek-aspek fungsionalnya.Telah dibahaskan dengan panjang lebar oleh ahli-ahli pendidikan bahasa soal tujuan pengajaran bahasa, termasuk tatabahasa. Sekurang-kurangnya ada empat mazhab yang dominan dalam hal ini. Yang pertama ialah mazhab tradisionalis yang menekankan penguasaan rumus-rumus tata bahasa. Yang kedua ialah mazhab strukturalis behavioris yang menekankan pembentukan kebiasaan berbahasa sebagaimana yang berlaku dalam masyarakat. Yang ketiga pula ialah mazhab rasionalis yang menekankan keupayaan bahasa sebagai lawan pelaksanaan bahasa (bentuk unggul bahasa lawan realiti penggunaannya). Yang terakhir ialah mazhab fungsionalis yang menitikberatkan fungsi bahasa dalam komunikasi sosial. Keempat-empat mazhab itu mewakili pandangan dan sikap yang ekstrem sehingga menimbulkan salah faham tentang tujuan pengajaran bahasa. Tiga mazhab yang pertama dilabelkan oleh mazhab keempat sebagai model pengajaran kemahiran kerana menekankan penguasaan sistem bahasa. Sebaliknya mazhab keempat yang mengemukakan model pengajaran alamiah terlalu cenderung pada aspek praktis sehingga agak mengabaikan penguasaan sistem pula.Dua konsep lain yang turut mempengaruhi gaya pengajaran bahasa, termasuk tatabahasa ialah keupayaan linguistik dan keupayaan komunikatif. Ahli-ahli pedagogi yang memberikan perhatian berat kepada penguasaan sistem bahasa kurang atau sama sekali mengabaikan aspek komunikatif bahasa. Dalam hal pengajaran tatabahasa, penekanan kepada penguasaan rumus-rumus tatabahasa menjadikan guru alpa menerapkannya dalam konteks penggunaan yang wajar dan sesuai. Yang taksub kepada penguasaan aspek komunikatif bahasa pula memandang remeh akan ketepatan bahasa daripada segi rumus tata bahasa. Kesannya ialah bahawa yang pertama gagal atau kurang berjaya menjadikan tatabahasa sesuatu yang bermakna dalam kehidupan murid. Yang kedua pula mungkin menarik kerana mengaitkan bahasa dengan kehidupan sehari-hari tetapi gagal melahirkan murid yang berdisiplin daripada segi penggunaan bahasa yang gramatis dan bersistem.Impian kita kini ialah menciptakan dan menemukan kaedah pengajaran tatabahasa yang dapat mengukuhkan ketrampilan bahasa murid daripada segi sistem bahasa dan juga daripada segi pragmatiknya. Murid yang patut kita bentuk ialah yang menguasai rumus-rumus tatabahasa secara sedar dan sekaligus dapat menggunakannya untuk komunikasi dengan pengertian yang luas, bukan sekadar komunikasi biasa yang ditandai oleh laras bahasa terhad (restricted code) bahkan untuk komunikasi canggih yang ditandai oleh laras bahasa terbina (elaborated code). Dalam konteks memenuhi peranan bahasa sebagai wahana pembinaan tamadun, ketrampilan bahasa yang sewajarnya dimiliki ialah yang dapat memenuhi keperluan asas hingga yang dapat menjadi wadah pemikiran, ilmu, dan budaya tinggi.1.7.4STRATEGI PENGAJARAN TATABAHASASelaras dengan konsep pendidikan bersepadu yang diamalkan di negara ini sejak tahun 1988, maka pengajaran bahasa pun tidak boleh lagi diajarkan menurut cara lama yang memisah-misahkan aspek-aspek yang diajarkan, misalnya antara satu kemahiran dengan kemahiran yang lain, antara kemahiran dengan sistem bahasa dan sebaliknya, serta antara kemahiran dan sistem bahasa dengan isi bahasa, terutama ilmu dan nilai.Strategi pengajaran bahasa Melayu menurut pendekatan bersepadu berasas pada strategi 2P, iaitu penggabungjalinan dan penyerapan. Penggabungjalinan yang asasnya telah bermula pada lewat 1970-an melibatkan:a.Penggabungjalinan antara empat kemahiran bahasa, iaitu mendengar, bertutur, membaca, dan menulis dengan sekurang-kurangnya dua kemahiran digabungjalinkan.b.Penggabungjalinan antara kemahiran bahasa dengan sistem bahasa (terutama tata bahasa) dan sebaliknya.c.Penggabungjalinan antara peribahasa dengan kemahiran bahasa.Dalam konteks pengajaran tatabahasa, penggabungjalinan yang berkaitan ialah penggabungjalinan (b) di atas. Secara ringkas, pengajaran tatabahasa tidak boleh dipisahkan sama sekali daripada kemahiran. Apabila tatabahasa diajarkan secara gabung jalin dengan kemahiran, maka dapatlah dielakkan pengajaran yang tertumpu semata-mata pada rumus-rumus tata bahasa sehingga menimbulkan kebosanan. Tatabahasa dapat diajarkan bersama-sama dengan aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Selain tidak membosankan, dapat pula murid memahami penggunaan tatabahasa secara fungsional dan dalam konteks yang sesuai dan wajar. Hal ini akan dibincangkan lebih lanjut dalam pembicaraan tentang pengajaran tatabahasa terancang.Strategi penyerapan pula berkaitan dengan gagasan menyepadukan aspek sistem bahasa dan kemahiran bahasa dengan kandungan bahasa. Dengan perkataan lain, pendidikan bahasa di samping menitikberatkan penguasaan tata bahasa serta aspek-aspek sistem bahasa yang lain dan juga penguasaan empat kemahiran bahasa (mendengar, bertutur, membaca, dan menulis), perlu turut menekankan aspek kandungan bahasa.Secara kasar, yang dimaksudkan kandungan bahasa ialah segala maklumat tentang kehidupan manusia yang dipelajari dan diwarisi melalui perantaraan bahasa. Dalam konteks pendidikan bahasa di negara kita, penyerapan melibatkan dua aspek utama, iaitu ilmu dan nilai. Secara lebih terperinci, ilmu dipecahkan kepada beberapa aspek lagi, iaitu kandungan mata-mata pelajaran lain, sains dan teknologi, bahasa dan sastera, budaya dan warisan. Selain itu terdapat pula isu dan hal masyarakat dan negara, serta isu dan hal ehwal antara bangsa. Nilai-nilai murni pula dibahagi kepada 16 nilai utama dengan pecahan-pecahannya. Di samping itu perlu diserapkan juga unsur kewarganegaraan.Dengan berdasarkan strategi 2P itu, saya yakin bahawa pengajaran tatabahasa dapat menjadi sesuatu yang menimbulkan minat guru dan murid, menjadi sesuatu yang betul-betul bererti, dan sekali gus dapat menghakis anggapan salah bahawa tata bahasa merupakan bidang yang kering dan tidak lebih daripada sehimpunan rumus. Melalui strategi penggabungjalinan murid diasuhkan menguasai tatabahasa sambil melakukan aktiviti-aktiviti yang bermakna dalam kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Melalui strategi, penyerapan pula, murid dituntun menguasai tatabahasa dalam konteks yang bermakna, iaitu sambil mempelajari beraneka maklumat ilmu, hal ehwal semasa, kegiatan masa lapang, dan nilai-nilai murni. Dengan demikian, tatabahasa tidak menjadi unsur yang terasing daripada kehidupan sehingga fahamlah murid mengapa ia perlu mempelajari tatabahasa dan fahamlah juga guru mengapa ia perlu mengajarkan tatabahasa. Daripada segi pelaksanaannya, pendekatan bersepadu dalam pengajaran tatabahasa memerlukan perhatian yang sungguh-sungguh daripada segi perancangan dan pengajarannya di bilik darjah.PerancanganAspek perancangan yang pertama melibatkan usaha mengenal pasti unsur-unsur tatabahasa yang perlu diajarkan sepanjang tahun, dengan berdasar pada Risalah Panduan Pemeringkatan dan Perincian Tatabahasa untuk peringkat sekolah menengah yang diterbitkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum. Selanjutnya unsur-unsur tata bahasa itu perlu dimasukkan dalam perancangan tahunan, penggal, mingguan, dan akhirnya harian. Kesesuaian unsur tatabahasa tertentu dimasukkan dalam kelompok kemahiran-kemahiran (kecekapan-kecekapan di bawah setiap kemahiran) bergantung pada beberapa pertimbangan, iaitu mudah sukarnya dan relevannya dengan bahan pengajaran.Aspek lain yang perlu diberi perhatian ialah pemilihan bahan pengajaran. Bahan pengajaran yang dimaksudkan ialah yang dapat digunakan untuk menyampaikan maklumat tentang unsur atau unsur-unsur tata bahasa yang hendak diajarkan. Bahan di sini tidak patut disalahertikan sebagai perincian tentang unsur tatabahasa, misalnya bentuk-bentuk kata ganda berserta huraian tentang makna dan contohnya untuk unsur kata ganda yang menjadi fokus pengajaran. Bahan yang dimaksudkan ialah wadah penggunaan bahasa yang hendak diajarkan, atau bahan yang dapat dijadikan asas untuk mencungkil atau meramalkan unsur-unsur tata bahasa tertentu. Bahan yang menjadi wadah bahasa ialah pelbagai bentuk wacana, sementara yang dapat menjadi asas mencungkil unsur tata bahasa ialah ilustrasi. Dengan perkataan lain, dapatlah kita katakan bahan itu sebagai bahan ransangan.Beberapa pertimbangan dalam pemilihan bahan untuk pengajaran tatabahasa ialah:a.Memanfaatkan pelbagai bentuk bahan seperti prosa, puisi dan bahan grafik, sesuai dengan kepalbagaian konteks penggunaan tata bahasa.b.Bahan hendaklah meliputi pelbagai bidang ilmu dan maklumat yang sesuai, selaras dengan konsep penyerapan ilmu.c.Bahan hendaklah berisi nilai atau nilai-nilai murni, selaras dengan gagasan penyerapan nilai.d.Bahan sedapat-dapatnya hendaklah autentik, seperti iklan, borang, risalah, dan sebagainya.e.Bahan yang dipilih mestilah bermutu bahasanya, kecuali untuk tujuan analisis kesilapan.f. Bahan hendaklah dapat menarik minat murid.Dengan adanya bahan rangsangan, dapatlah murid diajar tentang tatabahasa dalam konteks, sama ada konteks ilmu, laras bahasa, mahupun jenis-jenis wacana. Maksudnya, murid tidak mempelajari tatabahasa tanpa latar. Guru pula dapat memanfaatkan bahan untuk memberikan contoh unsur tatabahasa yang ada unsur ilmu dan nilainya. Demikian juga, guru dapat membina latihan daripada bahan tersebut. Apabila pengajaran guru, termasuk contoh dan latihannya berdasar pada bahan yang terpilih, maka terlaksanalah pengajaran yang berdasarkan tema.PengajaranPengajaran tatabahasa di bilik darjah melibatkan pemilihan aktiviti yang sesuai dan menarik. Pendekatan deduktif yang dilaksanakan dalam bentuk penerangan rumus tampaknya tidak sesuai untuk pengajaran tatabahasa di peringkat sekolah. Antara aktiviti yang dapat menimbulkan minat murid termasuklah:a. Kegiatan penemuan murid mengesan unsur atau unsur-unsur tatabahasa tertentu dalam bahasa.b. Kegiatan berdialog dan berlakon murid menggunakan pola-pola tertentu yang sesuai, seperti jenis ayat (ayat tanya, ayat penyata, ayat seruan, ayat permintaan) atau kata-kata tanya, kata silaan, kata seru, dan sebagainya.c. Kegiatan mencungkil unsur bahasa daripada visual murid menamakan objek atau peristiwa, menyatakan sifat atau keadaan, membina ayat daripada bahan tersebut, dan sebagainya.d. Kegiatan berpuisi, bernyanyi, dan bercerita murid menghayati unsur-unsur bahasa dalam bahan dan boleh juga menghasilkan puisi, seni kata, dan cerita.e. Kegiatan pentomim murid mengagak nama, perbuatan atau sifat, atau mungkin ayat yang dibayangkan oleh bahasa badan.f. Kegiatan main peranan murid diletakkan dalam situasi atau konteks yang sebenarnya dan menggunakan bahasa yang sesuai dengan konteks itu, misalnya sebagai wartawan ia menggunakan kata tanya dan ayat tanya yang betul (5W + 1H).g. Kegiatan permainan bahasa murid berteka-teki, menjawab kuiz, meneka nama, sifat, perbuatan, teka silang kata, melengkapkan peta minda, memadankan unsur bahasa (seperti subjek-prediket), melengkapkan ayat, menukar struktur ayat untuk maksud yang sama, dan sebagainya.h. Kegiatan penyuntingan murid membuat analisis kesilapan dan membetulkan bahasa pada bahan autentik (termasuk juga karangan murid).i. Kegiatan penghasilan murid berkreativiti menggunakan unsur-unsur tatabahasa untuk menulis iklan, moto, slogan, tema, poster, dan sebagainya.PENUTUP Demikianlah secara umum gagasan tentang bagaimana kira-kira tatabahasa dapat diajarkan dengan menarik. Asas yang saya gunakan ialah pertama-tama sekali menimbulkan pengertian bahawa tatabahasa ialah bahagian yang penting dalam kehidupan kita. Oleh itu pengajaran tata bahasa tidak boleh diajarkan secara terasing, melainkan hendaklah diajarkan dengan strategi penggabungjalinan dan penyerapan. Untuk memenuhi strategi tersebut, perlu dibuat perancangan yang rapi, terutama daripada segi pemilihan bahan untuk menunjukkan konteks yang sesuai bagi unsur-unsur tata bahasa yang hendak diajarkan. Dalam pengajaran di bilik darjah pula, guru perlu melaksanakan pelbagai teknik dan aktiviti yang dapat merangsang murid sehingga pengajaran tata bahasa dapat membantu murid menguasai tata bahasa dengan tidak berasa tertekan atau terpaksa.

3.1 RANCANGAN PELAJARAN HARIAN DAN BAHANPERSEDIAAN MENGAJAR MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU TAHUN 5Tahun: 5 BestariTarikh: 20 Mac 2015Masa: 1 Jam (60 Minit)Bilangan Murid: 25 OrangMata Pelajaran: Bahasa MelayuTema: Nilai-nilai murniTajuk: Petikan Contohi Zaimi Hasil pembelajaran:Fokus Utama:11.2 Mengulas karya bukan sastera dari aspek penggunaan perkataan, idea, ayat, penanda wacana, nilai dan pengajaran yang terdapat dalam karya yang dibaca. Aras 1 (ii)Menjelaskan mesej dan nilai yang terdapat dalam bahan.Fokus Sampingan :3.2 Melaporkan sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang sesuai dan tepat. Aras 2 (i)Membentangkan hasil rumusan berdasarkan sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang betul.Objektif: Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat : i) Menyatakan dan menulis lima idea atau nilai murni yang terdapat dalam petikan mengikut pengelasan nilai murni tersebut.ii) Membuat pembentangan hasil kerja kumpulan pada akhir pembelajaran.Sistem Bahasa 1. Ayat tunggal2. Ayat majmuk3. Penanda wacana (Seterusnya, Selain itu, Di samping itu, Akhir sekali)Pengisian Kurikulum:1. Ilmu : Sivik dan kewarganegaraan, Sastera dan Muzik2. Nilai murni : bekerjasama, berani, tekun, teliti dan yakin pada diri.3. Kemahiran Bernilai Tambahi) Kemahiran Berfikir : Menjana idea, membuat perbandinganii) Kemahiran Belajar Cara Belajar : memberi maklumat, perbincangan, pembentangan.iii) Kecerdasan Pelbagai : interpersonal, intrapersonal, verbal linguistik, muzik dan kinestetik

Kemahiran Bahasa :1. Memdengar2. Membaca3. Bertutur

Pengetahuan sedia ada murid : Murid pernah membuat ulasan nilai-nilai murni dalam pembelajaran sebelum ini.

Bahan Bantu MengajarKomputer riba, pemancar LCD, gambar-gambar slaid, slaid nilai-nilai murni, slaid petikan, borang pengurusan grafik, borang rangka karangan , borang pemarkahan Permainan Jutawan Bahasa, lembaran kerja aktiviti pengayaan dan pemulihan.

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANLangkah/MasaIsi Pelajaran

Aktiviti pengajaran dan pembelajaranCatatan

Set Induksi(5 minit)

1.Tayangan gambar-gambar slaid yangberunsur nilai-nilai murni.(Lampiran 1)

SoalanNyatakan nilai-nilai murni yang dapat kamu perhatikan melalui gambar.

MaklumatContoh-contoh nilai murni (Lampiran 2)

1.Guru menayangkan slaid gambar-gambar yang berunsurkan nilai-nilai murni.

2.Guru menayangkan contoh-contoh nilai murni dan meminta murid menyebutnya.

3.Murid memerhatikan gambar yang telah ditunjukkan oleh guru.

4.Guru menyoal murid tentang nilai murni yang terdapat dalam gambar.

5.Murid menjawab soalan yang diberikan oleh guru.

6.Murid membaca dan menyebut secara lisan contoh nilai-nilai murni yang telah dipaparkan.PenggabungjalinanKemahiran Bahasa-mendengar-membaca-bertutur-bahan-gambar-gambar

PenyerapanNilai murni-bekerjasamaKBT-kemahiran berfikir menjana ideaIlmu-Sivik dan kewarganegaraan

BBM-Tayangan slaid gambar powerpoint

Langkah 1(5 minit)1.Membaca petikan Contohi Zaimi(Lampiran 3)

1. Guru telah mengedarkan petikan kepada murid-murid.2. Guru meminta murid membaca petikan dengan intonasi yang betul.3.Guru meminta murid supaya mencari nilai-nilai murni yang terdapat dalam petikan secara lisan.4.Murid menyatakan idea keseluruhan teks.Penggabung jalinan-MembacaPenyerapanNilai murni-patuh arahan guruKBT-verbal-linguistik-IntrapersonalKB-mengecam maklumat

Langkah 2(10 minit)1.Menuliskan nilai-nilai murni dan melengkapkan borang grafik Lampiran 4)

1.Guru telah membahagikan murid kepada 5 kumpulan.2.Guru meminta murid mengecam pernyataan yang mengandungi nilai-nilai murni.3.Guru meminta murid mencari dan mencatat nilai yang tersirat di sebalik pernyataan dalam borang grafik.4.Guru mengarahkan murid supaya menyalin nilai dalam borang pengurusan grafik.Penggabung jalinan-bahan, Aktiviti kumpulanPenyerapanNilai murni-Mendengar arahan-bekerjasama KBT (KB) menyenaraikan-InterpersonalPenilaian-pemerhatianBBM-Borang pengurusan grafik

Langkah 3(5 minit)Cara menulis mesej(Lampiran 5)1.Arahan

2.Kata-kata positif

3.Penanda wacana

4.Idea atau Ulasan,

1.Guru menerangkan tentang kehendak atau arahan soalan.

2.Guru meminta murid membaca arahan sambil menunjukkan modul rangka karangan.

3.Guru memberi penerangan cara mengulas mesej yang terdapat dalam petikan dan mengaitkan idea.

4.Guru membimbing murid melengkapkan rangka dengan menggunakan idea sambil mengaitkan kata-kata positif dan empat penanda wacana.

PenggabungjalinanKemahiran- mendengar dan membaca

PenyerapanKBT-KBMenghubungkait

BBMSlaid rangka karangan

Nilai-Ketekunan-Teliti

PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYUBMM3043(E)

1

Langkah4(20 minit)Aktiviti Kumpulan1.Pertandingan membuat ulasan(Jutawan Bahasa)(Lampiran 6)

Jutawan-20 markahKaya -17 markahMiskin -15 markahPapa -10 markahKedana -8 markah1.Guru membaca syarat pertandingan dan skor markah melalui Pertandingan Jutawan Bahasa.

2.Guru meminta murid melaksanakan aktiviti kumpulan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.Penggabungjalinan Aktiviti-perbincanganPenyerapanNilai-mematuhi arahanKBTKB -Memupuk kemahiran sosial.-Belajar cara belajarPenilaian-Pemerhatian

Langkah 5(15 minit)1.Membuat hasil pembentangan kumpulan masing-masing.2.Papan markah Pertandingan Jutawan Bahasa(Lampiran 7)1.Guru meminta wakil dari setiap kumpulan membuat pembentangan.

2.Guru memberikan ulasan atau komen dan mengumumkan pemenang dalam pertandingan Jutawan Bahasa.PenggabungjalinanKemahiran Bahasa-membaca-mendengar-bertuturPenyerapanNilai-tekun-bekerjasama KBT-Belajar cara belajar-IntrapersonalPenilaian-pemerhatian

Penutup(5 minit)1.Mempamerkan contoh jawapan.

(Lampiran 8)

2.Menyanyikan lagu Rasa Sayang Pantun Nilai Murni.(Lampiran 9)Contoh :Kalau pergi ke Pulau cahaya,Separuh jalan dipatuk ular,Kalau kita hendak berjaya,Rajin-rajinlah kita belajar.1.Guru telah mempamerkan contoh skema jawapan kepada murid.

2.Murid membaca skema jawapan melalui slaid yang telah dipaparkan.

3.Guru memberi ganjaran kepada kumpulan yang telah berjaya dalam pertandingan Jutawan Bahasa.

3.Murid menyanyikan lagu Rasa Sayang dengan iringan muzik.

PenggabungjalinanKem Bahasa-MembacaPenyerapan Ilmu -MuzikNilai-bekerjasama-berdisiplinKBTKecerdasan pelbagai-Muzik-Kinestetik

Pengayaan: Murid-murid diminta menyenaraikan nilai-nilai murni yang terdapat pada petikan yang baru diberikan oleh guru. ( Lampiran 10)Pemulihan : Memadankan pernyataan dengan nilai murni. (Lampiran 11)

Refleksi PdP.Saya telah dapati bahawa 96% murid telah dapat memahami untuk mengecam nilai serta membuat huraian dan seterusnya membina ulasan dengan baik dan gramatis. Aktiviti yang diadakan sama ada secara individu atau kumpulan telah menarik minat murid. Ini telah membuatkan murid-murid faham akan nilai-nilai murni yang telah diajar oleh guru. Objektif tercapai dan saya amat berpuas hati kerana semua murid memberi respons semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

KESIMPULANSebagai kesimpulannya, rancangan pelajaran harian yang telah dijalankan ini amat berguna dan juga telah menarik minat murid. Dengan kemahiran bahasa yang telah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran, ini membolehkan murid dapat menguasai empat kemahiran yang telah digabung jalinkan. Ke