bab 6- kerja-kerja kejuruteraan

19
BAB 6 : KERJA-KERJA KEJURUTERAAN 6.1 Pengenalan Di Lapangan Terbang Sibu, terdapat 14 orang juruteknik di dalam bahagian kejuruteraan. Kesemuanya mementingkan kerjasama antara satu sama lain. Juruteknik terbahagi kepada tiga bahagian iaitu mekanikal, elektrikal dan awam. Sepanjang menjalani latihan industri bersama juruteknik lapangan terbang Sibu, saya mendapati mereka membuat kerja harian tanpa mengira jawatan masing-masing. Contohnya, juruteknik elektrikal membuat kerja mekanikal dan juga sebaliknya. Oleh kerana itu, saya juga telah berpeluang untuk menimba ilmu-ilmu baru seperti kerja-kerja bidang elektrik, elektronik dan awam. 80

Upload: robotjahat

Post on 12-Jun-2015

2.050 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 6- Kerja-kerja Kejuruteraan

BAB 6 : KERJA-KERJA KEJURUTERAAN

6.1 Pengenalan

Di Lapangan Terbang Sibu, terdapat 14 orang juruteknik di dalam bahagian

kejuruteraan. Kesemuanya mementingkan kerjasama antara satu sama lain.

Juruteknik terbahagi kepada tiga bahagian iaitu mekanikal, elektrikal dan awam.

Sepanjang menjalani latihan industri bersama juruteknik lapangan terbang Sibu, saya

mendapati mereka membuat kerja harian tanpa mengira jawatan masing-masing.

Contohnya, juruteknik elektrikal membuat kerja mekanikal dan juga sebaliknya.

Oleh kerana itu, saya juga telah berpeluang untuk menimba ilmu-ilmu baru seperti

kerja-kerja bidang elektrik, elektronik dan awam.

80

Page 2: Bab 6- Kerja-kerja Kejuruteraan

6.2 Kerja-Kerja Elektrik dan Elektronik

6.2.1 Spesifikasi Kerja-Kerja Elektrik

Kerja-kerja elektrik dan elektronik melibatkan setiap komponen yang

mempunyai unsur elektrik seperti pendawaian dan yang berkaitan dengan elektrik.

Antara kerja-kerja bidang ini ialah, AGL (Aero Ground Lightning), penukaran

lampu-lampu di terminal dan sebagainya. Namun kerja ini juga dibantu oleh

juruteknik lain iaitu juruteknik mekanikal dan juruteknik awam.

6.2.2 Penyenggaraan Untuk Kerja-Kerja Elektrik Dan Elektronik

i Lampu (melibatkan semua lampu yang berada di terminal).

- Menukar lampu ‘Flourocent’, Lampu ‘Downlight’ dan ‘Stater’

yang rosak.

- Membaiki atau mengantikan Suis Soket, Soket ‘Outlet’ dan

‘Plugtop’ yang rosak.

- Menghidupkan semula kuasa elektrik apabila berlakunya litar

pintas ataupun terputus bekalan buat sementara waktu.

- Mengantikan komponen-komponen yang menyebabkan lampu

tidak berfungsi seperti ‘Chock’.

ii Melakukan kerja-kerja yang melibatkan AGL (Aero Ground Lightning)

seperti:

- Memeriksa keadaan CCR yang berada di setiap Substation.

81

Page 3: Bab 6- Kerja-kerja Kejuruteraan

- Menghidupkan semula kuasa elektik apabila berlakunya litar

pintas ataupun terputus bekalan buat seketika waktu.

- Mengantikan lampu-lampu AGL seperti ‘High Mask’, ‘Taxiway

Centreline’, ‘Taxiway Edgelight’, ‘PAPI Runway 13/31’,

‘Thresholdlight 13/31’,’Runway Endlight 13/31’, ‘Windcone

13/31’, ‘Simple Approachlight 31’, ‘Procesion Spproach 13’,

‘Turning Pad 13/31’ dan sebagainya.

- Menukar lampu AGL yang rosak.

Membaiki komponen-komponen lampu di ‘Runway’ yang rosak

seperti ‘Bulb Holder’ dan sebagainya.

- Mengantikan ‘Windsock’ yang telah pudar.

- Menukar transfomer yang rosak dengan yang baru.

- Memeriksa ‘Reading Ground’ untuk PAPI setahun sekali.

iii Melakukan kerja-kerja yang melibatkan Mesin X-ray.

- Servis mesin X-ray mengikut tempoh penyelengaraan yang telah

ditetapkan seperti harian, bulanan, dan tahunan.

- Memeriksa keadaan radiasi pada X-ray.

- Menukar alat menukar alat pengesan radiasi mengikut jangka

hayat komponen tersebut.

6.2.3 Proses Kerja Yang Dilakukan (Menukar Lampu Taxiway Centreline)

Menukar lampu AGL merupakan salah satu kerja penyelengaraan

bahagian AGL. Selalunya pihak juruteknik akan membuat pembaikian

bahagian AGL ini pada waktu malam ketika operasi lapangan terbang sudah

selesai kerana pembaikian berkemungkinan besar akan menganggu operasi

penerbangan. Akan tetapi, sekiranya terdapat masalah kecil dan mampu

82

Page 4: Bab 6- Kerja-kerja Kejuruteraan

diselesaikan pada masa yang cukup singkat serta yakin tidak akan

menganggu mana-mana operasi, ia akan dilakukan pada waktu pagi ketika

tiada pesawat yang akan mengunakan ‘Runway’.

6.2.4 Peralatan-Peralatan Yang Digunakan

i. Soket no 14mm dan no 10mm.

ii. Lampu ‘Taxiway Centreline’ yang baru.

Rajah 6.1 : Rajah menunjukan lampu ‘Taxiway Centreline’

yang baru.

iii. Pena Ujian

83

Page 5: Bab 6- Kerja-kerja Kejuruteraan

iv. ‘Long Nose’

Rajah 6.2 : ‘Long Nose’

v. Ricet

Rajah 6.3 : Ricet

84

Page 6: Bab 6- Kerja-kerja Kejuruteraan

6.2.5 Langkah-Langkah Kerja Untuk Menukar Lampu ‘Taxiway Centerline’

i. Notifikasi dikeluarkan oleh DO mengenai aduan kerosakan keatas

lampu ‘Taxiway Centreline’ dan diberikan kepada juruteknik yang

bertugas.

ii. Alat keselamatan diri dan peralatan yang diperlukan disediakan untuk

menukar lampu yang rosak tesebut.

Rajah 6.4 : Rajah menunjukan lampu ‘Taxiway Centreline’

yang tidak menyala.

iii. Kenal pasti lampu ‘Taxiway Centreline’ yang perlu ditukar dan

selepas itu padamkan bekalan elektrik untuk lampu ‘Taxiway

Centreline’ di Substation.

iv. Pastikan kawasan sekeliling berada dalam keadaan selamat sebelum

memulakan aktiviti peyelengaraan.

85

Page 7: Bab 6- Kerja-kerja Kejuruteraan

Rajah 6.5 : Rajah menujukkan langkah kerja

membuka ‘Fitting’.

v. Buka ‘Fitting’ Taxiway Centreline’ dengan mengunakan soket no

14mm.

vi. Kemudian keluarkan ‘Fitting’ tersebut dari tempat asalnya dan

terbalikkan ‘Fitting’ tersebut.

86

Page 8: Bab 6- Kerja-kerja Kejuruteraan

Rajah 6.6 : Langkah membuka ‘Fitting’.

vii. Buka penutup dalam ‘Fitting’ untuk melakukan penukaran lampu

dengan mengunakan soket no 10 mm.

viii. Kenal pasti masalah lampu tidak menyala (periksa samada terdapat

bekalan elektrik mengunakan Pena Ujian).

ix. Didapati lampu ‘Taxiway Centreline’ hangus dan perlu ditukar.

87

Page 9: Bab 6- Kerja-kerja Kejuruteraan

Rajah 6.7: Rajah menunjukan lampu telah dikeluarkan

dari ‘Fitting’.

x. Keluarkan lampu yang rosak mengunakkan Long Nose kerana di

khuatiri terdapat kebocoran elektrik.

xi. Lakukan penukaran dengan berhati-hati.

88

Page 10: Bab 6- Kerja-kerja Kejuruteraan

Rajah 6.8 : Rajah menunjukan lampu dimasukkan

ke dalam ‘Fitting’.

xii. Masukkan lampu yang baru ketempatnya dan sambungkan wayar

lampu tersebut dengan menggunakkan ‘Long Nose’

89

Page 11: Bab 6- Kerja-kerja Kejuruteraan

Rajah 6.9 : Rajah menunjukan lampu dihidupkkan untuk

memastikan ia menyala.

xiii. Setelah selesai menyambungkan wayar tersebut, hidupkan bekalan

kuasa untuk ‘Taxiway Centreline’ untuk memastikan bahawa lampu

tersebut menyala.

xiv. Kerja pemasangan semula adalah seperti langkah-langkah

sebelumnya.

90

Page 12: Bab 6- Kerja-kerja Kejuruteraan

Rajah 6.10 : Rajah menunjukan ‘Fitting’ dipasang semula dan

mengetatkan kesemua Nat.

xv. Ketatkan kesemua nat dan lakukan pembersihan untuk tempat

tersebut. (Pastikan tiada alat dan sampah sarap yang tertinggal).

xvi. Kerja menukar lampu ‘Taxiway Centreline’ telah selesai. Lampu

tersebut telah menyala dengan sempurna. Notifikasi ditutup dan

diserahkan kepada pihak pengurusan Lapangan Terbang Sibu untuk

tindakan selanjutnya.

91

Page 13: Bab 6- Kerja-kerja Kejuruteraan

6.3 Kerja-Kerja Kejuruteraan Awam

6.3.1 Spesifikasi Kerja-Kerja Kejuruteraan Awam

Kerja-kerja kejuruteraan awam melibatkan penyenggaraan banggunan.

Segala benda yang berkaitan dengan banggunan seperti siling, tandas dan sebagainya

adalah tangunggjawab juruteknik awam. Namun kerja ini juga dilakukan dan dibantu

oleh juruteknik lain iaitu juruteknik mekanikal dan juruteknik elektrik.

6.3.2 Penyenggaraan Untuk Kerja-Kerja Kejuruteraan Awam

i. Tandas (Melibatkan semua tandas yang berada di terminal).

a. Membaiki ‘Toilet Bowl Cover Seat’ yang rosak.

Membaiki paip yang bocor dan rosak.

Membaiki dan menyelenggara ‘Flushing System’.

Membaiki dinding dan pintu tandas yang rosak atau pecah.

ii. Siling (Gypsum Board)

a. Membaiki/menukar siling yang rosak.

iii. Atap

a. Mencabut tumbuhan yang berada pada panco air atap yang boleh

menyebabkan air bertakung.

92

Page 14: Bab 6- Kerja-kerja Kejuruteraan

iv. Aksesori Bangunan

a. Membaiki/ Menukar pintu yang rosak

6.3.3 Proses Kerja Yang Dilakukan (Membaiki dinding tandas)

Menampal lubang pada dinding merupakan salah satu kerja

penyelengaraan bangunan. Dinding merupakan salah satu komponen yang

terdapat dalam bangunan, dinding ialah sesuatu struktur tegak yang

berterusan membentuk satu bahagian dari bangunan atau bilik.

Semasa latihan industri ini, saya mendapat pengalaman membaiki

dinding yang pecah di tandas lelaki balai berlepas. Semasa melakukan kerja

ini, saya dibimbing oleh juruteknik ‘Shift B’. Mereka memberi tunjuk ajar

sukatan untuk simen dan cara-cara menampal dinding yang berlubang.

Dinding berjaya ditampal dan masalah daripada aduan dapat diatasi.

6.3.4 Peralatan Yang Digunakan Untuk Menampal Lubang Dinding

i. Simen

ii. Pembancuh Simen/ Scraping

iii. Pasir

iv. Air

93

Page 15: Bab 6- Kerja-kerja Kejuruteraan

v. Kain pengelap/tisu

vi. Baldi

vii. Surat Khabar

6.3.5 Langkah-langkah Kerja Untuk Menampal Lubang Dinding.

i. Notifikasi dikeluarkan oleh DO mengenai aduan terhadap dinding

tandas dibalai berlepas telah pecah. Notifikasi diberikan kepada

juruteknik yang bertugas.

ii. Pertama sekali, pastikan kawasan sekeliling berada dalam keadaan

selamat sebelum memulakan kerja–kerja pembaikian.

iii. Sediakan semua peralatan yang diperlukan.

94

Page 16: Bab 6- Kerja-kerja Kejuruteraan

Rajah 6.11 : Rajah menunjukkan Pasir, Air dan Simen

diadun sehingga rata.

iv Bancuh simen dahulu sebelum pergi ke tandas balai berlepas tersebut dan

masukkan ke dalam baldi yang disediakan. Sukatan untuk simen ialah

1:2:4 iaitu Simen,Air dan Pasir.

95

Page 17: Bab 6- Kerja-kerja Kejuruteraan

Rajah 6.12 : Rajah menunjukan seorang juruteknik sedang

membersih tempat simen yang telah dibancuh tadi.

v Bersihkan tempat simen dibancuh untuk mengelak sisa-sisa simen

melekat dan keras.

vi Letakkan surat khabar di bawah dinding yang hendak ditampal supaya

simen yang jatuh tidak akan mengotorkan lantai tersebut.

96

Page 18: Bab 6- Kerja-kerja Kejuruteraan

Rajah 6.13 : Rajah menunjukan simen sedang dimasukkan

ke dalam dinding yang pecah.

vii Masukkan simen yang telah dibancuh ke dalam dinding yang pecah dan

ratakan simen dengan mengunakan ‘Srcaper’ Simen.

Rajah 6.14 : Rajah menunjukan kawasan simen yang

telah dirata dan dibersihkan.

97

Page 19: Bab 6- Kerja-kerja Kejuruteraan

viii Setelah kerja meratakan dinding selesai, bersihkan kawasan lain yang

terkena simen tadi.

ix House keeping dilakukan dan kesemua peralatan disimpan ke tempat

yang asal setelah segalanya selesai dan kerja pembaikan telah berjaya.

x Kerja menampal lubang pada dinding tandas selesai. Notis Nofikasi

ditutup dan diserahkan kepada pihak pengurusan Lapangan Terbang Sibu

untuk tindakan selanjutnya.

6.4 Komen Dan Cadangan

Selain daripada mementingkan kerjasama diantara satu sama lain,

juruteknik juga perihatin terhadap semua pelajar yang menjalani latihan industri di

Malaysia Airport Berhad ini. Mereka telah mengajak kami membuat kerja-kerja

yang di luar bidang dan telah memberi penerangan yang teliti keatas setiap kerja

yang mereka lakukan.

Pada pandangan saya untuk alat-alat dan peralatan penyelengaraan

seperti simen, silikon dan sebagainya, ia haruslah mempunyai ‘Stock’ yang

berterusan supaya apabila sesuatu kerja peyelengaraan perlu dilakukan ia tidak

mengambil masa yang lama untuk menanti ‘Stock’ yang baru. Selain itu juga

menyediakan bilik simpanan yang sesuai mengikut suhu yang betul untuk

menyimpan benda-benda yang sensitif mungkin dapat menambah tempoh jangka

hayat sesuatu komponen itu. Hal ini dapat membantu dalam kewangan kerana ia

akan mencegah kerosakan pada komponen-komponen yang sensitif.

98

Page 20: Bab 6- Kerja-kerja Kejuruteraan

6.5 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, setiap kerja haruslahlah dilakukan dengan kerjasama

walaupun sesuatu kerja tersebut melebihi bidang kerja yang diambil. Hal ini juga

dapat membantu mengembangkan ilmu dan dapat menambah ilmu dalam diri

seseorang. Penyelengaraan bangunan ini amatlah penting kerana ia juga melibatkan

keselesaan penguna dan juga membantu meningkatkan taraf sesebuah syarikat

penerbangan tersebut.

Kerja-kerja elektrik terutamanya AGL adalah suatu kerja yang amat penting

dalam industri penerbangan ini kerana ia adalah salah satu syarat utama dalam

industri penerbangan kerana jika tiada AGL ini mungkin akan menyukarkan

pendaratan dan pelepasan pesawat terutamanya pada waktu malam. Selain itu, saya

telah mengetahui dan mempelajari cara menampal lubang mengunakan simen dan

menukar lampu ‘Taxiway Centerline’ mengikut prosedur yang ditetapkan oleh

juruteknik. Ilmu yang saya perolehi ini dapat saya manfaatkan untuk kegunaan masa

akan datang dan mahupun di politeknik.

99