kerja kursus sejarah
DESCRIPTION
Seperti mana permintaan korang.....nie aku buat kerja kursus sejarah untuk elemen 1 & 2..... aku tk pasti betul ke tk lagi kerja nie sebab belum lagi du rujuk kat guru sejarah....harap korang jgn komen yang plik2 sudahlah... :DTRANSCRIPT
ELEMEN 2
Merekod Fakta Sejarah
SMK PESANTREN ABDUL TAIB MAHMUD,
SADONG JAYA
TAJUK KAJIAN SEJARAH 2010
Perayaan Tradisi Kaum Cina
Di Malaysia
(Tahun Baru Cina)
Senarai Kandungan
Bil. Tajuk Bab Muka Surat
1 Tajuk Kajian i
2 Senarai Kandungan ii
3 Penghargaan 1
4 Objektif Kajian 2
5 Kaedah Kajian 3
6 Hasil Kajian 4
7 Rumusan 10
8 Lampiran 11
9 Rujukan 14
Penghargaan
Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan berkat dan keizinan-
Nya, saya Mohd. Nurhisyam bin Talang telah berjaya menyelesaikan kerja kursus ini
dengan jayanya seperti mana kehendak Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Pengetua SMK Pesantren Abdul Taib
Mahmud, Encik Junaidi bin Zulkipli kerana telah memberikan sokongan kepada kami
untuk menjalankan kajian ini.
Tidak lupa guru matapelajaran Sejarah kami, Encik Tanuja kerana telah
memberikan tunjuk ajar dan panduan untuk menjalankan kajian ini mengikut kriteria
yang ditetapkan.
Tidak lupa juga sekalung penghargaan kepada kedua orang tua saya yang sanggup
mengorbankan masa untuk membantu saya serba sedikit sepanjang kajian ini dijalankan.
Di samping itu, ucapan terima kasih juga di atas kerjasama daripada rakan-rakan sekelas
yang dihargai.
Akhir sekali, terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan
tidak langsung dalam menyiapkan kerja kursus ini. Semoga hasil kajian ini akan
memberikan sedikit sebanyak impak ilmu dalam pembangunan modal insan.
……………………….
(MOHD. NURHISYAM BIN TALANG)(950617-13-5407)
Objektif Kajian
Kajian ini ialah bertujuan untuk:
Mengenal dan mempelajari perayaan tradisi masyarakat cina.
Menghargai dan mempertahankan parayaan tradisi masyarakat di Malaysia
dengan baik.
Memastikan generasi yang akan datang mengetahui tentang perayaan sesebuah
masyarakat di Malaysia.
Mendapatkan pendedahan dan sebagai bahan bacaan tambahan pelajar mengenai
perayaan sesebuah masyarakat.
Kaedah Kajian
Saya telah menjalankan kajian ini melalui beberapa kaedah iaitu:
Penyelidikan: saya telah menjalankan penyelidikan melalui internet daripada
beberapa laman web mengenai perayaan tradisi kaum cina.
Orang sumber: saya telah menemu bual seorang yang berbangsa cina yang
bernama Andrew Lim (700603-13-5009) untuk mendapatkan beberapa maklumat
mengenai Tahun Baru Cina.
Majalah: Pedoman Rakyat ‘Pelancaran Hab Halal Tanjung Manis’, 2009, diterbit
oleh Jabatan Penerangan Malaysia, Sarawak.
Akhbar: Utusan Sarawak, Jumaat, 12 Febuari / 27 Safar 1431 H.
Hasil Kajian
Perayaan Tradisi Kaum Cina
Nama perayaan bagi orang cina ini ialah ‘Tahun Baru Cina’ atau dalam sebutan
bahasa cina ialah Gong Xi Fa Cai. Secara amnya kaum yang terlibat di dalam perayaan
ini ialah kaum cina. Perayaan Tahun Baru Cina ini disambut setiap kali menjelang tahun
baru cina mengikut Kalendar Lunar Cina yang terbahagi kepada kitaran 12 tahun yang
dinamakan sempena nama haiwan. Pada Tahun 2010, Tahun Baru Cina telah disambut
pada 14 Febuari 2010. Perayaan Tahun Baru Cina ini disambut bertujuan untuk meraikan
ketibaan tahun yang baru yang merupakan titik permulaan dalam nasib dan kehidupan.
Latar Belakang Tahun Baru Cina
Sejarah Perayaan
Mengikut sejarah yang lama, perayaan ini berasal daripada amalan memuja dewa
dan juga nenek moyang sempena hujung tahun dan permulaan tahun baru di China pada
zaman kuno. Pada zaman kuno, tahun baru cina dipanggil “Yuanti”, “Yuandan” atau
“Tahun Baru”. Selepas revolusi pada tahun 1911, kerajaan pada waktu itu secara rasmi
menetapkan hari pertama pada bulan satu Imlek sebagai Tahun Baru Cina yang disambut
sehingga sekarang.
Menurut mitos orang cina dahulu kala, iaitu setiap 12 tahun pada musim sejuk,
raksasa nian akan keluar membuat kacau dan memburu manusia dan raksasa itu
dikatakan akan dapat dihalau dengan bunyi bising seperti mercun dan persekitaran serta
pakaian berwarna merah. Kejayaan menghalau raksasa tersebut diraikan bersempena
dengan kedatangan tahun baru mengikut kalendar cina.
Upacara Khusus Dalam Perayaan
Terdapat beberapa upacara yang diadakan dalam perayaan tahun baru cina.
Antaranya ialah jamuan bersama-sama semua ahli keluarga mereka pada malam sebelum
tahun baru cina samaada tinggal di rumah atau jauh dari kampung halaman. Selain itu,
tarian singa akan diadakan samaada di rumah ataupun kedai mereka untuk menghalau
puaka dan juga musibah.
Pada hari kedua perayaan, mereka akan menyaksikan anak perempuan mereka
yang telah berkahwin untuk menziarahi ibu bapa kandung mereka.
Pada hari yang kelima belas merupakan hari terakhir untuk menyambut Tahun
Baru Cina yang diraikan sebagai Yuánxiāo jié ataupun Chap Goh Mei. Pada hari ini
mereka akan makan bersama-sama keluarga sekali lagi.
Individu Yang Mengetuai Upacara Khusus
Kebiasaannya orang yang akan mengetuai setiap upacara khusus ialah tuan rumah
ataupun orang yang paling tua di dalam sesuatu keluarga tersebut.
Persiapan Sambutan Perayaan
Sebelum tibanya hari Tahun Baru Cina, rumah akan dibersihkan secara
menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau nasib malang
dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan rumah mereka
untuk menjemput nasib baik. Penyapu dan pengumpul habuk akan disimpan pada malam
sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar nasib baik itu tidak disapu keluar. Ada orang
yang mengecat rumah, pintu dan sisi tingkap dengan warna merah. Rumah dihiasi
potongan kertas yang ditulis pepatah mengucap kebahagian dan kemakmuran dalam
bahasa cina.
Semasa Tahun Baru Cina ini berlangsung, mereka akan mengadakan persiapan
untuk menyambut tetamu yang mengunjungi rumah sanak saudara serta sahabat handai
mereka. Kebiasaannya keluarga yang lebih muda yang akan pergi mengunjungi keluarga
yang lebih tua seperti ibu bapa, datuk nenek ataupun moyang.
Selepas perayaan Tahun Baru Cina, keluarga Cina akan bersama-sama
mengemaskan kembali rumah kediaman mereka sebelum pergi meniggalkan sanak
saudara mereka. Pada hari kelima belas mereka akan makan bersama-sama sekali lagi
dengan menghidangkan makanan tradisional mereka yang dikenali sebagai Tāngyuán.
Pantang-Larang
Terdapat beberapa pantang-larang sepanjang perayaan Tahun Baru Cina ini yang
dibahagikan kepada dua iaitu ‘Tuah Baik’ dan ‘Nasib Malang ( Tuah Buruk)’.
Antara cara untuk mendapatkan tuah baik ialah seperti berikut:
Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah pada tahun
baru.
Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu dan
puaka pembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga
sepanjang tahun.
Gula-gula dan manisan dimakan untuk “memaniskan” nasib sepanjang
tahun bagi pemakannya.
Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilaksanakan sebelum hari
tahun baru agar menerima tuah bagi tahun yang akan menjelang.
Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama
mencerminkan yang akan berlaku sepanjang tahun. Maka orang Cina
mengambil kesempatan untuk berjudi pada hari pertama ini bagi menaruh
harapan untuk menambah kekayaan.
Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud
memijak orang yang bergosip tentang si pemakainya.
Antara perkara yang boleh mendatangkan nasib malang ( tuah buruk ) ialah:
Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang
cina kerana perkataan bahasa Kantonis bagi “kasut” sama bunyi dengan
perkataan “kasar” atau “sukar”.
Membeli seluar baru juga dipandang sebagai pembawa malang kerana
perkataan Kantonis bagi “seluar” sama bunyi dengan “pahit”. Namun ada
yang menganggapnya sebagai positif, kerana perkataan bagi “seluar”
dalam dialek itu juga sama bunyinya dengan “kaya”.
Mengunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi rambut sama
bunyinya dengan “hasil”. Maka menggunting rambut juga dipandang
sebagai “memotong hasil” dalam bahasa Kantonis.
Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan (namun
perihal kebersihan sering mengatasi tradisi ini).
Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu
keluar tuah bagi tahun baru.
Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa hari
terawal Tahun Baru Cina kerana ini turut dianggap tidak bagus.
Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan sesetengah dialek
cina bagi “buku” sama bunyinya dengan perkataan “kalah”.
Kesan-kesan Perayaan
Terdapat banyak kesan yang boleh diperolehi sepanjang saya menjalankan kajian
ini. Antara kesan-kesannya ialah:
Perpaduan: melalui kepelbagaian perayaan di Malaysia, ramai orang yang akan
pergi kunjung mengunjung tanpa mengira bangsa dan agama. Melalui aktiviti
seperti ini kita boleh memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat seperti
mana saranan perdana menteri kita untuk bersama-sama menyokong gagasan 1
Malaysia.
Perlancongan: kepelbagaian perayaan ini telah menambah keunikkan seni
budaya di Malaysia yang mana boleh menarik minat pelancong untuk
mengunjungi kegiatan perayaan di Malaysia. Semakin banyak pelancong yang
akan mengunjungi tanah air kita ini akan menambah pendapatan negara yang
digunakan untuk membangunkan negara kita ini.
Pengekalan Tradisi: perayaan merupakan suatu tradisi yang mana begitu penting
untuk dikekalkan di samping ianya dijadikan sebagai imej bagi sesuatu kaum.
Pendidikan/Pengetahuan: perayaan juga boleh dijadikan sebagai pendidikan dan
pengetahuan am untuk individu itu sendiri. Pendidikan amat penting dan juga di
ambil berat oleh kerajaan mengenainya. Oleh itu pengetahuan mengenai sesuatu
perayaan kaum lain penting untuk seseorang itu sendiri.
Rumusan
Selepas menjalankan kajian ini, saya rasa amat bersyukur sebagai seorang
warganegara Malaysia kerana keunikan dan kepelbagaian perayaan tradisional yang
terdapat di negara yang tercinta ini. Saya juga berasa sangat bertuah kerana dapat
mengenali dengan lebih mendalam lagi mengenai perayaan di Malaysia yang mana boleh
memupuk rasa cintakan tanah air. Selepas kajian ini, saya menjadi seorang yang lebih
menghormati dan menghayati perayaan tradisional orang cina iaitu Tahun Baru Cina. Jika
semua masyarakat kita dapat mengenali dan memahami perayaan tradisional sesuatu
kaum dengan lebih mendalam, maka akan timbul rasa persefahaman dan hormat-
menghormati antara kaum. Persefahaman yang timbul ini bukan sahaja dapat
mengelakkan sebarang perselisihan faham yang mungkin berlaku antara kaum malah
dapat menjalinkan semangat muhibah atau semangat kekitaan antara kaum.
Antara langkah-langkah yang perlu kita ambil ialah menjaga dan
mempertahankan maruah bangsa dan negara. Tanggungjawab ini perlu dipikul oleh
semua kaum yang menetap di negara ini. Dalam masa yang sama, perpaduan akan wujud
jika tanggungjawab dijalankan dengan penuh rasa hormat dan bekerjasama. Selain itu,
kita perlu peka terhadap isu-isu semasa tentang dunia terutamanya yang berkaitan dengan
bangsa dan negara. Itu menunjukkan rasa prihatin kita terhadap negara, maka masyarakat
akan mencontohi kita dan menunjukkan rasa bersemangat untuk setia kepada negara.
Lampiran
Tarian singa yang sering kali dipersembahkan semasa Tahun Baru Cina.
Upacara makan secara beramai-ramai.
Makanan tradisi orang cina. ( TĀNGYUÁN )
Kad ucapan bersempena Tahun Baru Cina.
Sarung untuk meletakkan duit atau Ang Pau.
Rujukan
INTERNET
1. Mendapatkan pantang larang dan sejarah,
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tahun_Baru_Cina
2. Nama lain bagi Tahun Baru Cina,
http://malay.cri.cn/chinaabc/chapter18/chapter180106.htm
ORANG SUMBER
1. Andrew Lim (700603-13-5009), No.22 Lorong 18 Taman Thian Guan Jalan Batu
Lintang 93200 Kuching.
MAJALAH
1. Pedoman Rakyat ‘Pelancaran Hab Halal Tanjung Manis’, halaman14 dan 15,
diterbitkan pada tahun 2009.
KERATAN AKHBAR
1. Utusan Sarawak, Jumaat 12 Febuari 2010, 27 Safar 1431 H.
ELEMEN 3
Penerapan Unsur
Patriotisme
SOALAN:
Bagaimanakah sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum dapat memperkukuh dan
mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia?
Perayaan merupakan amalan turun temurun sejak dari dahulu lagi. Sebagai rakyat
Malaysia, kita seharusnya menghargai tradisi di negara kita ini. Melalui perayaan tradisi,
kita boleh memperkukuh dan juga mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat
Malaysia yang terkenal sebagai negara yang mempunyai berbilang bangsa.
Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk memperkukuhkan perpaduan
dalam kalangan rakyat Malaysia ialah melalui amalan kunjung-mengunjung ketika
musim perayaan. Persefahaman akan wujud dengan lebih berkesan melalui amalan ini.
Masyarakat juga akan memahami dengan lebih mendalam lagi tradisi sesuatu kaum itu.
Sebarang rusuhan serta perbalahan dapat dielakkan apabila persefahaman ini wujud
dikalangan rakyat.
Di samping itu ialah dengan memupuk rasa cintakan perayaan tradisi. Bak kata
pepatah Melayu ‘tak kenal maka tak cinta’. Apabila wujud rasa cinta akan perayaan kaum
yang lain, masyarakat akan lebih menghargai serta akan menjaga tradisi ini bersama-
sama. Perpaduan akan menjadi lebih mantap lagi apabila masyarakat bersatu-padu dalam
sesuatu kegiatan secara bersama-sama seperti dalam mengekalkan perayaan tradisi. Kita
hendaklah menerapkan ke dalam diri kita semangat kebangsaan serta taat kepada negara
yang tercinta ini.
Apabila tiba musim perayaan, terdapat pelbagai makanan tradisi yang akan dijual.
Urusan jual beli akan wujud antara masyarakat, yang mana boleh melahirkan sifat
persefahaman. Perpaduan yang telah lama wujud secara tidak langsung boleh
diperkukuhkan lagi.
Melalui perayaan juga, perpaduan boleh diperkukuhkan lagi melalui aktiviti
rumah terbuka. Apabila adanya aktiviti rumah terbuka diadakan, ramai yang akan
kunjung mengunjung yang terdiri pelbagai bangsa dan agama termasuklah para
pelancong. Amalan rumah terbuka ketika perayaan ini secara tidak langsung boleh
menambahkan lagi sumber pendapatan negara.
Kesimpulannya, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya berasa bangsa kerana
lahir di negara yang aman dan makmur ini. Oleh kerana itu, kita haruslah menghargai
tradisi di negara kita yang mana boleh mewujudkan perpaduan antara kaum. Oleh itu,
kita sebagai warganegara Malaysia hendaklah bersama-sama menyokong seruan perdana
menteri kita iaitu ke arah mewujudkan gagasan 1 Malaysia.