kerja kursus linguistik dan sosiolinguistik.docx

23
HAMIZOL BIN SAPONG 1.0 Pengenalan Dalam kajian ini, aspek yang dibincang adalah berkaitan dengan konsep ilmu linguist sosiolinguistik serta kepentingannya dalam kajian bahasa. Disamping itu juga , aspek pelaksanaan bahasa dalam masyarakat sebagai fungsi-fungsi sosial juga terd Ianya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kesantunan bahasa dan maklumat latar be seseorang. Selain itu, peranan dan unsur stilistik dalam perspektif linguistik juga juga dikaji dengan terperinci diterangkan dengan jelas. Akhirnya, bahagian rumusan iaitu merumuskan se kajian keseluruhannnya. 2.0 Huraian Konsep ilmu Linguistik dan Sosiolinguistik serta Kepentingannya dalam Kajian Bahasa 2.1 Linguistik Menurut Kamus Dibahasa !"#$"%&"'(, )inguistik bererti pengajian ilmu bahasa. Da*id dalam bukunya A Dictionary of )inguistics and honetics !"#$'%"$"( pula menyatakan linguistik merupakan kajian saintifik terhadap bahasa !)inguistics % the s language(.Ilmu linguistik ialah bidang ilmu mengkaji bahasa secara saintifik ! . ) Apakah yang dimaksudkan dengan istilah saintifik Dalam bidang ilmu, kajian sainti daripada kajian yang dijalankan dengan teratur menurut rumus-rumus tertentu dihasilkan dapat dibuktikan melalui pemerhatian yang sah dengan menggunakan prinsip tertentu mengenai bahasa dan kaedah-kaedah yang bertanggungjaab. Ini bermaksud, se sarjana linguistik menjalankan kajian linguistik, samalah seperti sarjana sains men sains. Ilmu linguistik adalah ilmu yang mengkaji bahasa secara saintifik. Maksudnya mengkajidan menganalisis satu-satu bahasa tertentu secara empirikal dan objektif, iaitu mengkaji bahasa itu seperti yang benar-benar ujud tanpa dipengaruhi oleh ramalan, sentimen atau falsafah. Misalnya, kita menggunakan ilmu linguistik itu unt bahasa Melayu. Kita mengkaji bahasa Melayu seperti yang benar-benar ujud d oleh masyarakat bahasa itu,contohnya bagaimana bahasa Melayu itu diucapkan, HBML3403- LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK 1

Upload: anonymous-n3wj9xuqi

Post on 05-Nov-2015

120 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

HAMIZOL BIN SAPONG1.0 PengenalanDalam kajian ini, aspek yang dibincang adalah berkaitan dengan konsep ilmu linguistik dan sosiolinguistik serta kepentingannya dalam kajian bahasa. Disamping itu juga , aspek pelaksanaan bahasa dalam masyarakat sebagai fungsi-fungsi sosial juga terdapat turut dikaji. Ianya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kesantunan bahasa dan maklumat latar belakang seseorang.Selain itu, peranan dan unsur stilistik dalam perspektif linguistik juga juga dikaji dengan terperinci diterangkan dengan jelas. Akhirnya, bahagian rumusan iaitu merumuskan semua hasil kajian keseluruhannnya.2.0 Huraian Konsep ilmu Linguistik dan Sosiolinguistik serta Kepentingannya dalam Kajian Bahasa2.1LinguistikMenurut Kamus Dwibahasa (1981:716), Linguistik bererti pengajian ilmu bahasa. David Crystal dalam bukunya A Dictionary of Linguistics and Phonetics (1986:181) pula menyatakan bahawa linguistik merupakan kajian saintifik terhadap bahasa (Linguistics : the scientific study or language).Ilmu linguistik ialah bidang ilmu mengkaji bahasa secara saintifik ( J. Lyon, 1968:1).Apakah yang dimaksudkan dengan istilah saintifik? Dalam bidang ilmu, kajian saintifik terdiri daripada kajian yang dijalankan dengan teratur menurut rumus-rumus tertentu. Segala yang dihasilkan dapat dibuktikan melalui pemerhatian yang sah dengan menggunakan prinsip-prinsip tertentu mengenai bahasa dan kaedah-kaedah yang bertanggungjawab. Ini bermaksud, seorang sarjana linguistik menjalankan kajian linguistik, samalah seperti sarjana sains mengkaji ilmu sains. Ilmu linguistik adalah ilmu yang mengkaji bahasa secara saintifik. Maksudnya ilmu yang mengkaji dan menganalisis satu-satu bahasa tertentu secara empirikal dan objektif, iaitu mengkaji bahasa itu seperti yang benar-benar wujud tanpa dipengaruhi oleh agak-agakan, ramalan, sentimen atau falsafah. Misalnya, kita menggunakan ilmu linguistik itu untuk mengkaji bahasa Melayu. Kita mengkaji bahasa Melayu seperti yang benar-benar wujud dan digunakan oleh masyarakat bahasa itu,contohnya bagaimana bahasa Melayu itu diucapkan, bentuk dan sistem bahasa itu. Kita mesti mengkaji secara formal dan objektif bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan, sistem fonem, morfem, kata, frasa, dan ayat yang berlainan bentuk dalam bahasa

Melayu. Kajian ini dilakukan secara objektif dan tidak boleh agak-agakan, ramalan, sentimen atau falsafah dan hasil kajian ini pula boleh diuji kebenarannya ( Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood, 2007:2).

Ilmu linguistik mempunyai banyak bidang cakupan antaranya Ilmu linguistik mempunyai cabang atau bidang pengajian yang berlainan seperti, Linguistik Deskriptif ( Descriptive Linguistics), Linguistik Historis ( Historical Linguistics), Linguistik Komparatif (Comparative Linguistics), Sosiolinguistik (Sociolinguistics) Neurolinguistik ( Neurolinguistics), Linguistik Am ( General Linguistics), LinguistikTerapan,(Applied Linguistics),Psikolinguistik (Psycholinguistics).

Didapati juga bahawa kajian ilmu linguistik juga meliputi bahasa-bahasa di dunia yang berbeza sifatnya. Dengan wujudnya kelainan bahasa-bahasa tersebut, maka bidang kajian linguistik dikatakan bersifat umum. Kelainan bahasa-bahasa ini merupakan bidang kajian ahli linguistikWalaupun bidang linguistik merupakan bidang yang telah lama dikaji oleh pengkaji bahasa di Malaysia dan serata dunia, namun kajian bidang ini adalah penting sejak dahulu hingga kini. Maka, tidak hairanlah, subjek ini diajar di peringkat tinggi seperti di institusi pengajian tinggi, institut perguruan, hingga ke peringkat yang lebih rendah, iaitu di sekolah-sekolah. Jelasnya, subjek ini terus menjadi penting, walaupun negara telah menuju ke arah globalisasi yang menjadikan teknologi sebagai fokus utama, namun ilmu linguistik terus diberi perhatian untuk mengimbangi keperluan rohaniah di kalangan rakyat.

Manakala bidang yang dikaji ialah fornologi ( kajian tentang bunyi bahasa ).Morfologi ( kajian tentang pembentukan kata ), sintaksis ( kajian tentang ayat) dan semantik.. Kajian ilmu bahasa mencakupi bidang ilmu yang sangat luas. Ia merangkumi bidang linguistik secara khusus iaitu Linguistik sinkronik merujukkepada kajian pada suatu bahasa dan masa tertentu. Linguistik diakronik pulamenumpu kepada kajian yang dibuat mengikut perkembangan masa dan perbandinganbahasa.Linguistik deskriptif pula menumpu kepada huraian beberapa kemungkinan yang ada di dalam sesuatu bahasa, tanpa penentuan betul dan salah. Manakala,linguistik preskriptif membentuk norma atau menentukan yang mana betul dan yang mana salah di dalam pemerian bahasa. Bidang linguistik ini juga termasuklah linguistic jati yang

memberi huraian atau deskripsi tentang sesuatu bahasa tanpa kaitannya dengan bidang lain dan linguistik terapan, iaitu mengkaji segala bidang linguistik yang dikaitkan dengan bidang lain.

Kesimpulannya , Ilmu linguistik dikatakan satu kajian secara sistematik , emperikal (ada uji kaji dan makmal ) terhadap sesuatu bahasa manuisa sebagai satu displin ilmu. bersifat umum. Ianya mestilah dibuktikan keesahanya, kebolehpercayaan serta berintergriti. Ini bertepatan dengan pandangan Ferdinand de Saussure (1857) yang merumuskan bahawa ilmu linguistik tidak hanya meneliti salah satu langue sahaja, tetapi merangkumi bahasa atau language secara umum.

2.2Sosiolinguistik

Pengkajian bidang ilmu linguistik tidak lengkap jika bidang sosiolinguistik tidak diberi penekanan sewajarnya oleh pengkaji bahasa tersebut. Sebagai cabang ilmu dalam linguistik, bidang sosiolinguistik dilihat dapat melengkapi bidang kajian ilmu linguistik. Ini kerana sosiolinguistik merupakan kajian yang berkaitan dengan bidang bahasa dan kaitannya dari sudut kegunaannya dalam masyarakat. Fenomena ini dianggap penting memandangkan bidang sosiolinguistik memberi ruang kepada sesuatu bahasa digunakan dalam konteks masyarakat.

Dalam konteks ini, bidang kajian sosiolinguistik menyediakan ruang kepada pengkaji bahasa mengaplikasikan penggunaan bahasa tersebut mengikut konteks masyarakat tertentukerana tidak semua bahasa boleh digunakan dalam sesuatu masyarakat. Dengan Pemahaman sosiolinguistik, pengguna bahasa dapat menggunakan bahasa dengan tepat mengikut keperluan masyarakat yang diwakili oleh mereka. Menurut Fishman, kajian sosiolinguistik adalah bersifat kualitatif.Sosiolinguistik lebih berhubungan dengan perincian-perincian penggunaan bahasa yang sebenarnya seperti deskripsi pola-pola pemakaian bahasa atau dialek di dalam budaya tertentu, pilihan pemakaian bahasa atau dialek tertentu yang dilakukan penutur, topic dan latar pembicaraan. Bidang sosiolinguistik membincangkan pelbagai aspek hubungan bahasa dengan masyarakat. Antara aspek tersebut ialah kedwibahasaan, kepelbagaian bahasa, bahasa, kelainan bahasa, sikap terhadap bahasa, perancangan bahasa dan sebagainya. Bidang sosiolinguistik

terapan pula menggabungkan kajian sosiolinguistik dengan kajian pendidikan. Bidang ini telah menjadi satu disiplin ilmu yang tersendiri.

Ramai ahli pengkaji bahasa telah memberikan pandangan dan pendapat tentang Sosiolingustik . Antaranya ialah Fishman (1968, 5-13) juga menyatakan bahawa sosiolinguistik merupakan kajian terhadap` pattern co-variation of language and society , iaitu kajian yang mementingkan kewujudan kelainan bahasa seperti dialek (geografi dan sosial), laras, gaya bahasa dan sebagainya dalam sesebuah komuniti bahasa. Dalam hal ini, Fishman (1968) juga menyatakan bahawa hanya sosiolinguistik yang merupakan satu-satunya disiplin ilmu yang mementingkan kajian terhadap bahasa dan hubungannya dengan pengguna bahasa. Sosiolinguistik adalah cabang ilmu linguistik bersifat interdisipliner dengan ilmu sosiologi dengan objek penelitian hubungan antara bahasa dengan faktor-faktor sosial dalam suatu masyarakat tutur atau secara lebih operasional lagi seperti yang dikatakan Fishman (1972, 1976)... study of who speak what language to whom and when (1998: 5).

Sosiolinguistik juga adalah suatu cabang linguistik yang mengkaji aspek linguistik, struktur dan penggunaan bahasa yang berhubungan institusi atau fungsi sosial, kebudayaan dan penggunaannya dalam sesebuah masyarakat tertentu. Skop sosiolinguistik ini meliputi soal seperti perhubungan antara demografi dan pemeliharaan bahasa, penemuan bahasa dan kedwibahasaan, perkembangan bahasa pidjin dan kreol serta dialek sosial, penukaran kod dan perancangan bahasa termasuk standardisasi bahasa dan sebagainya (Wong Khek Seng, 1987:2).Nabahan (1993,2) pula menyatakan bahawa sosiolinguistik mempelajari dan membaha aspek-aspek kemasyarakatan bahasa, khususnya perbezaan-perbezaan (variasi) yang terdapat dalam bahasa yang berkaitan dengan faktor-faktor kemasyarakatan (sosial). Menurut Nababan lagi (1993,3) secara lebih khusus pernyataan di atas dapat digarap menggunakan tiga kajian, iaitu kajian bahasa dalam konteks sosial dan kebudayaan; kajian yang menghubungkan faktor kebahasaan, ciriciri dan ragam bahasa dengan situasi, faktor sosial dan budaya; dan kajian terhadap fungsi sosial dan penggunaan bahasa dalam masyarakat.

Kesimpulannya , sosiolinguistik adalah bidang merupakan satu bidang yang membabitkan kajian bahasa dan masyarakat yang sangat luas cakupannya. Ahli sosiolinguistik banyak memperkatakan mengenai cakupan bidang sosiolinguistik ini. Disiplin ini banyak menawarkan pelbagai isu menarik yang berhubungan antara bahasa dengan masyarakat.

2.3Kepentingan Ilmu Linguistik dan Sosiolinguistik Dalam Kajian Bahasa

Menurut Buletin Linguistik (Bil;2,1997), sesebuah masyarakat terbentuk daripa dan berbilang ahli,yang membezakannya adalah dari segi saiz sama ada besar atau kecil. Ilmu linguistik dan masyarakat penutur mempunyai kaitan yang amat berat. Kenyataan ini amat bertepatan dengan slogan yang seringkali dilaung-laungkan iaitu bahasa menunjukkan bangsa dan bahasa jiwa bangsa. Kewujudan bahasa menandakan wujudnya sesuatu bangsa atau masyarakat penutur dan begitulah juga disebaliknya. Pada dasarnya, bahasa memiliki fungsi-fungsi tertentu yang digunakan berdasarkan keperluan seseorang, yakni sebagai alat komunikasi, alat integrasi dan adaptasi sosial, alat ekspresi diri, alat kontrol sosial dan sebagai alat perakam.

2.3.1Ilmu linguistik sebagai alat komunikasi

Menurut Kamus Linguistik (1997:27), bahasa adalah keupayaan fitrah manusia yang berupa satu system lambang bunyi suara arbitrary yang dipersetujui bersama oleh kelompok sosial dan digunakan sebagai alat komunikasi. Dalam komunikasi seharian, salah satu alat yang sering digunakan adalah bahasa, baik bahasa lisan mahupun bahasa tulisan. Bahasa menjadi alat komunikasi yang paling efektif di dalam memastikan proses komunikasi berjalan lancar.

Linguistik merupakan alat komunikasi yang penting bagi manusia kerana dengan ilmu linguistik kita dapat mengetahui maklumat yang kita perlukan. Selain itu kita dapat menyampaikan idea dan gagasan kita melalui bahasa. Oleh sebab itu, kita perlu menguasai bahasa dan elemen elemennya, seperti kosa kata, struktur dan lain sebagainya. Ilmu linguistik muncul dan berkembang kerana interaksi antara individu dalam suatu masyarakat. sistem arbitary dari

simbol suara yang digunakan oleh anggota masyarakat untuk berkomunikasi dan mengenali satu sama lain.

Dalam kehidupan sehari-hari manusia berkomunikasi menggunakan bahasa. Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting dalam masyarakat. Bahasa digunakan oleh masyarakat untuk memperkatakan bermacam-macam hal, aspek, bidang dan peristiwa. Bahasa digunakan untuk menyatakan buah fikiran, pendapat, perasaan, hasrat dan seumpamanya. Bahasa boleh digunakan untuk menerangkan halhal mengenai sejarah, sastera, agama, ekonomi, sains, pertanian, perubatan dan berbagai bidang lain.

2.3.2Bahasa sebagai Alat Integrasi dan Adaptasi Sosial

Bahasa adalah unsur kebudayaan yang telah memberi manfaat kepada pengalaman manusia. Melaluinya,manusia mempelajari dan mengambil bahagian dalam pengalaman tersebut.Dalam keadaan ini,bahasa telah berfungsi sebagai alat integrasi dan adaptasi sosial atau kemasyarakatan. Anggota-anggota masyarakat hanya dapat dipersatukan secara efisien melalui bahasa. Bahasa sebagai alat komunikasi, lebih jauh memungkinkan tiap orang untuk merasa dirinya terikat dengan kelompok sosial yang dimasukinya, serta dapat melakukan semua kegiatan kemasyarakatan dengan menghindari sejauh mungkin bentrokan-bentrokan untuk memperoleh efisiensi yang setinggi-tingginya. Ia memungkinkan integrasi (pembauran) yang sempurna bagi tiap individu dengan masyarakatnya.

2.3. 3Bahasa sebagai Alat Ekspresi Diri

Pada awalnya, seorang anak menggunakan bahasa untuk mengekspresikan kehendaknya atau perasaannya pada sasaran yang tetap, yakni ayah-ibunya. Dalam perkembangannya, seorang anak tidak lagi menggunakan bahasa hanya untuk mengekspresikan kehendaknya, melainkan juga untuk berkomunikasi dengan lingkungan di sekitarnya. Setelah kita dewasa, kita menggunakan bahasa, baik untuk mengekspresikan diri maupun untuk berkomunikasi. Seorang penulis mengekspresikan dirinya melalui tulisannya.

Sebenarnya, sebuah karya ilmiah pun adalah sarana pengungkapan diri seorang ilmuwan untuk menunjukkan kemampuannya dalam sebuah bidang ilmu tertentu. Jadi, kita dapat menulis untuk mengekspresikan diri kita atau untuk mencapai tujuan tertentu. Sebagai contoh lainnya, tulisan kita dalam sebuah buku, merupakan hasil ekspresi diri kita. Pada saat kita menulis, kita tidak memikirkan siapa pembaca kita. Kita hanya menuangkan isi hati dan perasaan kita tanpa memikirkan apakah tulisan itu dipahami orang lain atau tidak. Akan tetapi, pada saat kita menulis surat kepada orang lain, kita mulai berpikir kepada siapakah surat itu akan ditujukan. Kita memilih cara berbahasa yang berbeza kepada orang yang kita hormati dibandingkan dengan cara berbahasa kita kepada teman kita.

2.3.4 Bahasa sebagai Alat Kontrol Sosial

Sebagai alat kontrol sosial, bahasa sangat efektif. Kontrol sosial ini dapat diterapkan pada diri kita sendiri atau kepada masyarakat. Berbagai penerangan, informasi, maupun pendidikan disampaikan melalui bahasa. Buku-buku pelajaran dan buku-buku instruksi adalah salah satu contoh penggunaan bahasa sebagai alat kontrol sosial.

Ceramah agama atau dakwah merupakan contoh penggunaan bahasa sebagai alat kontrol sosial. Lebih jauh lagi, orasi ilmiah atau politik merupakan alat kontrol sosial. Kita juga sering mengikuti diskusi atau acara bincang-bincang (talk show) di televisi dan radio. Iklan layanan masyarakat atau layanan sosial merupakan salah satu wujud penerapan bahasa sebagai alat kontrol sosial. Semua itu merupakan kegiatan berbahasa yang memberikan kepada kita cara untuk memperoleh pandangan baru, sikap baru, perilaku dan tindakan yang baik. Di samping itu, kita belajar untuk menyemak dan mendengarkan pandangan orang lain mengenai sesuatu hal.Contoh fungsi bahasa sebagai alat kontrol sosial yang sangat mudah kita terapkan adalah sebagai alat peredam rasa marah. Menulis merupakan salah satu cara yang sangat efektif untuk meredakan rasa marah kita. Tuangkanlah rasa dongkol dan marah kita ke dalam bentuk tulisan. Biasanya, pada akhirnya, rasa marah kita berangsur-angsur menghilang dan kita dapat melihat persoalan secara lebih jelas dan tenang.

2.3.5Bahasa Sebagai Alat Perakam

Menurut Modul HBML3403 Linguistik dan Sosiolinguistik, bahasa juga berfungsi sebagai alat perakam (Mokhtar Mansor, 1991: 24). Apabila seseorang itu melihat gambar atau simbol, dia merakam apa yang dilihatnya itu dalam fikirannya. Namun, ia tidak dapat dipancarkan kepada orang lain melainkan menggunakan medium seperti kamera. Tetapi sekiranya medium tersebut tidak ada, manusia terpaksa menceritakannya. Di dalam hal ini, aspek bahasa adalah penting sebagai medium di dalam memindahkan segala apa yang ingin diperkatakannya. Oleh itu, bahasa mengetengahkan fungsinya sebagai sebuah alat yang mampu merakam segala kejadian. Kejadian yang terakam sememangnya tidak terbukti seperti apa yang mampu untuk dirakamkan melalui kamera tetapi ia diungkapkan kembali melalui penceritaan semula dengan menggunakan bahasa.Dalam erti kata lain apabila seseorang itu melihat sesuatu objek dalam gambar atau melihat sesuatu symbol,dia akan merakam apa yang dilihatnya itu dalam kotak fikirannya.Manusia bukan kamera tetapi berfungsi seperti kamera.Fikiran manusia yang telah merakam apa yang dilihat akan menceritakan semula dalam bentuk cerita.Ungkapan cerita itu akan dilakukan dengan bantuan bahasa yang dipertuturkan.

Selain daripada kepentingan kepada kehidupan masyarakat umum,ilmu linguistik juga amat penting kepada individu-individu tertentu seperti berikut:

Bagi ahli bahasa, pengetahuan linguistik dapat membantunya melaksanakan tugas dan menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Bagi sasterawan, linguistik akan membantunya memahami karya kesusasteraan dengan berkesan kerana bahasa menjadi wadah penglahiran karya.

Bagi guru bahasa, linguistik jati dan hubungan masyarakat dan budaya penting dalam pembinaan ketrampilan berbahasa, terutama dalam konteks bahasa merentas kurikulum. Pengetahuan linguistik juga dapat dijadikan titik tolak dalam menerangkan aturan bahasa kepada pelajar.

Bagi penterjemah, pengetahuan linguistik jati dan linguistik gunaan amat membantu dalam penghasilan karya terjemahan yang baik.

Bagi penyusun kamus, pengetahuan linguistik dapat membantu dalam penghasilan kamus yang baik. Antara pengetahuan yang perlu ialah penentuan fonem, penentuan ejaan, pemahaman kata, struktur bahasa, makna (leksikal, gramatikal, kontekstual, idiomatikal), sosiologi bahasa, budaya bahasa, falsafah bahasa dan perbaikan bahasa.

Bagi penyusun buku teks, pengetahuan linguistik juga perlu, terutama dari aspekpenyusunan ayat yang tepat, dan pemilihan leksikon yang sesuai mengikut konteks.

Bagi negarawan, penguasaan linguistik akan membantunya memperjuangkan ideologi dan konsep kenegaraan, di samping meredam gejolak sosial akibat perbedaan dan pertentangan bahasa.

Bagi semua pengguna bahasa, linguistik akan menambahkan wawasan dalam bidang ilmu masing-masing.

Kesimpulannya, bahasa memainkan peranan yang sangat penting di dalam kehidupan kita seharian. Bahasa bukan sahaja berfungsi sebagai alat komunikasi tetapi turut memainkan peranan sebagai alat perpaduan dalam menyatupadukan masyarakat kita yang berbilang kaum dan budaya.Dengan hanya satu bahasa,telah berjaya menyatukan pelbagai etnik sehingga bangsa kita menjadi satu bangsa yang aman dan harmoni tanpa sebarang permusuhan atau persengketaan.

3.0 Pelaksanaan Bahasa dalam Masyarakat sebagai Fungsi-fungsi Sosial3.1 Kesantunan Bahasa

Menurut Amat Juhari Moain (1992), kesantunan berbahasa adalah kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan. Bahasa yang digunakan penuh dengan adab tertib, sopan santun dan mengandungi nilai-nilai hormat yang tinggi. Pada umumnya, bahasa yang sopan mempunyai kosa kata yang halus untuk menyampaikan sesuatu mesej atau perasaan, seperti ibarat kata bijak pandai:

Yang Kurik itu kendi, yang merah itu sagaYang baik itu budi, yang indah itu bahasa

a) Kata Sapaan/Panggilan

Sebagaimana terlihat dalam situasi di atas, jelaslah bahawa kesantunan berbahasa atau penggunaan bahasa yang bersantun banyak bergantung pada pemilihan kata sapaan/panggilan yang tepat. Semasa seseorangindividu berkomunikasi dengan seseorang individu yang lain, pemilihan kata yang digunakan ditentukan oleh beberapa faktor seperti hubungan peribadi antara dia dengan orang yang dilawan bercakap, usia dan juga status.

Bentuk Kata Sapaan/Panggilan

Sapaan Ganti Nama Diri (GND):Ganti nama diri ialah perkataan yang digunakan untuk merujuk kepada diri seseorang. Dalam bahasa Melayu, ganti nama diri dibahagikan kepada tiga, iaitu ganti nama diri pertama, ganti nama diri kedua dan ganti nama diri ketiga.

Kata Ganti Nama Diri Dalam Bahasa Melayu

Terdapat dua jenis bentuk kata ganti nama diri dalam bahasa Melayu, iaitu yang digunakan oleh kerabat Diraja (bahasa istana/bahasa diraja), dan kata ganti nama diri rakyat biasa atau orang kebanyakan. Dalam keluarga, sama ada keluarga Diraja mahupun keluarga orang kebanyakan, kata ganti nama diri selalunya melibatkan kata sapaan. Sapaan dalam keluarga begitu rencam, lazimnya sapaan dibuat mengikut kedudukan seseorang dalam keluarga. Bagi keluarga orang kebanyakan, sapaan berbeza bentuk sapaan berbeza mengikut negeri atau kawasan. Berikut adalah contoh umum ganti nama diri Diraja dan orang kebanyakan.

a) Bahasa Istanabetapatiktuankubagindabondahamba

b) Bahasa Basahanpak cikmak cikangahpak longkak longbusupak uda

c) Gelaran

i). Gelaran Keturunan:Raja: Tengku, tunku, engku, tuanku, rajaBangsawan: Megat, Syed, Wan, Nik, Abang, Dayang

ii). Gelaran Kurniaan:

Panggilan berprotokolYang Amat Bahagia (Y.A. Bhg.)Yang Amat Berhormat (Y.A.B)Yang Bahagia (Y. Bhg.)Yang Berhormat (Y.B)Yang Mulia (Y.M)Yang Teramat Mulia (Y.T.M)Yang Amat Arif (Y.A.A)Yang Arif (Y.A)Tuan SyedTuan Guru

Kurniaan Darjah Kebesaran: Tun, Tan Sri, Datuk (Dato) Seri, Datuk (Dato)

Kurniaan Ikhtisas:Profesor, Irsenio (Ir.), Jeneral

iii). Gelaran Keagamaan:Haji, Hajah, Sohibul Samahah

iv). Gelaran Kekeluargaani). Keluarga Sedarah:Kak Long, Pak Long, Pak Lang dllii). Keluarga Semenda:Menantu, mentua, ipar, besan, biras

3.2 Pelaksanaan Bahasa dalam Masyarakat sebagai Fungsi-fungsi Sosial BeradasarkanMaklumat Latar Belakang Sosial Seseorang dari segi Asal Usul , keturunan dan Status Sosial

Dalam kehidupan sehari-hari manusia berkomunikasi menggunakan bahasa. Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting dalam masyarakat. Bahasa digunakan oleh masyarakat untuk memperkatakan bermacam-macam hal, aspek, bidang dan peristiwa. Bahasa digunakan untuk menyatakan buah fikiran, pendapat, perasaan, hasrat dan seumpamanya. Bahasa boleh digunakan untuk menerangkan hal-hal mengenai sejarah, sastera, agama, ekonomi, sains, pertanian,

perubatan dan berbagai bidang lain.

Laras bahasa dikenal sebagai kelainan bahasa yang memiliki ciri-ciri tertentu yang digunakan khusus dalam sesuatu bidang atau disiplin ilmu mengikut kesesuaian konteksnya atau situasi yang berbeza-beza menurut perkara atau tajuk pembicaraan, hubungan antara pembicara, dan situasi pembicaraan, waima secara lisan atau penulisan (Nik Hassan Basri Nik. Ab. Kadir, 2005a: 355). Masyarakat yang maju sudah mempunyai laras bahasa yang cukup lengkap untuk memperkatakan pelbagai konsep ilmu dan hal-hal yang berkaitan kemajuan.

Menurut Halliday (1968) laras merupakan variasi bahasa yang berdasarkan fungsi. Laras berubah mengikut situasi. Seseorang penutur akan mengubah laras bahasanya bergantung kepada situasi, iaitu dengan siapa seseorang itu bercakap, tajuk percakapan, suasana, bentuk percakapan, cara percakapan dilakukan sama ada lisan atau tulisan. Halliday membezakan dialek dengan laras bahasa berdasarkan dua faktor, iaitu pengguna dan penggunaanya.

Terdapat beberapa istilah yang mewujudkan variasi atau kepelbagaian bahasa Melayu antaranya, variasi bahasa iaitu kepelbagaian bahasa yang ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa. Dialek, merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh oleh pengguna dalam sesuatu masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi . Variasi bahasa ini dikenali sebagai dialek. Idiolek, Variasi bahasa yang khusus berkaitan dengan individu. merupakan kelainan penggunaan bahasa pada peringkat individu.

Perbezaan paling ketara ialah dari segi sebutan dan lagu sebutan. Keadaan ini berlaku kerana perbezaan alat sebutan seperti kecacatan atau tabiat penyebutan kerana pengaruh rakan atau seisi keluarga. Seterusnya dialek kawasan, variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu kawasan. Dikaitkan dengan rumpun banasa Austronesia, cabang Nusantara. Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina, Sumatera, jawa, Kalimantan dan sebagainya. Bahasa Melayu termasuk dalam golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa Batak, Acheh, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut. Umumnya bahasa Melayu merangkumi Bahasa Malaysia di Malaysia, Bahasa Indonesia di Indonesia, Bahasa Melayu di Brunei dan Singapura. Walaupun namanya berbeza, ia merupakan dialek bagi bahasa Melayu. Istilah dialek sosial yang dikaitkan dari segi penggunaan, iaitu bahasa mungkin berbeza mengikut kumpulan sosial dan situasi yang digunakan. Misalnya, dalam majlis rasmi, orang akan menggunakan bahasa- bahasa yang formal. Oleh itu, bahasa Melayu secara umumnya dapat dibahagikan kepada tiga jenis variasi, iaitu idiolek, dialek kawasan atau loghat, dialek sosial.

Bahasa mempunyai masyarakat penuturnya sendiri. Makin banyak jumlah penuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa itu. Makin luas daerah penyebaran satu-satu bahasa itu makin banyak pula perbezaan yang timbul dari sagi penggunaannya. Di Malaysia, misalnya, sudah wujud berbagai-bagai kelainan bahasa atau variasi bahasa mengikut daerah yang berlainan. Kelainan bahasa atau variasi bahasa berdasarkan daerah itu disebut dialek, seperti dialek Kelantan, dialek Perak, Dialek Johor dan seumpamanya. Demikian juga terdapat variasi-variasi Bahasa Melayu yang wujud oleh sebab faktor- faktor sosial, sepeti latar belakang pendidikan, jenis pekerjaan, kedudukan sosio-ekonomi penutur yang berbeza-beza. (Nik Safiah Karim dan rakan-rakan, 1993: 29).

Menurut Chambers 1983, bahasa terdiri daripada sekumpulan dialek, dan penutur-penutur dialek- dialek ini pula saling faham-memahami antara satu sama lain. Istilah dialek berasal daripada perkataan Yunani dialektos yang pada mulanya dimulakan dalam hubungannya dengan keadaan bahasanya (Ayatrohaedi, 1979:1 ).

Di Yunani terdapat perbezaan- perbezaan kecil didalam bahasa yang digunakan oleh pendukungnya masing-masing, tetapi sedemikian jauh hal tersebut tidak sampai menyebabkan mereka merasa mempunyai bahasa yang berbeza (Meillet, 1967:69). Mengikut Mario A. Pei, dialek adalah variasi daripada satu tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa. Dialek mempunyai bentuk tertentu yang dituturkan dalam kawasan tertentu dan berlainan dari bentuk standard baik dari segi sebutan, tatabahasa atau penggunaan

kata-kata tertentu, tetapi kelainan tersebut tidaklah begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang lain. (Mario A. Pei, 1960: 56).

Dialek-dialek yang berdasarkan tempat seperti itu dipanggil dialek setempat (Leonard Bloomfield 1967:50 ). Dialek-dialek setempat di Semenanjung Malaysia sebenarnya adalah variasi daripada bahasa Malayu. (A. Teew 1961:43). Bahasa Melayu sekarang ini telah menjadi bahasa Kebangsaan negara ini dan sejak 13 Mei 1969 bahasa tersebut dikenal sabagai Bahasa Malaysia (Asmah Haji Omar 1976:1). Bahasa Malaysia sekarang merupakan bahasa standard yang menjadi bahasa pengantar di Malaysia. Kini sudah wujud pelbagai variasi Bahasa Melayu, seperti bahasa Melayu pasar, variasi cakap mulut, variasi cakap surat, variasi bahasa kacukan,variasi Bahasa Melayu Lama, variasi Bahasa Melayu Moden, variasi Bahasa Rasmi, dan Variasi Bahasa Melayu Baku.

4.0 Peranan dan Unsur Stilistik Dalam :

4.1 Perspektif Linguistik

Pemakaian dan Kelainan Bahasa

Stilistik ialah ilmu tentang stail atau gaya yang dihubungkan dengan penggunaan bahasa. Stilistik ialah gabungan disiplin linguistik untuk mengkaji dan meneliti karya-karya sastera. Ilmu tersebut diperluas dalam bidang kesusasteraan sebagai wahana pengucapan. Kesan penerapan daripada disiplin linguistik tercetuslah ilmu gaya yang membezakan gaya sastera dan gaya bukan sastera.

Mengikut Kamus Linguistik Edisi ketiga, stilistik boleh didefinisikan sebagai ilmu yang membuat penyelidikan tentang bahasa yang digunakan dalam karya sastera atau ilmu yang bersifat interdisiplin antara lingustik dan kesusasteraan ataupun penerapan linguistik pada penelitian gaya bahasa.

Stilistik ialah satu kajian stail yang melibatkan bentuk atau bahasa dan isi kesusasteraan. Ia meliputi kajian mengenai teknik pemakaian bahasa di dalam penulisan dan teknik yang mengkaji segala kemungkinan yang berkaitan dengan gaya bahasa penulisan kesusasteraan yang semata-mata untuk mendapatkan kefahaman sebenar tentang teks kesusasteraan(Nik Hassan Basri: 378).

Stilistik merujuk kepada penggunaan prinsip-prinsip linguistik terhadap bahasa sastera. Stilistik atau ilmu gaya dapat diangap sebagai kajian variasi linguistik. Variasi linguistik ini mempunyai hubungan yang rapat dengan konteks teks dan konteks situasi. Stilistik mempunyai hubungan yang rapat dengan disiplin sosiolinguistik dan dialektologi. Kedua-duanya pula merupakan cabang linguistik. Stilistik boleh dibahagi kepada dua perkara. Pertama, ialah kajian tentang kelainan bahasa yang mengandungi bentuk gaya bahasa pengulangan, penyirnaan, perbandingan, pertautan dan pertentangan. Peribahasa, sindiran dan gaya retorik juga termasuk dalam kelainan bahasa. Ciri yang kedua ialahpemakaian bahasa yang termasuk segala yang tercakup dalam linguistik seperti fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik.

Pengkajian bahasa stilistik secara umumnya boleh dibahagi kepada lima bahagian. Pertama ialah gaya bahasa perbandingan seperti mejan, metafora,personifikasi,pleonasme dan simile. Kedua ialah gaya bahasa pertautan Contohnya ialah sinekdok,eufemisme,epitet,antonomasia,eponim, metonimia dan alusi.Ketiga ialah gaya bahasa penyirnaan. Contohnya ialah sinkof,afesis,akronim,apokop, elipsis dan aferisis. Seterusnya ialah gaya bahasa pengulangan atau repetisi. Antaranya ialah asonansi.aliterasi,anafora dan epifora. Kelima ialah gaya bahasa pertentangan iaitu hiperbola inversi dan paradoks.

4.2 Perspektif Sosiolinguistik

i) Dialek

Masyarakat Malaysia cukup sedar akan kepelbagaian dialek Melayu di wilayah negara ini. Dengan bertambah luas penyebaran televisyen dan filem, loghat-loghat Melayu semakin dikenal hingga loghat Jakarta pun tidak asing bagi penonton dan penggemar wayang gambar. Bahkan justeru perbezaan dialek yang dialek yang menjadi salah satu unsur pokok dalam perkembangan sastera, budaya dan humor Malaysia. Kononnya, Hang Tuah dan para biduan Inderapura pula pernah memperkatakan perbezaan dialek daerah serta masalah sosioliguistik sezaman.Secara perbandingan, penelitian terhadap dialek sosial merupakan satu gejala baru. Minat ahli-ahli bahasa pada amnya tertumpu pada perbezaan-perbezaan yang dikaitkan dengan daerah, yakni dialek-dialek geografi. Berdasarkan kesedaran bahawa unsur-unsur sosial memainkan peranan penting dalam penggunaan bahasa sehari-hari, ahli-ahli bahasa mula memberi perhatian pada perbezaan-perbezaan bahasa yang berkait rapar dengan masyarakat. Halliday (1968),

misalnya, berdasarkan perbezaan yang terdapat dalam bahasa kepada dua faktor iaitu pengguna dan penggunaan. Mengikut beliau, variasi-variasi bahasa yang timbul, berkait dengan penggunanya (yakni dengan maksud variasi yang digunakan oleh seseorang penutur untuk sebahagian besar penggunaan bahasanya sehari-hari) ialah dialek , dan variasi yang berkaitan dengan penggunaan (dengan maksud variasi-variasi yang dipilih untuk digunakan pada situasi-situasi tertentu ialah register atau laras.

Dialek adalah variasi bahasa yang dibezakan mengikut penggunanya: orang yang tinggal di Kelantan bercakap dialek Kelantan, sementara mereka yang tinggal di Negeri Sembilan mengunakan dialek Negeri Sembilan. Tiap-tiap dialek mempunyai ciri-ciri tersendiri yang membezakannya daripada dialek-dialek lain. Perbezaan bahasa juga dapat dilihat dari segi penggunaannya, kerana bahasa berbeza apabila fungsinya berbeza. Konsep register atau laras digunakan untuk memperkatakan bagaimana bahasa digunakan oleh penutur-penuturnya dalam kehidupan sehari-hari.

Persoalan perbezaan bahasa dari segi sosial (dalam erti yang luas) boleh dan telah dibuat berdasarkan berbagai-bagai segi. Quirk dan Greenbaum (1973), misalnya, semasa membicarakan variasi-variasi bahasa Inggeris telah menurunkan enam ciri utama (masing-masing dengan subjenisnya pula) berdasarkan faktor-faktor penentu seperti yang berikut: Daerah, pendidikan dan kedudukan sosial, tajuk, cara penyampaian, sikap, dan gangguan. Semua faktor ini menghasilkan ciri-ciri tertentu dalam penggunaan bahasa yang memisahkannya daripada variasi lain. Masing-masing dikenal dengan ciri-cirinya yang tersendiri. Dialek golongan terpelajar,

misalnya, mengandungi struktur tersendiri dan digunakan dalam situasi-situasi tertentu. Variasi bahasa yang timbul berdasarkan sikap ialah variasi-variasi yang bentuknya ditentukan oleh sikap penutur terhadap pendengar/pembaca, bahasa yang sedang diperkatakan (tajuk) atau sebab-sebab perhubungan itu berlaku.

Dialek ialah variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam sesebuah masyarakat atau komuniti bahasa. Dialek mempunyai bentuk tertentu, dituturkan dalam sesuatu kawasan tertentu atau oleh suatu kumpulan penutur tertentu. Keadaannya berbeza daripada bentuk bahasa yang standard dari segi sebutan, perbendaharaan kata dan tatabahasa. Walau bagaimanapun, perbezaan itu tidaklah besar sehingga ia boleh dianggap sebagai suatu bahasa.

Dialek bagi sesuatu bahasa itu dapat dibahagikan kepada dua, iaitu dialek daerah dan dialek sosial.

a) Dialek Daerah

Antara satu dialek dengan dialek yang lain dalam satu bahasa terdapat beberapa perbezaan. Dalam sesuatu daerah yang luas, dialek-dialek berdekatan biasanya mempunyai lebih banyak persamaannya daripada yang letakya berjauhan.

Kadang-kadang terdapat perbezaan yang amat ketara sehingga sukar bagi penutur-penutur memahami dialek yang dituturkan antara satu sama lain. Contoh, dialek Kelantan dengan Johor. Walau bagaimanapun, mereka tetap boleh menghubungi antara satu sama lain.

Antara faktor wujudnya dialek:1. Keadaan geografi2. Persekitaran pergaulan3. Faktor politik

Dialek-dialek tempatan di Semenanjung Malaysia sebenarnya adalah daripada bahasa Melayu. Malah, dalam satu-satu dialek tempatan di Malaysia terdapat pula ideolak, iaitu kelainan pengucapan yang disebabkan oleh perbezaan individu dan kelainan stilistik. Hal ini terjadi kerana perbezaan konteks. Kesemua kelainan ini disebut dialek tetapi penuturnya masih dapat memahami pertuturan antara satu sama lain.

b) Dialek Sosial

Dialek sosial disebut juga sebagai register atau laras bahasa, iaitu variasi bahasa yang berkaitan dengan penggunaan bahasa berkenaan. Laras bahasa merupakan variasi-variasi yang dipilih untuk digunakan dalam situasi tertentu dalam kehidupan sehari-hari.

Terdapat beberapa faktor-faktor yang menetukan pemilihan dan penggunaan sesuatu dialek sosial. antara faktor itu ialah:1. Taraf pendidikan2. Kedudukan sosial3. Cara penyampaian4. Sikap penutur5. Gangguan6. Latar belakang keluarga dan tempat tinggal7. Fungsi-fungsi sosial perlakuan bahasa8. Hubungan sosial dan peribadi9. Bahasa yang diperkatakan10. Aspek-aspek linguistic

ii) Laras

Laras bahasa didefinisikan sebagai gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa (Nik Safiah, 1988). Maka gaya penggunaan tertentu amat bergantung kepada situasi penggunaan bahasa tersebut. Walau bagaimanapun, Asmah (1987, 1995) dan Kamaruddin (1995) turut menambah

bahawa konsep ini turut melibatkan penggunaan bahasa yang khusus berdasarkan bidang tertentu. Oleh itu, Asmah telah melakukan beberapa kajian signifikan tentang perkaitan laras dengan bidang tertentu seperti laras surat rasmi (1983), laras bahasa borang (1985a), laras bahasa saintifik (1987) dan laras bahasa laporan (1995), manakala S.Nathesan (1995) pula telah mengkaji laras bahasa ilmiah. Namun S. Nathesan (1995) mendapati kajian laras bahasa Melayu kurang dilakukan di negara ini dan keutamaan hanya diberikan kepada laras bahasa sains, laras bahasa akhbar, laras bahasa iklan dan laras bahasa ilmiah sahaja. Selain itu, kajian-kajian ini hanya mengkaji aspek-aspek kebahasaan tertentu sahaja seperti gaya, modus ayat, istilah, tatabahasa dan sebagainya. Maka kertas kerja ini dilakukan untuk mengkaji pengaruh konteks situasi terhadap penggunaan bahasa tertentu.

Konsep laras bahasa muncul daripada dapatan Malinowsky (1923, 1935) dalam Halliday & Hasan (1989) yang membawa kepada pengenalan terhadap konteks situasi dan konteks budaya. Konteks situasi ini memerikan situasi langsung yang hadir dalam sesuatu teks yang melibatkan persekitaran verbal dan bukan verbal manakala konteks budaya pula merujuk kepada kepelbagaian budaya dalam kehidupan yang mendasari sesuatu teks. Menurut Kamaruddin (1995), kajian terhadap situasi penggunaan bahasa ini boleh dibahagi kepada dua, iaitu ciri-ciri keperihalan (merangkumi situasi luaran dan situasi persekitaran) dan ciri-ciri linguistik. Dalam ciri-ciri keperihalan, penggunaan bahasa boleh dirujuk melalui situasi luaran penggunaan bahasa tersebut (konteks budaya) dan situasi persekitaran yang menyamai pembahagian Halliday (1978) iaitu bidang, tenor dan mod. Kedua-dua situasi ini merujuk kepada situasi luaran sesuatu teks manakala ciri-ciri linguistik pula berkaitan dengan situasi dalaman teks tersebut. Pembahagian ini boleh dilihat dalam rajah di bawah ini: Kajian Liu (2003) menunjukkan bahawa pendekatan laras ini hanya dititikberatkan dalam bidang terjemahan pada tahun 1990-an. Model analisis laras bahasa digunakan untuk mengkaji teks terjemahan tertentu dan pada masa yang sama, ia menentukan keberjayaan mencari padanan dalam teks sumber tertentu. Hu (2010) turut menyokong pandangan beliau dengan menambah bahawa kesamaan teks sumber adalah bersamaan dengan kesamaan dalam konteks situasi tersebut. Beliau menyatakan analisis sedemikian membolehkan seseorang penterjemah

memastikan item-item yang perlu dikekalkan atau digugurkan semasa proses terjemahan. Selain itu, analisis laras turut membolehkan penentuan strategi terjemahan yang sesuai dan kajian Liew (2007) menunjukkan strategi terjemahan literal diguna dalam laras bahasa iklan dalam usaha mengekalkan ciri-ciri laras bahasa ini.

Namun kajian terhadap laras bahasa amat jarang dilakukan terhadap genre berbentuk audiovisual. Elemenelemen laras yang hadir dalam teks audiovisual jarang dilihat dan kebanyakan fungsi analisis laras digunakan sebagai analisis teks terjemahan secara umum sahaja. Terjemahan genre audiovisual berbeza dengan bentuk terjemahan lain. Hal ini disebabkan terjemahan audiovisual melibatkan pemindahan bahasa teks (lisan/bertulis) yang mengandungi gabungan elemen visual dan aural. Oleh itu, seseorang penyari kata perlu mengambil kira kehadiran elemen visual dan aural yang hadir secara serentak dalam teks ini dan pada masa yang sama, mematuhi konvensi penyarikataan itu sendiri. Hal ini juga dijelaskan dalam kajian Rosa (2001) yang memperihalkan keadaan penyarikataan sebagai suatu gabungan terjemahan intersemiotik dan interlingual. Gabungan ini wujud atas konvensi-konvensi penyarikataan yang membawa kepada pertukaran elemen-elemen laras tertentu. Namun kajian beliau hanya terhadap mod penyarikataan di Portugal yang menentukan keperluan seseorang penyari kata untuk mematuhi laras bertulis atau lisan.

Selain itu, beliau turut menyenaraikan faktor-faktor yang menentukan pilihan ini iaitu pertukaran medium, saluran dan kod, keadaan kerja penyari kata, pengaruh stesen televisyen dan sikap penonton itu sendiri. Kajian Pettit (2005) terhadap terjemahan gaya dan nada watak tertentu pula mendapati perubahan laras hadir tidak kira sama ada terjemahan terjemahan itu berbentuk sari kata atau alih suara, yang bertujuan untuk mengatasi kekangan yang wujud dalam produk audiovisual ini. Oleh sebab itu, kertas kerja ini dihasilkan untuk: (i) mengisi ruang kajian terhadap laras bahasa dalam konteks audiovisual (ii) menganalisis laras bahasa dalam aspek bukan linguistik (iii)membincangkan empat persoalan tentang aspek kebahasaan dalam genre drama-komediiaitu istilah bidangan, bahasa slanga, bahasa kiasan dan medium penggunaan bahasa.

5.0 Rumusan

Sebagai rumusan , Linguistik dan Sosiolinguistik adalahdua bidang ilmu yang telah lamadikaji oleh pengkaji bahasa di Malaysia dan diserata dunia.Walaupunpada masakini, bidang teknologi diberi perhatian oleh kerajaan, namun kedua-duabidangini terus diberi perhatian untuk mengimbangi keperluan rohaniahdalam kalanganrakyat. Melalui kajian dalam kedua-dua bidang ini, kita dapatmemahamidengan lebih jelas tentang pengertian atau maksud antara hubunganbahasadengan masyarakat di sekeliling kita.Linguistik adalah kajian terhadap bahasa manusia.Ini bermakna linguistikmengkaji bahasa-bahasa yang dihasilkan oleh manusia melalui alat-alat pertuturan tertentu yang membawa pelbagai makna. Ilmu linguistikjuga dikatakan sebagai ilmu pengetahuan yang spesifik.Olehitu,linguistik mempunyai sistemyang teratur bagi merealisasikannya sebagai salahsatubidangilmu yang dipelajari.

Melalui kajian ilmu linguistik ini juga,bahasadikaitkansebagai objek.Istilah-istilah bahasa di dalam kajian dikaitkandengan erti kiasanyangmembawa pelbagai taksiran makna.Sosiolinguistik merupakan bidangyang perludiketahuiolehpengkajibahasa. Pengkajian ilmu linguistik tidak lengkap jika bidang sisiolinguistiktidakdiberi penekanan sewajarnya oleh pengkaji bahasa.Sebagai cabang ilmu dalamlinguistik, bidang sosiolinguistik dapat melengkapi bidangkajianilmulinguistik.Dengan pemahaman sisiolinguistik seseorangpenggunabahasaakan dapatmenggunakan bahasa dengan tepat mengikutkeperluanmasyarakatyangdiwakili oleh mereka. Dengan adanya bidangilmulinguistikdansosiolinguistikseseorang itu bukan sahaja dapat mengetahui bagaimana bahasa itudibentuk, tetapimemahamifungsibahasa sebagai alatkomunikasi penyatuan masyarakatdi negara kita. Adalah diharapkan dengan adanyasedikit kajiandalamstilistik bahasa melalui kajian teks sastera akan dapat dijadikanpanduanyangberguna untuk semua pemikir stilistik bahasa.

HBML3403- LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK18