kerja kumpulan bmk.pptx

Upload: nor-adila

Post on 13-Jan-2016

22 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

UNIT 1

UNIT 1SEJARAH, DASAR DAN PERANAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAANAnalisis Sila lihat dengan teliti paparan video.

Pengertian MelayuAsal-usul perkataan Melayu

Kerajaan Melayu di Jambi.Perkataan Himalaya.Perkataan Sanskrit.Peristiwa Pamalayu.

Kerajaan Melayu JambiI-Tsing mencatatkan penggunaan kata Ma-Lo-Yue merujuk dua buah kerajaan yang dilawatinya di Jambi pada 675 tahun masihi (Darwis Harahap, 1992: 13).

Mereka menggunakan bahasa tempat iaitu bahasa Melayu (Kwun Lun) di Seriwijaya sebagai bahasa perdagangan dan pemerintahan pada abad ke-7.

HIMALAYAZubir Usman berpendapat perkataan Melayu berasal dari perkataan Himalaya yang disingkatkan menjadi Malaya kemudian menjadi Melayu.Himalaya = Hima dan Alaya.Hima = Salji atau saljuAlaya = Tempat.

SanskritPendapat Zubir Usman ditolak oleh Slametmuljana, sarjana Indonesia.Beliau berpendapat bahasa Melayu berasal dari perkataan Sanskrit.Perkataan tersebut berkembang di dua tempat yang berbeza.Seberang utara selat Melaka = sebutan aslinya iaitu Malaya di Sebelah selatan = mengalami perubahan bunyi iaitu Melayu.Peristiwa PamalayuPeristiwa Pamalayu berlaku apabila Raja Kartanegara dari Singhasari, Jawa Timur menyerang Hulu Jambi di Sempadan Sumatera Barat.Didirikan sebuah prasasti Amoghapasa sebagai tugu peringatan berlakunya ekspedisi angkatan perang dari Jawa Timur ke daerah Melayu pada 1286.Pamalayu = Ekspedisi Melayu iaitu penyerangan dan penguasaan terhadap negeri Melayu di Jambi.Kajian UNESCO (1972)Istilah bangsa Melayu boleh diluaskan pengertiannya kepada bangsa-bangsa AustronesiaSatu keluarga bahasa yang sama.Bentuk fizikal tubuh badan yang hampir sama.Kulit sawo matang.Rambut lurus.Ketinggian sederhana.Penduduk asli di satu kawasan yang sangat besar.

Sempadan Kawasan Keluarga AustronesiaSempadan kawasan keluarga Austronesia sangat besar.Dari Madagaskar di Pantai Timur Benua Afrika di Barat sehingga ke Pulau Paskah (Easter Island) di Lautan Pasifik.Kemudian dari Hawaii dan Taiwan di Utara hingga ke Pulau New Zealand di selatan.

TakrifanPenentuan taraf kewarganegaraan.Penduduk yang menjadi rakyat negara Melayu berkenaan boleh jadi sesiapa sahaja selain rakyat Melayu itu sendiri.Suku bangsa : Mestilah berketurunan suku Melayu dari darah dagingnya.Agama Islam tidak menjadi syarat.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dalam perkara 160 (2)Orang Melayu sebagai orang yang beragama IslamBertutur bahasa MelayuMengamalkan adat istiadat MelayuLahir sebelum hari merdeka sama ada di persekutuan atau di Singapura, atau pada hari merdeka dia bermastautatin di persekutuan atau Singapura.Teori Asal-Usul Bangsa dan Bahasa MelayuTeori Luar NusantaraYunanKapak, beliungPersamaan bahasa

Teori NusantaraSedia ada di Tanah MelayuBahasa IndukSifat fizikalBukti Arkeologi

Teori Luar NusantaraRamai sarjana Barat dan tempatan percaya bahasa Melayu berasal dari Yunan.Teori Affinities Gendang Dongsong yang dikemukakan oleh H. Kern dan R.H Geldern, dikatakan orang Melayu Yunan datang ke Kepulauan Melayu menerusi 3 gelombang.1. Perpindahan orang Melayu Negrito.2. Perpindahan orang Melayu Proto.3. Perpindahan orang Melayu Deutro.Penghijrahan dari Yunan ke selatan berlaku kira-kira 2500 tahun SM.

Perpindahan Melayu Proto yang menjadi nenek moyang orang asli dan Melayu Deutro kira-kira 1500 tahun SM

Sebelum perpindahan ini, sebenarnya telah wujud penghuni yang dikenali sebagai penduduk asli.

Ahli sejarah mengandaikan orang asli ini telah ada sejak 8000 tahun SM di tanah semenanjung, seperti di Kedah.

5000 tahun SM telah didiami oleh orang Austranesia yang menjadi induk orang Asli Negrito, Sakai dan Semai.Robert Von Heine Geldern membuat kajian ke atas beliung batu di sekitar hulu Sg. Brahmaputra, Sg. Irrawady, Sg. Salween, Sg. Yangtze dan Sg. Hwang.

Terdapat bukti bahawa orang zaman Neolitik (orang darat Mon Khmer) yang membawa kebudayaan beliung segi panjang dan menjadi pengembang bahasa Nusantara.

Namun demikian, teori ini lemah dan ditolak kerana kapak-kapak ini juga telah dijumpai di Amerika dan Eropah pada masa yang sama.

Hendrick Kern mengkaji asal-usul bangsa Melayu melalui perbandingan perkataan dalam komunikasi seharian.

Antara perkataan yang disenaraikan adalah seperti tebu, nyiur, buluh, bambu, mentimun, tuba, talas, pandan, ubi, babi, asu, kutu, udang, ikan pari, besi, langau dan penyu.

Perkataan-perkataan ini digunakan di P. Madagaskar, Filipina, Taiwan dan beberapa pulau di Lautan Pasifik hingga ke kepulauan Paskah.

Beliau mendapati perkataan yang tersenarai sama dengan perkataan yang dipertuturkan di Champa, chochin China dan Kampuchea. Beliau merumuskan bahasa Melayu berasal daripada bahasa induk yang ada di ASIA.Asmah Hj. Omar berpendapat perpindahan atau migrasi tidak sekali gus dan juga tidak melalui satu jalan. Ada yang melalui jalan darat (tanah semenanjung) dan ada yang melalui jalan laut barat melalui lautan Hindi dan Timur seperti Laut China Selatan.

Ismail Hussein bersetuju bahawa bangsa Melayu berasal dari gol. Austronesia di Yunan yang kemudian bergerak dalam puak yang besar iaitu Melayu Proto (2500 SM) dan Deutro (1500 SM).

Faktor perhubungan dan geografi telah menyebabkan bahasa yang asalnya satu berkembang dalam lingkungan yang tersendiri dan dikenali sebagai B. Melayu Kuno.Teori NusantaraJohn Crawford membuat kajian perbandingan bahasa Melayu dengan bahasa Lampung, Sunda, Madura, Bali, Bugis dan beberapa bahasa Indonesia Timor pada 1848.

Perbandingan itu juga dilakukan antara bahasa Melayu dengan bahasa Tagalong, Bisaya, Champa, Farmosa dan beberapa bahasa lain di Laut Pasifik hingga ke Pulau Madagaskar.Hasil dapatan kajian itu menyimpulkan bahasa Melayu dan bahasa Jawa menjadi induk bagi semua bahasa tersebut. (MALAYAN).

Hujah ini menunjukkan bahawa bangsa Melayu dan Jawa memiliki taraf budaya yang tinggi dalam abad ke-19.

Beliau juga berpendapat bahawa bahsa Jawa adalah bahasa tertua dan mejadi induk kepada bahasa-bahasa lain.P.W Schmidt (1906) membuat perbandingan bahasa berdasarkan struktur ayat dan perbendaharaan kata bahasa champa dan Mon-Khmer serta bahasa-bahasa di Nusantara.

Beliau mendapati bahasa Melayu yang terdapat dalam kedua-dua bahasa di atas merupakan bahasa ambilan sahaja.

Pendapat ini disokong K. Hilmly yang menyangkal pendapat bahawa bahasa Melayu polenisia serumpun dengan bahasa champa.Sultan Takdir Alisjahbana, mencirikan bangsa Melayu ini berkulit gelap, tinggal di Asia Tenggar a. Penduduk ini berasal dari rumpun yang sama.

Manusia kuno seperti homo soloinensis dengan homo wajakensis terdapat di Pulau Jawa.

Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menujukkan adanya kemungkinan orang Melayu berketurunan daripada manusia kuno itu yakni dari kepulauan jawa.

Nik Hassan Suhaimi dari UKM menegaskan bahawa orang Melayu dan Bumiputera bukan pendatang, sebaliknya telah berada di semenanjung 35000 tahun lalu.

Bukti arkeologi sejarah seni, beliau menolak teori migrasi dan sebaliknya mengemukan teori evolusi.

Faktor penyebab evolusi adalah perdagangan jalan darat dan maritim.

Orang Melayu berasal dari satu baka sahaja. Yang membezakan orang Melayu pada hari ini melalui anutan agama.REHAT

RUMPUN BAHASA MELAYUKELUARGA BAHASA MELAYUBahasa Melayu di MalaysiaTersebar dan membentuk beberapa dialek yang kebetulan ditandai dengan persempadanan negeri.Contoh :Perbandingan antara dialek Kelantan, Perak, Kedah, Terengganu, Johor dan Melaka.

PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUTerbahagi kepada tiga zaman perkembangan:

i)Bahasa Melayu Kunoii)Bahasa Melayu KlasikIii)Bahasa Melayu Moden

Isu-Isu Memartabatkan Bahasa MelayuIsu penyatuan Bangsa MalaysiaIsu Identiti Bangsa dan NegaraIsu Dasar Bahasa KebangsaanIsu Fungsi dan Peranan Bahasa MelayuTamatLangkah pertama selalunya tidak akan berhasil,Namun, kita tidak akan berhasil Tanpa langkah pertama