kumpulan: q-inno jabatan kerja raya bahagian...

19
KUMPULAN: Q-INNO Jabatan Kerja Raya Bahagian Bintulu Jalan Sultan Iskandar, 97000, Bintulu. BIODATA KUMPULAN: Fasilitator : Mohd. Rahmat Jamali Ketua Kumpulan : Haliza Abd. Khalek Ahli : Anwarul Adzizi Adeni Abg. Ismail Abg Salim Nur azman Wan Seh Kharmiza Azahani Morshidi Alizawati Abdullah Joseph Jenang Mohd. Qarib Abd. Hadi Khan Lezawarty Hj. Abd. Rani Nor Errisza Jaimin Tajuk Projek: Kerosakan Pam Air Di Loji Perawatan Huraian Projek: Pam air mentah di loji rawatan air kerap mengalami kerosakan. Ia disebabkan oleh mendapan pasir dan lumpur yang banyak sekaligus menyukarkan pihak Jabatan untuk mengekalkan kualiti dan kelangsungan bekalan air bersih untuk disalurkan kepada pengguna. Punca-punca masalah: Lumpur dan pasir yang menghasilkan mendapan Kadar pengepaman air tidak mencapai kadar yang sepatutnya serta mengambil masa Kos penyelenggaraan meningkat. Cadangan Penyelesaian: Mengubah kedudukan pam ke tempat yang sesuai Komponen-komponan yang terlibat turut diubah agar lebih fleksibel Mengubah kedudukan ‘non-return valve’. Membina pontoon yang terapung dan fleksibel KATEGORI TEKNIKAL

Upload: vuongthien

Post on 17-May-2018

254 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

KUMPULAN: Q-INNO

Jabatan Kerja Raya Bahagian Bintulu Jalan Sultan Iskandar,

97000, Bintulu.

BIODATA KUMPULAN:

Fasilitator : Mohd. Rahmat Jamali

Ketua Kumpulan : Haliza Abd. Khalek

Ahli : Anwarul Adzizi Adeni

Abg. Ismail Abg Salim

Nur azman Wan Seh

Kharmiza Azahani Morshidi

Alizawati Abdullah

Joseph Jenang

Mohd. Qarib Abd. Hadi Khan

Lezawarty Hj. Abd. Rani

Nor Errisza Jaimin

Tajuk Projek: Kerosakan Pam Air Di Loji Perawatan

Huraian Projek:

Pam air mentah di loji rawatan air kerap mengalami kerosakan. Ia disebabkan oleh

mendapan pasir dan lumpur yang banyak sekaligus menyukarkan pihak Jabatan untuk

mengekalkan kualiti dan kelangsungan bekalan air bersih untuk disalurkan kepada

pengguna.

Punca-punca masalah:

• Lumpur dan pasir yang menghasilkan mendapan

• Kadar pengepaman air tidak mencapai kadar yang sepatutnya serta

mengambil masa

• Kos penyelenggaraan meningkat.

Cadangan Penyelesaian:

• Mengubah kedudukan pam ke tempat yang sesuai

• Komponen-komponan yang terlibat turut diubah agar lebih fleksibel

• Mengubah kedudukan ‘non-return valve’.

• Membina pontoon yang terapung dan fleksibel

KATEGORI TEKNIKAL

Tajuk Projek: Perkhidmatan Penambatan Kapal yang Kurang Memuaskan di Lembaga

Pelabuhan Miri

Huraian Projek:

Perkhidmatan operasi penambatan Kapal yang kurang memuaskan merujuk kepada tugas

menambat kapal di dermaga LPM yang belum mencapai tahap dikehendaki oleh pemilik-

pemilik kapal. Maklum balas berhubung masalah ini diterima melalui borang kaji selidik

bahagian operasi, kejuruteraan dan Marin yang dilaksanakan dalam Bulan Ogos 2011 di

mana perkhidmatan penambatan kapal mendapat peratusan yang paling rendah.

Punca-Punca Masalah:

• Tiada peralatan sesuai untuk penambatan

• Terlibat dengan tugasan lain

• Kaedah penambatan konvensional dan kurang digemari

• Sistem komunikasi yang kurang berkesan.

Cadangan Penyelesaian:

• Mengadakan jadual bertugas 24 jam untuk penambatan kapal di LPM

• Mencipta alat (D’WINCH) untuk menarik mooring line

• Mengadakan taklimat dan latihan untuk pekerja yang melakukan penambatan

kapal

• Mengadakan taklimat kepada pemilik dan kapten kapal

• Penambahbaikan terhadap sistem pengawalan komunikasi melalui radio call

VHF

KUMPULAN: D’INNOVATOR

Lembaga Pelabuhan Miri

Jalan Miri Port, Kuala Baram Ind,

Estate 98008 Miri Sarawak.

KATEGORI TEKNIKAL

Fasilitator : Encik Vensent Ganang

Ketua Kumpulan : Pn. Nur Shahira Gloria Bt. Sitok Ahli : AbangYusop Bin Hj. AbangTahir

Abu Bakar Bin Chik Cordelia Bte Francis Ali Felix Bilong Mohd. Omar Bin Kabul Minan Bin Junaidi Nizam Bin Arabi Peter Bin Gregory Poji Bin Ara @ Gabriel Ara

KUMPULAN : AXIS PARADOX

Jabatan Tanah dan survei Bahagian Betong

Blok A, Pejabat Kompleks Kerajaan Negeri,

95700 Betong, Sarawak

Tajuk Projek: Kesukaran Membawa Alat Pandang ke lokasi Dialog

Huraian Projek:

Sesi dialog merupakan salah satu aktiviti yang diwajbkan dalam beberapa prosedur tugas. Sesi

dialog memerlukan alat bantuan pandang untuk membantu kelancaran dialog. Skrin putih yang

biasa digunakan berukuran 6 x 6 kaki. Ia sukar dimuatkan di dalam kenderaan biasa.

Punca-Punca Masalah:

Skrin konvensional 6x6 kaki (Saiz paling kecil) menyebabkan ia sukar dibawa menggunakan

kenderaan biasa kerana sifat fizikal berikut:

• Saiz skrin yang panjang dan berat.

• Kenderaan yang mempunyai ruang yang terhad.

Cadangan Penyelesaian:

Mencipta satu alat pandang yang mempunyai ciri-ciri berikut:

• Mudah dibawa

• Pelbagai guna

Biodata Kumpulan

Fasilitator : Anthony Aboi

Ketua Kumpulan : Madeline Ambit

Ahli : Sedin Remang

Denny Tinggang

Bakeri Samsudin

Jimbu Giman

Nyandang Jembol

Danny Boh

Gabriel Sultan

KATEGORI TEKNIKAL

KUMPULAN: BELIAN

Universiti Institut Teknologi Mara Sarawak

Jalan Meranek

94300 Kota Samarahan

Biodata Kumpulan:

Fasilitator : Mohamad Farizan B. Jamil

Ketua Kumpulan : Abdul rahim Mohamad Nor

Ahli : Abdul Karim Othman

Samsol Musa

Zamri Ejay

Norhisham Sirat

Roslee Sabang

Kamal Peli

Tajuk Projek: Kerosakan Semasa Proses Penyisiran Tandan Pisang

Huraian Projek:

Unit Ladang UiTM Sarawak mengendali tanaman pisang seluas 3 hektar, jarak tanaman 2.5m x

2.5m dengan kepadatan 1,600 hektar dengan pelbagai jenis pisang Berangan, cavendish,

Nipah, Mas dan Restali. Selain itu, tanaman pisang adalah mengikut silibus yang telah

ditetapkan untuk pembelajaran dan kajian pelajar Diploma Pengurusan Ladang. Masalah

berlaku semasa kerja-kerja penyisiran pisang.

Punca-Punca Masalah:

• Penggunaan kaedah manual (pisau)

• Sifat Semulajadi tumbuhan (mempunyai sisir yang rapat, buah yang berat dan berlendir)

menyukarkan alat manual untuk menyisir

• Input pertanian yang banyak merujuk kepada buah pisang perlu disisir dan dipasarkan

segera bagi mengelakkan serangan penyakit dan buah over-ripe.

Cadangan Penyelesaian Masalah:

Mencipta alat yang mampu menyisir dengan cepat, mudah digunakan dan selamat.

KATEGORI TEKNIKAL

Biodata Kumpulan:

Fasilitator : Johnny Ak Raup

Ketua Kumpulan: Mona Lisa Bt. Isa

Ahli : Hashim B. Hj. Ibrahim

Ngo Tiam Hee

Jenny Jalili

Asrinah Bt. Mahidi

Sylvester Johnson

Englebert Inggath Ak Desmond Japar

Tajuk Projek; Ralat dalam ujian Proba Mackintosh

Huraian Projek:

Ralat dalam ujian Proba Mackintosh bermaksud kesilapan yang terjadi di dalam ujian Proba Mackintosh.

Ujian Proba Mackinosh dibuat adalah untuk mengetahui tentang nilai keupayaan galas tanah dan profil

awalan tanah. Kebiasaanya ralat dalam ujian Proba Mackintosh berlaku semasa kerja hentakan tukul

Proba Mackintosh dibuat di mana ketika hentakan tukul dibuat bilangan kiraan hentakan tukul Proba

Mackintosh perlu diambil kira dan direkodkan ke dalam borang Proba Mackintosh yang disediakan.

Bilangan kiraan hentakan tukul Proba Mackintosh diambil pada setiap 300mm.Apabila berlakunya ralat

dalam ujian Proba Mackintosh maka rekod bilangan yang diambil sedikit sebanyak akan memberi kesan

terhadap data yang diperolehi di mana ia boleh menyebabkan rekabentuk asas dan pemilihan cerucuk

yang dibuat tidak bersesuaian dengan pembinaan yang dibina dan mengakibatkan masalah sub-struktur

berlaku justeru menyebabkan pembinaan retak, mendap, condong dan runtuh.

Punca-Punca Masalah:

Pekerja tidak mengangkat dan menjatuhkan tukul Proba Mackintosh pada ketinggian 0.28m menyebabkan

hentakan tukul Proba Mackintosh tidak konsisten justeru menyebabkan bilangan kiraan hentakan tidak

tepat.

• Rod keluli tidak dipegang dengan betul kerana pekerja kurang fokus disamping tiada faktor keselamatan

kerana pekerja takut cedera

• Rod keluli tidak ditanda aras pada setiap 300mm menyebabkan bacaan kiraan bilangan hentakan tukul

kurang tepat justeru menyebabkan data yang diperolehi tidak tepat.

• Pekerja silap mengira bilangan hentakan tukul kerana tiada alat untuk mengira bilangan hentakan tukul

yang sistematik.

• Kurang latihan dan kursus diberikan menyebabkan pekerja kadang-kadang tidak mengikut prosedur

yang ditetapkan.

• Peralatan tidak diselenggara contohnya rod keluli boleh menyebabkan tusukan rod ke dalam tanah

mengalami geseran di samping mendatangkan kecederaan kepada pekerja contohnya tukul tercabut

sebab peralatan tidak diselenggara. Cadangan Penyelesaian:

• Membuat satu alat penyokong yang dapat membantu mengangkat dan menjatuhkan tukul Proba

Mackintosh pada ketinggian 0.28m tanpa mendatangkan beban dan membuat pekerja berasa cepat

penat disamping memabantu menusuk rod keluli ke dalam tanah dengan lebih tegap.

• Mengkaji semula agihan tugas pekerja dan melantik seorang penyelia bagi memantau dan membuat

pemeriksaan ketika ujian Proba Mackintosh dibuat.

• Membuat jadual penyelenggaraan alat

• Membuat permohonan kepada pihak pengurusan untuk membuat bengkel berterusan bagi

meningkatkan kemahiran dan pengetahuan tentang ujian Proba Mackintosh

• Mencari satu alat yang dapat membantu mengira bilangan hentakan tukul agar lebih sistematik dan

tepat.

KATEGORI TEKNIKAL

KUMPULAN: WHITE SWAN

Jabatan Kerja Raya Bahagian Sibu

Level 14-16, Wisma Sanyan, 96000 Sibu

KUMPULAN : SWAN

Pejabat Pelajaran Daerah Sibu

Tingkat 6, Wisma Persekutuan,

Brooke Drive,

96000 Sibu, Sarawak

Biodata Kumpulan:

Fasilitator : Gawan Ak Saut

Ketua Kumpulan : Ahli B. Chikba

Ahli-ahli : Yik How Sing

Lolita Jimmy Jalil

Kho Kiat Hee

Awangku Zainie

Norisa Bt. Mohamad

Sofiana Bt. Hassan

Tajuk Projek : Tempoh Pembekalan Elektrik di sekolah-Sekolah Luar Bandar Tidak Mencukupi

Huraian Projek:

Atas dasar penjimatan dan perbelanjaan berhemat, selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7

Tahun 2008, tempoh maksima pembekalan elektrik di semua sekolah yang tiada bekalan kuasa 24

jam ialah 14.5 jam sehari.Oleh itu, kumpulan Swan telah mereka alat yang dipanggil “Swan Source”

untuk mengatasi masalah ini.

Punca-Punca Masalah:

Tempoh pembekalan elektrik tidak mencukupi dan sering terganggu di sekolah-sekolah pedalaman. Ini

kerana bekalan elektrik dihadkan selama 14.5 jam sehari. Kerosakan dan masalah teknikal yang

berlaku pada enjin janakuasa turut menimbulkan pelbagai isu dan kesan kepada sekolah-sekolah

berkenaan.

Penyelesaian Masalah:

Kumpulan Swan berjaya mereka bentuk dan memasang produk “Swan source” berdasarkan draf

lukisan litar, setelah menjalankan beberapa ujicuba ke atas sistem tersebut. Ciri-ciri reka bentuk

produk yang mesra pengguna dan mesra alam menjadikannya unik dan mudah dikendalikan. Hasil

pemantauan menunjukkan ia telah beroperasi dengan sempurna di sekolah rintis.

KATEGORI TEKNIKAL

Tajuk Projek: Pengambilan bacaan graf cerucuk yang berisiko

Huraian Projek:

Pengambilan bacaan graf cerucuk secara manual dibawah mesin yang berkemungkinan

boleh berlakunya risiko kemalangan. Tahap keselamatan tidak diaplikasikan semasa kerja

penanaman cerucuk di tapak projek.

Punca-punca masalah:

Tiada alatan khas

Tiada penetapan standard

Cadangan Penyelesaian:

Mencipta satu alat khas bagi penghasilan bacaan graf lebih konsisten dan tiada risiko

kemalangan.

KUMPULAN: NANAS MADU

JKR Bahagian Sarikei

Tingkat 7, Wisma Jubli Mutiara

96100 Sarikei Sarawak

BIODATA KUMPULAN:

Fasilitator : Ahmad Selihin B. Chee Said

Ketua Kumpulan: Bahrin B. Madon

Ahli : John Tair

Suhaimi B. Sulaiman

Abdul Halim B. Ali

Zamiah Bt. Ahmad

Alice Megol

Ophilea

Dayang Emma Perkiah Bt. Awang Ali

KATEGORI TEKNIKAL

KUMPULAN: LANDS TAHAI Q3

Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Limbang

Tingkat 7, Limbang Plaza,

98700 Limbang, Sarawak.

Tajuk Projek: Kesukaran kakitangan Survei dan Penguatkuasa Membawa Peralatan

untuk Kerja Lapangan

Huraian Projek:

Ciri-ciri dan kaedah membawa peralatan sedia ada menyukarkan kakitangan survei

dan penguatkuasa ketika menjalankan tugasan lapangan. Semakin bertambah jarak,

bilangan peralatan dan masa perjalanan, semakin tinggi kesukaran yang mereka alami.

Punca-punca masalah:

• Tiada Beg Khas untuk menyimpan peralatan

• Peralatan yang dipegang sepanjang perjalanan membahayakan keselamatan

• Kakitangan terpaksa bergilir-gilir membawa peralatan dan kerap berhenti

kerana peralatan tersebut berat, besar, tajam dan panjang.

Cadangan Penyelesaian:

• Mencipta produk baru dan mengubahsuai peralatan sedia ada.

• Kaedah menyimpan dan membawa peralatan dipermudahkan dengan

mewujudkan sarung peralatan, beg khas dan poket peralatan mudah alih.

BIODATA KUMPULAN:

Fasilitator : Pauline Ak Luta

Ketua Kumpulan : Abdillah B Kepli

Ahli : Kamariah Bt Katol

Jemica Rentie Ak Stan

Kristeen Nani John Yugis

Enjang Ak Gima

Heng Ai Ling

Catherine Ak Jawi

Uyo Ngau

Janizam B Omar

KATEGORI TEKNIKAL

Tajuk Projek: Helmet Pelindung Serangga

Huraian Projek:

Helmet pelindung serangga BHELP direka bagi mengatasi atau alternatif tambahan

kepada baju pelindung sedia ada yang belum mencukupi bagi anggota yang

menjalankan operasi memusnah sarang tebuan dan lebah dimana anggota yang

membantu terancam.

Punca-punca Masalah:

• Kelewatan tindakan ketika operasi khidmat khas memusnah sarang tebuan dan

lebah

• Anggota yang membantu terancam sengatan kerana baju pelindung sedia ada

belum mencukupi

• Orang awam merunggut kerana tindakan tidak dapat dilakukan serta merta

Cadangan Penyelesaian:

Mengadaptasi atau mereka Helmet Pelindung sebagai alternatif tambahan kepada baju

pelindung sedia ada. Helmet jenama Chairns yang tidak digunakan lagi dijadikan

projek.

KUMPULAN: CHIPS

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan

Jalan Dato’ Musa

94300 Kota Samarahan

Biodata Kumpulan:

Fasilitator : Melvin Ak Amuk

Ketua Kumpulan: Ahmad Shah B. Saad

Ahli : Hussein B. Hj. Tekok

Yahya B. Marasit

Nelson Phang Siaw Ming

Shahrulnizam B. Sulaiman

Hasrul B. Masuut

Rahmat Salihin Saberi

KATEGORI TEKNIKAL

Tajuk Projek: Tikus yang banyak di Pasar Awam

Huraian Projek:

Tikus yang banyak berkeliaran di pasar awam Miri mengundang banyak masalah

contohnya penyakit. Masalah tikus juga mencemarkan imej Bandaraya Miri. Pada

masa kini, kaedah-kaedah konvensional/produk-produk untuk menangani tikus-tikus

ini kurang sesuai dan mahal.

Punca-Punca Masalah:

• Persekitaran

- Bekalan sumber makanan (tong sampah)

- Tempat pembiakan (perparitan/bangunan)

• Manusia

- Sikap tidak bertanggungjawab (membuang sampah secara tidak

teratur, penyimpanan bekas-bekas dan barang jualan)

• Kaedah /peralatan

- Perkhidmatan syarikat luar yang mahal

- Peralatan yang digunakan sekarang tidak sesuai ditempat awam.

Cadangan Penyelesaian:

Mereka cipta perangkap yang lebih murah, mesra pengguna dan dapat digunakan

dipelbagai keadaan.

Biodata Kumpulan:

Fasilitator : Dayang Siti Nurbaya

Ketua Kumpulan: Lee Bu Chong

Ahli : Rosnah Bt. Mohd

Staney Alwis

Adryne Adenan

Juska Bateng

Nicholas Raru

Jurailla Bt. Jon

Petrus Lasong

Aisah Bt. Ismail

Awang Morni B. Awang

Moksin

Abdul Razak Aup

KUMPULAN: PHQ3

Majlis Bandaraya Miri

Jalan Raja,

98000 Miri, Sarawak,

Malaysia.

KATEGORI TEKNIKAL

Tajuk Projek: Kesukaran Memproses Data perakaunan dari Perbendaharaan Kecil (PK)

Huraian Masalah:

Kesukaran penerimaan data perakaunan dari perbendaharaan kecil (PK) sering kali

mengakibatkan penyediaan penyata akaun bulanan dan tahunan terjejas, terutama sekali dari

PK yang jauh di kawasan pedalaman Sarawak yang terpencil seperti PK Long lama dan PK

Belaga. Ini telah mengakibatkan kelewatan penyediaan penyata akaun bulanan, kesukaran

penunaian cek serta menjejaskan kutipan hasil kerajaan di PK.

Punca- Punca Masalah:

• Banyak kesilapan data perakaunan

• Penggunaan banyak kertas komputer

• Penerimaan dokumen perakaunan lambat

• Dokumen perakaunan yang diterima tidak lengkap

• Terlalu banyak jenis dokumen perakaunan diproses

• Aplikasi beri tindak balas lambat

Cadangan Penyelesaian:

Melalui kaedah Blue Ocean Strategy, 30 idea kreatif sebagai penyelesaian diketengahkan dan

dianalisa melalui PRIORITIZATION MATRIX dan gambar rajah pokok. Kumpulan telah

memperkenalkan inovasi baru iaitu STIRS (Sub Treasury Innovative Receipt System) bagi

memudahkan pemprosesan data di PK serta memudahkan penunaian cek serta kutipan hasil

kerajaan pada peringkat uji cuba pertama. Memandangkan STIR pada mulanya merupakan

STAND ALONE SYSTEM, kesukaran penghantar data perakaunan ke ibu pejabat

Perbendaharaan masih belum berjaya sepenuhnya.

KUMPULAN: SKIP

Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak

Tingkat 7-11, Menara Pelita, Jalan Tun Abdul

Rahman Yakub,

Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak

Biodata Kumpulan:

Fasilitator : Judas Ak Ligon

Ketua Kumpulan: Raca Mulong

Ahli : Amanda D.

Ong Mei Kuan

Masittah Mohtadi

Mimi V.L

Siti Mariam

Foo Ting Ching

Donny Dahan

Christopher Danan Binjie

KATEGORI PENGURUSAN

Biodata Kumpulan:

Fasilitator : Sharifah Norolah Bt. Wan Ahmad

Ketua Kumpulan: Mohd. Irhasman B. Inggal

Ahli : Cartinasih Bt. Yaman

Malaya Panggai

Zurwina Bt. Sharkawi

Sofian B. Johari

Mohammad Nasir B. Sidi

Abang Mohd. Halim Shah B.

Abang Abdillah

Manlasit B. Waslie

Azibah Bt. Anthony

Tajuk Projek: Pencarian Foto Aktiviti PUSAKA Mengambil Masa Yang Lama

Huraian Projek:

Sebelum projek ini dijalankan, masa pencarian foto aktiviti PUSAKA mengambil masa yang lama

iaitu melebihi 7 hari bekerja. Ini dibuktikan dengan aduan dan maklumbalas daripada pelanggan. Ini

telah menjejaskan sistem penyampaian perkhidmatan organisasi. Berikutan itu, kumpulan telah

mencari inisiatif untuk menyelesaikan masalah ini. Maka, terciptalah sistem SEARCHME.

Punca-punca Masalah:

• Buku Rekod dan sistem penyimpanan tidak terurus

• Kompilasi foto digabungkan dalam satu CD/DVD/Album

• Pengguna tidak kembalikan foto

• Kurang latihan formal dan pengetahuan

Cadangan Penyelesaian:

Membangunkan Aplikasi Sistem Pengurusan Rekod Foto Berkomputer .

KUMPULAN: SOUNDLESSMIND

Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak

Wisma sumber Alam, Tingkat 1, Blk Podium,

Jalan stadium, Petra Jaya,

Peti surat 194, 93702 Kuching

KATEGORI PENGURUSAN

KUMPULAN: GS11

Kastam DiRaja Malaysia

Cawangan Pelabuhan-Pelabuhan

Pelabuhan Senari

93540 Kuching Sarawak

Biodata Kumpulan:

Fasilitator : Tuan Haji Yussuf B. Drahman

Ketua Kumpulan: Pn. Sarah Bt. Garja @ Tarchah

Ahli : Hartini Bt. Ahmed Junaidi

Rabiah Bt. Japar

Hasma Bt. Kusairi

Othman B. Mohamad Suhaili

Mohd. Fauzi B. kawi

Arnidawati Bt. Kassim

Mohd. Fikri Rizal B. Maliki

Siti Hajah Bt. Haji Ali

Nurafizan Bt. Ahmad Latfi

Tajuk Projek: Kelewatan Proses Taksiran dan Kelulusan ke atas Barangan Import yang Kritikal

dan Bermasalah di Pelabuhan Senari

Huraian Projek:

Aplikasi Capaian Projek Sistem (CSI) yang merupakan aplikasi yang dibangunkan bagi

membantu mempercepatkan proses penyampaian di cawangan Pelabuhan-Pelabuhan.

Aplikasi yang dibangunkan adalah inovasi bagi memudahkan carian maklumat-maklumat yang

berkaitan dengan operasi import/eksport dan mengoptimumkan penggunaan maklumat-

maklumat yang ada seperti data harga dan ketetapan Kastam.

Punca-Punca masalah:

• Tiada keseragaman ke atas tafsiran

• Bahan Rujukan Tidak Sistematik

• Tiada pengurusan Data yang Teratur

• Kesilapan Berulang

Cadangan Penyelesaian:

Membangunkan Sistem Aplikasi Capaian Projek (CSI).

KATEGORI PENGURUSAN

KUMPULAN: INOVATIF G2

Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Bintulu

Wisma Bintulu,

Jalan Tanjong Kidurong,

97008 Bintulu, Sarawak.

Tajuk Projek: Pengemaskinian Data Semasa Penggantian Pre Land Code kepada Land Code

Title yang kurang efisien.

Huraian Projek:

Projek memfokuskan kepada Penyelesaian 5 punca masalah yang dikenalpasti berlaku semasa

proses penggantian Pre land Code Title kepada Land Code Title dan menghasilkan proses kerja

komprehensif bagi Pre Land Code Title yang belum diganti.

Punca-Punca Masalah:

• Pre Land Code Title yang telah diganti tetapi gagal disampaikan kepada pemilik

• Pre Land Code Title yang telah diganti tetapi status di dalam sistem TRS tidak

dikemaskini.

• Pre land Code yang telah diganti tetapi tiada dalam pelan kadastral.

• Lot register tidak dikemaskini

• Nombor Lot Pre Land Code yang diganti belum dikemaskini dalam lembaran

kadastral.

Cadangan Penyelesaian:

Melaksanakan pengemaskinian data di pejabat dan juga melaksanakan pendekatan proaktif

melalui:

• Tapisan awal

• Pelan Zon

• Sesi berjumpa ketua masyarakat

• Bertemu pemilik tanah

Menghasilkan aliran kerja yang lebih komprehensif dengan mengambil kira 8 pendekatan

strategik:

1. Penyediaan Pelan zon bagi PLCT yang akan diganti

2. Penyiasatan awal di lapangan

3. Penapisan cawangan survei bagi menentukan piawaian dan keperluan kerja

lapangan

4. Meningkatkan standard pengukuran dan kepadatan titik kawalan

5. Memansuhkan peranan pegawai penyelesaian dalam proses kerja baru

6. Penapisan tempoh pegangan oleh cawangan tanah

7. Penggantian PLCT melalui kaedah RLL

8. Penekanan terhadap perbezaan keluasan dan perubahan jumlah cukai tanah

selepas penggantian.

BIODATA KUMPULAN

Fasilitator : Catherine uno Ak Sebastian Janting

Ketua Kumpulan: Tan Sia Hui

Ahli : Rosleana Turah

Zulkipli B Talip

Normadiah Bt Yusuf

Mohd. Haswandi B Ibrahim

Adeline Debra William Chen

Shahirul B. Samsudin

Shahrel B Seli

Gerald Mathew Ak Martin Usei

Muhammad Nazari B Sahari

KATEGORI PENGURUSAN

KUMPULAN: DANIA

Kementerian Kerajaan Tempatan dan

Pembangunan Komuniti

Tingkat 2, Baitul Makmur,

Jalan Medan, 93050 Kuching, Sarawak.

Biodata Kumpulan:

Fasilitator : Salena Bt. Hj. Sulaiman

Ketua Kumpulan: Noorjanah Bt. Morshidi

Ahli : Catherine Gee Lee Chin

Terry Ak Edward Mawar

Perojin Ak Ringgo

Christine Ak Jinang

Bibiana Teresa Ak Gabriel Diloi

Cassie Robin

Annie Balan

Tajuk Projek: Kelewatan menerima Penyata Bulanan Kutipan dan Tunggakan Cukai Taksiran

daripada pihak Berkuasa Tempatan di bawah Seliaan.

Huraian Projek:

Projek ini dipilih berdasarkan kepada pelan strategik LGCD di mana peranan kementerian

sebagai agensi yang memantau prestasi PBT dari segi pengurusan dan juga kewangan.

Dengan adanya sistem pemantauan dan pelaporan yang efektif dan sistematik, tindakan

susulan dapat diambil disamping dapat meningkatkan pendapatan PBT melalui cukai taksiran.

Punca-punca Masalah:

• Pelupa kerana tidak ada tindakan susulan

• Tidak ada perancangan tugas

• Tidak ada jadual kerja disediakan

• Tidak cekap kerana tidak ada pengurusan masa yang teratur

• Kerja berulang-ulang mengakibatkan sikap sambil lewa dalam tugasan

• Dilakukan secara manual kerana tidak ada sistem

• Karenah birokrasi menyebabkan proses kerja terlalu panjang

• Proses kerja yang lama kerana dilakukan secara berperingkat-peringkat

• Masih menggunakan ‘Hardcopy” kerana kurang pengetahuan dalam komputer

Cadangan Penyelesaian:

Takwim dan membangunkan sistem AOR-RA

KATEGORI PENGURUSAN

KUMPULAN: ASPIRASI UTARA

Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak Bahagian Miri

Tingkat M, Wisma Pelita Tunku, Jalan Padang, 98000 Miri

Sarawak

Tajuk Projek: Kelewatan Menggantikan Cek Terbatal

Huraian Projek:

Penggantian cek terbatal kerap lewat dilakukan. Ini adalah disebabkan kesukaran menerima

maklumbalas penerima bagi cek yang telah luput tarikh dan cek yang dikembalikan atau ditolak oleh

bank perlu menunggu tempoh selepas 3 bulan untuk dibatal. Alternatif penyelesaian melalui sistem

dan tindakan sokongan kepada sistem tersebut dilakukan untuk menyelesaikan masalah ini.

Punca-Punca masalah:

• Penggunaan aplikasi lama

• Proses pembatalan cek lambat

• Penerimaan borang PPS Lambat

• Kurang tindakan proaktif PB

• Proses penyediaan baucar bayaran cek terbatal kurang efektif

• Proses kerja berulang

Cadangan Penyelesaian:

Membangunkan sistem CHEMS (Cheque Management System). Melalui sistem ini, pembatalan cek

dapat dilakukan secara berkelompok. Pembatalan cek sebelum luput tarikh dilakukan dengan

segera dan penyediaan baucar bayaran secara sistem. Selain itu, tindakan sokongan kepada

CHEMS:

• Borang tindakan

• Dokumen seragam kepada baucar bayaran

• Pengeluaran resit T.69 secara berkelompok.

BIODATA KUMPULAN:

Fasilitator : Zorina Achim

Ketua Kumpulan: Liliana Lukas

Ahli : Farydah Zawawi

Rolend Tama

Pauline Imbok Ujak

Mahari Abd Rahman

Zuria Yusup

Tinny Manye Keley

KATEGORI PENGURUSAN

Tajuk projek: Tunggakan DIUS Pelabuhan yang tinggi di Bahagian Limbang dan Daerah Lawas

Huraian Projek:

Tunggakan Dius Pelabuhan di Bahagian Limbang dan Daerah Lawas sejak Tahun 2007

sehingga Tahun 2010 berjumlah RM95,316.00. Tunggakan berlaku sejak had pelabuhan

dipanjangkan pada 1 Julai 2006.

Punca-punca Masalah:

• Kurang peralatan sokongan untuk pemantauan

• Kurang kesedaran pelanggan mengenai pembayaran DIUS

• Tiada sistem atas talian untuk pemantauan

• Bergantung sepenuhnya kepada Jabatan Kerajaan dan Swasta

• Prosedur kualiti kerja yang sedia ada kurang sesuai

• Kegagalan mengutip DIUS pelabuhan dalam jangkamasa 21 hari(tempoh kredit yang

dibenarkan LPM)

Cadangan Penyelesaian:

People dan Action telah diinovasikan oleh Kumpulan D’Beacon kepada Mitigation, Participation

dan Association sebagai strategi untuk menyelesaikan masalah yang berlaku. Strategi M.P.A

bermaksud:

M- Mitigation: Mengadakan bengkel kesedaran untuk memaklumkan serta menerangkan kepada

pelanggan-pelanggan tentang kesalahan dan tindakan undang-undang yang boleh diambil oleh

Kerajaan Negeri jika mereka gagal membayar DIUS pelabuhan yang tertunggak.

P- Participation: Melibatkan semua ahli kumpulan dan para pelanggan untuk mengambil

bahagian di dalam bengkel penerangan untuk memaklumkan kepada mereka tentang kaedah

yang digunakan oleh ahli kumpulan untuk menyelesaikan masalah yang sedia ada.

A- Menjalinkan kerjasama strategik dengan pelanggan di dalam merangka pendekatan-

pendekatan yang berkesan. Dalam perbincangan tersebut, pihak yang terlibat telah bersetuju

dengan pendekatan yang diilhamkan oleh kumpulan D’Beacon seperti berikut:

• Mewujudkan prosedur kerja baru

• Memanjangkan tempoh kredit dari 21 hari ke 60 hari

• Memperkenalkan serta memanjangkan sistem perkomputeran SBKDP kepada

pelanggan

• Meningkatkan kapasiti penstoran data pelayan dari 1 gigabit kepada 2 gigabit.

KUMPULAN: D’BEACON

Lembaga Pelabuhan Miri

Jalan Miri Port, Kuala Baram Ind,

Estate 98008 Miri Sarawak.

BIODATA KUMPULAN:

Fasilitator : Chin Oi Thin

Ketua Kumpulan: Mohd. Azif Amin B. Abdullah

Ahli : Hardazy B. Yunus

Yusuf B. Ibrahim

Hanimah Ali

Wong chie Yong

Hamdani B. Abdul Latif

Lee chuai How

Rita Deng

Edwin Edward

KATEGORI PENGURUSAN

KUMPULAN: IJKM

Jabatan Ketua Menteri Sarawak

Wisma Bapa Malaysia

Petra Jaya 93502 Kuching Sarawak

BIODATA KUMPULAN:

Fasilitator : Hjh. Norhayati Bt. Mornie

Ketua Kumpulan: Zulkarnain B. Ismail

Ahli : Conny Kuntel

Junih B. Salleh Ahmad

Julkepli B. Hj. Net

Tan Chee Kang

Kamaruddin B. Mohammad.

Morlina Morris

Dang Sinaruhani Saie

Hafsyam B. Sariai

Tajuk Projek: Masalah Pengurusan Stationaries Yang Tidak Seragam dan Tidak efisien Huraian Projek Pengurusan stationeries yang tidak seragam dan efisyen di setiap 12 unit, Jabatan Ketua Menteri telah menyumbang kepada masalah ketidakcekapan dari segi pengurusan personel, masa, kewangan dan ruang pejabat. Punca-punca Masalah Personel bertanggungjawab mempunyai frekunsi tugas yang tinggi serta tiada latihan khusus yang menyumbang kepada konsep pengurusan stationeries masing-masing. Stor stationeries menggunakan ruang yang luas bagi menampung keperluan yang semakin meningkat Sistem pengurusan rekod yang mengambil masa untuk mengemaskini disebabkan setiap urusan berkaitan masih menggunakan buku manual. Cadangan Penyelesaian Pemusatan pengurusan stationeries di Jabatan Ketua Menteri Penghasilan sistem pengurusan stationeries intranet bagi memudahkan tempahan dan pemantauan yang efektif Tempahan stationeries menggunakan aplikasi telefon pintar yang pertama seumpamanya

KATEGORI PENGURUSAN

Tajuk Projek: Kesukaran Penggunaan Kad Bilik Banduan

Huraian Projek;

Kesemua institusi Penjara menggunakan kaedah yang sama iaitu kad bilik banduan yang

diletakkan di pintu sel banduan. Kad bilik banduan yang sedia ada berkonsepkan seperti kad

identiti yang menunjukkan beberapa maklumat banduan. Kad bilik banduan mengandungi

maklumat banduan. Jika perkara ini tidak dibendung dari awal, masalah bagi rekod pejabat

terutamanya dalam pencarian maklumat banduan dengan pihak polis, mahkamah, imigresen

dan sebagainya.

Punca-punca masalah:

• Terlalu lama, kad kabur, maklumat sukar dikesan dan data sukar dicari

• Kurang kesedaran sivik banduan, dendam dalaman dan maklumat hilang

• Sikap dalaman banduan, diconteng dan kecurian.

• Perbelanjaan meningkat, kos jabatan tinggi.

Cadangan Penyelesaian:

Melakukan transformasi kad yang berkonsepkan kad pintar. Kumpulan Berlian telah

membangunkan kad pintar banduan yang boleh diakses secara online di Penjara Sri Aman.

Data maklumat dikemaskini dengan memasukkan kad pintar ke dalam sistem dan boleh

dimuat turun melalui komputer. Kad bilik yang tahan lasak ini diperbuat daripada bahan

berkualiti tinggi dan mempunyai ciri-ciri keselamatan. Penggunaan Kad ini ternyata lebih baik

selaras dengan perkembangan teknologi terkini.

KUMPULAN: BERLIAN

Penjara Pusat Sri Aman

Jalan Brayun,

95000 Sri Aman Sarawak

BIODATA KUMPULAN:

Fasilitator : Azaha Bin Jini

Ketua Kumpulan : Nikhazim Abdullah

Ahli : Mcgavin Johnny Njok

Sebastian Ak Michael Mijel

Frederick Anak Jayes

Lazarus Mason Andrew

Suriani Bt Rosli

Mohammad Shahril Bin Raili

Mohamad Affandi Bin Morshidi

Salleh Bin Jamali

Nurul Syuhada Bte Mohd Zaidi

KATEGORI PENGURUSAN