kerja kumpulan

Upload: mohd-nazmi

Post on 09-Mar-2016

9 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

Situasi2 orang pelajar bermain bola di padang. Pelajar pertama menendang bola kepada pelajar kedua. Pelajar kedua akan memasukkan bola ke dalam gol. Untuk masukkan bola ke dalam gol, sila tekan butang A sebaliknya bola melantun semula.SituasiSeorang budak lelaki yang lapar meminta makanan daripada kakaknya. Disebabkan ibu mereka terpaksa menghadiri kursus JU PluG TMK Tahun 6 di Padang Kerbau. Maka kakaknya meminta adiknya memilih makanan yang disimpan di dalam kabinet di sebalik pintu A atau pintu B. Jika adiknya memilih pintu A, adik akan dapat sebiji donut coklat berkrim. Sebaliknya, jika adik memilih pintu B, adik hanya akan dapat sebiji muffin mentega.SituasiPada suatu hari, arnab keluar bersiar-siar. Arnab ternampak kura-kura. Kura-kura sedang merangkak perlahan-lahan. Ha! Ha! Ha! arnab ketawa. Kura-kura berjalan sangat perlahan, kata arnab. Wahai kura-kura mahukah engkau berlumba lari denganku? arnab bertanya. Kura-kura bersetuju.Satu, dua, tiga! arnab membilang. Perlumbaan bermula. Arnab berlari kencang. Kura-kura merangkak perlahan. Di pertengahan jalan, arnab berehat di bawah sebatang pokok. Kemudian arnab tertidur. Kura-kura merangkak sehingga sampai di tempat arnab. Jika kura-kura memilih untuk mengejutkan arnab dari tidur maka arnab akan menang perlumbaan. Jika kura-kura memilih untuk meneruskan perlumbaan maka kura-kura akan menang.SITUASI:Ali dan kakaknya berjalan di kaki lima sekolah. Sambil berjalan, Ali bertanya kepada kakaknya mengenai program kitar semula. Kakak, kenapa kita perlu kitar semula, Tanya Ali kepada kakaknya. Kitar semula penting untuk menjaga alam sekitar. Kitar semula dapat mengurangkan pencemaran, terang kakak Ali kepada adiknya. Oooh..baru adik faham. Eh, siapa yang membuang tin merata-rata ni.Berdasarkan situasi di atas, apakah warna tong untuk tin aluminium? Diberi 3 pilihan warna iaitu Jingga, biru dan coklat. Sekiranya jawapan yang diberikan betul iaitu jingga, ucapan tahniah dan paparan hargailah alam sekitarkitar semula akan terpapar. Sebaliknya, cuba lagi akan dipaparkan dan pengguna perlu mencuba hingga mendapat jawapan yang betul.SituasiPada suatu pagi sang kancil berjalan-jalan di tepi sebatang sungai untuk mencari makanan. Sang kancil berkata-kata, Aku sungguh lapar, dah dua hari aku tak makan. Tiba-tiba sang kancil ternampak sepohon pokok rambutan yang buahnya sedang ranum. Sang kancil berkata,Bagaimana aku hendak menyeberang sungai ni? Ketika itu sebatang kayu yang besar dihanyutkan oleh arus diikuti sekeping kerak nasi. Yang manakah akan dipilih oleh sang kancil untuk menyeberang sungai untuk memakan buah rambutan itu.

SituasiPada suatu hari, penguin sedang berjalan, tiba-tiba muncul seekor dinasour yang sangat sombong. Dinasour berkata lambatnya kamu berjalan .Dinasour juga berkata jika kita berlumba pasti dia akan menang. Tetapi penguin menjawab belum cuba belum tahu lagi. Oleh itu, Dinasour mengajak penguin berlumba. Penguin pun bersetuju. Jadi, Dinasour berkata jika dia menang, dia nakkan hadiah. Begitu juga, penguin pun jika menang juga nakkan hadiah. Dalam perlumbaan Dinasour ternampak makanan, jika dinasour memilih untuk makan tekan maka dia akan kalah. Sebaliknya dia akan menang. SituasiDi suatu petang, singa sedang berlari akibat kesakitan. Asyik berlari dan terlanggar pokok serta pokok tumbang terkena singa. Ketika itu kuda lalu. Kuda fikir, kalau A= kuda bantu selamatkan singa dengan angkat batang pokok. Jika B= kuda biarkan singa mati di situ sahaja. Serta kuda teruskan perjalanan.SituasiSeorang penyelam bernama Ahmad ingin mencari harta karun di dasar laut. Apabila sampai ke dasar laut, dia berasa gembira kerana terjumpa dua kotak besar yang menyerupai kotak harta karun. Semasa dia mendekati kotak tersebut, tiba-tiba seekor sotong gurita raksasa ingin menyerangnya. Ahmad merayu kepada sotong gurita supaya melepaskannya. Sotong gurita memberi peluang kepada Ahmad untuk membuat pilihan kotak harta karun A atau B. Jika Ahmad pilih kotak harta karun A, dia akan dilepaskan. Jika kotak harta karun B dipilih, Ahmad akan dimakan oleh sotong gurita tersebut.SituasiAli telah terpilih sebagai pemenang utama cabutan bertuah. Pengacara mengucapkan tahniah kepada beliau. Ali mengucapkan terima kasih dan bertanya tentang hadiah. Pengacara meminta Ali memilih salah satu sampul dari tiga sampul berwarna. Sekiranya Ali memilih sampul berwarna merah, hadiahnya ialah set makanan. Sekiranya Ali memilih sampul berwarna biru, hadiahnya ialah sebiji bola. Dan sekiranya Ali memilih sampul berwarna kuning, hadiahnya ialah set mainan PS3. Akhirnya, Ali mendapat hadiah yang dipilihnya.SituasiPada sabtu yang lepas rombongan skkks1 mengadakan rombongan ke Zoo Negara. Semasa lawatan beberapa pelajar melihat Singa dan Gajah. Mereka melihat haiwan haiwan itu makan.Pelajar-pelajar tersebut mengikuti para sukarelawan memberi makan kepada haiwan tersebut. Semasa member makan, pilihan jawapan akan diberi.Pelajar pulang ke sekolah dengan gembira menaiki kereta.SituasiSeperti kebiasaan, Aladin bermain-main di kawasan tempat permainannya. Sedang dia berjalan menuju ke sana, Aladin tersepak sesuatu benda di atas tanah. Ia adalah sebuat peta harta karun. Aladin diminta memilih untuk mengambilnya atau tidak. Jika Aladin membiarkan sahaja, dia akan terus pergi bermain. Jika Aladin memilih untuk mengambilnya, dia berpeluang untuk menemui harta karun. Didalam peta tersebut, Aladin terpaksa memilih lagi untuk menggunakan pintu Gua A atau Gua B. Jika pilihan pintu Gua A, Aladin akan menemui harta karun, tetapi jika pintu Gua B, dia akan bertemu dengan seekor singa.