kerana sepasang kasut

4
PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH TAHAP 1 TAJUK : KERANA SEPASANG KASUT

Upload: menulis-dengan-hati

Post on 11-Nov-2015

91 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

skrip bercerita tahap 1

TRANSCRIPT

PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYUSEKOLAH RENDAHTAHAP 1

TAJUK :KERANA SEPASANG KASUT

TAJUK : KERANA SEPASANG KASUT

Selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia. Terima kasih tuan pengerusi majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa yang setia bersama detik masanya, seterusnya hadirin sekalian. Yang terlena, kejut-kejutkan, yang terjaga dengar-dengarkan. Kerana Sepasang Kasut, begitulah tajuk cerita saya pada hari ini.Loceng Sekolah Kebangsaan Taman Damai telah pun berbunyi menandakan waktu persekolahan baru sahaja bermula bagi sesi petang. Kelihatan seorang murid lelaki berpakaian lusuh memikul sebuah beg. Dia berlari pantas menuju ke pintu pagar sekolah. Budak lelaki itu telah ditahan oleh guru disiplin yang bernama Cikgu Ramli. Orangnya berbadan tegap dan bersuara kuat. Setiap murid di sekolah itu pasti berasa gerun apabila berhadapan dengan Cikgu Ramli. Sazali. Itulah nama murid yang telah ditahan oleh Cikgu Ramli di hadapan sekolah kerana lambat. Cikgu Ramli terus bertanya kepada Sazali mengapa dia lewat lagi pada hari itu. Belum sempat Sazali memberikan alasan, satu libasan rotan telah hinggap di kakinya.Sazali mengerang kesakitan. Cikgu Ramli telah memarahinya kerana lewat lagi. Dengan suara yang kuat bagaikan halilintar itu, Cikgu Ramli telah memberi amaran kepada Sazali supaya tidak lagi datang lewat ke sekolah.Sazali merupakan seorang murid yang berasal daripada sebuah keluarga yang miskin. Dia tinggal di ceruk kampung bersama keluarganya. Dia mempunyai seorang adik perempuan bernama Siti. Siti merupakan murid tahun dua di sekolah yang sama. Ibu Sazali bekerja sendiri dengan menjual sayur-sayuran untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga. Ayah Sazali telah lama meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Hidup mereka umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Wang yang diperoleh hasil menjual sayur-sayuran itu cukup-cukup digunakan untuk makan dan menghantar Sazali dan adiknya ke sekolah. Pada suatu hari, kasut sekolah yang telah dipakai oleh Siti koyak teruk dan tidak boleh dipakai lagi. Sazali berasa kasihan kepada adiknya. Namun, dia tidak mampu melakukan apa-apa. Sazali berfikir sejenak dan mendapat satu idea. Dia memberi cadangan kepada adiknya agar adiknya menggunakan kasut sekolahnya dan dia tidak perlu pergi ke sekolah. Dengan tenang, adik Sazali menolak permintaannya. Tiba-tiba, Sazali mendapat satu idea. Dia mencadangkan kepada adiknya supaya mereka bergilir-gilir memakai kasut tersebut ke sekolah kerana mereka belajar pada sesi yang berlainan. Adiknya setuju dengan cadangan tersebut. Sejak hari itu, seusai Siti pulang ke rumah, Sazali pun terus berlari sekuat hati ke sekolah kerana bimbang dia akan tiba lewat dan akan ditahan lagi oleh Cikgu Ramli.Pada suatu hari, Sekolah Kebangsaan Taman Damai telah mengadakan pertandingan larian. Sazali berasa sangat teruja dengan hadiah yang telah ditawarkan di tempat ketiga iaitu sepasang kasut. Dia langsung tidak mempedulikan hadiah di tempat pertama iaitu sebuah basikal. Sazali nekad untuk memasuki pertandingan tersebut dan merancang untuk mendapat tempat ketiga supaya dia boleh mendapatkan hadiah sepasang kasut itu untuk adiknya. Kawan-kawan, mahu tahu apa yang berlaku kepada Sazali?Setibanya di garisan penamat, Sazali jatuh terduduk. Dia menangis teresak-esak kerana dia telah berjaya mendapat tempat pertama. Namun, keputusan itu bukanlah seperti yang dia inginkan. Dia berasa sedih kerana tidak dapat menunaikan janjinya untuk mendapatkan hadiah sepasang kasut itu.Berita mengenai Sazali telah sampai ke pengetahuan Cikgu Ramli. Cikgu Ramli berasa sangat terkejut dengan berita yang telah didengarinya. Dia berasa sangat sedih dan menyesal kerana dia selalu menahan dan memarahi Sazali yang selalu datang lewat ke sekolah tanpa mengetahui cerita yang sebenar. Akhirnya, Cikgu Ramli meminta maaf kepada Sazali dan telah menghadiahi Sazali dan adiknya sepasang kasut sekolah yang baharu, cantik dan bersih.

Kawan-kawan, begitulah kesudahan cerita saya. Di antara pengajaran yang bole diambil daripada cerita ini ialah:1. Kita mestilah sedar akan kesilapan yang kita lakukan.2. Kita mestilah melakukan sedikit pengorbanan untuk melihat kegembiraan orang laindan3. Kita mestilah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang kita hajati.Sekian, terima kasih.