kerana manisnya epal (belle de boskop)

18
KERANA MANISNYA EPAL OLEH : FAISAL TEHRANI

Upload: maszaki72

Post on 13-Jun-2015

406 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Cerpen ini karya Faisal Tehrani dipersembahkan dalam bentuk powerpoint oleh para pelajar 4 Mujahid SMKA maahad Muar 2009.

TRANSCRIPT

Page 1: Kerana Manisnya Epal (Belle de Boskop)

KERANA MANISNYA

EPALOLEH : FAISAL TEHRANI

Page 2: Kerana Manisnya Epal (Belle de Boskop)

SINOPSISMengisahkan kecekalan Buchanan dalam mengusahakan kebun epal di Tsolum River Fruit Trees. Beliau dibantu oleh 2 orang anak angkatnya, Mazlina dan Yvonne. Mazlina merupakan pelajar Universiti Richmond dalam jurusan Kesusasteraan Inggeris dan Yvonne pula mengambil fellow dalam bidang Ekologi. Mazlina dan Yvonne rajin membantu Buchanan di kebun epal, berbanding 5 orang anak Buchanan yang memandang rendah usaha ayah mereka mengusaha dan mempertahankan kebun epal tersebut. Bagi Buchanan, kebun epal itu memberi erti yang besar kerana disayangi oleh mendiang isterinya.

Page 3: Kerana Manisnya Epal (Belle de Boskop)

Buchanan terkejut apabila menerima surat rasmi daripada Gabenor British Columbia yang menyatakan bahawa kebun itu akan diambil oleh kerajaan untuk dijadikan lapangan terbang tentera. Buchanan amat kecewa, lalu berkurung di dalam bilik dan tidak mahu makan yang menyebabkan Mazlina dan Yvonne berasa bimbang, apatah lagi mengetahui Buchanan seorang yang keras kepala dan sanggup berbuat apa sahaja untuk mempertahankan haknya. Keesokan harinya, kebun epal tersebut dipenuhi pegawai tentera dan jentolak daripada Jabatan Tanah British Columbia. Yvonne sudah bersedia untuk menghalang pencerobohan itu, tiba-tiba dikejutkan dengan berita yang dibawa oleh Buchanan yang memberitahu bahawa rayuannya telah diterima oleh Gabenor.

Page 4: Kerana Manisnya Epal (Belle de Boskop)

TEMA DAN PERSOALANTEMA

Cerpen ini bertemakan kecekalan dan kesabaran dalam usaha mempertahankan hak daripada dirampas oleh pihak berkuasa.-Buchanan cekal dan sabar dalam mempertahankan kebun epalnya di Tsolum River Fruit Trees daripada diambil oleh kerajaan.

PERSOALAN1) Persoalan menyayangi hak warisan.Cth : Buchanan sangat menyayangi dan menjaga kebun epalnya untuk dinikmati oleh generasi seterusnya.

2) Persoalan hubungan pelbagai kaum dan bangsa. Cth : Perbezaan ini tidak menghalang Mazlina, Yvonne dan Buchanan untuk bergaul, berbincang dan saling mengasihi dan menghormati antara satu sama lain.

2) Persoalan sikap pemimpin.Cth : Pemimpin yang mengutamakan pembangunan fizikal semata-mata iaitu Gabenor British Columbia, akhirnya sedar akan kepentingan warisan (kebun epal) tersebut untuk generasi akan datang.

Page 5: Kerana Manisnya Epal (Belle de Boskop)

WATAK & PERWATAKANWATAK UTAMA :

BUCHANAN

Pengusaha kebun epal

Usia : 81 tahun

Mempunyai 5 orang anak

Isterinya sudah meninggal dunia

Penyayang, rajin & gigih serta tabah

Tegas pendirian & keras hati

Page 6: Kerana Manisnya Epal (Belle de Boskop)

WATAK SAMPINGAN:

MAZLINA

•Anak angkat Buchanan

•Gadis Melayu berusia 22 tahun

•Menuntut di Universiti Richmond dalam jurusan Kesusasteraan Inggeris

•Rajin – membantu Buchanan memetik buah epal

•Memahami dan prihatin – dengan masalah yang dihadapi oleh Buchanan

Page 7: Kerana Manisnya Epal (Belle de Boskop)

YVONNE ZAKHAROV ROSENBLUM

•Anak angkat Buchanan

•Asal : Moscow, Rusia

•Refusnik @ Yahudi Soviet Union

•Ambil fellow dalam bidang Ekologi di Universiti Richmond

•Suka bersolek

•Berani – mempertahankan kebun epal Buchanan

Page 8: Kerana Manisnya Epal (Belle de Boskop)

BETHOVEN

o Anjing besar Buchanan yang berbulu lebat

o Kawan setia Yvonne

o Sentiasa menjaga kebun epal Buchanan

Page 9: Kerana Manisnya Epal (Belle de Boskop)

PERMULAAN-Pengarang memperkenalkan watak Mazlina yang menikmati keindahan alam di kebun epal Buchanan dan Yvonne pula masih bersolek di rumah-Mazlina dan Yvonne merupakan anak angkat Buchanan

Perkembangan-Buchanan terkenangkan perkenalan dengan anak angkatnya, Mazlina-Lima orang anak kandungnya pula menjauhkan diri kerana tidak suka akan usaha Buchanan mengusahakan kebun epal

Perumitan-Buchanan menerima sepucuk surat rasmi daripada Gabenor British Columbia yang menolak rayuan Buchanan agar kebun epalnya tidak diambil oleh kerajaan untuk dijadikan lapangan terbang tentera-Buchanan tertekan dengan berita tersebut, selain sikap anak-anaknya yang memandang rendah usahanya

PLOT

Page 10: Kerana Manisnya Epal (Belle de Boskop)

KLIMAKS -Orang-orang dari Jabatan Tanah British Columbia datang dan bersedia dengan jentolak untuk mengambil dan memusnahkan kebun epal Buchanan tetapi dihalang oleh Yvonne dan dia mengarahkan Mazlina mengambil senapang.

PELERAIAN-Gabenor British Columbia menerima rayuan mereka dan kebun epal milik Buchanan yang diwarisi daripada nenek moyangnya itu dapat dipertahankan, malah Gabenor berjanji akan membantu Buchanan dalam mengekalkan warisan kebun epal.

Page 11: Kerana Manisnya Epal (Belle de Boskop)

TEKNIK PLOTIMBAS KEMBALI – cth : sewaktu duduk bersendirian, Buchanan teringat akan kelima-lima anaknya yang kini tinggal jauh daripadanya dan mereka enggan meneruskan dan mengusahakan kebun epal warisan nenek moyang mereka

DIALOG – cth : “Setahu aku, kebun ini maruah keluarga”. “Aku tak faham”. (Perbualan antara Mazlina dan Yvonne tentang kebun epal Buchanan) SASPENS – cth : Pembaca tertanya-tanya apabila orang-orang dari Jabatan Tanah British Columbia telah datang ke kebun epal Buchanan. Adakah tindakan mereka ini berjaya mengambil kebun epal tersebut?

Page 12: Kerana Manisnya Epal (Belle de Boskop)

LATARLATAR TEMPAT

KEBUN EPAL di Tsolum River Fruit Trees - Mazlina membantu Buchanan memetik buah epal yang telah masak ranum

RUMAH KEBUN BUCHANAN - Pada satu senja, Mazlina duduk menompang dagu di muka jendela sambil melayani hatinya yang begitu menyayangi kebun epal tersebut

serta berusaha mempertahankannya

Page 13: Kerana Manisnya Epal (Belle de Boskop)

LATAR MASA

AWAL PAGI pada MUSIM PANASPada waktu pagi, Mazlina menghirup udara segar di kebun epal di Tsolum River Fruit Trees dan dia bersyukur kerana dia dapat menikmati keindahan musim panas di kebun epal tersebut.

PERISTIWA KEJADIAN SELAMA 2 HARIHari pertama : Mazlina membantu Buchanan memetik buah epal dan mereka mendapat tahu bahawa rayuan Buchanan telah ditolak. Buchanan berasa sangat sedihHari kedua : Orang dari Jabatan Tanah British sudah bersedia untuk mengambil kebun tersebut tetapi dihalang oleh Yvonne. Kemudian Buchanan membawa berita rayuannya telah diterima oleh Gabenor.

Page 14: Kerana Manisnya Epal (Belle de Boskop)

LATAR MASYARAKAT

MASYARAKAT YANG MEMENTINGKAN HAK WARISANBuchanan tetap mempertahankan kebun epalnya daripada diambil oleh Gabenor British Columbia atas tujuan pembinaan lapangan terbang tentera.

MASYARAKAT YANG TERDIRI DARIPADA PELBAGAI BANGSAMazlina merupakan seorang yang berbangsa Melayu, Yvonne seorang yang berbangsa Rusia dan Buchanan seorang yang berbangsa Inggeris. Namun begitu, mereka saling mengasihi dan menghormati antara satu sama lain.

MASYARAKAT YANG BERANIYvonne begitu berani menghalang usaha orang-orang Jabatan Tanah British yang datang untuk mengambil kebun epal milik ayah angkatnya, Buchanan dengan menggunakan senapang.

Page 15: Kerana Manisnya Epal (Belle de Boskop)

GAYA BAHASASIMILE - cth : bagaikan kaca terhempas ke batu … (H80 B30)HIPERBOLA – cth : seribu tanda tanya menjajahi serebrumnya (H81 B28)PERSONIFIKASI – cth : dua ratus jenis epal di kebun juga bergembira (H87 B4)METAFORA – cth : samudera hampaSINKOF – cth : tawa (ketawa), tak (tidak)

Page 16: Kerana Manisnya Epal (Belle de Boskop)

NILAI MURNI•KEBERANIAN – Yvonne berani menghalang orang Jabatan Tanah British yang datang ke kebun epal Buchanan

•RASIONAL – Buchanan bertindak secara rasional dengan membuat rayuan kepada Gabenor British Columbia untuk menyelesaikan masalah kebun epalnya

•KERJASAMA – Mazlina dan Yvonne bekerjasama menjaga kebun epal Buchanan

•SIMPATI/BELAS KASIHAN – Mazlina dan Yvonne berasa simpati terhadap Buchanan yang tidak dipedulikan oleh anak-anak kandungnya

•RAJIN – Mazlina sangat rajin membantu Buchanan memetik buah epal di kebun sejak awal pagi lagi

•KEGIGIHAN – Buchanan begitu gigih mengusahakan kebun epalnya walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai dugaan hidup

Page 17: Kerana Manisnya Epal (Belle de Boskop)

PENGAJARANKita hendaklah mencintai hak ataupun warisan - Buchanan sangat mencintai kebun epalnya dan berusaha mempertahankannya agar tidak terlepas ke tangan orang lain Kita perlulah sabar dalam menghadapi masalah

Kita hendaklah mempunyai sikap kerjasama - Sikap ini terpancar menerusi watak Mazlina dan Yvonne yang sentiasa bekerjasama dalam menjaga dan mempertahankan kebun epal Buchanan

Kita hendaklah pandai menyesuaikan diri - Jika kita berada di rantau orang, kita perlu menghormati budaya dan menunjukkan kasih sayang agar diri dihargai, seperti yang ditunjukkan oleh Mazlina dan Yvonne

Page 18: Kerana Manisnya Epal (Belle de Boskop)

tamat

Aliyyah, Faezah & Maryam