kerajaan zubayriyyah

18
Kerajaan Zubayriyyah PJ1153 SEJARAH ISLAM 11-656H 2016, K-05: Ezad Azraai Jamsari, JPATI

Upload: ezad-azraai-jamsari

Post on 16-Apr-2017

49 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kerajaan Zubayriyyah

Kerajaan Zubayriyyah

PJ1153 SEJARAH ISLAM 11-656H2016, K-05: Ezad Azraai Jamsari, JPATI

Page 2: Kerajaan Zubayriyyah

OBJEKTIF KULIAH M5

Memahami sebab kemunculan kerajaan autonomi pada zaman pemerintahan Kerajaan Banu Umayyah.

Mengenal pasti sejarah kemunculan Kerajaan Zubayriyyah.

Kuliah 5 / 2

Page 3: Kerajaan Zubayriyyah

PEMBERONTAKAN

‘ABD ALLAH B. AL-ZUBAYR

Kuliah 5 / 3

Tindakan Mu’awiyah kuasa institusi

pemerintahan menimbulkan reaksi

negatif.

Banu Hashim merasa berhak terhadap

tampuk pemerintahan.

Situasi ini diburukkan lagi dengan

pembunuhan Husayn (r.a.) dalam

Peristiwa Karbala’.

Orang Hijaz lantik orang lain: pemimpin.

Page 4: Kerajaan Zubayriyyah

PEMBERONTAKAN

‘ABD ALLAH B. AL-ZUBAYR

Kuliah 5 / 4

Mereka lantik ‘Abd Allah b. al-Zubayr

sebagai pemimpin; beliau seorang yang

tidak menyebelahi mana-mana pihak.

Latar belakang: anak saudara Nabi

(ibunya Asma’), anak angkat Nabi, Abu

Bakr ialah datuknya.

Pandangan NEGATIF Shalaby: Beliau

mempengaruhi ‘A’ishah untuk menerajui

angkatan Perang Jamal.

Page 5: Kerajaan Zubayriyyah

PEMBERONTAKAN

‘ABD ALLAH B. AL-ZUBAYR

Kuliah 5 / 5

Ibn al-Zubayr memiliki sifat pahlawan

sejak kecil lagi.

15H: 13 tahun, Perang Yarmuk di Sham.

19H: 17 tahun, Fath Mesir.

26H: 24 tahun, Afrika.

36H: 34 tahun, Perang Jamal (Ayah

syahid, emak saudara cedera).

48H: 46 tahun, ekspedisi menawan

Konstantinopel, era Mu’awiyah.

Page 6: Kerajaan Zubayriyyah

PEMBERONTAKAN

‘ABD ALLAH B. AL-ZUBAYR

Kuliah 5 / 6

Beliau menentang tindakan Mu’awiyah

melantik anaknya sebagai wali al-‘ahd.

Pendirian ini turut dipersetujui oleh tokoh

lain, namun mereka tidak bersatu untuk

menolak tindakan tersebut.

Ada yang bertindak secara agresif

(Husayn), ada yang menyepikan diri.

Ibn al-Zubayr tidak suka kekerasan,

pengalaman menyertai Perang Jamal.

Page 7: Kerajaan Zubayriyyah

PEMBERONTAKAN

‘ABD ALLAH B. AL-ZUBAYR

Kuliah 5 / 7

Pandangan NEGATIF Shalaby: Tindakan

beliau tidak sokong Husayn ialah kerana

beliau hendak menjadi pemimpin. Malah

beliau sudah tahu apa yang akan berlaku

kepada diri Husayn.

Beliau bertindak secara lebih toleransi

dengan menghantar surat kepada

Khalifah Yazid jika tidak berpuas hati

dengan suatu perkara. Contoh: isu

pertukaran Gabenor Madinah.

Page 8: Kerajaan Zubayriyyah

PEMBERONTAKAN

‘ABD ALLAH B. AL-ZUBAYR

Kuliah 5 / 8

Rusuhan berlaku di seluruh wilayah

pemerintahan Islam.

Majoriti penduduk Hijaz melantik ‘Abd

Allah b. al-Zubayr sebagai Khalifah.

Proses pelantikan berlangsung di

Makkah.

Tindakan ini mencabar kewibawaan

Khalifah Yazid di Dimashq.

Khalifah hantar utusan, tapi gagal.

Page 9: Kerajaan Zubayriyyah

PEMBERONTAKAN

‘ABD ALLAH B. AL-ZUBAYR

Kuliah 5 / 9

Yazid hantar tentera di bawah pimpinan

Muslim b. ‘Uqbah al-Murri; berjaya

tumpaskan pemberontakan di Madinah.

Tapi meninggal dalam perjalanan ke

Makkah; digantikan dengan Husayn b.

Numayr.

Beliau bertindak ganas dengan

menyerang Makkah dengan manjaniq.

Ka’bah terbakar, ramai menangis.

Page 10: Kerajaan Zubayriyyah

PEMBERONTAKAN

‘ABD ALLAH B. AL-ZUBAYR

Kuliah 5 / 10

Ka’bah terbakar kerana:

Manjaniq yang digunakan itu berapi.

Lilin atau lampu minyak para penyokong Ibn

al-Zubayr yang berlindung dalam Ka’bah.

Mereka mula salahkan satu sama lain,

malah menolak kepimpinan Husayn.

Ketika ini, Khalifah Yazid meninggal.

Tentera Umawi tunggu arahan Dimashq.

Arahan tiada, mrk bay’ah Ibn al-Zubayr.

Page 11: Kerajaan Zubayriyyah

PEMBERONTAKAN

‘ABD ALLAH B. AL-ZUBAYR

Kuliah 5 / 11

Husayn minta Ibn al-Zubayr pergi ke

Dimashq untuk ambil alih tampuk

pemerintahan dari Banu Umayyah.

Ibn al-Zubayr enggan dan terus

membangunkan semula Ka’bah.

Ka’bah berjaya disiapkan dan prestasi

Ibn al-Zubayr mula meningkat.

Orang Iraq mula beri bay’ah kepada Ibn

al-Zubayr; mrk tidak risau Mu’awiyah II.

Page 12: Kerajaan Zubayriyyah

PEMBERONTAKAN

‘ABD ALLAH B. AL-ZUBAYR

Kuliah 5 / 12

Ibn al-Zubayr lantik gabenor:

‘Abd Allah b. Muti’ di Kufah

Mas’ab b. al-Zubayr di Basrah.

Dahhak b. Qays al-Fihri di Sham.

‘Abd al-Rahman b. Jahdam di Mesir

Bila Mu’awiyah II meninggal, Ibn al-

Zubayr mula masyhur malah di Dimashq

sendiri (puak Qaysiyyah~ketua polis).

Khalifah Marwan isytihar perang.

Page 13: Kerajaan Zubayriyyah

PEMBERONTAKAN

‘ABD ALLAH B. AL-ZUBAYR

Kuliah 5 / 13

64H: Perang meletus antara tentera

Marwan dan Dahhak di Marj al-Rahit.

Tentera Marwan menang, berjaya

naikkan kembali martabat Umawiyyah.

65H: Beliau serang Mesir dan menang.

Hijaz cemas kerana Mesir ialah sumber

makanan.

Marwan meninggal, ‘Abd al-Malik

gantikan secara de facto (monarki).

Page 14: Kerajaan Zubayriyyah

PEMBERONTAKAN

‘ABD ALLAH B. AL-ZUBAYR

Kuliah 5 / 14

Beliau tiru cara Mu’awiyah I, tumpukan

kepada pembangunan negara agar dapat

naikkan imej.

Ketika ini beri peluang kepada golongan

pemberontak untuk menzahirkan aktiviti

mereka.

Penyokong Ibn Zubayr mula menentang

Kerajaan Zubayriyyah sendiri di Iraq.

Umat Islam bertelagah dan dakwa benar.

Page 15: Kerajaan Zubayriyyah

PEMBERONTAKAN

‘ABD ALLAH B. AL-ZUBAYR

Kuliah 5 / 15

Secara tidak langsung, ‘Abd al-Malik

perlu campur tangan.

Beliau serang tentera Mas’ab di Basrah

dan menang. Mas’ab sendiri syahid.

Kerajaan Umawi berjaya kuasai semula

Iraq; melantik gabenor baru di Iraq.

Ramai pengikut Ibn al-Zubayr larikan diri.

Rampasan kuasa berlaku di Madinah

(Talhah b. ‘Abd Allah > Tariq b. ‘Amr).

Page 16: Kerajaan Zubayriyyah

PEMBERONTAKAN

‘ABD ALLAH B. AL-ZUBAYR

Kuliah 5 / 16

Kekalahan Kerajaan Zubayriyyah di Iraq

dan Madinah menunjukkan saat

kelemahan dan kejatuhannya.

‘Abd al-Malik hantar Hajjaj b. Yusuf al-

Thaqafi ke Makkah untuk hadapi Ibn al-

Zubayr.

Hajjaj singgah di Ta’if atas faktor

perisikan.

Penduduk Makkah masih kuat sokong IZ.

Page 17: Kerajaan Zubayriyyah

PEMBERONTAKAN

‘ABD ALLAH B. AL-ZUBAYR

Kuliah 5 / 17

72H: Hajjaj kepung Makkah.

73H: Makkah berjaya ditawan, iaitu

setelah kematian Ibn al-Zubayr.

Tempoh kepungan, tentera Hajjaj guna

manjaniq. Ka’bah hancur sekali lagi.

Sebelum syahid, Ibn al-Zubayr

ditinggalkan keseorangan tanpa seorang

pengikut pun.

Malah anaknya sendiri sokong Umawi.

Page 18: Kerajaan Zubayriyyah

Kerajaan Zubayriyyah pernah

menguasai wilayah Hijaz, Iraq dan

Mesir.

Beliau turut melantik beberapa

orang gabenor untuk memerintah

wilayah tersebut, termasuk di

Sham.

Kerajaan Zubayriyyah memerintah

lebih kurang selama 10 tahun.

RUMUSAN

Kuliah 5 / 18