kepimpinan sultan alauddin riayat shah
TRANSCRIPT
Kepimpinan Sultan Alauddin Riayat Shah (1477-1488)
1. Baginda adalah seorang pemimpin yang memetingkan keamanan dan pentadbiran negara
2. Kepimpinan baginda mencontohi pemimpin Islam Khalifah Umar al -Khatab. Dalam
buku Sejarah Melayu baginda digambarkan sebagai seorang raja yang gagah
3. Baginda sangguip keluar menyamar pada waktu malam untuk meronda dan melihat
sendiri keadaan dalam negerinya.
4. Tindakan baginda menyebabkan Temenggung mengadakan kawalan keselamatan
yang lebih ketat dan rapi di Melaka
5. Tinbdakan ini menyebabkan ramai pencuri ditangkap dan dibunuh. Masalah
jenayah di Melaka dapat ditangasni dan Melaka kembali aman
6. Keamanan dalam negeri telah membolehkan beginda menumpukan perhatian kepada
perluasan kuasa
7. Baginda telah memilih Laksamana Hang Tuah yang gagah berani untuk menyerang Aru
dan telah memperoleh kemenangan
Raja Hussain atau Sultan Alauddin Riayat Shah merupakan sultan Melaka yang ketujuh. Baginda
menaiki takhta selepas kemangkatan ayahandanya, Sultan Mansur Shah pada tahun 1477. Baginda
merupakan sultan yang paling mementingkan keamanan negeri Melaka. Baginda akan menyamar
sebagai rakyat biasa dan meronda kota Melaka pada waktu malam. Akibatnya, Melaka menjadi
negeri yang selamat untuk berdagang. Baginda juga adalah seorang sultan yang adil dan warak.
Walaubagaimanapun, kedudukan baginda telah dicabar oleh kekandanya, iaitu Raja Ahmad
(pemerintah negeri Pahang, sebuah wilayah di bawah pemerintahan Melaka), kerana Raja Ahmad
mendakwa bahawa beliau berhak menduduki takhta kerajaan Melaka. Sultan Alauddin mempunyai
banyak musuh, sama ada di dalam atau di luar negeri.. Baginda mempunyai empat anak iaitu dua
anak daripada setiap isterinya dan ini telah menimbulkan perselisihan tentang siapa yang akan
mewarisi takhtanya selepas kemangkatannya. Isteri kedua Sultan Alauddin berketurunan India-
Muslim.
Bendahara Melaka ketika zaman baginda ialah Tun Perak. Baginda meninggal dunia pada
tahun 1488 semasa berumur 30 tahun[1], dan digantikan oleh puteranya, Raja Mahmud.
Isteri
Sultan Melaka Ketujuh
Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka:1477-1488
Gelaran Marhum Berdarah Putih
Dikebumikan Pagoh, Johor
Pendahulu Sultan Mansur Shah
Pengganti Sultan Mahmud Shah
1. Melaka terletak di tempat yang strategik di Selat Melaka, iaitu di pertengahan jalan
perdagangan anatara Timur dan Barat
2. Pedagang-pedagang asing yang berulang alik di antara India (Barat) dan China (Timur) akan
berdagang di Melaka, selain mendapat bekalan makanan dan air ataupun membaiki kapal
3. Pelabuhan Melaka juga terlindung daripada tiupan angin Monsun Timur Laut oleh Banjaran
Titiwangsa dan angin Monsun Barat Daya oleh Pulau Sumatera
4. Pedagang-pedagang yang datang berdagang juga menunggu pertukaran angin Monsun untuk
pulang dan datang ke Melaka
a. Angin Monsun Timur laut yang bertiup dalam bulan November hingga Mac membawa
pedagang China ke Melaka dan pada masa sama akan membawa pedagang Asia Barat dan
India belayar pulang dari Melaka
b. Angin Monsun Barat Daya yang bertiup dalam bulan Mei hingga September pula akan
membantu pedagang Asia Barat dan India ke Melaka dan pada masa yang sama
membawa pedagang China belayar pulang dari Melaka
5. Selain itu, muara sungai Melaka yang dalam membolehkan kapal dagang yang besar berlabuh
di kawasan pelabuhan
6. Perairan Selat Melaka yang sempit juga telah membolehkan kerajaan Melaka mengawal
laluan kapal-kapal dagang dengan mudah
7. Melaka juga mempunyai bentuk muka bumi yang berbukit yang menjadi panduan untukl
kapal dagang keluar masuk ke pelabuhannya. Selain sesuai dijadikan kubu pelabuhan serta
tempat memerhati musuh
8. Pokok-pokok bakau dan api-api yang terdapat di persisiran pantai pula menjadikannya sukar
ditembusi musuh.
____________________________________________
Kemudahan Pelabuhan
1. Pelbagai kemudahan disediakan oleh pemerintah di pelabuhan Melaka untuk menarik
pedagang-pedagang asing ke palbuhan Melaka
2. Antara kemudahan-kemudahan tersebut ialah kemudahan membaiki kapal, menyediakan
rumah persinggahan dan gudang untuk menyimpan barang.
3. Kemudahan pengangkutan juga disediakan oleh Syahbandar seperti kapal, perahu, jong,
lancara, gajah dan pekerja untuk kemudahan para pedagang untuk membawa barangan ke
gudang
4. Pedagang juga mudah mendapatkan bekalan makanan dan air semelum memulakan
pelayaran semasa menunggu pertukaran angin Monsun
5. Angkatan laut yang terdiri daripada Orang Laut juga dibentuk untuk melindungi pedagang
daripada serangan lanun
____________________________________
Askar Upahan
1. Sultan Alauddin Riayat Shah telah menghantar ahli agama untuk mengajar raja-raja dari
Pahang, Kampar dan Inderagiri dalam hal ehwal agama
2. Apabila mereka pilang mereka turut menyebarkan agama Islam ke Pulau Jawa
Usaha Pemerintah
1. Sultan Alauddin Riayat Shah telah menghantar ahli agama untuk mengajar raja-raja dari
Pahang, Kampar dan Inderagiri dalam hal ehwal agama
2. Galakan dan dorongan diberi oleh pemerintah kepada pendakwah untuk menyebarkan Islam
Sinar Islam dan Kesannya Terhadap Melaka
Kesan Politik
1. Sultan Muhammad Shah adalah sultan yang pertama menggunakan gelaran "sultan" bagi
menggantikan gelaran 'seri' yang berunsur agama Hindu
2. Pada zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah, corak pemerintahan dan kepimpinan
Islam telah diamalkan. Baginda dianggap mencontohi kepimpinan Khalifah Omar Al Khatab
iaitu dengan menyamar diri pada waktu malam untuk melihat sendiri kehidupan rakyat dan
mennagkap pencuri
3. Melaka juga telah mengadakan hubungan diplomatik lebih luas bukan sahaja dengan negeri
di kepulauan Melayu, China, Kepulauan Ryukyu di Jepun tetapi Melaka juga telah menerima
utusan dan hadiah dari Raja Aden, Ormus, Cambang dan Bengal
4. Melaka juga menerapkan nilai-nilai syariah dalam pentadbiran serta undang-undang seperti
Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang laut Melaka untuk mewujudkan satu sistem
pemerintahan yang adil, bermuafakat bermusyawarah dan persamaan taraf
5. Hukum-hukum adalah berkaitan dengan membunuh, berzina dan meminum arak
Kesan Ekonomi
1. Melaka telah menjadi pelabuhan entrepot yang terkenal di dunia pada abad ke 15
2. Banyak barang-barang yang berkaitan dengan Islam dibawa masuk seperti kitab-kitab
agama, minyak wangi, permaidani, pakaian dan sebagainya
3. Melaka juga menjalankan konsep jual beli secara Islam seperti dalam soal timbangan
sukatan, konsep zakat, fitrah, wakal, sedekah
Kesan Sosial
1. Pada abad ke-15, Melaka menjadi pusat pengajian dan perkembangan agama Islam
yang terpenting
2. Banyak perkataan Arab seperti ilmu, faedah, fardhu, sedekah, hikmat dan lain-lain
lagi memperkayakan khazanah bahasa Melayu
3. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa ilmu dan Lingua Franca
4. Tulisan Jawi juga telah disenaraikan daripada tulisan Arab dan digunakan sepenuhnya
dalam urusan rasmi, perkembangan kesusasteraan melayu, kitab-kitaba agama
Penulisan dan penterjemahan hasil karya Saduran Islam. Contohnya darul Manzun,
Hikayat Muhammad Ali Hanafiah, Hikayat Amir Hamzah dan
Hikayat Iskandar Dzulkarnain
5. Al-Quran telah menjadi asas sistem pengaruh yang besar dalam budaya kehidupan
orang Melayu
6. Agama Islam juga mempunyai pengaruh yang besar dalam budaya kehidupan orang
Melayu seperti
Kesenian
Corak ukiran di kubah masjid mimbar mihrab,menara azan, tempat berwuduk, madrasah,
batu nisan dan sebagainya
Tulisan
Terdapat dalam ukiran berbentuk bunga, geometri, ayat al-Quran dan hadis
Khat
Amalan
Khatam, al-Quran, majlis kesyukuran dan kenduri arwah
7. Usaha gigih pemerintah Melaka mengembangkan agama Islam menyebabkan kedudukan Islam
semakin kukuh di Melaka
8 Melaka juga terkenal sebagai Serambi Makkah iaitu tempat umat Islam belajar agama
atau persinggah sebelum bertolak ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan fardhu haji
9. Istana telah menjadi pusat kegiatan intelektual kerana kebanyakan golongan yang tahu
manulis dan membaca ialah kerabat diraja dan golongan bangsawan
_______________________________________
Pusat kegiatan Ilmu
Peranan Istana sebagai Pusat kegiatan Intelektual
Jurutulis pengarang dan Ulama di Istana
1. Konsep intelektual bermaksud orang yang tahu membaca dan menulis
2. Pada zaman dahulu bilangan orang yang tahu membaca dan menulis amat kecil
bilangannya
3. Orang yang mahir dalam bidang ini akan berpeluang menjadi jurutulis, pengarang, guru
dan ulama di istana
4. Tugas jurutulis ialah
Mengarang surat rasmi untuk raja
Menggubal perjanjian
Menjadi guru kepada anak-anak raja
5. Tugas pengarang ialah
Menulis karya sejarah dan kesusasteraan Melayu
Menterjemah karya-karya asing-Arab, Parsi, dan Monghul ke dalam bahasa Melayu
Mencatat diari istana
Menyusun salasilah raja-raja
6. Tugas ulama ialah
Menulis kitab agama Islam
Menterjemah Kita agama
___________________________________________________
Karya Sastera
1. Bahasa asing telah dikuasai oleh golongan cerdik pandai di Melaka
2. Mereka telah menterjemah dan menyadur karya sastera dari negara Arab dan Parsi
3. Antara karya sastera teremahan ialah
a. Hikayat Amir Hamzah
b. Hikayat Muhammad Ali Hanafiah
c. Hikayat Iskandar Zulkarnain
4. Karya sastera saduran pula ialah
a. Hikayat Bulan Belah
b. Hikayat Nabi Bercukur
c. Hikayat Bakhtiar
d. Hikayat Nabi Wafat
e. Hikayat Nabi Yusof
5. Selain daripada karya sastera terjemahan dan saduran, hikayat Melayu juga telha
dihasilkan. Antaranya
a. Hikaya Hang Tuah
b. Hikayat Bayan Budiman
6. Semasa pemerintahan Sultan Muhammad Shah karya Undang-undang Laut
Melaka telah digubal
7. Undang-undang ini dilengkapkan semasa pemerinthan Sultan Muzaffar Shah dan pada
zaman pemerinthan Sultan Mahmud Shah undang ini disusun semula
_________________________________________
Istana Melaka
1. Istana Melaka pula telah dijadikan tempat untuk mengadakan perbincangan serta
perbahasan antara golonganalim ulama mengenai agama
2. Sebagai contoh kita Darul-Manzun merupakan kitab yang berkaitan dengan aspek
ketuhanan
3. Kitab ini akan dibincang dan dibahaskan oleh alim ulama di istana Melaka
4. Istana Melayu juga dijadikan perpustakaan untuk menyimpan khazanah kerajaan iaitu
buku-buku penulis tempatan dan penulis asing
______________________________________________
Bahasa Melayu
1. Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa persuratan dan bahasa perantaraan
dalam kegiatan dakwah
2. Bahasa Melayu juga telah dijadikan sebagai bahasa ilmu pengetahuan
3. Tulisan jawi juga telah digunakan
4. Huruf-huruf jawi di bawah ini ditambah berasaskan huruf Arab
a. nya
b. ga
c. pa
d. nga
e. ca