kepimpinan situasi

2
Kepimpinan Situasi Kaedah kepimpinan situasi menerangkan bahawa pemimpin mesti menggunakan stail yang berbeza pada situasi yang berbeza. Model ini membenarkan kita sebagai pemimpin menganalisis situasi tertentu dan seterusnya menggunakan stail yang terbaik bersesuaian dengan situasi yang dihadapi. Pemimpin mempelbagaikan stail kepimpinan mengikut kemahiran atau kemampuan dan kesungguhan pengikut dalam organisasi. Selain itu, tahap keupayaan dan persediaan seseorang pengikut menyempurnakan sesuatu tugas disebut sebagai kematangan iaitu ianya meliputi pengetahuan, kemahiran dan kepakaran teknikal, keyakinan diri, komitmen, motivasi dan harga diri berhubung dengan sesuatu tugas.Mengikut teori kepimpinan situasi semakin matang tahap perk embangan pengikut, semakin tinggi tahap penguasaan kemahiran dan pengetahuan di dalam sesuatu tugasan, semakin tinggi tahap komitmen pengikutnya, maka pemimpin seharusnya mengurangkan stail kepimpinan yang berteraskan arahan tugasan dan penyeliaan yang ketat kepada stail yang berorientasikan hubungan dengan pengikut iaitu memberi sokongan (supporting). Kesimpulannya dapatlah ditegaskan bahawa kepimpinan situasi ialah suatu proses mempengaruhi aktiviti individu atau kumpulan supaya dapat mencapai matlamat dalam sesuatu situasi tertentu.Seorang pemimpin yang berkesan adalah seorang pe mimpin yang dapat mengubah gaya kepimpinannnya mengikut situasi yang berbeza. Iaitu seorang pengetua yang berkesan perlu mengamalkan stail kepimpinan situasi apabila menguruskan sekolah dan stail utama ialah stail membimbing diikuti oleh stail menyokong, mengarah dan mendelegasi. Stail mengarah selalunya digunakan terhadap guru-guru baru, stail membimbing terhadap guru -guru yang kurang berpengelaman dan stail mendelegasi terhadap guru-guru kanan.

Upload: kalyani-perumal-isperem

Post on 09-Jan-2017

41 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kepimpinan situasi

Kepimpinan Situasi

Kaedah kepimpinan situasi menerangkan bahawa pemimpin mesti menggunakan stail yang berbeza pada situasi yang berbeza. Model ini membenarkan kita sebagai pemimpin menganalisis situasi tertentu dan seterusnya menggunakan stail yang terbaik bersesuaian dengan situasi yang dihadapi. Pemimpin mempelbagaikan stail kepimpinan mengikut kemahiran atau kemampuan dan kesungguhan pengikut dalam organisasi.

Selain itu, tahap keupayaan dan persediaan seseorang pengikut menyempurnakan sesuatu tugas disebut sebagai kematangan iaitu ianya meliputi pengetahuan, kemahiran dan kepakaran teknikal, keyakinan diri, komitmen, motivasi dan harga diri berhubung dengan sesuatu tugas.Mengikut teori kepimpinan situasi semakin matang tahap perkembangan pengikut,  semakin tinggi tahap penguasaan kemahiran dan pengetahuan di dalam sesuatu tugasan, semakin tinggi tahap komitmen pengikutnya, maka pemimpin seharusnya mengurangkan stail kepimpinan yang berteraskan arahan tugasan dan penyeliaan yang  ketat kepada stail yang berorientasikan hubungan dengan pengikut iaitu memberi sokongan (supporting). 

Kesimpulannya dapatlah ditegaskan bahawa kepimpinan situasi ialah suatu proses mempengaruhi aktiviti individu atau kumpulan supaya dapat mencapai matlamat dalam sesuatu situasi tertentu.Seorang pemimpin yang berkesan adalah seorang pemimpin yang dapat mengubah gaya kepimpinannnya mengikut situasi yang berbeza. Iaitu seorang pengetua yang berkesan perlu mengamalkan stail kepimpinan situasi apabila menguruskan sekolah dan stail utama ialah stail membimbing diikuti oleh stail menyokong, mengarah dan mendelegasi. Stail mengarah selalunya digunakan terhadap guru-guru baru, stail membimbing terhadap guru-guru yang kurang berpengelaman dan stail mendelegasi terhadap guru-guru kanan.

Page 2: Kepimpinan situasi

Saya amat bersetuju dengan pendapat yang dinyatakan oleh saudari

Liew Soo Mee.Iaitu pendekatan situasi memberi kefahaman baru seperti situasi,

manusia, tugas, organisasi dan persekitaran juga memainkan peranan dalam

menentukan keberkesanan seseorang pemimpin.Iaitu seorang guru besar / pengetua

yang mengamalkan pendekatan berorientasikan manusia  akan bertolak ansur dan

memberi peluang kepada orang bawahannya untuk bersama-sama membuat

keputusan. Mereka juga akan menerima pandangan dan cadangan guru. Manakala

guru biasanya berhadapan dengan tiga cabaran ketika berada di bilik darjah iaitu untuk

menangani kerenah pelajar yang ramai bilangannya, memastikan matlamat

pengajaranya tercapai dan masa yang terhad.